Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Maya memicit-micit belakang tengkuknya yang terasa lenguh. Satu persatu buku-buku anak muridnya diperiksa. Macam-macam yang tertulis. Ada juga yang melukis. Dia menggelengkan kepalanya. ‘Lain yang diajar, lain yang dibuat.’ Baru sebulan Maya bergelar guru tadika di Sri Permai. Maya senang mendidik anak-anak kecil. Baginya, mendidik mereka lebih mudah berbanding mereka yang telah pandai berfikir. Dia mengajar di tadika itu sekadar untuk mengisi masa lapangnya buat sementara. Sebenarnya, dia mempunyai agenda lain untuk masa depannya. Kehidupan Maya lebih tenang sekarang. Sedikit sebanyak, dia sudah melupakan kisah cinta yang lalu. Dia lebih senang menghabiskan masa bersama anak-anak muridnya yang nakal tetapi pintar. Hatinya terhibur melihat keletah mereka walaupun adakalanya mencabar kesabaran. "Bagaimana kau sekarang?" soal Zila pada suatu hari sewaktu mereka beriadah bersama di pantai Seagate. Zila dapat melihat perubahan pada diri Maya. Sahabatnya itu kelihatan lebih ceria. Dia hairan bagaimana anak-anak kecil itu mampu membuat hidup Maya labih bermakna sedangkan lima tahun berada di Johor Bahru Maya belum mampu untuk melupakan kenangan silam. "Aku gembira. Hidup aku lebih bermakna berbanding dulu." Maya tersenyum sambil memandang jauh keindahan pantai yang terbentang di depan matanya. "Aku tak sangka aku betul-betul bahagia sejak aku kenal pelajar-pelajar cilik di Sri Permai. " "Baguslah kalau macam tu. Aku pun tumpang bahagia," ujar Zila. Maya mendepakan tangannya. Membiarkan angin pantai yang bertiup melanggar tubuhnya. Begitu juga dengan Zila. "Tapi....takkanlah kau nak terus mengajar di tadika tu?" soalan Zila menyebabkan Maya membuka matanya dan berpaling menghadap Zila. "Tak. Aku dah ada perancangan sendiri. Cuma.....aku perlukan waktu lebih sikit," balas Maya. "Mungkin.....hujung bulan depan aku akan berhenti dari mengajar di tadika tu. Kau macam mana pulak?" tanya Maya kembali. "Macam mana apa?" "Maksud aku......pernikahan kau dengan Johan. Macam mana?" tanya Maya. Zila tersenyum. "Minggu depan keluarga Johan akan datang," ujarnya dengan penuh makna. "Berdebar-debar rasanya." "Yelah. Tak lama lagi nak jadi tunang orang. Lepas tu isteri orang," usik Maya. "Eiii.....jahat." Zila mencucuk pinggang Maya. Maya menjerit kegelian lalu mengejar Zila yang telah pun melarikan diri darinya.
BAB 7
Wes membawa dulang yang berisi dua gelas air lalu diletakkan di hadapan sahabat yang telah lama tidak ditemuinya. "Minumlah Shid. Air kosong je," pelawanya. "Tak pe. Aku datang ni bukan nak minum. Nak melawat kau," ujar Rashid, teman baik Wes sewaktu di Universiti Sains Malaysia. Rashid meneguk sedikit air putih yang dihidangkan. "Macam mana kau tahu aku ada di sini?" tanya Wes. "Tengahari tadi aku jumpa dengan Laila. Dia yang beritahu aku kau ada kat sini," jelas Rashid. "Aku ingatkan kau takkan balik semula kat sini." "Aku pun tak pernah terfikir nak datang Penang lagi. Kebetulan dah ada peluang, aku tak lepaskan," beritahu Wes. Rashid memandang sekeliling. "Besar juga rumah kau." "Ini bukan rumah aku. Rumah syarikat. Aku ni tumpang je," jelas Wes. "Kau datang nak cari Emma?" tanya Rashid lagi. Wes menganggukkan kepalanya. Tentu Laila telah menceritakan segalanya pada Rashid. "Tapi aku sendiri tak tahu nak cari dia kat mana. Walaupun Penang ni kecil je, manusia kat sini dah macam ikan sardin." Rashid ketawa kecil mendengar kata-kata Wes. Memang benar, kesesakan lalu lintas yang sering berlaku adalah buktinya. "Aku pun dah lama tak jumpa dengan Emma. Sejak dia pindah. Tapi..... aku pernah terserempak dengan dia seminggu sebelum dia berangkat ke Negeri Sembilan. Dan selepas itu....." Rashid menggelengkan kepalanya. "Negeri Sembilan?!" Wes mengerutkan keningnya. "Untuk apa?" "Sambung belajar." Rashid meneguk air kosong yang dihidangkan. "Emma sambung belajar?" tanya Wes perlahan lalu menghembuskan nafas yang panjang. "Mungkin dia kecewa dengan aku. Sebab itu dia ke sana." Wes diam seketika. "Tapi, Laila ada beritahu aku yang baru-baru ni dia berjumpa dengan Emma." "Aku tahu. Dia ada beritahu aku juga," terang Rashid. "Mungkin dia dah habis pengajian. Inilah peluang kau." "Ya. Inilah peluang aku untuk tebus kembali kesalahan aku meninggalkan Emma dulu," kata Wes. "Tapi....aku takut kalau-kalau....... apa yang aku inginkan tak menjadi kenyataan." "Kenyataan masih jauh. Yang penting hampirinya dulu. Soal yang lain tu, kita serahkan pada takdir," ujar Rashid. "Aku dengar bakal datuk mentua kau meninggal setahun sebelum majlis akad nikah kau dan Manisa. Betul ke?" Wes menganggukkan kepalanya mengiakan kebenaran. "Ya.....setahun sebelum hari sepatutnya aku disatukan dengan Manisa. Sebulan selepas tu, aku ditawarkan untuk uruskan syarikat di sini." "Pernikahan kau dengan Manisa ditangguhkan hingga bila?" Wes mengangkat kedua-dua bahunya. "Entah. Aku harap aku dapat jumpa dengan Emma secepat yang mungkin. Kalau terlewat......aku terpaksa," ujar Wes lemah. "Aku tak fahamlah. Kalau kau tak mahu, kenapa kau ikutkan juga kehendak keluarga kau?" tanya Rashid. Wes terdiam. "Sebab......" dia menarik nafas. ".....aku dah berjanji dengan ibu aku yang aku akan kahwin dengan gadis pilihannya. Aku tak sangka pula ibu aku benar-benar mencari seorang calon untuk aku. Aku pernah beritahu tentang Emma pada ibu. Tapi ibu tak setuju sebab dia dah berjanji dengan Aunty Mary, ibu Manisa. Dia malu kalau tak dapat menunaikan janjinya." "Habis tu, untuk apa kau cari Emma pula?" "Aku nak cari Emma untuk bersama dengan dia semula. Tapi aku takkan putuskan pertunangan aku dengan Manisa. Bila aku dah jumpa dengan Emma aku akan pujuk dia berkahwin dengan aku. Lepas tu aku akan berterus terang dengan Manisa. Terpulang pada dia sama ada dia nak jadi isteri nombor dua atau putuskan pertunangan kami." "Kenapa kau tak berterus terang saja dengan Manisa yang kau tak cintakan dia?" "Dah! Tapi katanya, kalau aku tak mahu pada dia, aku yang kena putuskan hubungan kami sedangkan aku sendiri dah janji dengan ibu aku." "Jadi itulah perancangan kau." Kini Rashid mengerti. "Dengarnya macam mudah. Tapi sebenarnya tak mudah seperti yang kau bayangkan. Kalau dibuatnya Manisa setuju jadi isteri nombor dua, apa perasaan Emma?" Wes mengeluh mendengar pertanyaan Rashid. Jika itu terjadi, pasti Farahymma akan menyesal berkahwin dengannya. "Aku hanya mampu berdoa agar Manisa putuskan hubungan kami." "Lima tahun lepas, kau pulang ke Sabah kerana keluarga kau dah uruskan penikahan kau dengan Manisa. Yang peliknya, macam mana hingga sekarang kau dengan dia masih belum berkahwin?" tanya Rashid yang hairan apabila mendapat tahu Wes dan Manisa masih belum mendirikan rumahtangga. "Sewaktu sampai di sana, aku diberitahu aku akan ditunangkan dengan Manisa selama setahun. Selepas setahun, salah seorang pengurus di sana letak jawatan jadi aku dinaikkan pangkat. Kerja aku dah semakin bertambah dan ditambahkan lagi dengan kerja-kerja yang tertunggak. Sampai dah over limit." "Sebab tu aku minta pernikahan kami ditangguhkan hingga aku dapat stabilkan kerja-kerja aku. Lepas tiga tahun, datuk Manisa meninggal dunia," cerita Wes. "Sebulan lepas tu, aku ditawarkan kenaikan pangkat dan akan ditukarkan ke sini. Aku terima tawaran tu." Rashid mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami cerita Wes. "Baru aku faham sekarang. Takdir Tuhan. Mungkin kau dan Emma akan dipertemukan sekali lagi." "Ya......aku pun harap begitu." "Sekarang aku nak kau ikut aku." Rashid menggenggam tangan Wes sambil menariknya bangun. "Nak pergi mana?" tanya Wes yang kelihatan ragu-ragu sambil mengusap dagunya yang dipenuhi rerambut. Rashid memandang saluruh wajah sahabatnya. Rimas! "Dah.......tak payah banyak soal ikut je." Dia terus menarik tangan Wes. "Oiii, kau nak bawa aku pergi mana?" Rashid terus menarik tangan Wes tanpa memperdulikannya. "Salon!"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan