Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Motosikal Yamaha 125z sudah bersih dicuci. Malah sudah dikeringkan sejak pagi lagi. Dua buah topi keledar sudah berada di atas bangku di anjung rumah. Beberapa minit tadi enjinnya dihidupkan lalu berderuman sementara menanti penunggang dan pemboncengnya datang. Asap-asap putih mula berterbangan di udara. "Qiss pergi dulu ye, bu." "Yelah. Kirim salam dengan mama ye. Abul duduk sana jangan membuta aje." Hasbul Warits angguk sambil tersengih lalu dia menyalami ibunya selepas isterinya berbuat begitu. Dia kemudian menggalas begnya di depan. Topi keledar disarungkan ke kepala. Sebuah lagi dihulurkan kepada isterinya. Liyana Balqis tidak kekok memakai topi keledar sendiri. Selama ini dia juga menunggang motosikal. "Ibu, jalan dulu ye." Sebaik sahaja Liyana Balqis duduk di atas motosikal, Hasbul Warits mula menggerakkan motosikal kesayangan. Tanpa disuruh Liyana Balqis memeluk pinggang suaminya. Keadaan tempat duduk yang agak senget menyebabkan Liyana Balqis terdorong ke depan dan rapat ke tubuh suaminya. "Jangan laju-laju." "Tak sempat nak laju pun dah sampai." Liyana Balqis mencebik. Memang tidak dinafikan perjalan antara rumah kedua-dua mereka tidak jauh. Tetapi sebuah jalan besar cukup untuk menunjukkan bahawa untuk pergi ke rumah mereka terpaksa melalui sebuah jalan yang sibuk. Tetapi untuk mengatasi kesibukan ini, ada jalan pintas lain yang lebih selamat. Jalan kampung. Tetapi agak lama masa yang perlu di ambil untuk tiba ke destinasi. "Nak beli gula-gula kat Yaya. Tapi tak nak kat kedai kampung tu." "Nak pergi pekan sekejap? Boleh beli buah ke apa-apa." "Okey." Hasbul Warits membelok motosikalnya menuju ke pekan. Memang niatnya mahu ke pekan dahulu membeli sedikit buah tangan buat keluar mertua. Walaupun ibunya ada mengirimkan sedikit makan, baginya itu tidak mencukup. Dia mesti menambah sedikit buah-buahan bersama makanan itu. Tidak berapa lama kemudian Hasbul Warits memberhentikan motosikalnya di depan sebuah pasaraya. Liyana Balqis turun lalu membuka topi keledar dan menyerahkan kepada suaminya. Selepas memakir motosikal dan menyimpan topi keledar mereka melangkah masuk ke dalam pasaraya bersama-sama. "Wow, pengantin baru datang shopping." Pasangan suami isteri ini terserempak. Sergahan dari teman sekelas membuatkan Liyana Balqis segera melajukan pergerakan kakinya ke bahagian makanan ringan. Hasbul Warits terperangkap dengan dua gadis yang menyapanya. Hendak melarikan diri, ke mana? Hendak melayan, dia tidak tahu apa harus dia katakan kepada dua gadis ini. "Abul, janganlah malu. Kami berdua aje la." "Bukan malu. Tapi segan. Macam mana pulak boleh jumpa korang kat sini?" "Hello brother, kami kan partime sini." Lelaki itu menggaru kepala. Walaupun hampir setiap minggu dia terserempak dengan mereka berdua di sini tetapi ingatannya agak kabur. Semuanya gara-gara menjadi suami Liyana Balqis. Dia jadi kelu apabila bertemu rakan-rakan sekelasnya dahulu. Lain dengan Liyana Balqis, isterinya itu akan melarikan diri. Seperti pada hari perkahwinan mereka, apabila mendapat peluang masuk ke dalam bilik dia pasti akan terus menguncikan diri di dalam. Tiada seorang pun di antara mereka dapat bertemu dengan isterinya itu. "A’ah lupa pula aku." "Kau cakap dengan isteri kau, jangan sombong sangat. Nampak kami pun lari. Padahal dulu BFF kot. Kirim salam kat dia." Sekali lagi Hasbul Warits tersengih sambil menggaru kepala. Sukar untuk dia memberi komen berkenaan dengan isterinyan itu. Lalu dia memohon untuk beredar. Dia mahu mencari Liyana Balqis yang sudah menghilang di sebalik rak-rak di dalam pasaraya itu. Mujurlah pasaraya ini agak tersusun dan mempunyai lorong-lorong yang tidak disekat dengan barang-barang yang belum disusun. "Qiss..." "Nak beli apa lagi? Gula-gula Yaya dah dapat." "Buah. Budak berdua tu kirim salam. Katanya jangan sombong." Liyana Balqis mencebik. Kalaulah dia ada kekuatan untuk bersemuka dengan mereka, pasti dia akan terangkan satu persatu apa yang sebenarnya berada di benak fikiran. Tidak terlintas langsung di minda mahu menyombong dengan rakan sekelas apatah lagi sahabat-sahabat baiknya yang sentiasa bersama. "Waalaikumsalam. Cepatlah ambil buah, jom pergi bayar." "Okey." Menonong Hasbul Warits menuju ke tempat buah-buahan. Kemudian dia memilih beberapa jenis buah untuk kelurga mertuanya. Selepas selesai membuat pilihan dia segera menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Liya Balqis turut meletakkan gula-gula yang diambilnya tadi. Mulanya dia mahu membayar sendiri, tetapi suaminya terlebih dahulu membayar untuk setiap barangan yang diambilnya. Dia akur lalu menyimpan kembali wang ke dalam dompet. "Qiss, jangan lupa sehari sebelum tahu keputusan SPM kita makan-makan tau." Senyuman kelat menghiasi wajah Liyana Balqis. Tidak sangka masih bertemu dengan Kazrina dan Diera. Tanpa banyak bicara Liyana Balqis mengambil barang yang dibeli dan terus melangkah meninggalkan kaunter. Tidak sanggup hendak berdepan dengan mereka lama-lama. Dia malu. "Sorry, maybe dia malu dengan kau." Ujar Hasbul Warits membela isterinya. Apabila sampai ke tempat meletakkan motosikal segera lelaki itu mengambil topi keledar dan dihulurkan kepada isterinya. Barang-barang yang dibeli dimasukkan ke dalam beg yang digalas. Manakala bungkusan buah-buahan dipegang oleh Liyana Balqis. Bungkus itu agak besar sedikit. Tidak muat untuk dimasukkan ke dalam beg yang digalas oleh Hasbul Warits. "Qiss malu. Selepas kita kena tangkap dengan Tok Aki, Qiss dah tak jumpa lagi dengan mereka. Qiss tahu mesti mereka fikir bukan-bukan." "Kita je tau apa kita buat." Berderuman enjin kedengaran. Kepulan asap putih teringgal dibelakang. Liyana Balqis memeluk pinggang suaminya. Dia bersandar pada tubuh lelaki itu sambil menongkat dagu pada bahunya. Sesekali dia terasa sangat selesa menjadi isteri Hasbul Warits. Tetapi adakalanya dia merasakan pernikahan mereka adalah satu kesilapan. "Abul..." "Ye..." Agak lama Hasbul Warits menanti kalau-kalau isterinya itu mahu berbicara, tetapi tiada sepatah pun perkataan yang terbit. Lantas dia membiarkan sahaja semuanya tergantung. Mungkin Liyana Balqis masih mencari-cari ayat yang sesuai untuk diucapkan kepanya. Mungkin juga Liyana Balqis terlupa apa yang mahu dikatakannya. Sedar tidak sedar, Hasbul Warits sudah membelok ke halaman rumah Cikgu Luth Bakri. Kelihatan si kecil Yaya sedang bermain buaian manakala bapanya pula sedang menikmati minum petang bersama keluarga yang lain. Sebaik sahaja enjin dimatikan, salam diberi. Senyuman dari ibu mertuanya terukir sambil menjawab salam. "Dah sampai pun." "Pergi pekan dulu tadi." Hasbul Warits membongkok menyalami ibu mertuanya. Kemudian beralih kepada Cikgu Luth Bakri. Lelaki itu tidak menyambut tangannya menyebabkan dia cemas seketika. Liyana Balqis juga turut kaget melihat tindakan bapanya. Puan Asyikin juga turut buntu melihat tingkah suaminya. Seketika sunyi sepi, Cikgu Luth Bakri tertawa kecil melihat wajah anak menantunya. Dia menyambut salam Hasbul Warits sambil tergelak. Senyuman turut terukir pada wajah si menantu. Terasa lega apabila bapa mertuanya hanya bergurau dengannya. "Abah gurau aje. Bawa beg ni simpan dulu kemudian turun minum. Mama buat karipap sambut menantu balik sini." Terkekeh-kekeh dua adik perempuan Liyana Balqis melihat telatah mereka. Lisa Diana dan Lina Azreen sejak tadi diam melihat orang dewasa berdrama. Selepas gurauan secara selamba bapanya barulah mereka mengekek tergelak.Bukan mudah melihat Cikgu Luth Bakri bergurau dengan orang yang pernah bersalah dengannya. Mungkin Hasbul Warits lain dari yang lain. Jadi marahnya kepada lelaki itu tidak berlanjutan. Malah Liyana Balqis juga tidak dilayan sedingin dahulu. "Abah ni macam Raja Lawak." Ujar Lisa Diana. "Sikit-sikitlah." "Abah Qiss naik dulu." Hasbul Warits membontoti isterinya. Terasa tenang sedikit melihat keluarga ini bergelak ketawa. Dia terlalu risau akan penerimaan keluarga ini. Namun semuanya berbeza. Seperti mana Liyana Balqis diterima dalam keluarganya, begitu juga dia. Pesanan ibu dan ayah sentiasa dia ingtan. Dia harus mengambil hati keluarga Liyana Balqis jika tidak mahu salah faham berlaku.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan