Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam menjelma lagi. Malam kedua yang dirasakan sangat sukar untuk dilalui. Apabila malam muncul, Liyana Balqis resah. Apabila dia resah, tentulah malam sudah menjelma untuk menyukarkan dirinya. Malam, bermakna dia akan sekali lagi berkongsi bilik apatah lagi katil bersama Hasbul Warits. Dia bimbang peristiwa semalam kembali menemani malamnya. Semalam, walaupun dia masih marahkan lelaki itu namun dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri secara tidak sedar. Sepatutnya dia mengelak, tetapi tingkah laku Hasbul Warits sangat lemah lembut dan romantis sehingga dia tidak mampu menolak. Tambahan pula dia masih terlalu muda. Masih tidak boleh mengawal nafsu. Lantas dia telah menyerahkan diri kepada suaminya. "Qiss, tak tidur lagi? Dah lewat ni." "Kejap lagi, ibu." "Mata tu dah mengantuk dah. Jangan lama-lama nanti tertidur kat sini pula." Sekadar tersenyum, kemudian matanya menghantar ibu mertua melangkah menuju ke kamar. Jam di dinding menunjukkan beberapa minit lagi untuk ke pukul 12 tengah malam. Walaupun pada hakikatnya, Liyana Balqis akan tidur pada jam 10 malam. Jika dahulu ketika mahu menghadapi peperiksaan, dia akan tidur dahulu dah akan bangun semula sebelum subuh menjelma. Mata Liyana Balqis semakin layu. Tanpa sedar dia telah terlelap di sofa sambil televisyen masih terpasang. Lampu yang terang benderang tidak menjadi beban untuk gadis ini melelapkan matanya. Dia sudah biasa tidur dibawah cahaya matahari, jika cahaya lampu yang menjadi penghalang itu adalah perkara biasa yang bisa dia tangani dengan mudah sekali. Selepas beberapa ketika dia terlelap, Hasbul Warits pula keluar dari bilik. Sejak pulang dari rumah temannya untuk berborak-borak kira-kira sejam yang lalu, dia berada di dalam bilik lalu menunaikan solat dan terus tertidur. Dia leka membaca kitab sehingga terlelap. Mujurlah lampu yang tidak dipadam berjaya menyedarkannya. Selepas terjaga dari tidur, dia tidak melihat isterinya di sisi. Lalu dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik. Tambahan pula dia dahaga. Mahu meneguk air di dapur dahulu sebelum menyambung tidur. Serta, mahu juga melihat apa yang sedang dibuat oleh isterinya sehingga tidak masuk ke dalam bilik. "Ya Allah, tidur dah?" Dia menggelengkan kepala lalu menghampiri isterinya. Wajah itu ditatap. Inilah wajah yang sering bergelak ketawa dengannya. Inilah wajah insan yang menjadi sahabatnya. Inilah juga insan yang telah menjadi isterinya tanpa dia pernah bermimpi. Setahunya, ada insan lain yang menaruh perasaan kepada anak sulung Cikgu Luth Bakri. Tetapi kerana ketegasan bapanya, lelaki itu tidak berani mengambil risiko. Hasbul Warits tersenyum bangga. Akhirnya dia yang memiliki gadis ini. Walaupun pada umur ini, dia tidak sepatutnya melangkah masuk ke alam rumah tangga tetapi dia semakin sedar akan hakikat sebenar. Tidak salah dia memegang tanggungjawab besar ini. Tambahan pula dia kenal akan isterinya sejak lama dahulu. Tubuh si isteri diangkat lalu di bawa ke kamar. Nyenyak. Tidak sedar langsung dirinya sedang berada di atas dukungan suami. Malah dia masih tersenyum dalam tidurnya sambil tangannya memeluk bahu Hasbul Warits. Suaminya itu sekadar tersenyum melihat gelagat isterinya ketika tidur. Tindakan tidak sengaja itu mencetuskan snyuman pada wajah suami. "Ibu dah cakap tadi. Mata dia dah mengantuk tapi paksa juga." Ujar Puan Wardah sekadar berbisik. "Takpe, bu. Dia segan agaknya nak berdepan dengan Abul dalam bilik." Balas Hasbul Warits. Mungkin juga. Wanita itu tersenyum sahaja melihat anaknya. Puan Wardah membantu anaknya membuka pintu bilik lantas menutupnya selepas anak menantunya masuk ke dalam. Dia menggeleng kepala kemudian pergi ke dapur untuk mengambil air untuk suaminya. "Menantu muda sangat macam ni lah agaknya." "Apa yang awak membebel tu? Mana air saya ni, Cik Dah oi." Puan Wardah berpaling. Suaminya sedang bercekak pinggang di belakangnya. Tangannya pantas mengusap dada. Terkejut juga apabila dia disergah pada waktu-waktu begini. Kehadiran suaminya ke dapur langsung tidak disedarinya. Entah sudah berapa lama lelaki ini berada di sini. "Ayah ni buat terkejut ibu aje." "Yang ibu lambat sangat kenapa? Tercekik ayah kat dalam tu." "Makan ubat sebiji pun tercekik?" Wanita itu menghulurkan segelas air kepada suaminya yang sudah duduk di kerusi meja makan. Lelaki itu tergelak kecil. Kemudian dia menyambut gelas itu lalu meneguk minuman sehingga habis. Puan Wardah turut sama duduk bersama suaminya sambil meneguk minuman juga. "Ibu membebel apa tadi?" "Takde apa-apa. Qiss tertidur kat sofa tadi, ayah. Nasib baik Abul keluar. Abul angkatlah dia masuk dalam bilik." Ujar Puan Wardah menjawab soalan suaminya. Jawapan itu buat lelaki itui tertawa kecil. Dia sudah dapat mengagak. Sejak tadi dia melihat wajah menantunya agak resah. Apatah lagi melihat Hasbul Warits masuk ke dalam bilik dan tidak keluar semula. Sejak itu mata menantunya asyik memandang pintu. Mungkin mengharapkan si suami keluar semula jadi dia akan masuk ke dalam. Tetapi malangnya lelaki itu tidak keluar. "Ayah perasan tadi Qiss macam tanka masuk bilik kalau Abul ada." "Malu agaknya. Agak-agak ayah menantu kita ni bunting pelamin ke tidak?" "Manalah ayah tau. Ibu buat tak apa Mak Long suruh?" "Taklah. Kejam sangat buat macam tu, ayah. Nanti hati budak-budak tu nanti."
wah..pandailah penulis menggunakan ayt.. dh lame k mnceburi bidng pnulisn ni?? best tul bila bca pnggunaan ayt nye... :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mcm best...
smbg la lg..
ada blog?