BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Disember 07, 2009
Novel : Jangan offline cinta kita, sayang 1
Nama Pena : Azrie Idzmeer

"Excuse me, awak ni Nizar ke?".
Nizar menoleh ke arah suara yang tiba-tiba menyapanya.
"Awak ni, Jiji?" Nizar bertanya pada gadis yang menegurnya tadi.
Gadis itu tersenyum lebar. Kemudian dia mengangguk-anggukkan kepalanya laju.
"Ya. Saya Jiji. Nice to meet you. Akhirnya, kita jumpa juga," Jiji menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Nizar.
Nizar membalas senyuman Jiji dan mereka berdua saling bersalaman.
Tidak disangka-sangka. Selama lebih kurang tiga tahun berkenalan melalui internet, mereka akhirnya dapat bertemu mata buat kesekian kalinya.
"Dah lama tunggu?" Jiji bertanya pada Nizar.
"Taklah lama sangat. Saya faham. Awak naik LRT. Waktu sekarang ni, mesti ramai orang," Nizar memaniskan bicaranya supaya Jiji tidak terasa hati.
Jiji tersenyum mendengar kata-kata Nizar itu. Sungguh bermakna dan manis sekali!
Nizar turut terikut senyum. Entah kenapa, pertama kali matanya memandang Jiji, ada satu perasan debar dalam hati.
"Jiji, cantik sungguh wajahmu," detik Nizar di dalam hati.
Masih segar lagi dalam ingatan Nizar sewaktu awal perkenalannya dengan Jiji tiga tahun lepas.
Nizar seorang yang buta IT. Tidak pernah sekali cuba untuk menyentuh komputer di rumahnya. Bila kawan-kawan mengajaknya pergi ke cyber cafe untuk bermain online games, Nizar akan segera menolak. Nizar pernah ditertawakan rakan-rakannya kerana tidak tahu apa maksud software. Lebih melucukan, apa maksud keyboard pun, Nizar tidak tahu.
Desakan demi desakan dan tekanan demi tekanan yang dihadapi oleh Nizar akhirnya membuatkan Nizar terpaksa belajar juga selok-belok tentang komputer. Mujur adiknya membantu. Nizar banyak belajar tentang komputer dan juga penggunaan internet.
Semenjak itu, Nizar semakin mahir dalam penggunaan komputer. Setiap hari, kalau tidak disentuh komputer di rumahnya itu, memang tidak sah. Malah, Nizar lebih tahu tentang selok-belok komputer berbanding kawan-kawannya. Bila ada komputer kawan-kawannya mengalami masalah, Nizar orang pertama yang dicari. Nizar sudah tidak buta IT lagi. Malah celik secelik-celiknya!
Minat Nizar dalam bidang komputer dan kebijaksanaannya menggunakan internet membuatkan dia bertemu dengan laman sesawang paling popular masa kini. Myspace.com. Nizar adalah antara orang pertama yang menggunakan laman sesawang itu sebagai sumber untuk mencari kenalan baru di serata dunia.
Nizar masih ingat lagi. Jiji adalah antara orang pertama yang menjadi kenalannya dalam laman sesawang Myspace. Waktu itu mereka masih belajar di tingkatan dua. Gambar yang digunakan juga bukanlah gambar sebenar. Nizar menggunakan gambar David Beckham manakala Jiji menggunakan gambar Hello Kitty.
Pun begitu, Nizar dan Jiji tetap berkawan. Daripada perkenalan biasa-biasa, akhirnya lahir hubungan istimewa antara mereka. Kalau sehari mereka berdua tidak online bersama dan berbalas komen dalam Myspace, rasa macam ada yang tidak kena. Ada sahaja cerita yang hendak dikongsikan.
Banyak rahsia dan kisah suka duka saling mereka kongsi bersama. Jiji langsung tidak berasa kekok untuk menceritakan masalahnya kepada Nizar. Malah, Jiji suka menjadikan Nizar sebagai tempat mengadu nasib daripada kawan-kawan sekolahnya sendiri. Bagi Jiji, Nizar seorang lelaki yang baik dan jujur dalam persahabatan. Jiji sentiasa boleh bergantung pada Nizar.
Hubungan mereka berdua semakin lama semakin rapat. Gambar yang mereka gunakan juga bukan lagi gambar orang lain. Nizar tidak menyangka bahawa Jiji adalah anak orang kaya yang cantik dan pintar. Nizar pula orang-orang biasa dan tidaklah kacak sangat.
Nizar pernah cuba untuk memutuskan persahabatannya dengan Jiji kerana perasaan kekok hendak berkawan dengan anak orang berada. Jiji tidak berhenti daripada memujuk Nizar untuk tetap berkawan dengannya. Bagi Jiji, bukan pangkat dan harta yang menjadi ukuran. Sebaliknya, keikhlasan yang sepatutnya dititikberatkan. Atas alasan itu, Nizar semakin serasi dengan Jiji sehingga kini.
"Ni kamera yang awak nak pinjam tu," Jiji menghulurkan sebuah kamera Canon EOS miliknya kepada Nizar. Kamera itu diambil dari beg yang dijinjit.
Nizar mengambil kamera tersebut dari tangan Jiji dengan penuh hati-hati. Kamera orang. Kalau rosak atau pecah nanti, habislah! Kamera Canon EOS itu paling murah pun mencecah sehingga seribu ringgit. Manalah Nizar mampu untuk membayar balik duit kamera itu kalau apa-apa berlaku nanti.
Nizar mahu meminjam kamera tersebut daripada Jiji kerana hari itu Nizar akan pergi ke jamuan pengawas sekolahnya bertempat di Restoran Bossa Nova, Parkroyal Hotel.
Pada mulanya, Nizar berasa berat hati hendak meminjam barang mahal daripada orang yang tidak pernah dia jumpa depan-depan. Namun, disebabkan Nizar bakal menamatkan persekolahannya nanti, rasa tidak seronok pula tiada kamera untuk mengabadikan kenangan terakhirnya bersama rakan-rakan sekolah.
Nizar cuba meminjam kamera Canon EOS milik abang sepupunya. Namun, abang sepupu Nizar tidak percaya akan Nizar. Katanya, Nizar bakal merosakkan kamera miliknya nanti. Disebabkan itu, Nizar terpaksa menebalkan muka untuk meminjam kamera tersebut daripada Jiji.
Mujur Jiji tidak kedekut dan percaya akan Nizar. Nizar hanya akan meminjam kamera itu untuk satu minggu sahaja. Selepas itu nanti, Nizar akan pulangkan semula.
Jiji tersenyum melihat Nizar yang takut-takut memegang kameranya.
‘Kalau pecah, papa boleh gantikan dengan yang baru,’ Jiji sekadar berbisik dalam hati.
"Terima kasih sebab pinjamkan saya kamera ni. Minggu depan saya pulangkan," Nizar memberitahu Jiji. Jiji sekadar mengangguk tanda faham. Nizar sudah pun memberitahunya bila hendak dipulang kameranya itu dalam Myspace dua hari yang lepas.
"Awak jangan lupa janji awak pada saya, okey?" Jiji mengingatkan Nizar dengan janji yang telah dibuat.
Nizar cuba mengingat kembali apa janjinya kepada Jiji. Setahu Nizar, dia tidak berjanji apa-apa dengan Jiji. Janji apa, ya?
Jiji mula memuncungkan bibirnya. Sampai hati Nizar tidak ingat janji yang dibuat padanya dua hari yang lepas. Masa hendak pinjam kamera, kata-kata Nizar begitu manis sekali. Bila diungkit tentang janji yang sudah dibuat, tidak ingat pula.
"Jiji, janji apa?" Nizar bertanya. Hatinya sedikit rasa bersalah kerana Jiji sudah menarik muka masam. Silap hari bulan, kamera yang ada di tangannya itu terpaksa dipulangkan kembali.
"Kan awak dah janji nak keluar dengan saya minggu depan. Macam mana awak boleh lupa?" Jiji bertanya dalam nada yang seakan-akan hendak merajuk.
Nizar menepuk dahinya. Macam mana dia boleh terlupa janjinya itu? Sebagai membalas budi Jiji yang baik hati meminjamkan kameranya, Nizar telah berjanji untuk menghabiskan masa bersama Jiji minggu hadapan. Nizar sendiri yang membuat janji tersebut. Jiji langsung tidak mengharap apa-apa balasan atas kebaikan yang dilakukannya. Tapi, kalau Nizar sudah berjanji hendak keluar dengannya, Jijilah orang yang paling gembira sekali.
Maklumlah, selama tiga tahun perkenalan, baru hari itu mereka berjumpa. Itu pun kerana Jiji mahu menyerahkan kamera miliknya kepada Nizar. Kalau tidak, tiga tahun lagi baru mereka boleh berjumpa agaknya. Nama sahaja tinggal di Kuala Lumpur. Bila diajak berjumpa, masing-masing tiada masa.
Seronok juga bila dapat habiskan masa bersama Nizar. Jiji sudah mula berkira-kira dalam hati. Tengok wayang, jalan-jalan, window shopping, makan-makan. Seronoknya! Jiji makin teruja.
"Okey. Saya tak lupa. Kan saya dah janji?".
Jiji tersenyum lagi mendengar kata-kata Nizar. Jiji sendiri tidak tahu kenapa. Pertama kali dia bertentang mata dengan Nizar, ada satu perasaan yang membuatkan hatinya tidak senang duduk. Berdegup kencang macam hendak ribut. Adakah Jiji sudah terpikat dengan Nizar? Tidak! Masih awal lagi untuk mereka saling jatuh cinta. Tapi, hati ini...
"Jiji, saya rasa saya dah lambatlah. Saya kena pergi sekarang," Nizar mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul dua belas tengah hari. Jamuan pengawasnya akan bermula jam satu nanti.
"Jamuan awak dekat mana?" Jiji bertanya.
"Parkroyal Hotel. Dekat BB," Nizar menjawab.
"Oh BB. Saya nak pergi sana jumpa kawan-kawan. Bolehlah kita jalan sama-sama pergi sana ya?" Jiji bercadang. Sebenarnya dia sengaja mencari alasan untuk dapat meluangkan sedikit lagi masa bersama Nizar.
"Awak tak kisah berjalan kaki pergi sana? Awak boleh naik monorail," Nizar memberi pendapat kepada Jiji. Rasanya lebih senang kalau Jiji naik sahaja monorail.
Jiji dan Nizar sekarang berada di stesen LRT Hang Tuah. Hanya bersebelahan dengan stesen monorail Hang Tuah. Lebih elok rasanya kalau Jiji pergi ke Bukit Bintang dengan menaiki monorail. Berhenti sahaja di stesen Bukit Bintang. Kasihan Nizar tengok Jiji. Tidak sampai hati rasanya melihat Jiji berjalan kaki sejauh satu kilometer dengan memakai kasut tinggi.
"Kalau awak naik monorail, baru saya naik ikut awak," kata-kata Jiji itu seolah-olah mahu memerangkap Nizar.
Nizar sudah mula mengerutkan dahinya. Apa yang perlu dia buat? Jamuan sudah hendak bermula. Nizar ditugaskan menjadi jurufoto pada jamuan tersebut. Sebab itu Nizar beria-ia mendapatkan kamera Jiji.
Nizar meraba-raba poket seluarnya. Nizar cuba berkira-kira. Masih cukupkah wang belanjanya kalau hendak naik monorail? Nizar cuba mengingat semula.
"Saya belanja," tanpa disuruh, tiba-tiba sahaja Jiji dengan rela hati hendak membelanja Nizar.
Alhamdulillah. Rezeki Nizar.
"Tak apa ke?" Nizar mahukan kepastian.
"Tak apa. Bukan selalu saya dapat belanja awak kan?" Jiji tersenyum nipis memandang Nizar. Nizar mengangguk-anggukan sahaja kepalanya bersetuju dengan kata-kata Jiji.
Tanpa membuang masa, mereka segera berjalan menuju ke stesen monorail Hang Tuah. Jiji dan Nizar seiring menaiki eskalator menuju ke kaunter tiket. Jiji terperasan Nizar sedang merenung wajahnya. Merah padam pipi Jiji bila Nizar memandangnya begitu. Jiji tidak berani menegur. Takut dia terperasan. Entah-entah Nizar melihat ke arah lain.
Nizar sememangnya sedang merenung wajah Jiji ketika itu. Nizar sendiri tidak tahu kenapa dia tidak bisa mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Jiji benar-benar menawan hatinya.
Wajah Jiji seakan-akan bidadari. Kulitnya putih gebu. Matanya bulat bercahaya. Rambutnya beralun bagai ombak sesuai dengan gayanya yang feminin. Hidungnya mancung bak seludang. Bibirnya tidak pernah berhenti dari mengukir senyuman. Tubuh badan Jiji dari atas ke bawah cukup menawan. Potongan badannya tidak ubah seperti seorang peragawati. Pendek kata, Jiji sempurna pada mata Nizar.
Lamunan Nizar terbantut apabila dia dan Jiji sudah tiba di hadapan kaunter tiket. Jiji pantas mengeluarkan sekeping not berjumlah lima ringgit.
"Satu tiket Bukit Bintang," kata Jiji kepada kakak yang menjaga kaunter ketika itu.
"Satu je?" Nizar bertanya pada Jiji.
Jiji mengangguk laju. "Satu je,".
"Untuk siapa?" Nizar bertanya lagi.
"Untuk awaklah,".
"Habis awak?".
"Saya guna Touch ‘n Go," Jiji menayang-nayangkan kad Touch ‘n Go-nya kepada Nizar. Nizar tersenyum malu melihat Jiji. Nizar lupa. Ramai yang menggunakan Touch ‘n Go sekarang. Tidak terkecuali Jiji. Nizar menepuk dahinya laju. Sepatutnya dia pun membeli satu kad Touch ‘n Go untuk dirinya.
"Terima kasih sebab belanja saya ya?" ungkap Nizar kepada Jiji.
Jiji tersenyum sahaja sambil menganggukkan kepalanya.
"Tak apa. RM 1.20 je. Tak luak pun duit saya,".
Jiji dan Nizar berjalan ke arah mesin pengimbas tiket monorail. Nizar berdiri di belakang Jiji. Jiji meletakkan kad Touch ‘n Go-nya di atas pengimbas. Jiji berasa pelik apabila tiada bunyi ‘beep’ yang keluar dari mesin tersebut.
"Rosak ke?" tanya Jiji sendiri.
Nizar cuba melihat posisi tangan Jiji pada mesin tersebut.
"Salah tu," Nizar berkata.
Nizar memegang lembut tangan Jiji dan membetulkan kedudukan kad Touch ‘N Go Jiji pada mesin tersebut.
Beep!
"Sekarang baru boleh masuk," kata Nizar sambil tersenyum manis.
Jiji masih tidak berganjak lagi. Saat Nizar menyentuh lembut tangannya tadi, hatinya berdebar-debar. Perasaannya bercampur-baur. Adakah ini namanya cinta pandang pertama? Atau cinta sentuhan pertama? Jiji tidak pasti. Fikiran Jiji masih kusut dengan tanda tanya.
"Jiji? Awak tak nak masuk ke?".
Lamunan Jiji terhenti apabila dia tersedar yang Nizar sudah pun berjalan menuju ke arah platform menunggu tren.
Jiji pantas berjalan mengekori Nizar dari belakang.
Sewaktu sedang berdiri di atas platform, Jiji langsung tidak bersuara. Nizar mula berasa pelik melihat perubahan yang mendadak dalam diri Jiji. Gadis ceria dan periang yang dikenalinya tadi tiba-tiba sahaja sunyi sepi tidak mengeluarkan bicara. Malah, senyumannya juga sudah mula mengendur.
"Jiji, are you okay?" Nizar bertanya.
Jiji berpura-pura mengukir senyuman untuk Nizar.
"I’m fine,".
"Habis, kenapa awak diam?" Nizar bertanya lagi.
"Tak ada apa-apa. Sorry. Mesti bosan keluar dengan saya kan?".
"Mana ada. Saya rasa selesa. Lagipun saya dah lama kenal awak. Cuma ni je first time berjumpa. Sebab tu kut, awak rasa kekok," Nizar membuat andaian sendiri.
Jiji bersetuju dengan kata-kata Nizar itu. Mungkin Jiji sendiri yang berasa kekok. Bukannya Jiji tidak pernah disentuh oleh lelaki lain sebelum ini. Cuma, bila Nizar memegang tangannya tadi, hatinya terus berdebar-debar. Jiji berharap sangat perasaan debarnya itu boleh pergi.
Tidak lama kemudian, tren yang dinanti muncul. Jiji dan Nizar berpusu-pusu masuk ke dalam tren itu kerana ramai orang dari belakang yang menolak-nolak mereka.
Nizar dan Jiji saling memandang antara satu sama lain dalam tren. Mereka berdiri sahaja memandangkan tiada tempat kosong yang perlu diisi. Lagipun, stesen Bukit Bintang tidaklah jauh sangat dari Hang Tuah. Tidak perlu duduk. Berdiri sekejap sahaja.
Apabila tren mula bergerak, Nizar hilang keseimbangan dan hampir terjatuh menghempap Jiji. Mujur Jiji sempat menahan dan memeluk Nizar. Masing-masing tersentak dengan kejadian yang tidak disengajakan itu. Nizar segera melepaskan diri dari pelukan Jiji. Nizar membetulkan rambutnya. Orang ramai melihat sahaja adegan mereka tadi.
Jiji sudah semakin rasa tidak selesa. Apabila dia memeluk Nizar tadi, debar dalam hatinya terus hilang. Cuma sekarang ini, Jiji berasa bersalah. Apa pandangan Nizar kepadanya nanti? Jiji tidak mahu Nizar fikir yang bukan-bukan tentang dirinya.
Nizar berdehem.
"Sorry," ungkap Nizar takut-takut. Dia turut merasa bersalah kerana hampir-hampir terjatuh menghempap Jiji tadi. Nizar takut Jiji akan menganggap perkara tadi sebagai gangguan seksual. Nizar memang tidak sengaja memegang Jiji tadi.
"Tak apa. Awak tak sengaja," Jiji akhirnya meredakan keadaan dengan sedikit senyuman diberi kepada Nizar.
Nizar gembira kerana Jiji tidak marah padanya. Keadaan dalam tren yang sesak dengan orang ramai itu menyukarkan pergerakan Nizar dan Jiji. Malah, mereka berdua diam sahaja tidak bercakap. Bila bercakap nanti, pasti orang di sebelah dapat mendengar. Kurang privasi kalau hendak berbual dalam monorail. Jadi, lebih baik mereka mendiamkan diri saja. Tunggu sampai sudah tiba ke destinasi yang dituju.
"Bukit Bintang," pengumuman dibuat melalui pembesar suara dalam tren itu.
Nizar dan Jiji bersiap sedia untuk keluar dari tren yang sudah seakan-akan seperti tin sardin itu. Mereka berdua menarik nafas lega kerana akhirnya dapat keluar dari tren yang begitu sesak tadi.
Nizar dan Jiji berjalan seiring menuruni anak tangga menuju ke Bintang Walk. Hari Sabtu begini, kawasan sekitar Bukit Bintang sesak dibanjiri ramai orang. Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, pelancong atau warganegara sekalipun, Bukit Bintang tetap menjadi tumpuan setiap kali tiba sahaja hujung minggu.
"Ada gula, adalah semut," Nizar yang agak tersentak melihat keadaan penuh sesak di Bukit Bintang berperibahasa.
Jiji sekadar mampu tersenyum mendengar kata-kata Nizar. Boleh belajar peribahasa hari ini. Harap-haraplah peribahasa tadi keluar dalam SPM. Senang sedikit Jiji hendak jawab.
"Kerana gula tu manis, semut pun datang berhurung. Apa yang manis dekat BB ni sampai semua orang ke sini?" sengaja Jiji hendak menguji Nizar. Jiji ingin lihat sejauh mana daya pemikiran Nizar akan pergi. Kalau Nizar bijak, pasti dia mampu menjawab pertanyaan Jiji tadi.
"BB tak manis tapi awak ya," dengan selambanya Nizar menjawab. Senyuman sinis sengaja diberikan kepada Jiji.
Merona merah pipi Jiji apabila Nizar berkata begitu. Lain jawapan yang hendak didengar, lain pula yang dijawab oleh Nizar.
Nizar tertawa kecil melihat Jiji sudah tersipu malu dengan kata-katanya tadi. Siapa bilang aku tidak mampu mencairkan seorang perempuan? Hana sudah silap besar! Nizar tiba-tiba teringat akan teman rapatnya di sekolah, Hana.
Dari dulu hingga sekarang, Hana tidak henti-henti memperlekehkan Nizar. Katanya, Nizar seorang yang tidak pandai memikat hati perempuan. Kata Hana lagi, mana-mana perempuan pun tidak akan tersangkut dengan Nizar. Ternyata Hana silap. Nizar akhirnya bisa mencairkan hati seorang perempuan. Hati Jiji.
"Err, mana hotel yang awak kena pergi tu?" Jiji cuba mengalihkan topik perbincangan. Jiji tidak berani bertentangan mata dengan Nizar.
"Dekat sebelah sana," Nizar menunjukkan ke arah sebuah bangunan besar tidak jauh dari Lot 10.
Jiji mengangguk-anggukkan sahaja kepalanya tanpa memandang Nizar. Jiji masih berasa kekok lagi ketika itu selepas apa yang Nizar kata padanya.
"Awak nak jumpa kawan-kawan awak dekat mana?" Nizar pula yang bertanya pada Jiji. Nizar langsung tidak berasa apa-apa mengenai apa yang dikatakannya tadi kepada Jiji. Nizar cuma bercakap tentang apa yang dia rasa sahaja. Jadi, dia tidak perlu rasa kekok.
"Kita orang nak jumpa dekat Kitaro," Jiji pula menunjukkan ke arah bangunan BB Plaza kepada Nizar.
Nizar menganggukkan kepalanya melihat bangunan itu.
"Kitaro? Tempat budak-budak hot," Nizar bercakap dalam nada yang sinis. Keningnya dijongketkan sedikit.
Melalui pengamatan Nizar, Kitaro adalah sebuah restoran mamak yang terdapat dalam kawasan BB Plaza. Setiap hari Sabtu, hampir kesemua remaja yang masih bersekolah akan turun ke Kitaro untuk menghabiskan masa bersama. Nizar tidak suka ke situ. Kata Nizar, tempat itu kelihatan tidak ubah seperti pusat masalah sosial. Dengan tiada perasaan malu, para remaja yang melepak di situ merokok dan mengenakan pakaian-pakaian yang terdedah serta menjolok mata. Ada juga yang menghisap shisha. Kononnya, kalau hisap shisha, mereka akan kelihatan bergaya.
Nizar tidak menyangka yang Jiji juga merupakan salah seorang dari remaja yang suka lepak di Kitaro. Kalau Nizar tahu dari awal lagi, pasti Nizar menghentikan niatnya untuk terus berkawan dengan Jiji.
"Kenapa awak cakap Kitaro tu tempat untuk budak-budak hot?" Jiji yang masih tidak faham cuba bertanya.
Nizar pun menceritakan segala-galanya kepada Jiji. Dari awal hingga akhir. Nizar turut meluahkan rasa kesalnya kerana Jiji turut terlibat dalam gejala sosial yang berleluasa di Kitaro. Jiji tunduk malu apabila Nizar berkata begitu.
"Nizar..." Jiji memanggil Nizar.
"Awak tak perlu bela diri awak. Mungkin kehidupan awak di sana. Mungkin itu cara hidup awak..."
"Tidak! Bukan cara hidup saya. Cuma awak perlu tahu satu benda ni. Saya tak hisap rokok dan saya bukannya budak bermasalah. Saya ke sana sebab saya nak jumpa kawan-kawan saya. Salah ke? Awak ingat saya mudah terpengaruh dengan kawan-kawan saya yang bermasalah? Awak silap, Nizar! Awak silap!" Jiji memangkas kata-kata Nizar dan meluahkan pula perasaannya kepada Nizar.
Nizar terkedu mendengar apa yang Jiji katakan. Mungkin benar. Tidak semua orang yang ke Kitaro terlibat dalam gejala sosial. Nizar juga pernah ke sana. Kawan-kawannya semua merokok. Semua bergaul bebas tanpa ada rasa segan silu. Tapi Nizar tidak pernah merokok. Nizar sekadar melepak sahaja di situ. Mungkin Jiji juga seperti Nizar. Nizar mengeluh. Dia tidak sepatutnya menghakimi Jiji. Cara pemakaian Jiji pun tidaklah begitu menjolok mata dan menunjukkan yang Jiji itu seorang yang suka bersosial. Nizar dihimpit rasa bersalah kini.
"Jiji, saya minta maaf. Saya tak patut judge awak sampai macam tu," Nizar bercakap dalam nada kesal.
Jiji diam sahaja. Jiji langsung tidak mahu memandang Nizar ketika itu. Orang ramai yang lalu lalang memerhatikan sahaja mereka membuat drama sebabak.
Jiji turut merasa bersalah sebenarnya. Jiji tidak sepatutnya terlalu emosional dan memarahi Nizar yang bukan-bukan.
"Saya pun minta maaf. Marah-marah awak masa first time kita jumpa. Macam budak-budak je, kan?" Jiji sudah mula mengukir senyuman. Senyuman yang menyejukkan pandangan Nizar.
Buat seketika, Jiji dan Nizar terdiam. Nizar memandang Jiji dan Jiji memandang Nizar. Tiada siapa yang dapat merungkaikan bagaimana perasaan mereka ketika itu. Ada rasa cinta yang tersemat dalam hati. Namun, mereka takut untuk meluahkan apa yang terbuku.
Telefon bimbit Nizar yang berdering membuatkan mereka terus terhenti dari lamunan. Jiji membetulkan rambutnya kerana cuba menutup perasaan malu merenung lama Nizar tadi. Nizar pula tergesa-gesa menjawab panggilan yang masuk itu.
"Helo?"
...
"Aku dah sampai. Kejap lagi aku datang,"
...
"Ok, bye!".
Klik!
Talian dimatikan.
"Siapa yang call?" Jiji bertanya. Perasaan malunya tadi sudah hilang.
"Hana. Dia tanya saya ada dekat mana. Katanya, jamuan dah nak mula," sambil tersenyum, Nizar bercerita. Telefon bimbitnya kembali disimpan di dalam kocek seluar.
Melihat senyuman yang melebar yang diukirkan oleh Nizar dan nama Hana yang disebut oleh Nizar tadi membuatkan Jiji sedikit berasa kecewa. Siapa perempuan itu? Kenapa aku tidak tahu Nizar sudah berpunya? Jiji cemburu.
"Siapa Hana tu?" sambil menyilangkan tangannya, Jiji bertanya. Lagaknya tidak ubah seperti dia teman wanita Nizar.
Nizar mengerutkan dahinya melihat Jiji. Kenapa Jiji berkelakuan seperti orang cemburu?
"Awak cemburu ya?" Nizar cuba memerangkap Jiji.
Jiji mula tersedar yang dia sudah tersalah cakap. Sekarang ini, Nizar sudah terperasan yang Jiji cemburu. Aduh! Malunya! Gumam Jiji dalam hati.
"Eh, mana ada! Saya cuma tanya saja," Jiji cuba membela diri. Matanya masih takut untuk bertaut pada pandangan Nizar.
Nizar tersenyum mendengar kata-kata Jiji itu. Nizar tahu Jiji sebenarnya cemburu. Terasa bangga pula melihat Jiji yang sudah kelihatan seperti menyimpan perasaan terhadapnya.
"Awak jangan risau. Saya belum berpunya. Hana tu kawan saya," kata-kata Nizar sedikit sebanyak melegakan perasaan Jiji. Jiji cuba menyembunyikan rasa gembiranya bila Nizar berkata begitu.
Nizar mengerling lagi ke arah jam tangannya. Tinggal lagi beberapa minit sebelum jamuan pengawas berlangsung. Nizar memandang Jiji dan mengukir senyuman yang melebar.
"I gotta go. I’ll see you next week okay?" Nizar menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Jiji.
Jiji membalas senyuman Nizar dan buat kali keduanya mereka bersalaman.
"Jangan lupa janji awak nak keluar dengan saya, ya?" Jiji berpesan lagi kepada Nizar.
Nizar mengangguk laju. "Jangan risau. Saya tak lupa,".
Nizar kemudian meminta diri untuk pergi ke jamuan pengawasnya. Jiji ditinggalkan seorang diri di hadapan stesen monorail Bukit Bintang. Jiji memerhatikan sahaja Nizar membawa kameranya pergi. Jiji gembira dapat berjumpa dengan Nizar. Akhirnya, tercapai juga hajat mereka. Semoga minggu hadapan, pertemuan mereka akan lebih manis dan harap-harap, romantis!
posted by Penulisan2u @ 6:43 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group