Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Isabelle bermenung di tangga. Dengan gaun kembangnya, dan teddy bear besarnya, dia menongkat dagu.
Nek Zizah yang baru saja datang dari dapur menggeleng kepala bersama keluhan panjang. Sudah 2 hari Isabelle di rumahnya, 2 hari jugalah dia bermenung di tangga hampir sepanjang masa. Sekurang-kurangnya, dia tidak lagi menangis.
"Isabelle." Panggil Nek Zizah seraya mengambil tempat di sisi Isabelle, di ambang pintu.
Isabelle menoleh sekilas.
"what is it?" dia memandang hadapan kembali, merenung halaman. Pandangannya terhala ke jalan masuk.
"Isabelle tengok apa?" sekadar berbasa-basi.
Hakikatnya, Nek Zizah tahu apa tujuan Isabelle duduk di situ.
Isabelle masih menongkat dagu.
"I’m waiting for my grandpa and granny." Jawabnya tanpa menoleh.
Nek Zizah mengusap kepala Isabelle lembut.
"lambat lagi nenek nak datang, Isabelle. Tak nak tengok tv?"
Isabelle menggeleng.
"no, I want to wait here."
Nek Zizah mengeluh perlahan.
******
Paan menendang batu-batu di kakinya. Bosan. Nak main tapi tak ada kawan.
Aman ke kampung sebelah, dengan atuknya. Chan di kedai bapanya.
Ah, bosan! Paan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hujung minggu yang bosan.
Tiba-tiba...
"yes! Idea! Rumah nenek!" Paan melompat turun dari pangkin bawah pokok jambu yang dibuat ayahnya setahun lalu. Dia menuju ke satu destinasi untuk mencari kawan baru. Sasarannya? Sudah pasti Isabelle.
*******
"assalamualaikum, nek." Suara Paan memberi salam membuatkan Nek Zizah menjengah ke bawah. Mata bulat Isabelle turut singgah di wajah Paan.
"hah, kamu Paan. Nak mengaji lagi ke? Kan tadi dah mengaji?" hairan Nek Zizah melihat Paan tersengih-sengih duduk di anak tangga yang paling bawah.
Di hujung minggu, Paan akan mengaji selepas makan tengahari. Hari sekolah, Paan akan mengaji pada petang hari. Pukul 6.
Paan menggeleng.
"tak lah nenek."
Paan tersengih lagi.
"nek..."
"hmm, nak apa? Panggil macam tu adalah tu yang nak dimintanya." Nek Zizah mencelah pantas.
Paan sengih lagi.
"nak ajak Isabelle main boleh tak?"
Nek Zizah mengerutkan dahi.
"buat apa? Mana Aman? Chan?"
Paan memuncungkan mulutnya.
"diorang tak de. Sibuk."
Nek Zizah mencebik.
"kecik-kecik dah pandai sibuk. Sibuk apa lah sangat."
"boleh tak nek?"
"nak main apa? Dia ni perempuan, kamu tu laki. Jangan bawak dia terjun sungai pulak."
Paan pantas geleng.
"ish nek. Apa pulak mandi sungai? Tak lah. Kawankan Paan je. Bosanlah." Paan memujuk lagi.
Nek Zizah mengerling Isabelle yang terpinga-pinga.
"what do you want?" Isabelle menyoal tiba-tiba.
Paan terdiam. Pandang Nek Zizah. Pandang Isabelle. Garu kepala.
"Nek, apa dia cakap?"
Nek Zizah tergelak sendiri.
"hah, nak main dengan dia, nak kawan dengan dia, kamu tu, cakap omputih faham ke? Dia ni mana reti cakap melayu."
Paan garu kepala.
"hah, Paan tau. Kejap nek, kejap. Paan balik rumah kejap." Pantas Paan bingkas dan menghilang ke tepi rumah.
Jarak rumah Nek Zizah dan Haliza Cuma 30 meter saja. Dengan kepantasan berlari Paan, sekejap saja dia boleh patah balik ke rumah nek Zizah.
Isabelle turut mengekori langkah Paan dengan anak matanya.
"what’s wrong with him?"
Nek Zizah ketawa lagi.
"ish, Paan, Paan. Macam-macam."
5 minit kemudian, Paan kembali dengan sesuatu di tangan.
"tada! Paan ada ni!" dengan bangganya kamus elektronik Besta di tangan dihayun-hayunkan.
Termengah-mengah Paan menarik nafas. Terduduk kembali di anak tangga paling bawah.
Nek Zizah memanjangkan lehernya.
"apa tu Paan?"
Paan memanjat anak tangga naik ke atas, duduk di hadapan Nek Zizah, melepasi Isabelle. Isabelle turut memusingkan badannya. Menjenguk-jenguk benda aneh di tangan Paan.
"ni kamus. Ayah belikan untuk Paan. Senanglah Paan faham cakap dia lepas ni." ujar Paan megah.
Nek Zizah membelek kamus itu depan belakang.
"macam mana nak guna ni?"
Paan mengambil alat itu kembali. Dihidupkan kamus itu dan dia mula menaip sesuatu.
"taip perkataan, lepas tu, tekan ni. nanti dia akan bagi maknanya. Boleh tau banyak bahasa. Senang nek." Bersungguh Paan bercerita.
Nek Zizah melopong.
"oo, baguslah macam tu."
Isabelle yang sedari tadi memerhati mula bersuara.
"ish, susah betul." Komennya dengan muka tidak puas hati.
Isabelle berkerut dahi.
"a what? Dictionary?"
Paan angguk.
Isabelle menghulurkan tangannya.
"can I see it?"
Paan antara faham tak faham menyerahkan saja alat itu.
Isabelle membelek.
"nice."
Paan garu kepala.
"boleh bagi balik?" disua tangannya pada Isabelle, Isabelle menghulur semula.
"nice tu maknanya...oo, bagus, baik." Paan tersengih.
Isabelle turut tersenyum. Nek Zizah, lantaran melihat senyuman itu, dia turut menguntum senyum.
Lega kerana akhirnya Isabelle ada sesuatu yang boleh membantunya melupakan kesedihannya.
"can I borrow it?"
Paan menaip pantas. Mengagak-agak saja ejaan perkataan itu. Menyesal pulak time kelas bahasa inggeris tak tumpukan perhatian betul-betul.
"oh, pinjam. Can, can." Paan mengangguk laju.
Isabelle tergelak kecil.
"ok, you are a nice boy. Do you want to be my friend?"
Paan menaip lagi. Beberapa kali.
"kawan? Boleh, boleh."
Isabelle tersenyum lagi.
Nek Zizah dan Paan turut tersenyum.
Dalam diam Paan menanam azam. Kelas bahasa inggeris kena tumpu betul-betul lepas ni.
********
Paan membetulkan lastiknya sambil diperhati Isabelle penuh minat. Mereka di bawah rumah Nek Zizah. Di atas bangku kayu kecil.
"what is that?" tunjuk Isabelle.
"lastik."
"lastik?" Isabelle mengulang semula jawapan Paan.
Paan angguk laju.
"macam ni guna dia." Ditarik getah lastik itu dan dilepaskan.
Isabelle melihat dalam kagum.
"what do you want to do with it?"
Paan tidak menjawab sebaliknya dia bingkas. Diambilnya sebiji batu kecil dan disepitkan pada getah lastik itu.
Matanya meliar mencari sasaran.
Jumpa! Ditarik getah itu ke belakang dengan gaya-gayanya sekali.
Isabelle pantas membuang sekilas pandang ke arah yang dituju Paan.
Oh no! Seekor anak ayam!
Pap! Batu kecil itu tepat mengenai anak ayam itu menyebabkannya tergolek sebelum anak ayam itu berlari terkedak-kedek mendapatkan adik-beradiknya yang lain.
Paan ketawa berdekah-dekah.
Isabelle bingkas, bercekak pinggang.
"you are bad. You kill the chicken." Isabelle memarahi Paan tiba-tiba.
Paan tersengih tanpa riak bersalah.
"mana mati pun."
Isabelle tidak membalas lagi. Air matanya sudah merembes dan Isabelle teresak-esak kuat di situ.
"Paan! Kenapa tu?" Nek Zizah menjerit kuat dari atas rumah.
Paan garu kepala.
"tak ada apa lah nenek." Dalih Paan.
Isabelle makin galak menangis.
"ok, ok, sorry, sorry." Pujuk Paan. Alamak, camana nak pujuk budak perempuan ni? kecik pulak tu!
"shhh... diam la Isabella, nanti nenek marah aku lah."
Isabelle menahan tangisnya, tersedu-sedu.
"you kill the chicken. I don’t want you to be my friend." Dengan air mata yang masih bersisa Isabelle melangkah menuju ke tangga.
Meninggalkan Paan terpinga-pinga di situ.
*********
Paan termenung di tangga rumahnya. Kebosanan melanda lagi. Isabelle sudah tidak mahu bermain dengannya.
Ah, lantaklah.
Haliza yang baru pulang dari rumah jiran menangkap kelibat Paan di tangga. Pelik.
"hah, Paan. Apasal duduk rumah hari ni? selalu tu berlari tak cukup tanah dengan Aman." Tegur Haliza.
Paan memuncungkan mulutnya.
"Aman ikut tokwan dia ke kampung sebelah. Chan jaga kedai dengan ayah dia."
Haliza turut duduk di anak tangga. Dikipas-kipas badannya dengan hujung selendang. Sekejap lagi, kena bersedia untuk masak makan malam pulak.
"dari tadi Paan tak ke mana lah ni?"
Paan geleng.
"pegi rumah nenek. Tapi dah balik sini."
Pandangan Haliza menangkap kamus elektronik Besta di sebelah Paan.
"aik, tak pernah sentuh kamus tu ayah beli. Hari ni buang tebiat pulak nak belajar bahasa inggeris? Buat apa dengan kamus tu?" Haliza menyoal lagi.
Paan menjeling kamus itu sekilas sebelum mengeluh panjang.
"ada anak orang putih kat rumah nenek."
Mendengar jawapan Paan, Haliza angkat muka. Perhatiannya kini tertumpu pada Paan.
"anak orang putih mana pulak nenek ambik?"
Paan jungkit bahu.
"entah. Nenek kata cucu kawan dia." Jawab Paan acuh tak acuh.
Haliza mula rasa ada yang tak kena.
Dia bingkas pantas.
"mak nak ke rumah nenek kejap."
Paan tongkat kepala, angguk lemah.
Haliza melangkah pantas.
"assalamualaikum, mak." Laungnya dari bawah rumah.
Nek Zizah menjengah ke luar.
"hah, Haliza, Paan dah balik rumah." Beritahu Nek Zizah tanpa diminta.
Haliza pantas memanjat tangga, disalami tangan ibunya dan diciuminya.
"bukan cari Paan. Mak, Paan kata ada budak lain kat rumah ni. siapa? Mana dia?"
Haliza memanjangkan lehernya, mencari tapi tiada pun kelibat itu kelihatan.
Nek Zizah menghela nafas dalam.
"duduklah dulu."
Haliza mula tidak sedap hati mendengar nada ibunya itu.
Namun dia menurut juga langkah ibunya ke ruang tamu, mengambil tempat di sofa, berhadapan ibunya.
Nek Zizah menarik nafas dalam.
"Isabelle nama dia." Beritahu Nek Zizah.
"Isabelle? Paan kata anak orang putih, betul ke mak? Anak siapa?"
Nek Zizah mengangguk.
"anak Marriott, dan Zainal."
Berubah wajah Haliza mendengar dua nama itu.
"kenapa budak tu kat sini?" nada suaranya sudah berubah juga. Ada ketegangan di situ.
Pantas peristiwa lalu berputar di mindanya. Luka lamanya berdarah kembali. Pahitnya masa itu takkan dilupakan sampai bila-bila.
Nek Zizah mengeluh panjang.
"tu ke budaknya?" Nek Zizah turut melihat ke arah itu. Isabelle berdiri di depan biliknya, memandang kedua mereka.
"who is that?" soal Isabelle seraya menghampiri. Dia sudah berhenti menangis.
Haliza ketawa kecil, ketawa yang dibuat-buat.
"patutlah Paan bawak Besta dia ke sini. budak ni tak cakap melayu."
Nek Zizah menggamit Isabelle supaya Isabelle duduk di sisinya.
Diusap kepala Isabelle lembut dan mesra.
"Zainal dan Marriott bercerai."
"hah, padan muka." Selamba Haliza menuturkan ayat itu.
Nek Zizah menjeling tajam.
"Liza, tak baik cakap macam tu."
Haliza menoleh, menatap tajam wajah ibunya.
"diorang bercerai, anak dia campak ke sini? bagus betul. Dia dah lupa maruah keluarga kita yang dah tercalar kerana dia dulu? Dia dah lupa macam mana Liza menunggu dia di atas pelamin, tapi dia tak kunjung tiba? Dia dah lupa macam mana kita beriya bercerita pasal dia bakal jadi menantu keluarga ni, alih-alih dia balik dengan minah salleh mana entah, kenapa bila dia ada masalah, dia ingat pulak kat kita? Bagusnya cara dia. Kagum betul Liza." Sinis bicaranya.
Nek Zizah mengeluh panjang. Haliza berkata yang benar. Cuma Nek Zizah tidak pernah mengenepikan rasa kekeluargaan yang sudah lama terjalin, hubungan erat antara mereka yang terjalin sejak dulu lagi. Nek Zizah tidak mahu begitu.
Namun dia sedar, jika Haliza tidak melupakan hal itu lagi, bukan salah Haliza, Haliza yang menanggung hampir kesemua bebannya, jiwa dan raga.
"datin dan dato yang mintak tolong mak Liza. Liza pun tau, mak dan ayah tak pernah musuh dengan diorang. Lagipun, kesian Isabelle ni. Zainal dah hilang entah ke mana, tak balik-balik. Marriott dah balik ke tempat asal dia. Dato dan datin nakkan didikan agama untuk Isabelle. Sebab tu dia amanahkan Isabelle pada kami." Jelas Nek Zizah.
Haliza tersenyum sinis.
"oh. Kenapa? sebab dia tau didikan diorang tu sampah? Anak dia tak menjadi, dia tak nak cucu dia pun jadi sampah macam ayahnya jugak?"
"Liza!" keras suara Nek Zizah.
Isabelle mendongak, melihat Nek Zizah meninggi suara.
Dia tidak mengerti.
"betullah. Zainal tu memang sampah. Dia buat kita macam sampah, dia tu yang sampah. Mentang-mentang orang kaya, dia buat Liza ni macam apa je. Padan muka dialah keluarga dia tunggang-langgang." Sempat lagi Haliza menyumpah.
Nek Zizah mengetap bibir.
"astaghfirullahalaziim..Liza, mengucap nak. Tak baik cakap macam tu. Apa yang dah jadi tu hal dah lepas, dah 10 tahun Liza. Liza pun dah bahagia dengan Nazri. Apa lagi yang Liza nak marahkan? Maafkanlah Liza, maafkanlah..." pujuk Nek Zizah.
Haliza berdiri pantas.
"maafkan Liza mak, tapi, Liza takkan lupakan hal tu sampai bila-bila. Ni.." jemarinya ditekan ke dadanya kuat.
"hati Liza sakit mak, dan pedihnya masih terasa sampai sekarang. Memang Liza dendam! Dan dendam Liza takkan habis, sampai bila-bila!" sesudah ayatnya itu terluah, Haliza melangkah keluar pintu dan menuruni tangga pantas.
Nek Zizah mengucap panjang. Berdoa supaya anaknya yang satu itu beroleh ketenangan. Dan dendam itu pergi darinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kalau cenggitu mmg la dendam ooo