BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Disember 01, 2009
Novel : Endless Love 1, 2
Nama Pena : Hana Kimi

DOKUMEN yang baru sahaja dibaca diletak kembali di atas meja. Sehelai kertas kosong dicapai, begitu juga dengan sebatang pen. Mata pen menari di atas kertas itu. Tiada apa-apa yang ditulis mahupun lukisan yang spesifik. Hanya sekadar contengan. Sedang dia asyik melayan perasaan, pintu diketuk dari luar. Tangannya berhenti bergerak. Statik.

" Masuk," suaranya jelas memberi arahan.

Pintu dibuka. Seorang lelaki tua berpakaian kemas masuk ke dalam pejabat yang dihias indah itu. Sebelah tangannya memegang beberapa buah fail. Dia tunduk hormat sebelum mendekati majikannya.

" Dah dapat rumah kat sana?" tanya Ji Hoon terus-terang tanpa berdalih. Fail-fail yang diserahkan dibelek sekilas lalu sebelum perhatiannya kembali tertumpu kepada lelaki tua itu. Pak Cik Nam Gil segera mengangguk.

" Sudah. Bila tuan nak berangkat ke Pulau Jeju?"

Ji Hoon bangkit dari duduknya dan berjalan sekitar pejabatnya tanpa menjawab pertanyaan lelaki tua yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya itu. Dia menggaru kepalanya beberapa kali. Fikirannya sedang mencerna sesuatu.

" Saya nak selesaikan urusan syarikat dulu. Mungkin minggu depan. Mak saya tahu ke pasal rancangan ni?" tanya Ji Hoon.

Pak Cik Nam Gil hanya menggeleng. " Saya laksanakan mengikut arahan tuan. Tiada siapa yang tahu pasal ni."

Ji Hoon tersenyum. " Terima kasih, pak cik."

Setelah menunduk hormat, tanpa berlengah-lengah lagi lelaki tua itu keluar dari pejabat pewaris utama rangkaian Royal Imperial Hotel itu. Sudah lebih 40 tahun dia berkhidmat dengan keluarga Park. Sebelum Ji Hoon lahir dan semasa nenek dan datuk Ji Hoon masih hidup.

Park Ji Hoon. Satu-satunya anak lelaki Park Kim Chul dan Park Da Hae. Dia membesar dalam kemewahan sejak berusia satu hari lagi dan segala kehendaknya dapat dipenuhi tanpa halangan. Namun itu tidak bererti dia membesar sebagai seorang lelaki yang sentiasa bertindak liar. Dia sentiasa mendahulukan orang tuanya dalam segala hal. Tetapi tidak kali ini. Kali ini dia tidak dapat mengikut kehendak orang tuanya lagi.

Masih dia ingat kata-kata ibunya kali lepas. Ibunya meminta dia mengahwini Lee Chae Rin, anak Encik Lee. Encik Lee merupakan sahabat lama mendiang bapanya dan memiliki dua buah restoran Itali yang terkenal. Ji Hoon sudah lama mengenali Chae Rin. Mereka berdua pernah bergelar pasangan kekasih, tetapi semuanya musnah tidak lama dulu. Angkara Chae Rin.

Dia akan tinggal di Pulau Jeju buat sementara waktu ini. Menenangkan fikirannya, dan mungkin... mencari cinta di sana? Tiada siapa yang tahu. Jika jodohnya ada di sana, dia akan menerima. Dia tidak akan maafkan perbuatan Chae Rin. Sampai bila-bila. Dan Chae Rin bukanlah gadis yang akan dikahwininya. Tidak akan sekali-kali.

Ji Hoon percaya, ibunya tidak akan memaksa dia untuk berkahwin dengan perempuan yang pernah curang dengan dirinya. Tetapi, buat masa sekarang lebih baik dia menyepi diri dahulu buat seketika. Lebih-lebih lagi, perkahwinan itu bukannya atas permintaan Encik Lee sendiri. Ibunya yang terlebih dahulu merancang.

Dia melempar pandangan ke luar tingkap. Langit kelihatan sungguh tenang hari ini. Dia mengukir senyum. Masa untuk berangkat ke Pulau Jeju hampir tiba. Selamat tinggal, Seoul.

---------------------------

DIA melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat itu. Hanya warna putih yang melatari ruang luar banglo itu. Ji Hoon tersenyum puas hati. Pak Cik Nam Gil benar-benar faham akan cita rasanya. Konsep hitam putih yang menghiasi ruang dalam banglo itu pula benar-benar cantik. Lengkap dengan perabot.

Ji Hoon memusingkan badannya ke belakang. Menghadap lelaki tua itu.

" Terima kasih, pak cik. Rumah ni memang cantik," katanya. Pak Cik Nam Gil mengangguk. Ji Hoon berjalan masuk ke dapur rumah itu. Terdapat kabinet dapur yang lengkap dengan peralatan dan satu set meja makan daripada kaca yang mempunyai empat kerusi. Peti sejuk dibuka. Di dalamnya hanya tersedia minuman dan makanan dalam tin sahaja. Nampaknya, dia perlu ke pasar raya untuk membeli makanan basah.

" Apa yang pak cik cakap pada mak saya sebelum kita ke sini?" tanyanya. Dua buah gelas dicapai. Karton jus oren itu dibuka, jusnya dituang ke dalam gelas sebelum dihidangkan di hadapan Pak Cik Nam Gil.

" Pak cik cakap, pak cik kena temani tuan ke luar bandar. Asalnya, Presiden Park curiga, tapi dia biarkan je," kata Pak Cik Nam Gil. Jus oren itu diminum sedikit. Ji Hoon mendongak menengadah siling.

" Biarlah macam ni dulu. Sah mak marah kalau dia tahu. Saya nak relaks kat sini dulu, jalan-jalan tepi pantai. Pantai pun tak jauh dari sini. Boleh nampak dari beranda bilik saya. Agaknya, kalau jalan kaki je pun dah boleh sampai," kata Ji Hoon lagi. Jus dalam gelas dihabiskan sebelum dibawa ke sinki.

Air mencurah keluar daripada paip sebaik sahaja dibuka. Gelas itu dibasuh. " Saya tak nak kusutkan fikiran pasal Chae Rin. Biarlah dia dengan dunianya. Saya dah malas nak masuk campur." Gelas itu ditiarap pada alas pinggan mangkuk. Ji Hoon berdiri bersandar pada sinki.

" Saya betul-betul berterima kasih dengan pak cik. Pak cik dah banyak tolong saya. Tolong carikan rumah, uruskan jual beli, sorokkan benda ni daripada mak saya. Saya rasa, kalau pak cik tak ada, mungkin waktu ni saya tengah uruskan soal perkahwinan saya dengan Chae Rin." Pak Cik Nam Gil hanya tersenyum.

" Pak cik dah jaga tuan sejak tuan kecil lagi. Pak cik rasa bertanggungjawab dalam hal yang melibatkan tuan."

Ji Hoon ketawa. " Pak cik pulang ke Seoul lusa, kan? Bolehlah pak cik teman saya jalan-jalan dulu."

" Huh? Kat mana?"

" Kita ke hospital dulu, okey tak?" tanya Ji Hoon.

" Hospital?"


EUH HEE memegang erat jambangan bunga mawar itu. Matanya melilau mencari sesuatu. Wad yang dicari masih belum ditemui. Mahu menanyakan perkara itu kepada orang lain, dia segan. Sudahnya, hampir setengah jam dia berjalan-jalan di dalam hospital itu.

Kakinya terus melangkah. Orang ramai yang turut berada di dalam hospital itu tidak dipedulikan. Tanpa disedari, dia terlanggar bahu seseorang. Dia segera menoleh. Lelaki itu turut berhenti daripada berjalan. Eun Hee berdiri berhadapan dengan lelaki itu.

" Cik tak apa-apa?" tanya lelaki itu lembut, tanpa perasaan marah. Wajah gadis berambut panjang melepasi pinggul itu ditenungnya tidak berkelip. Hanya anggukan Eun Hee sahaja yang diterima sebagai jawapannya.

" Cik tak apa-apa?" tanyanya lagi. Kali ini, Eun Hee tunduk berulang kali. Tanda memohon maaf. Lelaki itu menggaru kepalanya. Tidak tahu apa lagi yang patut dicakapnya. Masih tiada butir percakapan yang terluah daripada bibir mungil gadis itu.

" Tak apalah, cik. Saya…" Kata-katanya mati di situ. Eun Hee sudah berjalan pergi daripadanya. Gadis itu hilang dalam kelompok orang ramai. Dia mengeluh.

Lelaki itu kembali mengatur langkah. Tetapi, tiba-tiba sahaja dia berhenti. Kakinya terpijak sesuatu. Dia tunduk merenung lantai. Sebuah dompet berwarna putih. Tangannya lekas mencapai dompet itu. Dia tertanya-tanya dompet siapakah itu. Dompet itu dibuka. Ada sekeping kad nama berserta dengan kad pengenalan diri. Kad nama itu dikeluarkan.



Paradise Florist


Song Eun Hee



Kad nama itu kembali disimpan. Mungkin milik gadis tu. Terjatuh masa aku terlanggar dia agaknya, hatinya terdetik. Tanpa berlengah, kad nama itu kembali dicapai. Alamat yang tertera padanya dibaca berulang kali.

" Tuan?"

Lelaki muda itu berpaling ke arah suara itu.

" Urusan pendermaan dah selesai, ada apa-apa lagi yang boleh dibantu?"

Lelaki itu diam sejenak. Kad nama itu kembali dibaca. Song Eun Hee.

" Tolong bawa saya ke satu tempat. Penting."

" Baiklah."


PARADISE FLORIST.

Papan tanda nama kedai itu dibaca berulang kali. Pak Cik Nam Gil yang berada di sisinya langsung tidak dihiraukan. Dompet putih itu kembali dikeluarkan. Kad nama dibaca kembali. Ji Hoon langsung tidak bersuara.

" Kenapa tuan nak ke sini?" tanya lelaki tua itu.

Semasa mereka berada di rumah Ji Hoon tadi, dia sudah hairan kenapa Ji Hoon mahu ke hospital. Kehairanannya terjawab selepas tahu bahawa Ji Hoon mahu menderma wang kepada tabung hospital itu. Kini, mereka berada di hadapan sebuah kedai bunga. Apa lagi yang lelaki muda ini mahukan?

" Ada barang yang perlu dipulangkan kembali," kata Ji Hoon sambil tersengih. Wajah gadis itu kembali bermain dalam mindanya. Dia berjalan memasuki kedai bunga itu. Semerbak haruman bunga segar menusuk hidungnya. Dia memerhati sekeliling.

Bunga-bunga disusun rapi pada tempatnya. Patung-patung beruang daripada pelbagai saiz pula berderet disusun di atas para. Ji Hoon berjalan menuju ke kaunter. Tiada orang yang menunggu di kaunter itu. Ji Hoon mengeluh.

" Selamat datang," sapa seseorang dari belakang. Ji Hoon tersentak. Dia segera menoleh.

Seorang kanak-kanak perempuan berdiri di belakangnya. Kanak-kanak itu erat memeluk sebuah patung beruang. Kelihatan comel dengan rambut ditocang dua.

" Abang perlukan apa-apa tak?" petah si kecil itu bertanya. Ji Hoon mencangkung sambil merenung wajah si kecil itu. Dia ketawa kecil.

" Abang nak beli bunga. Ada bunga apa?" tanya Ji Hoon. Kanak-kanak perempuan itu ketawa.

" Ada banyak bunga kat sini. Marilah tengok," kata kanak-kanak itu lagi. Ji Hoon mengangguk. Kanak-kanak itu menarik dia ke sudut yang menempatkan bunga mawar.

" Bunga ni cantik. Abang suka tak?" tanya kanak-kanak itu. Wajah Ji Hoon dipandang. Ji Hoon hanya tersenyum.

" Okey. Abang nak... ", Ji Hoon memerhati bunga-bunga yang tersusun rapi itu. Cantik! Gubahan bunga yang telah diletakkan juga cantik. Tentu gadis itu seorang yang kreatif, fikirnya. Lama dia memilih bunga-bunga itu sebelum dia membuat keputusan, "...bunga kat dalam bakul ni. Boleh?" tanya Ji Hoon. Kanak-kanak itu ketawa. Gembira dia apabila melihat wajah polos kanak-kanak itu.

" Okey!" Kanak-kanak itu ketawa gembira. Bakul yang dihias dengan mawar putih dan merah itu dibawa ke kaunter. Ji Hoon hanya menurut langkah kanak-kanak itu. Matanya melilau ke sekitar kedai bunga itu. Gadis itu tiada di sini. Sedangkan dia mahu bertemu dengan gadis itu.

" Adik?" panggilnya. Wang diletakkan di atas kaunter.

" Ya?"

" Adik kenal tak Song Eun Hee? Abang nak pulangkan barang dia," tanya Ji Hoon. Dompet itu dikeluarkan dan ditunjukk pada kanak-kanak itu.

" Kenal. Dia pemilik kedai ni. Kakak sepupu saya. Dia tak ada sekarang ni. Dia ke..."

Kedengaran pintu dibuka. Kanak-kanak itu menjerit gembira secara tiba-tiba. Dia meninggalkan kaunter dan berlari menuju ke pintu. Ji Hoon menoleh. Gadis yang ditemuinya tadi baru sahaja masuk ke dalam kedai itu. Tanpa berlengah lagi, dia segera mendekati gadis itu.

" Awak tercicir dompet awak masa di hospital tadi." Dompet itu disuakan. Ji Hoon merenung wajah gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum sambil mengambil dompet itu. Dia mengangguk perlahan.

" Abang?" Kanak-kanak itu mencelah. Ji Hoon mengalih pandang pada kanak-kanak itu.

" Ada apa?"

" Bunga tu," bibirnya menjuih pada kaunter. " Abang nak beli lagi ke?" tanyanya.

Ji Hoon ketawa. " Ha’ah. Abang masih nak beli."

Kanak-kanak itu segera berlalu ke kaunter. Lelaki muda itu masih berdiri di hadapan Eun Hee. Eun Hee hanya menguntum senyum. Dia teragak-agak. Sama ada mahu meninggalkan pelaggannya itu dilayan oleh adik sepupunya atau tunggu sahaja di sini sampai lelaki itu pergi?

Ji Hoon menghadiahkan senyuman pada gadis itu. Sejak di hospital lagi, dia sudah tergamam apabila melihat gadis itu. Seolah-olah dia dipanah sesuatu. Tapi, bagi Ji Hoon... dia sudah terkena panah cinta. Dirinya khayal seketika. Khayalannya lekas ditolak jauh. Wajah Eun Hee ditenung lama,

Senyap je. Gadis ni tak boleh bercakap ke? Takkanlah...

" Maaf, boleh tak kalau saya nak tanya?" Ji Hoon mula bersuara.

Eun Hee masih tidak berkata apa-apa. Hulung bajunya dipintal. Dia teragak-agak. Akhirnya, dia tunduk hormat sebelum pergi ke bilik belakang yang terletak dalam kedai bunga itu. Ji Hoon terkedu.

" Maaf. Kak Eun Hee mungkin tak sihat sikit hari ni," kata kanak-kanak itu. Bakul itu dihulur pada Ji Hoon. Ji Hoon hanya mengangguk perlahan.

" Nama saya Ryu Min. Abang?" tanya kanak-kanak itu lagi. Masih kelihatan gembira.

" Panggil je Abang Ji Hoon, abang pulang dulu ye?" Matanya fokus pada bilik kecil itu sebelum melangkah keluar dari kedai itu.

" Selamat tinggal, Abang Ji Hoon." Ryu Min melambai dari dalam kedai. Ji Hoon membalas lambaian kanak-kanak kecil itu sambil tersenyum sebelum mendekati keretanya yang diparkir tidak jauh dari kedai itu.

Pintu kereta dibuka. Pak Cik Nam Gil segera menyoal sebaik sahaja ternampak bakul berisi bunga mawar itu di tangan Ji Hoon. " Tuan nak buat apa dengan bunga tu?"

Ji Hoon tersengih. Enjin kereta dihidupkan. " Pak cik bawa balik untuk Mak Cik Yu Soo, ye?" Bakul itu dihala pada Pak Cik Nam Gil. Pak Cik Nam Gil kehairanan.

" Tuan tak apa-apa ke ni?" tanyanya risau. Tiba-tiba sahaja Ji Hoon berubah sikap. Riang gembira je hari ni. Risau juga dia dengan perubahan sikap pemuda itu.

" Pak cik percaya tak kalau saya kata saya dah jumpa cinta saya kat pulau ni dalam masa sehari je?" katanya sambil tersenyum penuh makna. Hatinya riang. Wajah Eun Hee kembali menjengah minda. Ji Hoon ketawa gembira.

Pak Cik Nam Gil tersenyum. " Patutlah gembira betul tuan hari ni. Maksudnya, cinta pada pandangan pertamalah ni?"

Pertanyaan Pak Cik Nam Gil tidak dijawab. Ji Hoon masih tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang. Hampir sahaja tidak percaya, dia boleh jatuh cinta dalam masa satu hari sahaja! Mustahil. Tapi itulah apa yang dirasakan oleh dia sekarang. Perasaan dilamun cinta. Malah, lebih kuat berbanding ketika bersama Chae Rin dahulu. Ji Hoon ketawa kecil.
posted by Penulisan2u @ 3:55 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group