BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Disember 10, 2009
Novel : Cintaku satu 6
Nama Pena : sofi

Nurul Hana sempat juga berbual-bual dengan beberapa orang wanita yang turut berada di lobi ketika dia ingin memasuki bilik wad bunga mawar itu. Seperti dirinya, wanita-wanita itu juga hadir di IJN ini untuk menemani pesakit. Sama ada yang sakit itu suami atau anak, jauh atau dekat, yang pasti di sinilah, semua pesakit jantung dirawat.

Ketika dia sampai, Irfan sudah berbaring di atas katil. Demi melihat Ana, anak kecil itu menghulur senyum. Ana segera menghampiri lantas memaut tubuh kecil itu ke dalam pangkuan. Dapat dihidu haruman bedak Johnson yang menyaluti Irfan.

"Mmm, wanginya anak mama ni. Dah mandi, ya?" Soal Ana. Irfan mengangguk.

"Sayang dah makan?" Soalnya lagi sambil memeluk tubuh kecil itu. Dahi dikucup, penuh kasih sayang.

"Dah. Ifan akan acik. Inum cucu..."

Ana tergelak kecil mendengar jawapan anak saudaranya itu. Masih lagi pelat sebutannya.

"Sedap?"

"Awuk cedap. Ayam o..eng.."

"Oh..Ifan makan nasi dengan lauk ayam goreng, ya. Sayur?"

Irfan menggelengkan kepala. Memang tipikal bagi kanak-kanak. Tidak ada yang menyukai sayur.

"Ifan tak makan sayur? Ifan lupa ya, pesan mama? Budak kecil mesti makan sayur banyak-banyak. Baru sihat!" Ana berpura-pura marah.

Terkebil-kebil sepasang mata Irfan memandang wajah ibu saudaranya. Dia kemudian menudingkan jari ke arah almari. "Nak tu!"

Di atas permukaan almari itu ada sebiji limau sunkist. Ana ketawa kecil. Gembira kerana Irfan tahu bahawa khasiat sayur yang tidak dimakan boleh juga diperolehi daripada buah-buahan. Dia segera memotong buah itu. Dengan tertib, dia menyuapkan Irfan sehingga habis.

"Mama, mak ane?"

Argghhh sudah! Pertanyaan itu bermaksud Irfan sudah mula merindui neneknya.

"Nanti bila Ifan dah sihat, kita balik jumpa mak, ya!" Ana memujuk. Jari-jemarinya menyisir rambut hitam lebat anak saudaranya. Irfan dibaringkan di atas ribaan.

"Ifan nak mak! Nak ain ngan Eda. Ifan nak alik!" Irfan mula hendak menunjuk perasaan. Meronta-ronta di dalam dakapan Ana.

Aww... dia dah mula nak mengamuklah pulak!

"Syyy! Fan jangan nangis, k!" Ana memujuk sambil mengelap sepasang mata yang berkaca. "Mama ngan ayah bawak Fan kat sini sebab Ifan sakit. Nanti bila Ifan dah sihat, mama akan bawak Ifan balik jumpa mak, jumpa alang ngan acu."

"Ifan nak alik gak!"

Aik...angin apa pulak dah menyerang nih?

"Ok! Kita balik tapi....Ifan kena dengar cakap doktor dulu! Kalau doktor suruh makan ubat, Ifan mesti makan. Barulah cepat baik. Bila baik dan sihat, baru kita boleh balik kampung!"

Melihat anak kecil itu yang akhirnya mengangguk, hati Ana menjadi sayu. Irfan memang comel dan baik. Ramai yang berkata bahawa anak yatim biasanya degil tetapi tidak Irfan. Dia sentiasa mendengar cakap. Dia anak yang baik!

Ayahnya masuk kira-kira 20 minit kemudian. Di tangannya ada bungkusan nasi lemak dan teh tarik, seperti yang dijanjikan oleh lelaki itu tadi. Ana menjenguk ke luar bila dilihatnya lelaki itu tidak ada di sisi ayahnya.

"Taufik pi sembang ngan doktor pakar kat bilik doktor tu. Kebetulan kami bertembung dengan Dr Ng di tempat makan tu tadi. Doktor tu pernah rawat ayah dia dulu." Abdullah memberitahu tanpa dipinta.

Patutlah lelaki itu kelihatan seperti sudah biasa dengan tempat ini. Arwah ayahnya pernah dirawat di sini. Bermakna, arwah ayahnya pernah mengidap sakit jantung juga, fikir Ana.

"Hang makanlah nasi tu, Ana. Taufik belikan untuk hang tu!" Kata ayahnya sambil tersenyum.

Ana kehairanan melihat perangai ayahnya. Tersenyum tiba-tiba. Kena sampuk dengan mamat tu agaknya?

"Awat yang ayah tersenyum tu?" Ana tidak dapat mengawal mulutnya daripada bertanya.

"Saja! Tapi sebenarnya ayah ni heran! Yang sakit, Irfan. tapi budak Taufik tu bukan banyak tanya hal Irfan. Dia lebih banyak nak tahu fasal hang. Pelik jugak!!" Kini Abdullah bukan sahaja tersenyum malah sudah tergelak-gelak.

Ana mula geram. "Hmm, ayah layanlah dia tu! Otak dia mereng sikit. Nanti ayah pun jadi tak betul macam dia!" Marahnya.

Pada ketika itu Taufik masuk ke dalam bilik. Pastinya dia mendengar apa yang Ana katakan kepada ayahnya. Wajah Ana direnung tetapi dia tidak berkata apa-apa. Senyumannya itu menyembunyikan seribu makna. Kini perhatiannya beralih kepada anak kecil yang sedang duduk di atas katil.

"Ini Irfan ya?" itulah soalan pertama kepada anak saudaranya. Ada getar dalam nada suaranya itu.

"Irfan, salam dengan pakcik ni. Ini ayah saudara Irfan, abang ayah Irfan. Nama dia Taufik. Salam, sayang." Abdullah berkata dengan lembut kepada cucunya.

Malu-malu, Irfan menghulurkan tangannya. Taufik menyambut dan kemudian mencium pipinya. Selepas itu dia memeluk tubuh kecil itu sebelum mendukungnya mesra dan penuh kasih sayang. Ana yang sedang makan terpesona melihat mereka berdua. Terhenti suapannya.

"Nak ayah!" Suara Irfan memanggil Abdullah dengan sebutan ‘ayah’ nampaknya mengejutkan Taufik.

"Masa Irfan mula-mula belajar bercakap dulu, dia asyik dok ikut anak-anak pakcik ni. Depa panggil pakcik, ayah, dia pun sama panggil camtu. Nenek dipanggilnya mak. Puas kami nak perbetul, tak mahu dia!" Abdullah menerangkan.

Taufik mengangguk-anggukkan kepalanya. "Itu siapa?" Tanya dia kepada Irfan. Dia ingin tahu apa pula gelaran yang diberikan Irfan kepada gadis manis itu.

"Mama!" jawab Irfan.

"Ini?" Taufik menyoal lagi. Dia sedang menuding jari ke arah dirinya. Maknanya dia ingin tahu apakah yang Irfan ingin memanggil dirinya.

Entah kenapa, dada Ana berdebar-debar menunggu jawapan anak saudaranya. Kenapa mesti berdebar?

Sebenarnya, Taufik juga sedang berdebar. Dalam hati dia mengharapkan agar panggilan itu boleh seiring dengan panggilan mama untuk Ana…….

"Papa?" Irfan menjawab.

Yes! Taufik melonjak keriangan namun tentulah dalam hatinya sahaja. Wajahnya tentu sahaja sedang control macho!

Ana terhenti menyuap. Hisy, kenapa pulak dengan budak Irfan ni? Apa pulak papa? Sejak bila lelaki ini jadi ayah dia?

"Irfan, kenapa nak panggil papa pulak? Ini bukan papa Irfan. Ini pak long, tahu?"

Suaranya yang sedikit keras meraih senyuman di bibir jejaka itu. "Biarlah dia panggil saya, papa. Apa salahnya? Betul tak, pakcik?"

Abdullah tersenyum. Tingkah Taufik yang nakal dan gelagat Ana yang menggelabah mengusik hatinya. Dia mengangguk. Melihat Taufik, dia dapati ada perbezaan sikap yang ketara dengan Roslan. Lelaki di hadapannya ini begitu yakin dengan kata-kata dan tindakannya.

"Tapi..."

"Ana, biaq pi la! Ifan tu kan kecik lagi. Dia bukan tau apa dia cakap!" Abdullah cuba memujuk.

Ana tahu dia sudah kalah bila ayahnya sendiri menyokong lelaki itu. Dia diam, menyambung suapannya. Sempat juga dia menjeling si Taufik. Wajah Taufik yang selamba membuat dia rasa tidak selesa.

"Irfan nak jumpa nenek tak?" Taufik menyoal anak kecil itu.

Hisy....dia dah mula dah. Nak beli hati si Irfan agaknya? Ana menuduh dalam hati.

"Emak papa. Dia tak sihat. Tak boleh jalan!" Ujar Taufik lagi.

Agaknya lelaki ini sedang meraih simpati Irfan, fikir gadis itu lagi.

"Mama?" Soalan Irfan menggegarkan dada.

Ouch...apa kena mengena aku dengan emak si Taufik ni? Irfan ni biar betul! Ana mendengus kasar.

"Mama, mama nak ikut papa dengan Irfan tengok nenek, tak?" Taufik bertanya.

Arrghh..geramnya! Kenapa si Taufik ni tanya soalan tu?

Wajah Ana merona merah. Hangatnya pipi ketika itu. Dia malu bila lelaki itu bertanya begitu di hadapan ayahnya. Apa yang tidak kena dengan si Taufik ni? Baru hari ini mereka kenal namun sikap lelaki ini betul-betul melemaskan Ana. Malunya dia!

"Mama tak jawab pun!" Suara itu lagi. Riangnya bunyi. Ada ketawa dalam getarannya.

"Mama? Mama nak itut Ifan tak? Ifan nak engok nenek!" Kini giliran Irfan menagih jawapan. Mahu tidak mahu Ana terpaksa menjawab soalan itu. Matanya garang merenung Taufik yang tersengih.

"Irfan kena sihat dulu." Jawabnya ringkas.

Dan sekali ini mujurlah, Taufik menyetujui pendapatnya. "Yalah! Anak papa kena sihat dulu."

Taufik menoleh ke arah Abdullah. "Pakcik, pakcik jangan bimbang. Saya dah aturkan semuanya dengan doktor. Bayarannya pun dah saya buat. 5 hari lagi, Insya-ALLAH, pembedahan itu akan dijalankan." Dia memberitahu.

Ternganga mulut Ana mendengar.

"Pakcik kata tadi, kalau boleh, pakcik nak makcik dan semua adik-adik Ana datang, kan? Beri saya alamat rumah pakcik. Nanti saya suruh pemandu saya pergi ambil mereka."

Ana terpegun. Dia tidak menyangka semudah ini lelaki itu memutuskan untuk membantu. Tiba-tiba dia rasa amat bersyukur kepada TUHAN. Doanya dimakbulkan. Rupa-rupanya, abang kepada abang iparnya ini bukanlah jahat orangnya. Air mata bagaikan ingin mengalir. Gembira kerana selepas ini pastilah anak saudaranya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

"Terima kasih. Tidak terbalas rasanya budi yang Taufik taburkan ini." Jawapan Abdullah menyebabkan Taufik merenung tepat ke arah Ana.

"Sebenarnya, saya buat semua ni sebab Ana. Saya nak tolong dia. Lagipun, Ana dah berjanji dengan saya. Dia kata, kalau saya tolong, dia akan buat apa sahaja untuk Irfan. Tak begitu, Ana?"

Ana kebingungan. Betulkah dia ada mengatakan begitu tadi? Betulkah dia berjanji seperti itu? Namun, Ana tidak mahu memikirkannya. Asalkan Irfan dapat menjalani pembedahan, tidak mengapalah. Apa sahaja yang Taufik inginkan, akan dituruti!

Sepasang matanya kini merenung lelaki itu yang sedang beria-ia bercerita sesuatu kepada Irfan. Irfan pula nampaknya cepat benar mesra dengannya.

"Papa nak keluar sekejap. Nanti petang papa datang dengan nenek. Irfan nak papa belikan apa-apa tak?"

"Ifan nak…."

"Irfan, papa nak ke pejabat tu. Jangan kacau!" Segera Ana memintas kata-kata Irfan.

"Mama, papa boleh belikan apa saja yang Irfan nak, tahu!" Taufik jelas tidak menyukai sikap Ana yang kasar tadi. "Ok, Irfan nak apa?"

Taufik tidak mempedulikan Ana yang sedang menjegilkan mata kepadanya. Dia terus duduk di sisi Irfan.

"Nak bola cepak."

"No problem! Nanti papa belikan!" Ujar Taufik sambil tersenyum. Kepada Abdullah, dia berkata, "Pakcik berehatlah, ya. Sebenarnya, saya dah tukarkan wad. Kejap lagi mereka akan letakkan Irfan di bilik yang lebih selesa. Selesa untuk Ana dan pakcik jugak. Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya ikhlas membantu."

Yalah tu! Tapi kenapa aku rasa macam dia ni nak menunjuk-nunjuk pula?

"Ana, boleh tak awak temankan saya ke kereta?"

Ana benar-benar tidak menyangka lelaki itu mahukan begitu. Dia merenung wajah ayahnya. Abdullah hanya mengangguk.

Tanpa sepatah kata, dia mengekori lelaki itu keluar. Bila mereka sudah berjalan seiringan dia merenung wajah Taufik sambil berkata dengan marah, "Nampaknya awak nak mengambil alih semuanya, ya? Awak memang dah merancang ini dalam kepala awak tu sejak awak tahu awak ada Irfan, tak gitu? Apa lagi kejutan yang awak nak berikan kepada kami?" Soalnya.

Taufik tersenyum. "Sememangnya ada lagi. Saya akan beritahu awak bila saya bawa awak keluar makan malam dengan saya nanti." Bisiknya.

Makan malam? Bila pulak aku janji nak makan malam dengan dia? Bulat mata Ana memandang Taufik.

"Tak payahlah nak jegilkan mata tu, Ana! Bukan saya takut pun. Lagi tergoda adalah!" katanya.

Mak! Lelaki ini memang pandai membuat perasaan seorang gadis menjadi tidak tentu hala! Menjadi gelabah. Hisy, geramnya!

"Awak ni memang menyakitkan hati betul!" Marah Ana lagi.

Taufik ketawa.

"Eh, awak! Awak jangan pandai-pandai nak beli hadiah itu ini untuk Irfan, k! Kami orang susah tak biasa bagi-bagi hadiah! Tak payah nak beli dia bola sepak tu!" Ana berkata tegas.

Taufik menarik nafas panjang sebelum membalas, "Irfan tu anak adik saya! Bila adik saya dah tak ada ni, sayalah papa dia! Saya ada banyak duit untuk saya belanjakan kepada anak saya. Tidak awak dan tidak sesiapapun berhak halang saya daripada memberikan dia hadiah atau apa sahaja yang Irfan nak. Faham?"

"Yalah tu! Habis tu nanti, apa terjadi bila dia balik dengan kami semula ke Kulim? Hidup kami tetap macam dulu, miskin. Atau…..awak ada niat lain agaknya?"

Ana mula risau. Ya, mungkin lelaki ini sedang merencanakan sesuatu. Mungkin...

"A…awak nak rampas dia daripada kami? Itu ke niat awak? Awak nak ambil dia! Awak nak pisahkan dia daripada kami semua? Sebab itu awak….."

Taufik menarik Ana ke suatu penjuru, jauh daripada pandangan orang lain. Tempat yang sedikit tersorok.

"Awak ni kalau nak menjerit, tak peduli orang di sekeliling langsung!" Marah Taufik.

"Habis tu, awak…." Ana tidak dapat meneruskan kata-katanya bila dia menyedari lelaki itu kini sedang memegang tangannya. Tubuhnya dihimpit ke dinding.

"A…awak nak buat apa ni?" Soalnya bila Taufik semakin merapatkan wajahnya.

"Hah, tau takut!" Taufik tiba-tiba ketawa sambil melepaskan Ana. "Lain kali, kalau nak marah saya, fikir dua tiga kali. Jangan ikut sedap mulut awak aje!" Bisiknya.

Meremang bulu roma Ana dibuat begitu. Pengalaman pertama yang mengejutkannya. ‘Dia ni nak buat apa tadi? Dia nak? Hisy.....’

"Jangan nak buat kerja gila, encik Taufik!" Marahnya.

Taufik menjungkitkan keningnya. "Lain kali, fikir dulu sebelum cakap. Jangan main tuduh aje!"

Ana segera memintas, "Dengar sini, encik Taufik! Irfan anak saudara saya! Sepanjang hidup dia, kami saja yang dia ada. Awak dengan mak awak, tak ada hak atas diri dia, faham tak?"

Dahi Taufik berkerut seribu. Mengapa ada kemarahan dalam nada suara Ana? Masihkah berbuku di hati dengan kisah lama?

"Saya tak mahu bergaduh dengan awak, Ana. Kalau masih ada kemarahan dalam diri awak atas perbuatan kami dulu pada kakak awak, saya harap awak lupakan aje. Semua tu dah lepas. Kakak awak pun dah tak ada!" Ujarnya.

Ana semakin sakit hati. Lupakan? Eh, mudahnya?

"Lupakan? Amboi! Senangnya awak cakap? Awak dan keluarga awak buat macam-macam pada kakak saya, sampai hidup dia tak menentu, asyik menangis, asyik bersedih... senang-senang awak nak suruh saya lupakan?" Marahnya.

Taufik menggelengkan kepala. "Setiap yang berlaku ada sebabnya! Mak saya marah kakak awak pun ada sebabnya. Awak cuma nampak dan dengar cerita sebelah pihak kakak awak aje, jadi awak tak boleh menghukum kami. Lagipun, tak guna diungkit-ungkit semua tu. Yang penting sekarang ialah Irfan. Irfan dan masa depan dia!"

"Hah, betul tu! Yang penting bagi saya sekarang ialah Irfan. Irfan aje. Sebab itu saya tak nak awak mewah-mewahkan dia! Manjakan dia. Sebab dia anak saudara saya. Dari kecik saya dan keluarga bela dia. Dia hanya ada kami selama ini dan sampai bila-bila pun, keadaan akan kekal macam tu. Faham?"

Taufik melepaskan keluhan. Keras kepala juga rupanya si Nurul Hana ni, bisik di hati. Namun dia membiarkan sahaja Ana melepaskan geram. Membiarkan Ana menyangka dirinya sudah menang dengan kebisuannya. Nanti akan tiba giliran dia pula untuk bertepuk tangan riang. Ya, Ana. Kau belum kenal dengan siapa engkau berlawan. Engkau belum lagi mengenali siapakah Taufik Azhari. Lelaki di hadapanmu ini bukan seorang yang mudah menyerah kalah. Aku akan pastikan bahawa, Irfan akan kembali ke pangkuan aku dan umi. Tempat Irfan di sisiku, bukan di pondok burukmu itu!
posted by Penulisan2u @ 4:30 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group