Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hakim tiba awal pagi itu. Beberapa orang pelajar yang bertembung dengannya memberi salam. Setiap pelajar yang berselisih jalan dengan Hakim pasti berbisik-bisik memperkatakan ketampanan Hakim yang menjadi idaman sesetengah pelajar. Ada yang cuba menarik perhatian Hakim dan ada juga yang cuba merapati Hakim. Semuanya dipandang sepi. Hakim bukan tidak sedar akan hal itu, padanya, setiap pelajar adalah sama. Mana yang patut dipuji, dipuji. Mana yang patut ditegur, ditegur. Kalau sudah keterlaluan, Hakim terpaksa memarahinya. Hakim terus ke biliknya. Pelajar-pelajar yang mengambil kursus Pembikinan Vidio Klip telah sedia dalam kumpulan masing-masing. Hari ini, kelas akan berjalan dalam keadaan lebih formal. Encik Hakim mahu melatih pelajarnya bagaimana bekerja dalam produksi serta bagaimana pembentangan kertas kerja dijalankan seperti yang dilakukan oleh produksi luar. Kesemua kumpulan dijadualkan masuk ke kelas bergilir-gilir seperti masuk berbincang dengan mereka yang terlibat dalam syarikat penerbitan dan artis.
Hakim yang memakai kemeja biru, bertali leher dan membawa sebuah fail, melintasi para pelajarnya yang sedang membuat perbincangan akhir terus masuk ke dalam bilik kuliah. Setiap orang berdebar-debar. Kumpulan pertama dipanggil masuk. 30 minit berlalu, kumpulan kedua pula mengambil tempat. Setiap kumpulan mempunyai nama tersendiri. Akhirnya, tibalah masa bagi Cemara Pictures untuk membentangkan kertas kerja mereka. Mila telan liur apabila produksinya dipanggil. Dengan debaran kian hebat, Mila dan ahli produksi lainnya melangkah masuk. Tiga jawatan penting iaitu penerbit, pengarah dan jurukamera duduk di kerusi yang disediakan di hadapan Hakim. Manakala ahli produksi lain duduk di kerusi, jauh sedikit dari Hakim.
Hakim memerhati para pelajarnya yang baru masuk. Zana yang dipertanggungjawabkan menjadi penerbit berjabat tangan dengan Hakim. Diikuti oleh Suzi sebagai pengarah dan Fandi selaku jurukamera. Yang lainnya hanya memerhati. Hakim memerhati sekali lagi para pelajarnya. Satu persatu wajah pelajarnya ditatap. Mila Sofia Hani! Ya, wajah itu menarik perhatiannya. Gadis bertubuh langsing, berkulit kuning langsat, cantik sekali apabila memakai kurung berwarna merah jambu. Tudung bawal bersulam tepi, bertatahkan berlian tiruan menyerlahkan keayuan wajah bujur sirihnya. Bibir merah delima yang sering memekarkan senyuman manisnya menambahkan seri wajah. Patutlah ramai yang memuji kejelitaannya. Bukan saja lelaki, perempuanpun ada yang terpesona dengan kecantikan miliknya. Rakan-rakan sejawatannya turut mengakuinya. Malah, mereka turut bercerita tentang halus budi pekerti gadis tersebut. Kadang-kadang Mila menjadi topic perbualan rakan-rakannya terutamanya rakan-rakan lelaki. Jika dibandingkan dengan Afirapun, dia tetap juara. Ah! Apa aku peduli, aku mahukan orangnya bukan parasnya. Walau apapun, Afira tetap nombor satu dalam hatiku. Kadang-kadang terlintas juga di hatinya ingin mengetahui sejauh manakah kebenaran kata-kata yang didengarnya. Projek video klip ini sedikit sebanyak telah mendekatkan gadis itu dengannya. Ya, Hakim senang berurusan dengannya. Dia lembut, tapi tegas dan berdisiplin serta amat menepati masa. Berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Tidak melenting apabila ditegur. Mengikut kata, senang diajar. Tuturnya juga lembut dan sopan.
Pembentangan kertas kerja pagi itu, berjalan lancer. Penerbit menerangkan hal-hal berkaitan produksi. Pengarah menjelaskan tentang jalan cerita, scene, pelakon yang digunakan dan perkara-perkara berkaitan. Manakala Fandi membentangkan teknik-teknik kamera dan shot yang akan digunakan sewaktu penggambaran.
Tidak lama kemudian, nama Mila dipanggil. Hakim bertanyakan persiapan yang dibuat serta budget. Mila menjawab setiap soalan yang dilontarkan dengan tenang. Hakim berpuas hati dengan jawapan Mila. Perbincangan seterusnya, membawa kepada rickey. Encik Hakim akan turut serta dalam tinjauan lokasi tersebut.
"Awak semua ada kereta?" "Kami bercadang, masa rickey nanti, kami pergi dengan kereta Mila," Jawab Zana lalu memandang Mila. Mila angguk mengiakan. "Kalau macam tu tak ada masalahlah. Saya akan tunggu awak semua di sana hari Ahad ni," "Semua kena pergi ke, Encik Hakim?" Tanya Johan yang diam sedari tadi. "Kalau nak pergi semuapun tak apa. Cuma… Yang wajib pergi, PM, pengarah, penerbit, jurukamerapun pergilah, Senang sikit awak nak tengok pemandangan dan sesuaikan dengan shot yang akan diambil nanti. Satu lagi art director." Lantang suara Hakim menjawab pertanyaan pelajarnya.
Setelah selesai pembentangan, Mila ditemani Erin ke bilik Hakim untuk menunjukkan surat-surat yang telah siap ditulis. Hakim membaca surat-surat tersebut dan membetulkan mana yang patut. Beberapa orang pelajar lelaki yang masuk ke bilik Hakim pasti tidak melepaskan peluang untuk menatap wajah Mila dari dekat. Muka Mila merona merah bila ditenung. Mila membelek-belek fail yang dibawanya agar tidak ketara malunya. Erin senyum melihat telatah Mila. Sejurus kemudian, Fauzi, rakan Hakim masuk ke bilik Hakim. Fauzi juga tidak melepaskan peluang menatap Mila. Mila cepat-cepat keluar apabila urusannya selesai.
"Mak oi, lajunya kau jalan Mila," Tegur Erin yang ketinggalan beberapa langkah di belakang. "Yalah, aku dah lapar ni," Jawab Mila bersahaja. "Eleh, lapar konon, cakap jelah yang kau tu malu. Memang kau nak cepat-cepat tinggalkan bilik Encik Hakim tu kan?" Nada suara Erin mengusik. Dia mengulum senyum nakal. "Merepeklah, mana ada," "Dahlah Mila, macam aku tak tahu, nasib baiklah muka kau tu tak boleh cabut, kalau tidak, dah lama kau tanggalkan muka kau kan?" Erin masih belum puas mengusik. "Mujurlah, pembentangan kita tak ada apa-apa kan?" Mila membuka tajuk perbualan baru. Dia rimas diusik Erin. "Yalah, aku takut juga. Encik Hakim tu kan panas baran. Aku dengar group Nita teruk kena tadi." Mereka beriringan keluar dari fakulti. "Eh, Encik Hakim tu hansem kan?" Erin bersuara setelah mendiamkan diri beberapa ketika. "Rizal kau nak letak mana?" Giliran Mila mengusik. "Aku kata dia hansem je. Lagipun… Aku dengar Encik Hakim tu dah ada calon isteri," Erin merendahkan suaranya. "Pandai je kau ni," "Betul, Nita cakap. Hari tu kan dia orang sembang-sembang dengan Encik Hakim." "Baguslah tu, aku dengar umur Encik Hakim tu dah 30 lebih dah. Lagi cepat lagi bagus… Nanti… Jadi bujang terlajak pula," Ada tawa mengiringi kata-kata Mila. "Siapalah bertuah sangat jadi pilihan Encik Hakim tu kan?" "Tanyalah, dia." Mila kurang berminat dengan cerita tersebut. "Kau gila? Nak suruh dia kata aku ni busy body? Lepas tu nak suruh dia tengking aku. Harap-harap, bakal isteri Encik Hakim tu baiklah. Encik Hakim kan baik. Selalu aku tengok dia pergi solat," Ngomel Erin antara dengar dan tidak. Mila tertawa. "Yang kau ni kenapa, Mila?" "Yalah, yang kau tu beria-ia benar tu kenapa?" Mila tergelak kecil.
*
"Budak tu student kau ke, Kim?" Tanya Fauzi berminat. "A… Ah… Kenapa?" Hakim memandang muka Fauzi. "Tak ada apa-apalah," "Aku tengok… Bukan main lagi kau pandang dia tadi? Macam nak telan je?" Hakim merenung tepat mata rakan sekerjanya. "Aku Cuma menikmati keindahan yang Tuhan ciptakan, salah ke?" Fauzi membalas sambil tersenyum lebar penuh makna. "Bukan aku tak tahu kau tu," Hakim kembali menumpukan perhatian terhadap buku di depannya. "Siapa nama dia?" "Mila Sofia Hani," "Wau, sedap nama tu. Macam dalam novellah pula. Bila dia nak jadi student aku ni?" "Entah-entah, kalau Tanya diapun dia tak nak jadi student kau. Takut kena ngap," Hakim gelak kecil. "Hei, tengok oranglah, silap-silap dia asyik repeat je sebab sayang nak berpisah dengan aku," Fauzi senyum nakal.
Hakim geleng kepala dengan sikap rakannya. Hakim sudah masak dengan perangai Fauzi yang pantang tengok perempuan dahi licin. Patutlah sahabatnya, Azhar selalu berselisih faham dengan Fauzi bila masuk bab perempuan. Geli hati Hakim melihat muka Mila merah merona bila ditenung Fauzi. "Padanlah, Azhar suka kacau budak tu," Desis hatinya.
Hye.,..mgg nak jemput pembaca setia nOvel jOin my blog and komen my first nOvel k ? :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Hye.,..mgg nak jemput pembaca setia nOvel jOin my blog and komen my first nOvel k ? :)