BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Disember 03, 2009
Novel : Anaknya, Anakku Jua 19
Nama Pena : anarif

Nisa' menahan debaran di dada. Irfan di sisi tenang memandu. Hana di pangkuan lena tak berkutik, kekenyangan selepas disusukan. Tanpa disedari, Nisa' mengeluh panjang.

Irfan yang menyedari tekanan yang menyelubungi suasana mengerling Nisa'.

"Nisa', awak ok ke?" soal Irfan, prihatin.

Sedangkan dia yang sudah pernah berkahwin pun gementar dengan apa yang akan mereka lalui jika semuanya berjalan lancar, apatah lagi Nisa' yang belum pernah menghadapi alam perkahwinan.

Nisa' menoleh sekilas. Irfan terlalu prihatin, terlalu baik. Beruntung gadis yang mendapat Irfan. Dalam diam, Nisa' memuji.

"tak ada apa-apa, saya ok." Jawab Nisa'. Dia menarik nafas dalam. Sebelah jarinya menggenggam erat jemari halus Hana.

Jelas dia tidak berkata benar. Hatinya resah, debaran di dadanya menggila. Dia akan bertemu dengan ibu dan ayah Irfan. Itulah yang membuatkan hatinya tidak senang duduk sejak dia mendapat tahu tentang pertemuan yang telah diatur.

Entah mengapa, debaran yang sedang dialaminya lebih kuat dari debaran semasa dia mahu bertemu keluarga Daniel untuk pertama kalinya. Mengapa? Kerana mereka tidak akan berkahwin? Atau kerana tiada cinta di hatinya untuk Daniel, maka harapan dan impian untuk berkahwin tak pernah singgah dalam ingatannya? Nisa' juga tidak pasti.

Daniel. Bagaimana agaknya dia sekarang?

Dan tanpa disedari, Nisa' melepaskan keluhan lagi. Irfan menoleh sekilas, senyum nipis.

Dia tahu, Nisa' tidak senang duduk.

"Nisa', kalau awak rasa tak ok, kita tak perlu bermalam. Kita balik KL malam ni. saya ok je." Irfan mencadangkan, berniat untuk meredakan resah hati Nisa'.

Nisa' menoleh pantas.

"eh, tak apalah Irfan, tak baiklah macam tu. I made a promise, mana boleh tak tunaikan. Lagipun, mungkin peluang ni takkan datang lagi. Apa salahnya kita tidur sana kan?" ujar Nisa' ikhlas dari lubuk hatinya.

Irfan terdiam, senyum tawar. ‘Peluang ni takkan datang lagi.’ Sedikit sebanyak, ayat itu mengguris hatinya namun dia tahu, Nisa' tidak berniat apa-apa. Dia tidak tahu tentang perasaanku, mengapa harus aku bersedih? Irfan, ini cadangan kau. Janji kau pada Nisa'. Kau kena tunaikan.

Irfan menongkat kepala. Dia tahu, peluang yang dimaksudkan Nisa' takkan mungkin datang lagi. Nisa' tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Semuanya demi Hana. Kerana Hana semata-mata. Dia juga tahu dan pasti, apa yang dilakukannya kini semuanya kerana Hana, namun rasa hatinya semakin hari semakin kuat bersuara. Mungkinkah kerana mereka semakin kerap bertemu maka rasa itu semakin menggebu, semakin menyubur di hatinya? Nisa', jika kau mampu mendengar bicara hatiku, mungkin kita akan bahagia bersama Hana. Irfan pula mengeluh panjang.

Nisa' menoleh mendengar keluhan itu, melihat Irfan menongkat dagu, serius pula raut wajahnya. Nisa' senyum nipis.

"aik, awak mengeluh pula? Kenapa? Awak takut ibu dan ayah awak tak boleh terima saya ke?" soal Nisa' hairan.

Hakikatnya, dia tidak tahu menahu tentang pertemuan Irfan dan ibubapanya tempoh hari. Yang dia tahu, Irfan mengajaknya berjumpa ibubapanya.

Kerana itulah, debaran dan resahnya bertambah. Dia bimbang, status Hana akan menghalang rancangan mereka. Bimbang Bakar dan Riani membuat onar. Tidak mustahil itu berlaku mengenangkan percubaan mereka di rumah Mak Su tempoh hari.

Irfan menurunkan tangan, memegang stereng. Dikerling Nisa' di sisi dan Hana di pangkuan Nisa'.

"tak lah, ibu dan ayah saya akan terima awak, trust me." Yakin Irfan berbicara.

Nisa' senyum tawar mendengar bicara yakin Irfan. Membuang pandang ke luar tingkap. Berharapkan apa yang Irfan katakan itu benar kerana dia memang sudah menanam tekad untuk tidak meneruskan semuanya jika keluarga Irfan membantah. Dia tidak akan menghancurkan sebuah keluarga hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Selepas itu, sepi kembali menyelubungi. Masing-masing melayan perasaan.

Kereta yang dipandu Irfan mula memasuki jalan kampung. Debaran Nisa' semakin kuat. Ya Allah, lapangkanlah hati mereka supaya Hana diterima sebaik mungkin. Doa Nisa' tidak putus-putus.

***

"assalamualaikum!" laung Irfan.

Nisa' melangkah keluar dengan cermat. Bimbang Hana terbangun dari lenanya. Matanya menjamah halaman rumah yang kemas.

"waalaikumussalam..." suara garau yang menyambut salam Irfan membuatkan Nisa' mengalihkan pandangannya pada seorang lelaki separuh abad yang berdiri di muka pintu yang sudah sedia terlopong.

Nisa' menelan liur. Pandangan Encik Khalid turut singgah pada wajah Nisa', dan kemudiannya pada Hana di dalam kendongan. Mata mereka bertentangan kembali.

Nisa' mengukir senyum. Mahu melihat reaksi pertama Encik Khalid. Encik Khalid turut senyum ala kadar sebelum dia memandang Irfan kembali. Nisa' melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya, dengan senyuman itu berkurang rasa takut dan bimbangnya.

"hah, masuklah." Jemput Encik Khalid. Irfan yang mengambil beg di but kereta menutup but.

Memandang Nisa' yang masih terpaku di sisi kereta.

"jom." Ajak Irfan. Nisa' angguk.

Menurut langkah Irfan ke dalam rumah.

Nisa' mengambil tempat di sisi Irfan. Encik Khalid masih berdiri di sebelah sofa.

Dia resah kerana dia tahu Encik Khalid merenungnya. Dan Hana.

Irfan memanjangkan lehernya ke dalam.

"ibu mana?" soal Irfan hairan.

Encik Khalid berpaling, melihat ke arah sebuah pintu.

"has, Irfan dah datang ni dengan bakal menantu kita. Nisa' tergamam mendengar frasa ‘bakal menantu’. Dia menoleh ke Irfan bingung, Irfan Cuma tersenyum senang.

"kan saya dah kata?" ujar Irfan seiring dengan senyumnya. Cukup perlahan untuk didengari Nisa'.

Puan Hasanah yang baru muncul dari dapur mengukir senyum manis melihat Nisa'.

"laa, dah sampai rupanya? Ibu sibuk masak untuk tetamu kita ni." ujarnya riang.

Nisa' menjadi terharu dengan bicara Puan Hasanah. Dia bingkas sebagai tanda menghormati kedatangan Puan Hasanah.

Puan Hasanah menghampiri Nisa' dan mereka bersalaman. Beberapa ciuman turut singgah di pipi Hana.

"boleh ibu dukung Hana?" Puan Hasanah meminta izin. Nisa' bertambah terkedu. Mereka begitu mengalu-alukan kedatangan aku dan Hana?

Nisa' mengangguk, senyum nipis. Hana bertukar tangan.

Nisa' duduk kembali, gembira melihat wajah ceria Puan Hasanah. Sungguh ketakutannya yang begitu kuat menghantui dirinya tadi sudah hilang melihat keceriaan di wajah Puan Hasanah dan wajah tenang Encik Khalid.

Puan Hasanah turut duduk di sofa berhadapan Nisa' dan Irfan, begitu juga Encik Khalid.

"eh, has, mana airnya?" tegur Encik Khalid.

Puan Hasanah terpinga-pinga menoleh ke Encik Khalid.

"laa, lupa nak bawak keluar." Encik Khalid geleng kepala.

Nisa' senyum lebar melihat mereka.

"tak apa makcik, saya ambilkan."

Puan Hasanah memuncung.

"eh, takkanlah kamu pulak nak bawak air keluar?" Puan Hasanah sudah bingkas.

Nisa' turut bingkas, tidak mengendahkan kata-kata Puan Hasanah yang menghalangnya.

Menurut langkah Puan Hasanah ke dapur.

"laa, tak apa Nisa'. Kamu pegang Hana, ibu bawak air." Atur Puan Hasanah.

Nisa' geleng bersama senyum.

"tak apa makcik. Saya bawak air, makcik dukunglah Hana." Nisa' pantas memegang dulang air dan menatangnya.

Puan Hasanah yang mengikut dari belakang tersenyum simpul. Baik budak Nisa' ni.

Nisa' meletakkan dulang di atas meja, mengagihkan air untuk setiap seorang. Kemudian, dia mengambil tempatnya semula.

"kamu tidur sini kan?" soal Puan Hasanah, memandang Nisa'.

Nisa' angguk senang.

"ya makcik."

Puan Hasanah menarik muka, masam yang dibuat-buat.

"apa makcik-makcik ni? ibu kot?" tegurnya.

Irfan sengih saja. Nisa' terdiam malu, sebelum mengukir senyum kembali. Begitu mesra ibu Irfan.

"baik, err, ibu." Puan Hasanah senyum senang. Gembira mendengar panggilan itu.

Malam itu, Irfan dan Encik Khalid ke surau. Nisa' dan Puan Hasanah di ruang tamu, di atas lantai bersama Hana yang sedang bermain sendiri dengan jemarinya. Puan Hasanah mengagah Hana.

Nisa' memerhati senang. Dia tahu pastinya Puan Hasanah menginginkan cucunya sendiri. Namun begitu, bukan dia yang akan memberikan cucu itu. Itu dia pasti. Benarkah? Dia seperti sudah jatuh kasih dengan Puan Hasanah. Sikapnya begitu berlainan dengan umminya.

"Nisa' dah lama bekerja?" soal Puan Hasanah tiba-tiba. Mematikan lamunannya.

Nisa' angguk.

"lama jugak ibu. Dalam 4 tahun."

Puan Hasanah angguk.

"baguslah. Lepas kahwin, Nisa' masih akan bekerja?" soal Puan Hasanah lagi.

Nisa' terdiam, tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan ini. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Mana mungkin dia berhenti kerja. Siapa yang akan menanggung Hana jika dia berhenti kerja? Tapi, apa jawapan yang ibu mahu dengar sebenarnya?

"Nisa' jangan salah faham soalan ibu ya. Ibu Cuma nak tau je. Bukan apa, ibu teringatkan arwah Zila. Nisa', tahu kan Irfan duda?" soalan itu kedengaran teragak-agak diluahkan. Mungkin Puan Hasanah bimbang dia tersalah cakap kelak.

Nisa' angguk.

"tahu ibu.

Puan Hasanah senyum tawar.

"arwah Zila dulu, berhenti kerja lepas kahwin. Irfan dan isterinya duduk di sini. terhibur sikit ibu dengan adanya Zila. Ada jugak teman berbual. Yelah, Irfan satu-satunya anak kami. Ibu tak memaksa dia duduk di sini tapi Zila yang beriya mahu duduk di sini bersama ibu dan ayah." Sayu suara Puan Hasanah.

Nisa' menunduk. Mungkin ini yang perlu dia tempuhi kelak sementara mereka masih bergelar suami isteri kelak. Menghadapi perbandingan dia dan Zila. Tiada sesiapa yang bersalah. Pastinya, Puan Hasanah amat merindui Zila.

"Nisa' memang hantar Hana ke rumah Mak Su setiap hari? soal Puan Hasanah ingin tahu.

Nisa' angguk. Dari apa yang dia tahu, Mak Su adik Encik Khalid.

"hari-hari bekerja Nisa' hantar Hana sebab tak ada orang nak jaga di rumah." Nisa' menjelaskan.

Puan Hasanah angguk lagi.

"Nisa', ibu dan ayah, tau latar belakang Hana. Irfan dah balik beberapa hari lepas dan beritahu kami tentang Hana. Ibu dan ayah takkan membantah pilihan Irfan, asalkan, cukup agama dan budi pekertinya, ibu tak menghalang." Nisa' terpinga-pinga.

Irfan dah balik dulu, beritahu mengenai Hana?

"Irfan, balik beberapa hari lepas?" soal Nisa' hairan.

Puan Hasanah angguk.

"ya Nisa', dia balik sorang, beritahu ibu dan ayah, dia nak kahwin dengan Nisa'. Dan Nisa' ada Hana. Irfan tu, bimbang ibu dan ayah takkan menerima Hana, dan kalau Nisa' ikut dia dan ibu dan ayah membantah, Irfan bimbang, Nisa' akan terluka. Ibu tahu, Irfan sangat sayangkan kalian. Dari gayanya pun ibu dapat lihat." Pandangan Puan Hasanah jatuh pada Hana.

Nisa' terdiam. Irfan ada yang lain ibu. Nisa' jadi tak keruan untuk seketika. apa perasaan mereka nanti apabila dia dan Irfan bercerai? Pasti mereka terluka. Dan Irfan, kenapa dia tak beritahu aku dia dah pulang ke sini?

Nisa' tahu Irfan bukan bimbangkan dirinya, namun Irfan lebih bimbangkan latar belakang Hana menjadi bualan dan Nisa' menarik diri dari rancangan mereka ini. Nisa' menarik nafas dalam. Melarikan jemarinya di wajah Hana.

Tuhan, berikan kekuatan padaku.
posted by Penulisan2u @ 4:12 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:
  • At 3/12/09 10:06 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good story...
    kepada penulis teruskan menulis...
    saya tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya....
    rasanya macam pendek sangat lak kali ni...

     

  • At 4/12/09 7:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best...cpt smbg

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group