Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Selamat datang ke Syarikat Sinar Indah," Alia tersenyum sambil menyambut tangan wanita yang masih nampak cantik walaupun agak berumur itu. "Terima kasih. Saya akan cuba yang terbaik untuk syarikat ini," Alia berkata yakin. Wanita itu tersenyum senang kearahnya. "Ok. Malisa, tunjukan tempat duduk Alia. Kenalkan dia dengan staff yang lain, ok," Malisa menghampiri Alia. "Selamat datang," Ucap mereka semua. "Terima kasih," Alia tersenyum ramah pada pekerja lama. Dengan bantuan dari kawan Maziah, Alia diterima bekerja di Syarikat Sinar Indah. Sebuah syarikat binaan. *************************** "Alia, kau cakap anak cikgu Syah tu mengidap HIV, dia sendiri macamana? Tentu dia pun mengidap penyakit yang sama? Betulkan?" Sara bingung. Bila mendengar cerita dari Alia. Agak lama juga mereka tidak berkumpul dan bercerita panjang lebar. "Itu yang aku tak faham. Dia cakap isteri dia yang membawa penyakit tu. Dia tak cerita banyak sangat tentang arwah isteri dia. Bila aku tanya je pasal arwah isteri dia, dia ajak tukar topik lain, malas aku nak tanya lagi. Mungkin dia sedih bila terkenangkan kisah lama tu," Alia mengunyah burgernya. "Kenapa kau panggil dia cikgu lagi, dia sekarang dah jadi doctor. Panggil doctor. Alia, dulu kau panggil dia apa?" Tiba-tiba Ros bertanya. "Errrrrr…..hehehheee," Alia tersengih. Rakan-rakanya yang lain menanti dengan sabar. Hari itu, mereka keluar bersama sebab meraikan Alia yang sudah mendapat pekerjaan. "Owhhhhh…mesti kau panggil dia, abang, kan? Lepas tu, dia panggil kau sayang," Imah meneka. Alia angkat kening sambil tersenyum. "Alia, cikgu…errrr..salah pulak. Dr.Syah tu mesti romantic, kan? Dulu, kamu berdua pernah buat perkara tu tak?" Ros memeluk bahu Alia. "Perkara apa?" Soal Alia hairan. Ros tersenyum penuh makna dan agak lama masa yang diperlukan oleh Alia untuk memproses pertanyaan Ros itu. Beberapa minit kemudian,Alia menolak kepala Ros. "Mana ada. Merepek je kau ni. Aku masih belajar masa tu, lagipun kita orang musuh. Ingatkan?" Alia menjeling tajam ke arah Ros yang tergelak. Wajahnya berubah. "Manalah tahu. Walau bermusuhan pun, bila dah tidur berdua, tentu ada perasaan lain yang muncul." Maziah dan Sara geleng kepala melihat Ros yang sengaja mengusik Alia. "Alia, bila kau nak kenalkan kita orang dengan ex-husband kau tu. Dah lama tak jumpa cikgu Syah," Imah bersuara teruja. "Yelah, tentu semakin hensem. Aku ingat lagi, masa kat sekolah dulu, ramai betul pelajar perempuan nak mengorat cikgu Syah tu. Siapa nama cikgu perempuan tu, ala, yang crazy kat cikgu Syah tu, siapa ye…." Imah garu kepala yang tidak gatal. Kemudian tangannya mengusap perut yang semakin membesar itu. "Cikgu Salmah," Alia menjawab lambat. "Aihhhhh… kau masih ingat? Owhhhhh… tentu kau cemburu bila dapat tahu Cikgu Salmah sukakan Dr.Syah tu. Hahaahhaa" Maziah pula ketawa. Alia muncung mulutnya. "Mana ada. Aku ingat kat dia pasal dia pernah marahkan aku. Sebab aku rapat dengan Pengetua. Lepas tu, dia memang benci sangat kat aku. Tak tahu kenapa?" Alia menghirup air minumannya pula. "Memanglah. Kadangkala, cikgu Syah tu, nampak sangat suka kat kau. Lagi pun, kau ramai peminat kat sekolah dulu," Imah tersenyum. "Peminat konon. Seksa hidup aku, asyik kena kejar je," Alia berdengus. Mereka yang lain ketawa. "Sekarang kau panggil Dr.Syah tu dengan panggilan apa?" Alia angkat muka mendengar soalan dari Ros. Dia menggaru kepalanya sambil berfikir. "Entah. Aku pun tak perasan." Alia jungkit bahu. Kemudian termenung memikirkan perkara itu. Beberapa ketika kemudian, Alia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. "Assalammualaikum," Ucapnya sopan. Rakan-rakannya yang lain memandang hairan kearahnya bila nadanya berubah lembut. "Waalaikumsalam. Alia kat mana ni?" Suara dihujung talian bertanya. Ros memasang telinga kemudian tersenyum. "Kat KFC." Jawabnya sambil menolak muka Ros yang tersengih memandangnya. Mereka yang lain bertanya, namun Alia hanya buat muka tak tahu. "KFC kat mana, abang kat Wisma Satok ni." Syah bersuara perlahan. "Dekatlah. Kita orang kat depan tu je," Alia garu kepala. Tabiat yang sukar dibuang bila dia merasa malu. "Ok. Kejap lagi abang sampai. Tunggu ye," Syah menamatkan perbualan. Alia memandang sepi telefon bimbitnya. "Kenapa Alia, dia nak jumpa ke?" Soal Maziah teruja. Begitu juga mereka yang lain. Alia angguk kepala. Lima minit kemudian, Alia tersenyum bila matanya menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Langkah kaki yang teratur dan tenang itu membuatkan dadanya berdebar kencang. Senyum dibibir Syah juga membuat Alia hampir pengsan. "Assalammualaikum," Syah tersenyum. Wajah-wajah bekas pelajarnya dipandang satu persatu. Mereka tersenyum. Sungguh tak sangka 8 tahun kemudian mereka berjumpa lagi. "Waalaikumsalam. Duduklah," Serentak mereka menjawab. Alia tersenyum cuma. "Masih ingat saya lagi?" Syah bertanya lucu. Mereka yang lain angguk kepala. "Mana boleh lupa. Cikgu yang terhangat dipasaran," Ros menjawab mewakili mereka yang lain. Syah tergelak. "Ros...masih tak berubah," Ros tersipu malu. "Cikgu masih ingat kat saya?" Ucapnya bangga. Syah angguk kepala. Kerana hubungannya dengan Alia, maka semua yang berkaitan dengan Alia menjadi sebahagian dari hidupnya. Alia suka bercerita tentang meraka semua. "Imah, Maziah dan Sara. Betulkan?" Mereka angguk kepala. "Alia bagi tau kita orang, cikgu dah bekerja sekarang. Doktor ye?" Sara ingin mengetahui perkembangan bekas guru sandaran mereka itu. "Alia bercerita tentang saya? Dia cerita perkara yang baik atau perkara buruk?" Syah memandang Alia yang terbatuk mendengar kata-kata dari mulut lelaki itu. Dia menjeling tajam ke arah Syah. "Tentulah yang baik. Cikgu...ehhh..salah pulak. Nak panggil apa ye?" Imah mengusap perutnya. "Apa-apa je, saya tak kisah," Syah tersenyum. "Wah!!!! Imah, kahwin tak jemput saya ye? Berapa bulan usia kandungan kamu tu?" Syah tersenyum memandang Imah yang tersipu malu. "Lima bulan." Jawabnya perlahan. Mereka yang lain tersengih melihat Imah tertunduk malu. Mereka bercerita tentang perkembangan masing-masing. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya oleh Syah untuk menatap wajah Alia. Alia pula merasa tidak selesa kerana Syah asyik merenungnya. "Kalau cikgu berkenan, pergilah masuk meminang. Alia masih single tu," Imah sengaja menyakat Alia. Dia perasan mata Syah tidak lari dari merenung Alia. Renungan yang membawa maksud yang mendalam. Alia tersentak mendengar cadangan Imah itu. Syah tersenyum. "Apa yang kau merepek ni Imah." Alia menjeling tajam wajah Imah yang tersenyum itu. Syah tersenyum. Memang, kalau ikutkan hatinya, memang dia ingin melamar Alia menjadi suri hatinya. Namun dia tidak mahu terburu-buru. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Dia ingin hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat. "Manalah dia sudi nak kahwin dengan saya. Saya tak sesuai untuk dia." Ucap Syah lemah sambil tersenyum. Alia merasakan jantungnya berhenti berdegup. ’Katakan saja, abang tak dapat lupakan isteri dan anak abang,’ Alia berkata dalam hati. Dia terluka dengan ucapan yang keluar dari mulut Syah. Syah merenung wajah yang berubah muram itu. "Errrrr... aku nak balik. Dah lama kat luar ni. Nanti bising pulak abang aku kat rumah tu," Alia mengemas makanannya. "Masih awal lagi ni." Maziah genggam tangan Alia. Alia seperti ingin menangis. "Kenapa ni? Tunggulah sekejap." Ros juga menghalang Alia dari beredar. Syah melihat dengan rasa bersalah. "Sorry. Kalau saya menyebabkan Alia terasa hati. Takpelah, biar saya yang pergi. Lagipun, saya dah janji nak jumpa kawan saya. Ok semua, bye." Syah berdiri dan sedia untuk beredar. Alia hanya memandang Syah beredar. Beberapa langkah kemudian Syah menoleh. Alia tunduk memndang lantai. "Kejarlah. Alia, kasian dia." Sara menepuk bahu Alia. Alia geleng kepala. "Maaf. Aku rasa sedih sangat tadi. Tak tahu kenapa?" Alia duduk kembali. "Hati aku sakit bila dia cakap macam tu." Alia mengesat airmatanya. Kemudian dia ketawa. "Bodoh betul. Kenapa pulak aku menangis." Mereka yang lain hanya memerhati Alia mengesat air matanya. "Sebenarnya, aku yang tak sesuai untuk dia. Dia memang tak pernah ada perasaan cinta kat aku. Cuma aku saja yang perasan sendiri," Ucapnya sambil ketawa. Mereka yang lain merenung wajah muram itu dengan perasaan pelik. ********************************
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam...
nie nk tau...
smbungan 26 dgn 27 mne??
knp tetiba bleh ada 28???