BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Disember 04, 2009
Cerpen : Two Is Better Than One
Nama Pena : Ain Nur Amina

I remember what you wore on the first day
You came into my life
And I thought hey
You know this could be something
Cause everything you do
And words you say
You know that it all takes my breath away
And I am left with nothing

So maybe it’s true
That I can’t live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
I'm thinking two is better than one

Ika dan Arep sama-sama menyanyikan lagu kegemaran mereka. Bukan senang nak dapat peluang nak nyanyi sama-sama macam ni. Tambah-tambah Ika pulak sekolah di sekolah berasrama penuh. Dengan lagu ni ajelah yang menghubungkan dua pasangan tu.

* * * * * * * * * *

Ika duduk di tepi jeti sambil mendengar lagu kegemarannya, Two is Better Than One yang dinyanyikan oleh kumpulan band Boys Like Girls. Sambil-sambil tu, Ika ikut sama menyanyi sekali. Mujur hujan, ribut, taufan dan tsunami tidak melanda.

Tiba-tiba headphone di telinga Ika ditarik ke belakang. Eh, siapa pulak kacau aku tengah syok layan diri ni? Ika pusing ke belakang.

"Kau! Memang nak dinner but Phua Chu Kang bapak aku. Bak sini balik headphone aku tu. Orang tengah sedap-sedap layan diri, kau nak ada," marah Ika lalu merampas headphone yang berada di dalam genggaman Arep. Arep tersengih. Ika pula menjeling.

"Apa sengih-sengih? Dah lama hidup ke?" tanyanya kasar. Memang perangai Ika yang lemah lembut itu bertukar menjadi kasar tak ingat dunia apabila berada bersama Arep.

"Kau ni Ika. Tak boleh jadi perempuan melayu terakhir kalau perangai dah macam jejaka melayu terakhir kau tahu," sindir Arep. Ika mencebik. Alah, macam tak biasa.

"Apaper pun, tadi aku lalu depan rumah kau. Nampak pulak mak kau. Dia pesan hajat untuk kau," kata Arep. Ika mengangkat kening seolah-olah bertanya apa.

"Ehem. Mak kau kata, Ika, balik sekarang kalau tak nak mak delete lagu feveret kamu tu," Arep mengajuk gaya percakapan ibu Ika kepadanya. Nak tergelak Ika melihatnya. Boleh jadi pelakon terhebat lah kau, Arep!

Ika terperasan sesuatu. "Eh, mak aku kata nak delete lagu feveret aku?" soalnya kembali.

"Ha’ah. Aku cakap tergagap ke tadi?" balas Arep. Ish, budak ni. Main-main pulak.

"Ah, apaper pun. Kalau mak sanggup nak delete lagu feveret aku tu memang tak boleh idur lena aku malam ni," Ika dah mula panik lalu kelam-kabut menyimpan MP3nya ke dalam poket seluar.

"Eh, nak pergi mana?" tanya Arep. Ika sempat mengetuk kepala Arep dengan headphonenya.

"Baliklah makcik oi. Takkan nak melencong pergi sekolah pulak," jawabnya selamba. Dalam kelam-kabut macam tu masih lagi mahu menyakat orang. "Aku gerak dulu. Tak sanggup rasanya nak tengok lagu aku tu kena delete. Bye!" Ika pantas berlari meninggalkan Arep yang tersengih sorang-sorang di tepi jeti itu. Putus fius agaknya.

"Saya dah balik, mak!" jerit Ika dari bawah tangga rumahnya. Puan Roslina muncul sambil bercekak pinggang.

"Bertuah punya budak. Mana kamu pergi dari pagi tadi? Balik makan tengah hari pun tidak. Tu dah solat ke belum? Zuhur dah nak habis waktu dah ni," aduh, mak ni. Orang tak sempat nak jejak ke dalam rumah lagi dah kena tembak machine gun. Haru betul!

"Err, hehe. Assalamualaikum, mak," ucap Ika sambil tersengih. Puan Roslina merengus perlahan.

"Waalaikumsalam," jawabnya dan terus masuk ke dalam rumah. Alamak, Puan Roslina dah merajuk tak berlagu lah pulak. Mak ni, Ika yang lagi muda ni pun belum pernah merajuk lagi. Haru, haru.

Ika melangkah ke dapur. Makan tengah hari semua sudah ditutup dengan tudung saji. Aik? Upacara makan dah habis dah? Baru pukul… Ika melihat ke arah jam pula.

"Laa, dah pukul 2.30. Padanlah takde orang nak jemput aku makan lagi," rungut Ika sendirian. Dia menarik kerusi dan meninjau apa yang ada di sebalik tudung saji itu.

"Mak!" panggilnya panik tiba-tiba. Puan Roslina yang tadinya sedang menonton televisyen berlari-lari anak ke dapur. Apa lagilah yang budak ni dah buat.

"Mak, kenapa lauk tinggal ikan goreng je?" tanya Ika dengan muka lima sen.

"Ika yang balik lambat siapa suruh," jawab Puan Roslina.

"Takde orang jemput siapa suruh," balas Ika selamba. Tersengih gaya kerang busuk lagaknya. Puan Roslina menggeleng. Ada-ada aje.

"Makan jelah dengan apa yang ada," kata Puan Roslina dan kembali ke ruang tamu. Sungguh, dia penat melayan kerenah Ika yang tidak berapa betul tu. Sekejap macam tu, sekejap macam ni, sekajap lagi macam tu balik. Pening kepala dibuatnya.

* * * * * * * * *

"Ika, Cikgu Aini panggil. Dekat bilik guru," ujar Aisya, kawan rapat Ika.

"Eh, cikgu tu nak masuk minang aku kut," terhinjut-hinjut bahu Ika menahan gelak. Tak dapat dibayangkan sekiranya Cikgu Aini pinangkan dia dengan anak lelakinya yang 3 tahun lebih tua daripadanya.

Aisya menepuk bahu Ika. "Dah, kau jangan nak berangan. Aku tahu tak ada siapa yang berkenan dengan kau. Pergi jelah. Kang cikgu tu pulak merajuk tak berlagu macam mak kau semalam kang macam mana nak dihandle," sekali lagi Ika tergelak.

"Hai, kau ni Aisya. Demam berapa degree la agaknya kau ni kan. Okey, aku gerak dulu. Jumpa depan koop nanti," pesan Ika lalu beredar ke bilik guru.

Masuk saja ke dalam bilik guru itu, mata Ika liar mencari kelibat Cikgu Aini. Bukan susah sangat pun nak cari cikgu yang sorang tu. Mejanya berada elok je di sebelah kiri pintu masuk.

"Err, Assalamualaikum, cikgu. Cikgu cari saya ke?" tanya Ika sebaik sahaja Nampak Cikgu Aini yang sedang menanda buku pelajarnya.

Cikgu Aini mendongak sedikit. "Ah, Afiqah. Ya, memang cikgu cari awak. Cikgu nak tanya pasal lawatan Kelab Fotografi ni. Awak yang handle pembahagian kumpulan kan?"

Kening Ika terangkat sedikit. Eh, bukan. Terangkat banyak! Dah macam orang dahi tergantung rupanya. "Eh, saya tak tahu apaper pun cikgu. Hee, cikgu jangan nak buat saya panik macam ni cikgu," usik Ika. Fikirnya Cikgu Aini hanya bergurau. Al-maklumlah, memang dia rapat dengan cikgu yang sorang tu.

Penyakit kening terangkat Ika berjangkit kepada Cikgu Aini pula. "Tadi Arep cakap awak yang buat bahagian kumpulan-kumpulan ni. Tak akan saya salah dengar kut," kata Cikgu Aini.

Ah, sudah! Ni mesti mamat tu sengaja nak kenakan aku ni. Tahulah aku ni tak rajin sangat buat kerja-kerja untuk kelab ni. Ish, memang nak kena cincang hidup-hidup mamat tu.

Ika terpaksa menampal senyum plastik walaupun dalam hati disumpah-sumpahnya Si Arep tu. "Err, tak apa, cikgu. Saya yakin lagi pasti yang cikgu ni tak salah dengar. Saya rasa Si Arep tu haa yang TERsalah cakap," sengaja Ika menekankan suku kata ‘ter’ itu. Cikgu Aini mengangguk perlahan.

"Tapi takpelah cikgu. Dah alang-alang cikgu panggil saya tu, biar saya ajelah yang buat kerja bahagi kumpulan tu," Ika tiada jalan lain selain terpaksa menawarkan diri untuk membuat kerja tersebut.
Cikgu Aini tersenyum. Amboi, suka benar ya cikgu. Saya ni pulak yang jadi mangsa tak bertempat. Rungut Ika dalam hati.

"Baguslah kalau macam tu. Saya pun tengah sibuk ni. Cikgu-cikgu lain pulak dah tak cukup tangan nak buat. Okey, ni senarai nama peserta Kelab Fotografi yang ikut lawatan tu. Dan awak tolong bahagikan kumpulan ikut nisbah 2:2. Satu kumpulan 4 orang okey?" terang Cikgu Aini. Ika terangguk-angguk. Sudah terbayang-bayang dalam kepala betapa terseksa jiwa batinnya nak bahagikan 40 orang peserta kepada 10 kumpulan. Aduh, gawat!

Ika mengambil senarai nama peserta serta kertas kosong yang turut diberi oleh Cikgu Aini. Sekali lagi, senyum plastik ditampal, disulam serta disunting sebaik mungkin supaya cikgu tidak syak betapa beratnya hati dia mahu buat kerja tu.

Ika mengucapkan terima kasih lalu meminta diri ke kelas. Sepanjang perjalanan ke kelasnya yang tidaklah jauh mana itu, sudah berapa banyak kali keluhan demi keluhan dilepaskan.

"Ya Allah, Ika. Cubalah sumbang-sumbang sikit masa yang kau ada tu. Ikhlaskan diri sikit," kata Ika sendirian. "Hati batu, keras kepala, tangan kayu, pemalas betul," rungutnya lagi.

"Weh, terima kasih ambik alih tugas aku, woi!" sampuk satu suara dari belakang. Ah, dah tahu dah siapa. Ika berpaling ke belakang dengan muka masam mengalahkan jeruk.

Arep tersengih-sengih lagu kerang busuk. "Awat muka macam buah kedondong depan rumah aku tu?" usik Arep sambil ketawa berdekah. Ika makin tarik mukalah jadinya.

"Ish, kau ni. Kau tahukan aku ni jenis yang macam mana? Kenapalah mulut kau tu celupar sangat pergi bagitau cikgu pasal kerja-kerja yang aku tak suka ni," Ika mengecilkan matanya.

"Terlepas cakaplah. Dah nama kau je yang ada kat kepala otak aku," jawab Arep selamba. Ika senyap.
"Huh?" apa kebendanya mamat ni cakap?

Seketika kemudian Arep tersentak pulak. "Eh, apa aku cakap ni. Err, maksud aku bukannya aku fikir pasal kau setiap masa. Cuma, cuma," Arep dah mati kutu. Tak tahu nak jawab apa. Muka pun dah sikit punya merah. Ika tersengih menahan tawa.

"Ha ha. Apaper je kau ni. Kau demam berapa degree dah?" tanya Ika selamba sambil tersengih. Lebar benar sengihnya sampai nampak gusi. Arep menjadi gugup tiba-tiba.

"Ah, aku balik kelas dulu," kata Arep lalu beredar ke kelasnya yang berada di tingkat 4.
Ika mengangkat kening sebelah. Apa kena dengan budak sewel tu? Dah putus fius betul-betul ke? Ika menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu meneruskan perjalanannya ke kelas. Nak dijadikan cerita, dalam kepala Ika duk terfikir pasal benda yang Arep cakap tadi sampai terlajak ke kelas paling hujung.

* * * * * * * * *

Matanya dari tadi asyik merenung seutas gelang tangan yang diukir unik. Memang tak boleh lepaslah mata kalau dah sekali tengok gelang tu. Nak beli, teragak-agak. Tak nak beli takut menyesal pulak. Gelang tu memang pandai buat orang dilema!

Tiba-tiba, bahunya ditepuk perlahan.

"Oit, dah sampai mana mengelamun tu? India? China? Jepun?" tegur Kak Mieda.

Arep tersengih. Ada-ada aje kakak aku yang sorang ni. "Alah, akak ni. Aku baru sampai Perak kau dah kacau," balasnya selamba.

"Apaper jelah kau ni, Arep. Apa yang kau duk tengok dari tadi tu?" tanya Kak Mieda. Arep teragak-agak nak tunjukkan gelang yang dia tenung dari tadi.

Bulat mata Kak Mieda melihat gelang itu. "Arep!"

"Apa? Cantikkan? Well, tengoklah taste tinggi mana," kata Arep bangga. Lantas kepalanya diketuk oleh Kak Mieda.

"Ish, kau ni. Ke situ pulak. Kau tak perasan atau buat-buat tak perasan yang gelang ni gelang perempuan ha?" tanya Kak Mieda. Pelik benar citarasa adik aku ni.

Muka Arep sedikit demi sedikit bertukar kemerahan. "Aku.. Aku tahulah," katanya. "Saja nak tengok-tengok. Lawa, kalau aku beli untuk Nek Pah mesti dia sukakan?"

Kak Mieda tersengih. Bila dah masuk bab nak beli untuk orang ni, tak lain tak bukan dia nak belikan untuk orang yang dia suka. Diam-diam ubi berisi betul si Arep ni.

"Haa, ni mesti nak belikan untuk budak tu kan?" usik Kak Mieda. Muka Arep merah. Confirm! Memang dah terang lagi bersuluh si Arep ni tak pandai nak cover perasaan dia. Hebat jugak kau ni Mieda. Fikir Kak Mieda sendirian.

"Ish, budak negara mana pulak aku nak belikan. Memandai je kau ni kan," kata Arep. Nak cover lah kononnya tu. Tapi muka tak boleh blah, merah macam udang kena panggang terbalik. Nak tergelak Kak Mieda melihatnya.

"Dahlah Arep. Tak payah nak menggedik cover-cover. Rahsia kau tu dah pecah meletup dah pun. Biar aku teka, kau nak belikan untuk Ika tu kan? I knew it!" usik Kak Mieda sambil ketawa.

Arep terdiam. Kau dah tak boleh lari dah ni, Arep. Kakak kau lagi geliga dari kau. Arep mengeluh perlahan seraya mengangguk.

"Ha’ah. Aku nak belikan untuk Ika. Tapi tak bermakna aku suka dia. Ni untuk hadiah birthday dia," kata Arep. Kak Mieda cuba menyembunyikan sengihnya. Tak tahan betul tengok adik dia yang kaki redah tu bertukar jadi pemalu taraf dunia. Memang pecah perut dibuatnya.

"Okeylah. Aku memang dah boleh agak feeling kau kat dia dari dulu. Hmm, bracelet yang kau berkenan tu cantik. Kira boleh lepaslah kalau kasi dia," Kak Mieda ni kalau bab nak beri pendapat memang nombor satu. Hah, tengok tu, siap angkat ibu jari lagi. Arep menggeleng perlahan.

"Aku nak belilah ni. Tapi ada masalah sikit," kata Arep. Dahinya berkerut sedikit. Kak Mieda mengangkat kening.

"Apa permasalahannya? Tak cukup duit?" tanya Kak Mieda. Arep tersenyum.

"Kau memang kakak aku yang paling best. Macam dah tahu-tahu je. Topup aku sikit boleh? He he," tersengih-sengih Arep meminta kakaknya yang seorang itu menambah lagi sedikit duit simpanannya.

Kak Mieda mencebik. "Amboi, kalau bab Ika memang nombor satu," usiknya. Merah padam muka Arep jadinya.

* * * * * * * * *

Ika menggaru-garu kepalanya yang betul-betul terasa berpusing macam planet Zuhal. Arep, kau memang cari nahas dengan aku! Rungut Ika di dalam hati.

Matanya ligat meneliti senarai nama yang ada di hadapannya. Konon macam professional gitu tetapi kertas kosong yang disediakan untuk menulis kumpulan-kumpulan yang telah dibahagi masih lagi putih bersih.

"Ika, kau memang bukan dilahirkan untuk buat kerja berat macam ni," keluh Ika keseorangan. Sudah hampir 2 jam 15 minit dia berada di dalam kelas menyiapkan kerja itu. Kawan-kawan yang lain sudah balik.
Ika menghalakan pandangannya ke arah jam yang tergantung di dinding kelas. Sudah pukul 3.15 petang. Kemudian dia menggosok perutnya. Lapar. Padanlah, aku tak makan apa jenis makanan pun sejak habis waktu sekolah tadi. Bekal roti lupa nak dibawa. Perutnya berbunyi minta diisi.

Gedegang!

Ika tersentak mendengar bunyi hentakan yang kuat itu. Dia melihat ke depan kelas dalam kadar segera. Bulat matanya melihat Arep yang sedang elok berbaring di atas lantai kelas mereka. Apa kehalnya budak ni? Macam dah takde tempat lain pulak nak tidur.

"Err, hai," tegur Arep sambil tersengih memandang Ika.

"Waalaikumsalam!" balas Ika sengaja. Dia berjalan kembali ke tempatnya. Arep serta-merta bangun dari perbaringannya yang ala-ala Puteri Gunung Ledang hendak memikat Sultan Mansur.

"Kau, kenapa tak balik lagi? Dah pukul 3 lebih dah ni," tanya Arep.

"Kau tu? Kenapa tiba-tiba muncul dekat kelas ni? Siap baring pulak tu," soal Ika kembali. Pelik juga dengan apa yang baru berlaku tadi. Mula-mula bunyi hentakan yang kuat, lepas tu nampak pulak si Arep tengah syok berbaring di atas lantai tu. Aneh.

"He he. Okey apa? Macam David Cooperfield," lawak Arep. Ika tersengih.

"Banyaklah kau. Iras muka pun takde," balas Ika. Arep mencebik.

"Tak ada arr. Aku nampak tadi kipas terbukak. Ingat takde orang. Rupanya ada sorang nenek kebayan dalam kelas tu," selamba sahaja Arep menggelar Ika nenek kebayan. Merah muka Ika.

Serta-merta Ika berdiri sambil menghentak meja. Aduh, terkuat pulak aku hentak meja ni. Ah, nasib ah!

"Eh, nenek kebayan mana ada rupa cantik macam aku ni? Cerita sikit apa kes?" bentak Ika. Memang pantang keturunan cucu cicit Nek Pah kena gelar nenek kebayan ni. Silap hari bulan boleh kena penggal kepala gantung kat depan gate rumah dia tu.

"Sekurang-kurangnya ada jugak nenek kebayan yang pemalas macam kau," kata Arep. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Ah, sudahlah!" tempik Ika lalu mengemas barang-barangnya. Eh, apasal aku marah semacam aje ni? Bulan belum mari lagi. Fikir Ika. Apaper pun, mulut Arep tu memang nak kena tempeleng dengan kasut high heel mak aku tu.

"Marah ke cik abang oi?" sakat Arep. Sengih yang terjungkit di hujung bibir masih tak cair-cair. Suka benar dia menyakat Ika.

Ika diam. Malas mahu bertekak dengan Arep. Lagi dilayan, lagi parahlah jawabnya. Siap sudah semua barang dikemas, Ika segera mencapai beg galasnya dan berjalan laju keluar kelas.

"Eh, brek! Brek! Brek kecemasan sekejap!" jerit Arep betul-betul di depan Ika. Aduh, suara tak agak-agak! Ada jugak yang teleng kepala ni karang. Ika menjeling Arep sekilas ala-ala Saloma merajuk dengan P. Ramlee gitu.

"Nak apa orang di sana? Orang di sini nak balik rumah, makan," ah, sudah! Bahasa apa kau pakai ni, Ika. Takpelah. Asalkan aku dapat balik sudah.

Arep tergelak besar. "Kau ni sejak bila pulak harok dengan filem P. Ramlee ni? Ha ha," setelah tawanya reda, dia berdehem. "Ika, aku nak bagi sesuatu ni. Nak tak?" sengaja Arep nak mengumpan Ika.

"Tunggu birthday aku jelah," jawab Ika lalu beredar dari situ. Arep diam.

"Oh, well," Arep mengangkat bahu dan keluar dari kelas.

* * * * * * * *

2 Januari 2009
"Nurul Afiqah binti Ramli!" panggil satu suara. Ika berpaling ke belakang. Siapa pulaklah makhluk Allah datang siang-siang buta nak kacau aku main dengan ikan ni?

Dari jauh dah nampak dah sengih Arep. Lebar benar rasanya sengih dia tu. Kalah apek menang loteri!

"Ya, tuanku?" balas Ika. Matanya dikecilkan disebabkan pancaran matahari yang bersinar dari arah Arep berdiri.

Arep berjalan mendekati Ika yang sedang duduk di tepi jeti dengan telinga disumbat earphone dan tangan memegang sekeping roti untuk diberi makan ikan."Stop!" jerit Ika tiba-tiba. Mati terus langkah Arep. Apakehalnya budak ni?

Ika tersengih. "Cakap je dari situ. Aku tak nak

"Stop!" jerit Ika tiba-tiba. Mati terus langkah Arep. Apakehalnya budak ni?

Ika tersengih. "Cakap je dari situ. Aku tak nak tanggung risiko kau tarik earphone aku pulak. Kang tercabut telinga aku ni. Tak pun terbelah dua," seloroh Ika. Arep tergelak.

"Dah tu, macam mana aku nak wish birthday girl dari jauh? Tak romantiklah nanti!" lawak Arep pula. Kedua-dua mereka tergelak.

"Ahah, baguslah tu nak beromantik-romantik. Nampak penumpuk sulung aku ni? Kalau mengidam, bolehlah. Free aje," kata Ika sambil mengunjukkan buku limanya. Arep mengerutkan dahinya.

"Hai, Ika. Dah tua bangka pun masih tak berubah jadi anak perempuan?" tanya Arep selamba.

"Apaper jelah. Kau ni suka sangat kacau aku kat tepi jeti ni. Tak aman hidup aku, tahu?" bebel Ika.

"Dah tu tugas aku. Nak buat macam mana an?" balas Arep pulak. Ika menjelingnya sekilas. Amboi, pandai menjawab ye kau sekarang.

Arep duduk di sebelah Ika dan merampas roti yang berada di tangan Ika. "Eh, eh! Kau nak bagi makan ikan ke ikan nak bagi makan kau? Bak sini balik roti tu," marah Ika dan merampas kembali roti tersebut.

"Apa kau ni? Aku lapar. Ikan tu tak kisah pun aku makan makanan diorang," kata Arep selamba. Ika merengus kasar.

"Kau nak apa sebenarnya?" ahah! Ambik kau, straight to the point terus.

Arep berdehem. "Happy Birthday?" ucapnya teragak-agak. Ika tersenyum tawar.
"Thanks ah," jawabnya.

Mereka diam seketika. Kata orang, malaikat lalu. Tapi entahlah.

"Tak ada hadiah?" tanya Ika selamba sambil membetulkan duduk letak earphone di sebalik tudungnya.

"Ahah, macam tahu-tahu je. Kejap," kata Arep lalu menyeluk poketnya. Dia meraba poket di sebelah kiri pula. Tak ada? Eh, mana pulak perginya benda bertuah ni? Arep masih lagi dengan aktiviti seluk-menyeluk poketnya mencari harta karun untuk diwariskan kepada Ika.

"Apa kau buat?" tanya Ika yang kehairanan.

"Ika! Aku balik sekejap! Hadiah kau tertinggal!" kata Arep panik dan terus bangun berlari balik ke rumah. Ika tersengih sambil menggeleng.

Arep semakin jauh, semakin jauh, semakin jauh dan terus hilang dari pandangan. Ika kembali fokus mendengar lagu yang dimainkan di MP3nya. Tangannya diletakkan di sebelah kakinya. Sambil-sambil tu, dia sempat menikmati pemandangan di tepi jeti itu. Cantik betul ciptaan Tuhan kan?

Tiba-tiba tangannya terpegang sesuatu. Dia menarik apa yang dipegangnya.

"Kotak apa pulak ni?" Ika bermonolog sendiri. Cantik berbalut pulak tu. Siapa pulak yang tertinggal barang berharga kat sini ni? Setahu aku tak ada pulak apa-apa barang masa aku datang tadi. Fikir Ika.
Lalu, dia teringat. Arep duduk di sebelah dia tadi. Mungkin ni Arep punya kut? Ika membuka penutup kotak itu. Bulat matanya melihat apa yang terkandung di dalamnya.

"Huwaaaaaaah!!" jeritnya kuat, di dalam hati. Jatuh habis rahang bawahnya. Silap-silap tak boleh tutup mulutnya. Lalat, nyamuk, lebah, tebuan semua boleh muat dalam tu.

"Sejak bila pulak Arep beli benda ni?" Ika berkata sendirian. Dia menarik keluar seutas gelang kristal amethyst yang cantik diukir. Bertambah kilau apabila terkena sinaran matahari.
Di gelang itu, tertulis huruf-huruf namanya di setiap manik-manik batu kristal tersebut.
Ika.

Pendek sahaja nama yang tertulis. Ika tersengih. "Kaya betul kau ni, Arep," katanya sendiri.
Dia membelek-belek gelang tersebut. Tak puas hati betul bila nampak benda-benda cantik macam ni. Habis dengan kotak-kotaknya sekali dibelek. Tiba-tiba Ika tergelak. Mulanya tergelak perlahan. Lama-kelamaan dah macam sepupu pontianak pun ada.

"Hah ha. Ni mesti kristal tiruan ni," kata Ika sambil ketawa.

Rupa-rupanya, di belakang kotak hadiah tersebut, masih tertampal harga gelang tu. Arep terlupa nak cabut agaknya. Kira kantoilah harga gelang Kristal yang nampak macam mahal tu rupanya hanyalah berharga RM29.90 tunai. Pecah perut Ika sepetang itu.

* * * * * * * * *

Arep merenung mata Ika dengan perasaan marah membuak-buak. Geram ada, sakit hati ada, sakit jiwa ada, rasa nak backhand pun ada.

"Ika, apa susah sangat ni? Pakai jelah!" arah Arep buat kesekian kalinya. Ika muncung. Agaknya muncung Ika tu boleh dibuat gantung baju.

"Aku tak suka!" marah Ika. Kali ni dia memeluk tubuhnya pula. Arep merengus kasar.

"Kepala tu keras semacam kenapa?" soalnya kasar.

"Perangai tu bossy semacam kenapa?" balas Ika pula.

"Kenapa tak nak pakai?" tanya Arep lagi. Cuba bersabar.

"Kenapa nak paksa?"

Kali ni tahap kesabaran Arep sudah sampai ke penghujungnya. Dia menghentak meja dan terus keluar dari kelasnya. Rakan sekelas mereka yang lain semua memandang Ika dan Arep silih berganti.

"Apa halnya tu?" tanya Aisya. Ika melepaskan nafas yang ditahan sejak tadi. Bukan senang nak handle perangai Arep tu. Kadang betul kadang tidak.

"Entahlah apa masalah dia tu. Tiba-tiba nak marah orang tak tentu pasal," jawab Ika.

"Marah tandanya sayang tu," usik Aisya. Boleh nampak muka Ika bertukar kemerahan walaupun reaksinya cuba ditahan. "Ika, dia marah sebab apa?" tanya Aisya lagi.

"Sebab aku tak nak pakai gelang yang dia bagi tu," jawab Ika malas. Aisya menepuk dahi.

"Yang kau geliga sangat tak nak pakai tu kenapa? Tak nak terima ke? Kalau tak kasi aku je. Aku boleh hantar kedai suruh tukar nama aku," kata Aisya. Sepantas kilat dan guruh, Ika memandang Aisya seolah-olah memberi amaran kepadanya.

"Aku malaslah. Rimas. Tak selesa. Sakit tangan aku macam kena jerat," rungut Ika.

"Malas, rimas, tak selesa, sakit tangan, rasa kena jerat. Hah, itu jelah modal kau. Ika, kau tak nampak ke dia tu sikit punya ambik berat pasal kau, dah tu kau buat dunno je?" kata Aisya. Sekali sekala boleh juga dia jadi kaunselor tak bergaji si Ika ni.

"Apaper jelah," balas Ika. Dia membaringkan kepalanya di atas meja. Perasaan mengantuk lebih menguasai.
Petang itu, Ika balik rumah seorang diri. Kalau selalunya balik dengan Arep, tetapi hari ni balik sorang-sorang pulak. Rasa pelik sikit. Selalunya ada aje Arep sakat dia. Tapi hari ni sunyi pulak. Barulah rasa menyesal cari gaduh dengan Arep. Si Arep tu bukannya tak kuat merajuk, dari kecik sampai besar tak berubah-ubah.

"Saya dah balik," ujar Ika dari tangga rumahnya. Senyap. Tiada respon. Aik? Mana mak? Selalunya jadi pengiring kehormat aku masuk ke dalam rumah?

"Assalamualaikum!" ucap Ika lalu masuk ke dalam rumah. Cakaplah aku tersalah rumah pulak kan? Ika dah mula berdebar. Susunan kerusi dan meja di ruang tamu berlainan dari rumahnya.

"Haa , Ika. Dah balik pun kamu," kata Puan Roslina yang muncul entah dari mana. Lega sikit rasa hati. Phew, mati-mati aku ingat salah rumah tadi.

Ika menyalam tangan Puan Roslina. "Mak nak buat deco rumah pulak ke?" tanyanya. Puan Roslina tersengih.

"Tak adalah. Saje je nak ubah sikit duduk kerusi meja ni. Hari-hari asyik sama je. Apalah kesalahannya kalau tukar sikit tempat duduknya," terang Puan Roslina. Amboi, mak. Macam ciplak ayat saya aje tuh. Ika mengusap-usap dagunya sambil meneliti setiap pelusuk ruang rumahnya.

"Okey. Boleh tahan. Wah, mak. Lepas ni boleh lah ganti Eric Leong, iye tak?" gurau Ika. Mereka berdua sama-sama ketawa.

Malam tu, sedang Ika syok-syok tengok televisyen, kakaknya Amalina tiba-tiba entah dari mana wujudnya menerjah dirinya yang kebetulan tengah on the way nak telan Maggie.
Nasib aje dia tak tercekik.

"Oi, kalau aku mati siapa nak tanggung?" marah Ika. Amalina tersengih.

"Insurans kan ada?" katanya. Ika tidak layan malah meneruskan suapan mi Maggie yang masih berasap ke dalam mulutnya. Amalina sudah mula menjeling-jeling.

Mata Ika cekap aje menangkap mata Amalina yang menjeling ke arahnya. Lebih tepat lagi ke arah mi Maggienya. Hai, ada hajatlah tu.

"Tak boleh," kata Ika sebelum Amalina sempat mengayatnya untuk meminta sedikit mi Maggie tersebut. Amalina muncung.

"Kau ni tak sportinglah, Ika," bebelnya lalu beredar ke dapur. Sambil-sambil dia nak bangun tu, sempat lagi dia menolak Ika. Nasiblah baik hidungnya tak tersedut kuah Maggie tersebut. Kalau tidak alamatnya makan ikut hidunglah Ika lepas ni.

"Alin!!!" teriaknya. Amalina sudah berlari ke dapur untuk menyelamatkan diri.

Ika menyambung kembali misinya mengisi perut dengan mi Maggie yang diidamnya sejak semalam. Tiba-tiba, telinganya tertangkap perbualan Puan Roslina dan Encik Ramli yang sedang makan di dapur.

"Saya dengar, Si Arep anaknya Kak Eton tu nak pindah sekolah," kata Puan Roslina. Bulat mata Ika mendengarnya. Arep.. Pindah sekolah?

Mulalah Ika mengesot sikit-sikit mendekati meja makan. Langkahnya begitu berhati-hati hinggakan Amalina yang baru saja lintas di hadapannya pun tak perasan kewujudan Ika di situ. Wah, boleh jadi FBI kau ni, Ika. Sempat lagi Ika berangan-angan untuk menukar cita-citanya.

Sedikit demi sedikit Ika menangkap butir perbualan Puan Roslina dan Encik Ramli.

"Betullah tu. Kak Eton kata nak pindahkan dia ke sekolah asrama. Biar dia berdikari sikit. Tapi abang tengok, tak adalah manja pun budak tu. Cuma rapat sikitlah dengan Ika," ujar Encik Ramli pula. Merah muka Ika mendengar. Terdengar Puan Roslina tergelak kecil.

"Tapi, yalah. Kesian pulak si Ika tu. Pergi balik sekolah dengan Arep. Tiap-tiap petang main tepi jeti. Kalau Arep pindah sekolah asrama, takde kawanlah dia nanti," aduh! Makin malu pulak rasanya bila mak sendiri kata macam tu. Rasa macam nak simbah aje diri ni dengan mi Maggie ni. Malunya! Mak tahu semua aktiviti yang aku buat.

"Tulah pasal. Takpelah. Dekat rumah ni pun, kakak dengan abang dia ada. Takdelah nak dirisaukan sangat. Si Alin pun ada boleh teman dia," cadang Encik Ramli. Uweeekkkss! Nak termuntah pulak dengar abah cakap macam tu. Alin nak temankan aku? Kirim salam rindu ajelah..

Ika menoleh ke kiri, sudah berura-ura mahu ke ruang tamu balik lepas dengar apa yang mak ayahnya berbual. Apabila ditolehnya ke kiri, hampir pengsan Ika dibuatnya. Sekali pandang nampak macam zombie jual nasi ayam, dua kali pandang, Alin rupanya!

"Alin!!!" jerit Ika. Suara tu, tak agak-agak. Boleh retak rumah mereka dibuatnya.

Puan Roslina dan Encik Ramli terkejut. Alin? Sejak bila pulak Alin ada di dapur?

Amalina tergelak. "Haa, Ika. Kau curi-curi dengar mak dengan abah berbual eh? Dosa tau," usik Amalina sambil sengaja menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Ika meletakkan telunjuknya di bibir menyuruh Amalina diam. Amalina tersengih.

"Kantoi. Nak aku nyanyikan dalam verse aku tak?" usik Amalina lagi. Ika diam. Dalam kepala duk terfikir pasal Arep.

Arep nak pindah sekolah?

* * * * * * * * *

Kakinya laju berlari. Hala yang dituju, jeti. Sampai aje di sana, Ika tanpa melengahkan masa terus menyumbat telinga dengan earphone dan memutarkan lagu kegemarannya, Two Is Better Than One. Hanya dengan cara itu, Ika dapat tenangkan diri. Cewah!

Susah jugak ye bila kawan baik sendiri nak tinggalkan kita.

Susah lagi kalau dia dah jadi orang yang paling penting dalam hidup kita.

"Ahh!" Ika menjerit sekuat hati untuk melepaskan emosinya. Dia baring. Matanya memandang tepat ke atas langit. Aduh, macam gelap je. Tolonglah jangan hujan.

Tiba-tiba, tersembul kepala milik Arep di hadapannya. Terkejut badak Ika dibuatnya. Hampir aje dia melatah, tapi ditahan. Sudah seriklah masa kali pertama melatah depan Arep. Boleh pulak dia ketawa ikut suka hati dia. Dah dekat seminggu baru dia lupa pasal perkara tu. Haru betul!

Tanpa disedari, Ika tersengih. Arep pelik. Tengok muka aku pun boleh happy ke?

"Aik? Kau berangan apa tu sampai menyengih gaya nenek aku ni?" tegur Arep. Lamunan Ika terhenti. Masam muka dia, kalah jeruk betik yang diperap selama seminggu.

"Kau ni, memang manusia paling pelik dalam dunia," kata Ika tiba-tiba. Arep mengangkat keningnya.
"Apahal pulak? Aku hensem sangat eh? Itu aku tahulah," kata Arep selamba sambil tersenyum tersipu-sipu. Eh, budak ni, aku backhand jugak kang.

"Kepala. Hotak. Kau," hah! Ambik kau. Sepatah-sepatah Ika menutur. Dia bangun dan berada di dalam posisi duduk sambil membetulkan earphone di telinganya.

"Kau ni pelik. Kata je kawan, sampai nak pindah sekolah asrama pun tak bagitahu aku," kata Ika. Matanya merenung jauh sampai ke hujung laut sana. Arep terdiam. Rasa bersalah lah pulak. Dia mengesot sedikit dan duduk di sebelah Ika.

"Alah, bukan kau tak boleh hidup kalau aku takde pun," berkerut dahi Ika mendengar Arep kata macam tu. Entahlah, sejak dia dengar berita Arep nak pindah, dia jadi sensitif semacam.

"Memanglah. Bukan kau pun yang tanggung makan minum aku. Tapi, at least bagitahu lah. Boleh aku setkan bila nak buat party besar-besaran lepas kau dah blah," kata Ika selamba. Kali ni Arep pulak berkerut. Dah macam gunung lipat tua jadinya dahi dia tu.

"Kau ni. Sampai ke hati," rajuk Arep.

"Sampai aje, tuan," balas Ika sambil tersengih. Kedua-duanya tersengih-sengih. Lepas tu, jadi serius balik. Hailah, apa nak jadi ni, Arep. Cakap jelah dekat dia cepat! Sementara ada masa ni. Arep mengetap bibirnya.

"Rep," panggil Ika. Arep jadi gugup. "Kau pindah sekolah mana nanti?" tanyanya.

"Oh, oh. Ah, entahlah. Er, maksud aku. Alah, jangan risaulah. Sekolah dia tak jauh pun. Kat hujung pekan sana tu je," jawab Arep, gagap. Aik? First time kau gagap, Arep? Ika tersengih.

"Oh," balasnya pendek. Mereka diam lagi.

Lagu yang dimainkan hampir ke penghujung.

Maybe it's true, that i can't live without you
Maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the best in my life
And you've already got me coming undone
And i'm thinking

Oooh i can't live without you
'cause baby two is better than one
There's so much time, to figure out the best in my life
And i've figured out with all that's said and done
Two, is better than one
Two is better than one.

"Err, Ika," panggil Arep perlahan.

"Hmm?"

"Aku nak cakap sikit,"

"Aku tak pekak lagi,"

"Okey," Arep berdiri. Ika memandangnya pelik. Apahal budak ni tiba-tiba berdiri ni? Arep memasukkan tangannya ke dalam poket seluar jeansnya dan berdehem.

"Kalau, aku," Arep terhenti. Aduh, bengangnya nak cakap. Come on, Arep! Ika senyap menanti ayat yang seterusnya. Arep menarik nafas dalam-dalam. "Ika, kalaulah aku tak ada nanti an, kau.. kau nak buat apa?" tanya Arep. Nafasnya ditahan-tahan. Muka merah macam kotak tisu di rumahnya. Tahap kepanasan muka pula sudah mencapai 100’ celcius!

"Buat bodoh aje," jawab Ika selamba. Kakinya ditarik ke atas dan duduk bersila sambil tangan menongkat dagu. Dah macam gaya orang bertapa lah pulak.

Arep berdiri sambil menyilangkan kakinya gaya model yang tak berapa nak terkenal. Muka masih menanti jawapan seterusnya. Mesti ada. Mesti.

Tiba-tiba, Ika mengeluh. Dia memandang Arep. "Habis tu, kalau aku rindu kau pun, aku nak buat apa kan?" katanya. Merah muka Arep dibuatnya. Begitu juga dengan Ika. Alahai, malu-malu siput sedutlah pulak mereka ni.

"Kau.. Kau jadi.. Couple aku jelah," ujar Arep perlahan. Errhh, aku dah tercakap!

Ika diam. Dalam hati berdebar jugak. Inilah kali pertama ada orang yang ajaknya menjadi couple. Merah muka sama merah dengan Arep. Mereka berdua senyap. Lama jugak mereka berdiam diri. Dua-dua malu nak bercakap. Si Ika pulak, dah langsung tak rasa dirinya berada di dalam dunia ni.

"J, jadi?" Arep masih menunggu jawapan Ika. Ika masih lagi senyap, berfikir.

Seketika kemudian, Ika bangun dan berpaling menghadap Arep. Mukanya serius. Keseriusannya mengalahkan muka kakaknya sewaktu menggoreng nasi.

Arep berdebar menunggu jawapan sementara Ika berdebar hendak memberi jawapan. Perlahan-lahan, Ika tersenyum.

* * * * * * * * *

"Huwaaahhh," besar benar mulut Ika ternganga apabila menguap. Kalah mulut Doraemon nak makan dorayaki. Amalina memukul belakangnya. Uhuk! Tersedak Ika dibuatnya.

"Weh, nak menguap tu agak-agak sikit. Kalau mak mentua lalu pun tak nampak agaknya. Dah mulut tu besar sangat," tegur Amalina. Teguran itu lebih kepada sakatan rasanya. Ika mencebik.

"Alah, orang ngantuk. Menguaplah. Tak akan menguak kut," kata Ika.

Amalina diam. Kebelakangan ni Ika jadi semakin tak ceria. Asyik mengelamun, termenung. Tak bersemangat langsung orang nak tengok muka dia.

"Eh, Ika. Kau rindu Arep eh?" usik Amalina. Ika tersentak, lantas mukanya merah. Amalina memetik jari. Tepat sekali!

"M, mana ada! Kau ni, sibuklah!" kata Ika, gugup. Dia terus masuk ke biliknya.

Ika menghempas badannya ke atas katil. Mungkin betul jugak cakap si Alin tu. Aku.. rindu..? Ika tergelak sendirian. Tak percaya yang dia akan berfikiran macam tu. Ingat dah tua sangat ke kau ni, Ika. Kepala mengimbas balik sewaktu mereka belum menjadi pasangan.

"Ika!" panggil Arep. Ika berpaling dan terlihatlah Arep terkedek-kedek berlari ke arahnya. Naka pa pulak mamat ni siang-siang buta ni?

"Teman aku pergi kedai!" kata Arep tercungap-cungap. Ika mengangkat kening.

"Pergi kedai perlu berteman ke? Tak naklah aku. Bye," kata Ika lalu berjalan terus menghala ke rumahnya. Arep mengerutkan dahinya.

"Ikut jelah!" jeritnya dan menarik tangan kiri Ika. Mereka berlari ke arah kedai yang terletak tidak jauh dari situ.

"Arep! Arep! Berhenti! Stop lah pandai! Kau nak bagi aku mati ke apa?" terjerit-jerit Ika memarahi Arep. Macam mak tiri pun ada jugak. Ramai orang kampung tengok mereka berdua.

"Boleh jugak. Ikut jelah. Jangan banyak cerekerama," Ika masam.

"Macam mana tak bising. Dah kau.." belum sempat Ika menghabiskan ayatnya, dia jatuh tersungkur. Nasibnya malang sekali kerana kain sekolahnya koyak di bahagian lutut dan tangannya berdarah. Arep terhenti.

"Aduhh," Ika mengaduh kesakitan sambil mengelap darah di sikunya. Arep berdiri tegak di situ. Alamak, apa aku dah buat kat anak orang ni? Arep panik seketika. Tak tahu nak buat apa. Buat bodoh je boleh tak agak-agak eh? Aduh, masalah, masalah.

"Kau.. sakit?" tanya Arep teragak-agak. Ika memandang tajam ke muka Arep.

"Weh, kau mesti tak kisahkan kalau aku hempas PSP kau?!" marah Ika. Suara dia yang kuat mengalahkan suara cikgu disiplin mereka membuatkan Arep takut. Boleh tahan garang jugak kau ni, Ika.

"Alaa, aku tak sengajalah. Janganlah marah. Boleh bangun tak tu?" tanya Arep. Kononnya nak jadi kawan yang prihatin lah tu. Dia cuba nak tolong Ika bangun tapi Ika cepat-cepat menepis.

Arep teringat sesuatu. "Oh, oh. Aku ada plaster. Kejap," Arep segera menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan plaster. Dia mendekatkan dirinya dengan Ika. Tetapi Ika pulak menjauhkan dirinya dengan Arep. Adui, main tarik tali lah pulak.

Arep segera menampal plaster tu ke siku Ika supaya darah tak mengalir lagi. Ika senyap. Boleh diharap jugak mamat ni ya. Terangguk-angguk dia ketika tu.

"Siap," kata Arep dan tersenyum. Tanpa disedari, Ika menyepak kaki Arep sekuat hatinya. Arep terlompat-lompat gaya lipas tak cukup makan. Ika tersengih mengejek. Baru puas hatinya!

Ika tersenyum sendiri. Teringat balik insiden yang berlaku ketika mereka di tingkatan 2. Kelakarlah pulak bila diungkit kembali. Itulah yang orang kata kenangan.

Tiba-tiba telefon rumah berdering. Ika segera menjawab.

"Helo. Assalamualaikum?"

"Waalaikumsalam. Ika ke ni?" tanya suara di hujung talian.

Bulat mata Ika mendengar suara pemanggil. Dia cuba mengingat kembali hari ni hari apa. Jumaat. Kemudian tengok jam pula. 4.30 petang. Tak ada prep petang ke budak ni? Fikirnya.

"Ika? Woi, pengsan ke?" Arep meninggikan sedikit suaranya.

"A, aku ada ni. Kau tak pergi prep petang? Ponteng eh?" tanya Ika laju. Arep diam. Cuba menangkap apa yang disoal Ika. Sejak bila budak ni jadi fast-talker?

"Hmm. Prep petang eh? Aku malas nak pergi. Biar ah," jawab Arep acuh tak acuh.

Ika tak tahu nak kata apa lagi dah. Sejak mereka jadi couple ni, Ika dah tak banyak bersembang dengan Arep. Bila dia call pun, nanti dua-dua senyap. Masing-masing dah putus idea nak cakap apa. Selalunya tak macam tu pun.

"Kenapa call?" tanya Ika. Bila Arep call, itulah soalan yang tak pernah Ika lupa nak tanya. Memang betul-betul dah putus idealah senang kata.

"Tak suka?"

"Tak cakap pun,"

"Hmm, saja call. Tak tahu nak buat apa dah,"

"Oh,"

Senyap.

"Okeylah, Arep. Aku tutup dulu. Nak bagi makan ikan," erkk! Apa punya alasanlah yang aku pakai ni?! Tak logik betul.

Arep tersengih. "Okey. Kat tempat biasa kau tu eh?" tanya Arep.

"Ha’ah. Okey, bye," kata Ika dan terus meletakkan telefon sebelum Arep sempat berkata apa-apa lagi. Berdebar. Mukanya dah naik merah. Ika tak suka bila dia jadi macam tu. Dah tak keruan dia jadinya akhir-akhir ni.

Dia dah tak tahan ada perasaan macam ni. Selalunya macam biasa je. Tapi, sekarang dah lain. Arep dia punya. Bermakna dia kena jaga hati Arep. Dia dah tak boleh nak berkasar seperti selalu, nanti Arep kecil hati macam mana? Ah, banyaknya benda kena fikir.

Ika pergi ke jeti dan seperti biasa, dengar lagu. Kalau aku putuskan tak nak jadi couple Arep, apa akan jadi ya? Dia cari orang lain ke? Atau dia tak nak kawan dengan aku lagi? Entah-entah dia mungkin tak nak kahwin? Alamak, apa aku fikir ni? Ika, tolonglah jangan malukan diri sendiri. Sejak bila kau pandai fikir benda-benda macam ni?

"Haish, kusut betul," rungutnya perlahan dan baring dengan tangan yang didepakan luas-luas.
Ika memejamkan matanya dengan harapan dapatlah dia menenangkan dirinya. Seminit pun jadilah. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea. Idea yang sangat-sangat bernas buatnya. Ika segera bangun dan terus berlari balik ke rumah.

Seketika kemudian, dia muncul balik di jeti itu.

"Ish, kalau MP3 ni tertinggal, esok jugak aku bunuh diri," rungutnya lalu mencapai MP3 yang tertinggal dan terus berlari pulang.

* * * * * * * * *

"Tak boleh!" marah Puan Roslina malam tu. Amalina, Asyqin dan Afiq terdiam melihat Ika yang baru je kena marah dengan Puan Roslina.

"Tapi, mak."

"Tak ada tapi-tapi. Mak kata tak boleh, tak boleh. Lagipun abah kamu takde. Kamu jangan nak pandai-pandai buat hal," leter Puan Roslina. Berdesing telinga Ika dibuatnya. Muncung.

"Ala, mak. Ika nak ke sekolah tu. Ika nak pindah. Ika nak cuba duduk dekat asrama. Nanti dah besar takdelah nak harapkan mak je yang buat kerja," kata Ika. Dia masih lagi tidak berputus asa memujuk ibunya untuk berpindah sekolah.

Puan Roslina menggeleng laju sambil bercekak pinggang. "Ika, mak kata tak boleh. Abah pun mesti tak setuju punya. Dah, kamu jangan nak mengada-ngada merayu dekat mak lagi," bantah Puan Roslina.

"Saya dah separuh merayu dah pun ni, mak," gumam Ika. "Mak, tolonglah mak. Ika nak pindah sana. Arep pun jarang-jarang balik rumah, mak. Ika.." Ika terhenti. Aduyai, aku tersebut nama Areplah pulak!

"Arep? Ika nak jumpa Arep? Jumaat ni dia balik. Hah, jumpa lah dia puas-puas," kata Puan Roslina lagi. Ika memandang lantai. Tidak sanggup rasanya nak pandang muka Puan Roslina ketika dia sedang marah begitu.

"Ika, masuk dulu," Ika meminta diri lalu masuk ke biliknya. Ika menutup pintu bilik sekuat hatinya. Saja nak buat dramalah tu.

Asyqin cuba memujuk Puan Roslina untuk membiarkan Ika ke sekolah asrama yang sama dengan Arep. "Mak, apa sangatlah kalau nak dibandingkan si Ika duduk asrama dengan Abang duduk India, mak," pujuk Asyqin. Puan Roslina diam. "Lagipun, mak. Aqen dah bosan tengok muka dia tiap-tiap hari. Takpelah, mak," bisik Asyqin. Amalina dan Afiq ketawa seolah-olah menyokong kata-kata Asyqin walaupun ianya sekadar gurauan.

Puan Roslina kalau dengan Asyqin lembut sikit hatinya. Senang sangat nak cair dengan ayat-ayat Asyqin tu. "Nantilah mak tanya abah," kata Puan Roslina dan terus ke dapur.

Asyqin, Amalina dan Afiq bersorak riang! "Hurray!" jerit Afiq.

Si Ika yang berkurung dalam bilik tu pulak bengang je dengar sorak-sorak mereka di luar. "Eh, budak-budak ni. Aku sepak jugak sorang-sorang kang. Orang tengah sedih-sedih diorang boleh happy-happy pulak. Drama aku tak jadi ke?" gumam Ika sendirian.

Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Bergegar katil tu. Nasib baik tak roboh katil tu. "Ahhh! Bilalah aku boleh jumpa dia ni?!" jerit Ika sekuat hati. Namun, jeritan itu hanya diluahkan di dalam hati. Malulah pulak kalau orang lain dengar.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali. Siapa pulaklah yang tersalah nombor ni?
"Hello?"

"Assalamualaikum!" ucap pemanggil, kuat.

Ika terpaksa menjauhkan sikit jarak telefon bimbitnya dengan telinga. "Waalaikumsalam. Siapa ni?" tanya Ika.

"Lah, dah nyanyuk? Akulah, Arep!" bulat mata Ika. Huwah, panjang umur kau Arep!

"Kau rupanya. Nak apa?" tanya Ika. Suaranya dikawal sebaik mungkin supaya tak nampak sangat yang dia teruja.

Arep ketawa. "Kau ni memang tak pandai nak cover suara lah. Kalau happy, cakap je happy. Weh, Sabtu ni aku tak balik," beritahu Arep. Mata Ika bulat lagi sekali. Dah macam mata ikan pun ada jugak.
"Kenapa?!"

"Slow, slow. Jangan pekik-pekik. Aku nak pergi rumah kawan aku Sabtu ni. So kemungkinan aku tak balik," kata Arep. Aduh, kacau betul. Apasal pulak tiba-tiba kawan dia ni ajak dia datang rumah.

"Oh. O, okeylah," jawab Ika perlahan.

"Kau rindu aku eh? Kantoi!" jerit Arep lalu ketawa.

Merah muka Ika dibuatnya. Budak ni, ada-ada je. "Eh, kau diam. Aku hang telefon ni kang," ugut Ika. Arep berhenti ketawa. Tapi dia masih lagi tersengih-sengih.

"Kalau rindu, cakap je. Aku tak makan orang," usik Arep. Ika dah jadi tak keruan.

"M, mana! Mana ada! Dahlah, aku tutup dulu," kata Ika.

"Eh, sabar! Sabar. Alah, kau ni. Aku acah sikit dah merajuk," kata Arep sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Nak apa lagi?" tanya Ika. Dia tengah bengang tu. Malu dengan Arep. Amboi, sekarang dah pandai jadi pemalu lah pulak aku ni. Ika tergelak kecil.

"Eh, kalau kau rindu aku. Kalaulah kan," Arep gelak. "Dengar je lagu feveret kita tu," katanya perlahan. Huwah, kenapa aku berdebar semacam ni?!

"O, okey," balas Ika antara dengar dengan tidak. Ish, kalaulah dia ada kat depan aku, mesti dah macam-macam benda dia kutuk aku. Muka aku pun dah naik merah ni!

"Okey. Duit syiling tak banyak. Bye, Assalamualaikum, Ika," ucapnya dan Ika menjawab salamnya. Lega sikit talian dah dimatikan.

Ika tersenyum. Gembira benar dapat bercakap dengan Arep walaupun sekejap. Ika membuka pintu biliknya. Bulat mata Ika.

"AARGHH! Alin, Aqen, Afiq! Korang curi-curi dengar apa yang aku cakap eh?!"

Amalina, Asyqin dan Afiq tersengih-sengih. Budak-budak ni memang nak kena!

* * * * * * * * *

Dah dekat seminggu lebih jugak Ika tak jumpa Arep. Rindulah pulak. Ahahaha. Ika membaling batu ke dalam laut di tepi jeti. Bilalah budak tu nak balik. Bosan dah aku tunggu ni. Ika membaling lagi seketul batu. Kalau dia tak balik sampai bila-bila macam mana? Ah, apa aku ni. Dia duduk asrama, bukan rumah tumpangan. Tapi, kalau dia pergi rumah kawan dia? Mak! Tolong saya! Eh, tapikan, semalam mak dah bagi berita gembira. Tapi, kalau tak jadi macam mana pulak? Aduh! Mintak tolong kakaklah pulak. Kakak!

Ika yang mula geram tu membaling batu berulang-ulang kali. Dah macam machine gun jadinya. Nasib baik dia tak terbaling MP3 dia sekali. Haru jadinya nanti.

"Apa main baling-baling ni? Lari ikan-ikan tu nanti,"

Terhenti seluruh otot dalam badan Ika. Alamak, cramp ke? Perlahan-lahan Ika berpaling.

"Eh, macam kenal," ayat tu tiba-tiba keluar dari mulut Ika tanpa sengaja. Arep ketawa mengekek. Ika dah bengang.

"Baru seminggu lebih tak jumpa dah lupa ke? Sampai ke hati," kata Arep dan duduk di sebelah Ika.

"Eheh. Amnesialah," balas Ika selamba. Arep tersenyum. Lama dah tak dengar sakatan Ika.

"Aku ada berita baik ni. Nak dengar tak?" tanya Arep. Dari tadi asyik senyum je. Kalau senyum biasa-biasa tu tak hairan, tapi ni senyum sampai nampak gusi, kritikal tu.

Ika senyum. "Aku pun. Kau cakap dulu," kata Ika. Dia pun sama je dengan si Arep tu. Lebih kronik, dari malam tadi senyumnya tak pernah lekang. Teringat balik kata-kata ibunya malam tadi.

"Ika, meh sini sekejap," panggil Puan Roslina. Ika yang masih merajuk dengannya muncung aje sepanjang perjalanan ke dapur. Taklah jauh mana pun dapur tu, lebih kurang 10 tapak aje.

Ika senyap. Langsung tak bertanya apa-apa. Senyap je. Puan Roslina pula dari tadi tersenyum-senyum dengan Encik Ramli. Lawak apa pulak mak dengan abah aku buat ni?

"Ika, mak dah cakap dengan abah," kata Puan Roslina. Cakap apa pulak? Keputusan ujian aku bulan lepas ke?

"Abah dengan mak dah setuju. Minggu depan kamu dah boleh masuk ke sekolah asrama yang sama dengan Arep. Abah dah uruskan semuanya," beritahu Encik Ramli.

"Ah?" Ika agak blurr. Hah? Ni lawak antaradunia ni. Sekolah asrama?

Kedua-dua ibu bapanya tergelak. "Mak dah cakap dengan abah. Abah kata okey. Dia dah uruskan dah semuanya. Tinggal kamu je, nak ke tak nak pindah sana," terang Puan Roslina.

Barulah Ika faham. Huh? Pindah sana? "Mestilah nak!!" jerit Ika serta-merta sambil bersorak riang. Dia segera memeluk Puan Roslina dan Encik Ramli. "Sayang mak, sayang abah!"

Ika tersengih. Tak sabar rasanya nak beritahu Arep berita gembira tu.

Tiba-tiba terasa bahunya dipukul kuat. Aduh!

"Wei, makcik. Kau dengar ke tak ni?" tanya Arep. "Tersengih-sengih. Aku cabut mulut tu kang," kata Arep lagi. Ika tersengih malu.

"Sorry, sorry. Kau kata apa tadi?" Arep menepuk dahinya.

"Aku, nanti pindah sekolah kita yang dulu balik. Aku dah tak sanggup rasanya nak duduk kat asrama tu. Aku dah bincang dengan mak, mak kata okey. Asalkan aku boleh belajar. So, minggu depan kita boleh jumpa hari-hari macam biasa," Arep tersenyum gembira. Ika pulak, diam tak terkata.
Ika terasa nikmat suaranya telah ditarik semula. Dia tak boleh nak kata apa-apa. Itulah yang orang kata terkejut.

"Ika? Kau tak happy ke?" tanya Arep. Dalam fikirannya, Ika akan mula bersorak riang. Tapi lain pulak jadinya.

Ika terbaring. Kroniklah pulak effectnya. Mak! Saya tak nak pindah!

"Ika!" panik Arep melihat Ika begitu. Ika bangun.

"Arep. Kau asal tak cakap awal-awal?!" marah Ika tiba-tiba. Eh, apa kena budak ni?
"Kenapa?" tanya Arep.

"Aku dah setuju nak pindah masuk sekolah kaulah!!" jerit Ika. Matanya berair. Apa ni? Kenapa jadi macam ni pulak? Aduh, masalah, masalah.

Arep diam. "Kau, jangan main-main, Ika," ah, nampaknya Arep pun dah panik lagi sekali.
"Muka aku nampak main-main ke?!" Ika memeluk kakinya.

"Okey, okey. Kalau dah buruk tu seriuslah," kata Arep perlahan.

Kedua-dua mereka diam. Nampaknya kepulangan Arep minggu ni tak menaikkan suasana. Makin muram adalah.
Ika, kenapalah kau ni terburu-buru? Kalaulah aku tak jadi nak pindah, mesti aku tak payah nak berpisah lagi dengan budak tu. Ish, kacau!

* * * * * * * * *

Ring! Ring! Ring!

"Hello, Assalamualaikum," sapa Arep dengan tangan kanannya yang sedang memegang komik Shin Chan.

"Waalaikumsalam. Arep! Aku ni!" balas Ika. Buku Shin Chan yang dipegangnya tadi terlepas.

"Ika," sebutnya perlahan. Padahal gembiranya bukan kepalang.

"Ha, kau happy kan?" tanya Ika.

"Patutnya tu soalan aku. Okey sekolah sana? Dah dekat dua minggu baru nak call," kata Arep. Ika tergelak.

"Okey aje. Tak banyak perubahan pun. Eh, eh. Kau nak tahu? Aku popular ar kat sini. Ha ha," Ika ketawa lagi. Ceria aje bunyinya.

"Popular dengan budak-budak nerd tu ke?" sakat Arep. Ah, bestnya! Dapat sakat budak ni lagi.
Ika gelak. "Apaper je kau ni," nampaknya mood Ika hari tu baik. Dari tadi asyik ketawa, senyum, ketawa, senyum.

"Rasa kelakar bila dengar kau call aku dari sekolah lama aku tu kan?" kata Arep tiba-tiba. Kedua-dua mereka tergelak.

"Tulah pasal. Kalau aku tahu kau nak pindah sana balik, aku takkan masuk sekolah ni. Kau tu yang bagi notice last minute," e’eh, nak salahkan aku pulak budak ni.

"Still, kita masih boleh berhubungkan?" kata Arep. Ika mengiakan. Tiba-tiba Arep teringat sesuatu. "Eh, hold sekejap. Aku nak bagi kau sesuatu," kata Arep lagi.

"Bagi aku? Kita dalam telefon kan?" tanya Ika. Keliru.

"Hold sekejap je," Arep terus berlari masuk ke biliknya dan mengambil sesuatu yang Ika beri kepadanya sebelum Ika berangkat ke sekolah barunya.

"Hello?" sapa Arep. Takut aje talian diputuskan.

"So fast," komen Ika sambil ketawa.

"Ika, ni hadiah aku untuk kau," kata Arep. Ika mengangkat kening.

"Hadiah? Bukan kau dah kasi ke gelang tu kat aku?" tanya Ika lagi. Masih keliru dengan kata-kata Arep.
Arep senyap. Terputus ke? Tiba-tiba, Ika tersentak.

I remember what you wore on the first day
You came into my life
And I thought hey
You know this could be something
Cause everything you do
And words you say
You know that it all takes my breath away
And I am left with nothing

"Arep," Ika tidak menyambung kata-katanya. Tiba-tiba dia terasa sebaklah pulak. Cewah!

Arep tersenyum. "Yup, ni lagu feveret kita berdua," katanya perlahan.

Perlahan-lahan terdengar Ika gelak. Suaranya kelam. Mungkin gembira sampai meleleh air mata kut. "Kau ni, Arep. Tau aje nak buat aku happy," katanya antara dengar dengan tidak. Tapi harapnya Arep dengarlah.

Arep gelak. "Mestilah aku tahu. Kita kan couple," katanya lagi. Walaupun agak malu nak mengaku yang mereka tu couple, tapi digagahkan jugak.

Mereka berdua senyap melayan lagu tu.

I remember what you wore on our first day
You came into my life
And i thought hey
You know this could be something
'cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now i'm left with nothing

So maybe it's true, that i can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the best in my life
And you've already got me coming undone
And i'm thinking two, is better than one

I remember every look upon your face,
The way you roll your eyes, the way you taste
You make it hard for breathing
'cause when i close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
And finally now, believing

And maybe it's true, that i can't live without you
Well maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the best in my life
And you've already got me coming undone
And i'm thinking two, is better than one
Yeah, yeah

I remember what you wore on our first day
You came into my life
And i thought hey
Maybe it's true, that i can't live without you
Maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the best in my life
And you've already got me coming undone
And i'm thinking

Oooh i can't live without you
'cause baby two is better than one
There's so much time, to figure out the best in my life
And i've figured out with all that's said and done
Two, is better than one

Two is better than one.

"Arep.." panggil Ika perlahan.

"Ya?"

"Aku kena blah dulu! Duit dah nak habis. So…" talian terputus. Arep gelak. Ada-ada je budak ni.

Ika meninggalkan pondok telefon tu dengan senyuman yang paling lebar pernah dia buat. Gelang yang dihadiah Arep dihayun ke sana ke mari. Tak suka pun tetap pakai ke mana-mana. Sayang jugak kau kat aku kan Arep? Ha ha. Arep poyo.

-TAMAT-
posted by Penulisan2u @ 11:53 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 5/12/09 8:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i love it so much!!!!!!!
    thnx writer...
    hehehe owg pertama ni..
    sweet al nak mampos..
    aku suka..
    1000star aku bg

     

  • At 6/12/09 12:51 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    betul2
    cte ni bez gler
    i love it sooooo much
    mmg sweet 2 owg ni hehehe

     

  • At 6/12/09 1:37 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    baca hlovate eh?

     

  • At 6/12/09 3:49 PG, Anonymous zkai alia said…

    cara penulisan masih berbaur cara pnulisan hlovate..
    idea dah bagus..
    bila persahabtan btukar kpd pcintaan..
    mmg slalunya ade rase xslesa, janggal..
    writer ni tulis bdasarkn keadaan sbnr..
    for me, jln crita mmg sgt mnarik
    love this story..
    cuma u should find ur own identity~
    keep it up, writer..
    im also a big fan of hlovate.. :)

     

  • At 6/12/09 4:20 PG, Blogger Farah Zoey said…

    name adik angkt saye arep jugak
    perangai lebih kurang laa tak betol die nih
    bace cite nih trbyg muke die jek.
    lawak la plop
    hahaha!

     

  • At 6/12/09 1:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waduh , panjangnye cerita !
    tp mmuaskan , best sgat !

     

  • At 11/12/09 9:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha
    lawak la cite ni
    sambung la best
    satu usaha yg baik

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group