BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Disember 06, 2009
Cerpen : Intermeso Kirana
Nama Pena : iNtRiNsIk CiNtA

Dia terpaku di luar jendela. Pertama kali dia melihat mutiara jernih itu tertumpah di tubir mata seorang insan bergelar kakak. Candranya mula dipagut rasa sayu. Bagai kedengaran satu intermeso liris yang melatari kesunyian lewat malam itu.
"Kirana..." Namanya dihimbau oleh gadis manis yang sedang berteleku sendirian di birai katil. Hujung jemarinya menyentuh permukaan bingkai gambar yang tergenggam kemas di pegangan. Matanya terpejam lama. Perasaan sebak mula menerjah ke sanubari. Dia tewas denganjanjinya pada Kirana. Janji untuk tidak lagi mensia-siakan air matanya.
"Kakak..."
Semangatnya bagai direntap saat itu. Kaisara pantas menoleh. "Siapa?"
Aneh. Baru sebentar tadi, dia merasakan ada sesuatu yang menyentuh lembut bahunya. Seolah-olah cuba mendamaikan sekeping jiwa yang kini sedang berduka. Namun, tiada sesiapa di kamar itu selain dirinya. Pandangan segera dialihkan pada foto di tangan. Kaisara nanar seketika.
"Kirana?" Kaisara terpempan. Hanya deru angin menampar tubuhnya yang menjawab pertanyaannya tika itu. Sekilas, matanya menangkap kelibat objek yang melayang di luar jendela kamarnya. Dia terpaku seketika.
Kirana segera melarikan tubuh lesunya ke tempat lain. Terlalu sebak untuk terus berada di situ. Dia tidak mahu Kaisara melihatnya dalam keadaan sedemikian. Kirana meredah kepekatan malam tanpa arah tuju. Perasaan takut terpaksa ditepis. Dia tidak mempedulikan salakan anjing-anjing liar yang ditujukan kepadanya. Dia meneruskan perjalanannya yang masih bersisa. Akhirnya, dia terhenti di situ. Di deretan bangunan yang berdiri gah di seberang jalanraya. Perlahan, dia cuba menghampirinya.
"Argghh!!!" Teriakan demi teriakan saling bersahut-sahutan. Beberapa orang penghuni asrama perempuan yang sedang mengulangkaji pelajaran mula menjerit ketakutan. Di luar, kelihatan satu lembaga sedang merayau-rayau di blok bangunan. Kirana tersenyum melihat gelagat mereka. Situasi yang acapkali berlaku bila menjelangnya musim peperiksaan. Fenomena histeria adalah sesuatu yang bersifat global dan boleh berlaku di mana-mana, khususnya di bangunan-bangunan lama seperti di sekolahnya itu.

Semua pelajar telah berhimpun di tapak perhimpunan. Masing-masing berdebar menantikan arahan untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Sebentar lagi, bermulalah peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju dan masa depan mereka selepas ini.
"Kamu semua sila perhatikan rakan-rakan yang berdiri di hadapan dan belakang kamu. Siapa yang tak ada lagi, sila maklumkan pada saya dengan segera."
Kaisara menoleh ke belakang dengan perasaan hampa. Dia berharap agar sesusuk tubuh itu ada di belakangnya. Dia merindui kehadiran adik kembarnya yang satu itu.
"Kaisara... ada yang tak kena? Siapa yang sepatutnya duduk di belakang kamu nanti?" tegur Puan Jannah yang kebetulan lalu di sebelahnya. Ada mega mendung yang berarak di wajahnya saat ini.
"Kirana, cikgu..." Perlahan, tapi cukup untuk meruntun hati setiap insan yang mendengarnya. Tubuh itu didakap erat. Rasa syahdu menyelinap ke segenap kalbu guru muda itu.
"Berjuanglah bersungguh-sungguh. Demi Kirana." Hanya itu yang mampu diucapkan sebelum melepaskan gadis itu pergi. Kaisara melangkah longlai ke dalam dewan peperiksaan. Sesekali dia menoleh ke belakang, mengharapkan kehadiran seseorang yang tidak mungkin akan berlaku.
"Kamu, jangan lari!" Terkocoh-kocoh lelaki tua itu berlari, cuba mendapatkan gadis yang sedang lari berselindung di belakang bangunan. Dia pasti ada seseorang di situ. Pandangannya masih jelas meskipun tidak memakai kaca mata saat itu.
"Kenapa, Pak Ali?" soal Puan Jannah yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
"Ada seorang pelajar perempuan, cikgu. Saya nampak dia lari ke sana tadi."
"Pelajar perempuan? Dia pakai baju sekolah?" Pak Ali menganggukkan kepala dengan penuh yakin. Puan Jannah segera mengajak lelaki tua itu untuk mendapatkan pelajar yang dimaksudkan.
"Tak ada sesiapa pun." Puan Jannah mengerutkan dahi sambil memandang tepat ke arah pengawal keselamatan sekolah itu.
"Sumpah, cikgu. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri."
"Aneh. Saya dah periksa senarai kehadiran calon-calon SPM. Semuanya hadir dan berada di dalam dewan peperiksaan sekarang. Kalau bukan mereka, siapa pula yang merayau waktu cuti sekolah macam ni?"
Puan Jannah melangkah menuju ke dewan peperiksaan, meminta agar ketua pengawas yang bertugas memeriksa jumlah calon SPM yang berada di dalam dewan besar itu.
"137 orang calon, cikgu."
"Hah? Calon kami cuma ada 136 orang saja, cikgu. Tuan Haji cuba kira betul-betul." Puan Jannah bertambah bingung. Dia menyangkakan jumlah calonnya kurang, tetapi kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia melihat saja ketua pengawas itu mengulangi perkiraannya.
"Memang 137 orang, cikgu. Saya sendiri yang kira tadi."
"Memang calon kami ada 137 orang, Tuan Haji. Tapi salah seorang daripada mereka dah meninggal dunia minggu lepas."
Giliran Tuan Haji Zailani pula mempamerkan riak bingung di wajahnya.
"Siapa nama pelajar tu?"
"Kirana."

Lututnya menggeletar saat menghampiri meja calon yang satu itu. Matanya jelas menangkap sesusuk tubuh yang sedang terpaku dan menundukkan kepala di meja Kirana.
"Assalamualaikum..." Masing-masing berpaling ke arah ketua pengawas peperiksaan yang sedang memberi salam ke arah salah sebuah meja calon yang kosong itu.
"Waalaikumsalam..." Dia masih menundukkan kepalanya, enggan bertentang mata dengan lelaki warak itu.
"Pulanglah ke tempat persemadianmu. Kehidupanmu di dunia ini sudah berakhir. Biarkan mereka yang masih hidup meneruskan perjuangan masing-masing."
"Tapi saya punya cita-cita, punya impian yang belum tertunai. Izinkanlah saya untuk menamatkan perjuangan yang belum selesai."
"Tempat kamu bukan di sini. Pulanglah."
Kirana mengangkat wajahnya. Kosong. Hanya seraut wajah kosong yang dilihat oleh Tuan Haji Zailani. Tanpa mata, hidung ataupun mulut. Dia masih cuba bertahan.
"Saya tak boleh tinggalkan kembar saya keseorangan di sini. Dia perlukan saya untuk menemaninya." Jari telunjuknya dihalakan ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang duduk di hadapannya. Kaisara menoleh ke belakang. Sedari tadi, hatinya digayuti dengan perasaan tertanya-tanya. Seolah-olah, lelaki berkumis lebat merangkap ketua peperiksaannya itu sedang berkata-kata dengan seseorang di belakangnya.
"Kirana?" soal Kaisara, seolah-olah tidak percaya. Dia memandang tepat ke wajah lelaki itu, cuba mencari kepastian. Tuan Haji Zailani lantas mengangguk.
"Kembar kamu tak mahu pulang ke tempat asalnya. Dia mahu menemani kamu di sini."
"Kirana... pulanglah. Kakak boleh jaga diri sendiri. Pulang ya, dik."
Kirana bangun dari tempat duduknya. Dia sempat memeluk erat tubuh saudara kembarnya itu sebelum menghilang. Kaisara dapat merasakan ada sesuatu yang melingkar di tubuhnya. Dia tersenyum.

Sebak. Matanya terpaku tatkala melihat sekujur tubuh yang terbujur kaku di situ. Melihat pada bentuk fizikalnya, gadis itu baru berusia belasan tahun. Spontan, fikirannya menerawang kepada peristiwa yang berlaku tidak lama dulu.
"Kirana. Gelang tangan tu pemberian kekasih kakak, tau tak? Kalau bukan Kirana, siapa yang hilangkan? Siapa lagi yang keluar masuk dalam bilik kita ni?"
"Sumpah, kak. Kirana tak ambil. Kirana sanggup buat apa saja, tapi sumpah bukan Kirana yang ambil gelang tangan tu."
"Kalau macam tu, pergi matilah sana. Kakak tak nak tengok muka Kirana lagi!"
Kirana terkesima. Begitu mudah seorang kakak membuang adiknya, hanya kerana cintanya pada seorang lelaki. Hati kecilnya begitu terkesan dengan kata-kata tersebut. Lantas, Kirana membawa dirinya yang lara ke suatu tempat yang jauh dan sunyi, sekadar ingin bersendiri mengenangkan nasibnya.
"Sara, ada nampak Kirana? Dah petang ni, manalah budak tu pergi?" soal si ibu dengan nada gusar.
"Entah!" Keras saja nada suara si gadis itu. Rasa sebal yang merajai hati kerana baru putus cinta dengan kekasih hatinya. Semua ini gara-gara gelang kristal sempena ulang tahun perkenalan mereka yang dihilangkan oleh Kirana.
"Owh... mak terlupa. Ini gelang tangan kamu kan? Tadi Boboy ambil buat main. Lepas tu, dia sepahkan merata-rata." Gelang tangan kristal itu bertukar tangan. Kaisara benar-benar menyesal saat ini. Menuduh si adik tanpa usul periksa.
"Mak... Kirana!" Dia seolah-olah dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku ke atas saudara kembarnya itu. Nafasnya sesak tiba-tiba. Pandangannya menjadi kabur. Dia rebah di sisi ibunya.
"Tolong!!!" Bau cecair klorofom pada tuala basah yang menerjah deria baunya membuatkan gadis itu terus terlena. Ada suara sumbang yang bercenerul di sisinya saat itu.
"Maaf menganggu. Ini rumah Encik Karim bin Majid?" Seorang lelaki berpakaian seragam polis mengetuk pintu teratak usang mereka kala lewat malam.
"Ya... ini rumah saya. Encik dah jumpa anak kami ke?"
Terpisat-pisat Kaisara bangun dan menghampiri kedua orang tuanya yang tercegat di muka pintu.
"Maafkan saya, encik. Encik diminta pergi ke hospital untuk melakukan proses pengecaman."
"Pengecaman?" Kain pelikat yang hampir terlondeh itu dinaikkan segera. Mereka tiga beranak saling berpandangan. Kirana sedari tadi setia menjadi pemerhati dari jauh. Takut untuk menemui keluarganya dalam keadaan dirinya yang tidak sempurna.

"Mangsa mungkin mati akibat dicekik, berdasarkan kepada corak fingernail abrasion di bahagian ni." Jari telunjuknya pantas menunjuk ke arah kesan lecetan berbentuk bulan sabit yang terdapat di leher mangsa.
"Terdapat beberapa ante mortem injury pada tubuh mangsa. Melihat kepada perubahan luka dan pembentukan scab dan scar, kecederaan ini dianggarkan berlaku sehari yang lalu." Kaisara merujuk kepada keadaan luka yang membengkak dan darah beku yang terhasil. Sekali lagi, dia terpaku melihat tubuh kaku itu. Berdasarkan penurunan suhu pada badan, gadis itu sudah meninggal dunia kira-kira 8 jam sebelum mayatnya ditemui oleh orang awam di tempat pembuangan sampah. Entah mengapa, dia berkeras untuk turut serta dalam proses autopsi ke atas mangsa tersebut meskipun tugasnya telah berakhir beberapa jam yang lalu.
"Dr. Kaisara, awak pasti nak terus ikuti prosedur ini?" soalan daripada Dr. Rajendran membantutkan lamunannya. Sedari tadi, doktor pelatih itu hanya mendiamkan diri. Kaisara pantas mengangguk dan menghampiri pakar patologi berbangsa India itu. Tumpuan mereka kemudian difokuskan pada salah satu bahagian pada tubuh mangsa. Kaisara membiarkan Dr. Rajendran menjalankan pemeriksaannya.
"Terdapat satu koyakan pada selaput dara." Bergegau dunianya saat itu tatkala mendengarkan penjelasan daripada rakan setugasnya.
Spontan, dia menjerit. "Tidak!!!"
"Sara... Mengucap, Sara." Encik Karim mengelus lembut bahu anak gadisnya itu. Kelihatan isterinya sudah rebah di sisi pegawai polis yang turut hadir di situ. Dia sendiri hampir rebah saat melihat wajah si mati itu buat pertama kalinya. Suasana di bilik mayat itu hening seketika. Masing-masing tergamam dengan apa yang baru dilihat oleh mereka sebentar tadi.
"Seorang gadis berusia 17 tahun ditemui mati di Petaling Jaya, lewat malam tadi. Siasatan awal polis mendapati, mangsa telah dirogol dan dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dibuang ke dalam semak yang berhampiran. Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, supaya tampil ke hadapan untuk membantu siasatan."
Suiz televisyen dimatikan. Ada segaris senyum yang yang tercalit di bibir lelakinya saat melihat berita yang dipaparkan sebentar tadi. Ada euforia yang menjalar di segenap sukmanya. Tangannya pantas mencapai gugusan kunci yang terletak di atas meja. Langkahnya diatur keluar dari bilik hotel yang dihuninya sejak beberapa hari yang lalu. Enjin kereta dihidupkan. Dia akan meninggalkan bandar yang telah menjadi saksi terhadap kebinatangan yang telah dilakukannya. Keretanya meluncur laju di atas permukaan jalan raya yang basah dan licin, menuju ke destinasi baru. Sekali lagi, perbuatan kejinya itu tidak dapat dijejak oleh sesiapa pun.

"Kirana nak jadi macam Gill Grissom dan Catherine Willows." Kirana mula memasang angan-angannya ketika pertama kali menonton drama bersiri Crime Scence Investigation yang disiarkan di saluran AXN. Ternyata, lakonan hebat yang dipersembahkan oleh dua pendukung utama drama tersebut berjaya mempengaruhi Kirana.
"Bekerja dengan mayat? Tolonglah..." Kaisara mencelah. Perkataan ‘mayat’ sahaja sudah cukup untuk meremangkan bulu romanya, apatah lagi menghampiri tubuh tidak bernyawa itu.
"Tapi kak, orang-orang macam inilah yang akan menjadi suara bagi si mati untuk menuntut keadilan mereka. Islam pun mengharuskan pembedahan mayat ni, tau kak. Untuk menjaga maslahat dan mengambil mudarat yang paling ringan."
Dia tersenyum. Impiannya untuk terbang di awan yang tinggi kini tinggal menjadi lipatan kenangan. Di dalam bilik berhawa dingin itu, dia memulakan tugasan hariannya. Sebuah bilik yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan seperti body freezer, bone electric saw, meja autopsi dan troli hidrolik mayat, setia menantikan kehadiran penghuni-penghuni baru.
"Tuan, saya gagal memadankan profil DNA pemilik rambut yang ditemui dalam kes rogol dan bunuh tempoh hari dengan mana-mana profil DNA dalam data. Tapi saya dapati ada sesuatu yang menarik dalam kes ini." Linda dari bahagian Kriminalistik menyerahkan laporan analisis bukti surihan kepada Asisten Supritendan Zainal Mat Zam, pegawai penyiasat yang mengendalikan kes tersebut. Dr. Rajendran dan Kaisara hanya memasang telinga dan mendengar penjelasan seterusnya.
"DNA pada rambut itu sama dengan DNA yang terdapat dalam beberapa siri pembunuhan sebelum ini. Anehnya, kes pembunuhan itu tidak berlaku di sesuatu kawasan sahaja. Berdasarkan rekod yang saya perolehi, kes-kes pembunuhan tersebut berlaku di beberapa buah negeri. Kes pertama direkodkan berlaku di Baling, Kedah kira-kira 10 tahun yang lalu. Sehingga kini, siasatan masih dijalankan."
Dr. Rajendran memandang tepat ke wajah Kaisara yang sedari tadi hanya diam membisu. Dia sendiri tertanya-tanya mengapa doktor pelatihnya itu begitu teruja untuk mengetahui maklumat terbaru mengenai perkembangan kes yang masih dalam siasatan polis. Mereka sepatutnya tidak mencampuri urusan siasatan tersebut.
"Kaisara? Kamu okay ke?"
Mata gadis itu kelihatan mencerlung ke arah laporan yang sedang diteliti oleh pegawai penyiasat di sebelahnya. ‘Kirana binti Karim’.
"Pembunuh ini mungkin pembunuh profesional kerana dia tidak meninggalkan sebarang jejak bukti dalam kes ini. Tapi, encik sekeluarga tak perlu bimbang. Pihak polis berjanji akan meneruskan siasatan hingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan anak encik."
‘Huh. Janji-janji manis!’ Kaisara mendengus kasar tatkala mendengarkan penjelasan tersebut, sebelum menghilangkan di balik pintu kamarnya. 3 bulan telah berlalu, namun pembunuh tersebut masih belum dapat diberkas. Tangannya mencapai sepucuk surat yang disimpan di dalam laci. Lama dia menatap kandungan surat itu. Dia menghela nafas berat sebelum mengoyakkan surat tawaran tersebut. Cita-citanya untuk menjadi seorang pramugari berkubur begitu sahaja. Pandangannya kini dialihkan pada poster drama CSI yang ditampal di dinding biliknya.
"Kakak berjanji akan menegakkan kebenaran demi Kirana!"

Tenang. Lelaki itu kelihatan tenang sekali, meskipun dikelilingi beberapa orang pegawai polis yang mengawal ketat pergerakannya. Sempat dia menghadiahkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah pihak media yang hadir untuk membuat liputan. Berwajah tampan, berkaca mata dan berpakaian kemas, sesiapa pun tidak akan percaya dengan dakwaan yang dijatuhkan ke atasnya.
"Berhenti." Lelaki itu memberikan arahan kepada para pegawai yang mengiringinya. Di antara ratusan manusia yang membanjiri perkarangan mahkamah itu, dia tertarik pada seseorang.
"Tengok... buah hati pengarang jantung aku pun ada kat sini? " Lelaki itu maju beberapa langkah, cuba menghampiri Kaisara yang sedang berpeluk tubuh dan menjeling tajam ke arahnya. Namun, dia sempat ditarik oleh pegawai polis yang mengawalnya. Segera dia dibawa masuk ke kandang pesalah. Kaisara menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba melupakan ucapan yang terluah di bibir lelaki itu saat mereka berada di dalam bilik soal siasat tempoh hari.
"Kan aku dah kata, aku cuma nak sayang kau je. Tapi kau hina aku, kau malukan aku. Sakit hati aku, tau tak? Kau kan tahu, aku dah lama perhatikan kau. Sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi kau sombong, kau masih berkepit dengan ketua pengawas tak guna tu. Dia buruk-burukkan nama aku depan pengetua. Akhirnya, aku dibuang kerja. Tapi masa tu, aku masih boleh bersabar lagi. Bila aku tengok kau menangis kat tepi tasik hari tu, aku dah tak boleh tahan. Aku nekad nak bawa kau lari dan hidup bersama dengan aku. Sekurang-kurangnya, aku takkan buat kau menangis macam apa yang jantan keparat tu dah buat pada kau. Tapi kau degil. Kau terjerit-jerit minta tolong. Jadi aku terpaksa buat sesuatu."
"Binatang. Kau bunuh adik aku!" Kaisara memaki hamun bekas tukang kebun sekolah lamanya itu yang disyaki terlibat dalam 10 siri pembunuhan selama sedekad ini. Siapa sangka, lelaki yang pernah ditolak cintanya suatu ketika dahulu sanggup melakukan perbuatan keji tersebut.
"Entah kenapa, lepas apa yang aku dah buat selama ni, aku masih rasa tak puas. Aku berpindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain, tapi aku masih boleh nampak kelibat kau dengan jelas. Tiap kali aku pandang wajah perempuan-perempuan tu, aku terbayangkan wajah kau. Bila aku bersama dengan mereka, aku teringatkan kau. Susah juga nak hilangkan bahan bukti pada badan mereka. Bila aku tengok berita tempoh hari, baru aku tau kenapa aku asyik terfikirkan kau. Sebab kau masih hidup, kan? Dia orang cakap mangsa pertama aku bernama Kirana, bukan Kaisara. Pelik. Kirana mati-mati mengaku yang dia tu Kaisara. Mungkin sebab nak selamatkan kau kot. Sumpah Sara. Kalau aku tau itu Kirana, sumpah aku tak sentuh dia walau secuit pun. Sebab cinta aku hanya untuk kau seorang je."
Kaisara bingkas bangun. Dia sudah tidak betah lagi untuk terus berada di situ, mendengar satu-persatu pembongkaran yang dilakukan oleh lelaki bernama Tajul itu. Belum sempat kakinya melangkah keluar dari bilik itu, Tajul menyambung semula percakapannya.
"Hari tu, aku nampak muka kau kat TV. Aku tahu, Kaisara aku belum mati. Kau masih cantik macam dulu. Aku rindukan kau. Sudah terlalu lama aku bersembunyi. Kawan-kawan kau pun tentu dah penat nak berteka-teki tentang siapa aku. Semalam, aku ambil keputusan untuk menyerah diri. Aku sanggup gadaikan nyawa aku, semata-mata untuk berjumpa dengan kau. Aku letakkan satu syarat. Aku hanya akan bercakap dengan kau seorang je. Mungkin kau tak kenal aku tadi, kan? Maklumlah, aku dah segak, dah tampan. Tak macam Tajul, si tukang kebun yang kau pernah hina dulu."
Kaisara terpaku di muka pintu. Dia memberikan isyarat kepada pihak polis. Dia mahu perbualan mereka segera ditamatkan di situ.

"Sara... kau jangan risaukan aku. Aku akan selamat. Mereka tak boleh jatuhkan hukuman pada orang gila macam aku. Aku hanya akan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Lepas tu, bolehlah kita bersama buat selama-lamanya. Sara, aku cintakan kau!"
Black Maria yang membawa penjenayah paling dikehendaki itu meluncur laju meninggalkan perkarangan mahkamah. Keputusan hakim adalah muktamad. Pihak pendakwaraya akan membawa kes itu ke mahkamah rayuan. Pembunuh kejam seperti Tajul seharusnya dijatuhkan hukuman mati mandatori.
"Kirana... selama ni kakak seringkali berperang dengan persoalan mengenai siapakah yang bertanggungjawab atas kematian Kirana. Hari ni, semuanya nampak jelas. Kakaklah yang harus dipersalahkan. Kakak yang bunuh Kirana." Kaisara membuang pandangannya jauh ke arah tasik buatan manusia yang terletak tidak jauh dari taman perumahannya. Kaisara berdiri betul-betul di tempat, di mana mayat Kirana ditemui.
"Kakak... semua yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. Kirana redha, kak. Kirana gembira dapat berkorban demi kakak."
"Kakak dah tak sanggup untuk hidup lagi," kakinya melangkah menghampiri gigi tasik. Kirana pantas menghalang Kaisara daripada meneruskan niatnya.
"Kakak... nyawa kakak terlalu berharga untuk disia-siakan. Kalau kakak bunuh diri, kakak dah sia-siakan pengorbanan yang Kirana lakukan."
"Kakak minta maaf, Kirana." Kaisara menundukkan kepalanya.
"Kakak... masih ramai lagi insan yang tidak berdosa di luar sana yang memerlukan bantuan kakak. Berjanjilah yang kakak akan menegakkan keadilan untuk mereka."
Genggaman tangan mereka bersatu. Masing-masing saling berpelukan antara satu sama lain.
"Kakak... dah sampai masa untuk Kirana pergi. Mungkin, lepas ni kita tak akan berpeluang untuk bersua muka lagi. Tapi Kirana harap, kakak tak akan patah semangat. Kirana sayang kakak." Tubuh gadis itu kian menghilang.
"Kirana!!!"
Kaisara terjaga daripada lenanya. Terlalu letih hingga dia tertidur di dalam kereta. Dia memandang ke arah sekeliling. Gelap. Segera dia menghidupkan enjin kereta dan beredar dari kawasan tasik itu. Dia menukar siaran radio satu-persatu. Hatinya tertarik dengan sebuah lagu yang sedang dikeudarakan di corong radio. Melawan Kesepian. Bibirnya ikut sama melagukan bait-bait lagu itu.

Apapun yang yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan mengubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku
posted by Penulisan2u @ 4:17 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 6/12/09 6:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah..crita ni best..d'tmbh pula unsr serm..hi3
    prkataan2 dy pn mnark..dpt gak bljr bhasa bru..
    owh,ya..knapa x ade pmish wktu??pning skit nk kena knal psti yg mna satu imbas smula n prkara yg sdng blaku..
    ape pn..good job pnulis..

     

  • At 6/12/09 8:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best citer....teruskan berkarya...

     

  • At 6/12/09 11:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Sy suka cerita ni,naik meremang juga bulu roma sy bc lama2..sy suka unsur seram yg ada dalam cerita ni...Gud job tuk penulis...

     

  • At 7/12/09 3:38 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sangat best!

    well done!

    =)

     

  • At 7/12/09 9:06 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm best gak citer nih..hu..hu...

     

  • At 7/12/09 10:23 PG, Anonymous nurindah said…

    salam,
    gabungan mistik dan sains. pasangan yang hebat!

     

  • At 7/12/09 11:51 PG, Blogger NaNa_MiSs said…

    Salam...
    Ini percubaan pertama sy utk menghasilkan karya eksperimental. Masih byk kekurangan yg perlu diperbaiki, terutamanya dlm mengupas bidang forensik memandangkan sy pelajar jurusan Sastera. Terima kasih atas komen2 yg diberi. Akan cuba diperbaiki pd masa2 akan datang.

    ~iNtRiNsIk CiNtA~

     

  • At 7/12/09 12:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    crte nie best..
    kerja sara tu sme cm cite2 sy.. hehe..
    best ssgt.. still ad org mcm nie erk..
    jht btl tajul tu..
    kmbr sara tu baik ssgt..
    nice storyy..
    __sofea96__

     

  • At 7/12/09 5:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nana well done,good job...memg best =)

     

  • At 10/12/09 3:51 PTG, Anonymous aini said…

    asslmmualaikum....best.sy suka crt ni.tahniah buat pnulis,bgus kt di aliran yg sama..hehe.truskan berkarya.smoga berjaya.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group