Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tak nak! Qasih tak nak!" bangkang Qasih sebaik mendengar hajat ibu bapanya. Air matanya sudah berjurai membasahi pipi. "Qasih, ibu harap Qasih setuju demi ibu dan ayah." Hajah Safira memujuk lembut anak perempuan tunggalnya itu. Qasih merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. "Angah tak setuju." Kedengaran suara abang kedua Qasih mencelah perbualan Hajah Safira dan Qasih. "Angah?" Hajah Safira menoleh. "Qasih muda lagi, ibu. Zaman sekarang mana ada perkara macam ni lagi." Arman menyebelahi adik bongsu kesayangannya itu. Hajah Safira memandang sepi wajah suaminya, Haji Mustafa yang berdiam diri sedari tadi. Dia tahu suaminya turut merasai perasaan yang sama sepertinya. Perasaan bersalah. Mana mungkin mereka mengorbankan kebahagiaan anak sendiri dan tidak mungkin juga dia menghampakan hajat rakan baik yang sedang bertarung nyawa. Arman memeluk bahu Qasih untuk menenangkan perasaan adiknya itu. Sambil itu dia memerhati ibu bapanya yang saling berpandangan. "Ayah tetap dengan keputusan ayah. Qasih tetap akan dinikahkan dengan anak Uncle Shahrin." Haji Mustafa bangun dari tempat duduk dan mula melangkah ke biliknya. "Ayah tak boleh buat keputusan macam ni," Arman membangkang. "Keputusan ayah muktamad. Noktah." Tegas Haji Mustafa sebelum kelibatnya hilang dari pandangan. "Ibu?" Arman meminta simpati ibunya pula. Hajah Safira mengesat air mata. "Jangan bantah keputusan ayah, angah. Ini untuk kebahagiaan Qasih juga." Qasih berlari menuju ke biliknya. Dia menangis, meraung sepuasnya mengenangkan nasib malangnya. Dia tidak menyangka ibu bapanya tergamak menggadaikan kebahagiannya sendiri. Jauh di sudut hati Qasih, dia sedar walau dia menangis air mata darah sekalipun tetap tidak dapat mengubah pendirian bapanya.
"Ash, boleh ummi cakap sikit?" Datin Azizah menepuk lembut peha anak sulungnya yang sedang termenung jauh. Tiada reaksi daripada Ashwad. "Ummi tahu ini merupakan suatu tempoh yang sukar bagi Ash. Tapi, Ash pertimbangkanlah keadaan walid sekarang. Ini hajat walid dan..." kata-kata Datin Azizah terhenti apabila air matanya mula menitis laju. Ashwad pantas memeluk tubuh umminya. "Ummi, Ash cuba untuk memenuhi hajat walid. Ash sanggup, ummi. Tapi perkara ni bukan setakat berkaitan dengan Ash...tapi begitu juga Qasih. Qasih is too young, ummi. Jiwa dia masih muda dan banyak lagi perkara dia perlu belajar. Dia masih belum puas menikmati zaman remaja dan tiba-tiba dia kena berkahwin?" Datin Azizah mengangguk faham. "Ummi faham. Ummi yakin sebelum buat keputusan sebesar ini, walid dah fikir masak-masak dan dah berbincang dengan Uncle Mustafa dan Aunty Safira. Ash dah berbincang dengan Fida?" Ashwad menggeleng lemah. "Malam esok Ash akan jumpa dia." "Ummi dan walid minta maaf pada Ash dan Fida sebab..." Datin Azizah tidak dapat meneruskan kata-kata apabila Ashwad mencelah. "Ummi, kebahagiaan ummi dan walid adalah lebih penting bagi Ash. Ash percaya Fida boleh memahami situasi Ash. Dia berhak dapat lelaki yang lebih baik daripada Ash." Ashwad dan Datin Azizah berpelukan sesama sendiri. Datin Azizah mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan anak sebaik Ashwad. Dia bersyukur kerana Ashwad sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri demi menunaikan hajat walid yang kini terlantar sakit.
Qasih berkurung dalam bilik sejak peristiwa semalam. Puas dipujuk oleh ibu bapa dan abangnya, namun dia masih berkeras untuk terus berkurung dalam bilik. Panggilan telefon daripada rakan-rakan langsung tidak dijawab. Sehinggakan kuliah turut tidak dihadiri. Terluka betul dirinya apabila dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dianggap abang selama ini. "Uncle Shah sakit tenat. Dia teringin sangat nak lihat Abang Ashwad berkahwin … dengan Qasih." "Tiga malam berturut-turut Uncle Shah mimpikan Qasih dan Abang Ashwad. Itu satu petanda Qasih jodoh terbaik buat Abang Ashwad." "Tunaikanlah permintaan terakhir Uncle Shah." Kata-kata ibu bapanya terngiang-ngiang di telinga. Qasih pantas menutup telinganya dan menjerit sekuat hati. Dia tidak mahu berkahwin muda. Dia ingin melalui zaman remajanya dengan gembira tanpa ada halangan. Ya, memang dia memasang angan-angan untuk berkahwin tetapi bukan pada usia ini. Usianya baru menjangkau 20 tahun dan dia masih lagi menuntut di sebuah universiti swasta di mana Ashwad merupakan pensyarah di universiti yang sama. Mana mungkin dia berkahwin pada usia ini?
Huhu..org 1st comment lar! Awat crita dia lagu ni.. Aper yg pnulis cube tk smpaikan? Tergantung n too short.. sori la kritik.. Nice try!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Huhu..org 1st comment lar!
Awat crita dia lagu ni..
Aper yg pnulis cube tk smpaikan?
Tergantung n too short..
sori la kritik..
Nice try!