Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana malam itu cukup dingin... Serasa damai...namun sepi.. Di pertengahan istana mahligai Sultan Syeikh El-Farabi, terletak sebuah kamar yang dihias indah dengan perhiasan mewah kelihatan berseri menghiasi keluasannya. Di situlah tempat sang puteri anakanda Sultan beradu dan di situ jugalah tempat sang puteri meluangkan masa hidupnya..
Di malam itu, sang puteri El-Farabi, A\'iesya menongkah wajah melihat sayu ke arah bulan yang menerangi malam, seolah-olah menemani dirinya yang keseorangan. Adakala nafas berat dilepaskan... Dari kamarnya, sang puteri melihat kehidupan manusia yang lain. Oh, bahagianya andai aku bisa menjadi seperti mereka, bergurau senda, bergelak ketawa, hidup mereka bebas! Tidak seperti diriku... Walaupun rupa parasku cantik jelita, punya susuk tubuh yang cukup indah hasil kurnianNya, namun aku tetap bersendirian. Tiada teman untuk berbual bicara, tiada jenaka yang menjengah telinga...Aku kesepian. Aku keseorangan!
Sang puteri mengangkat wajahnya melihat langit yang terbentang luas. Kelihatan bintang-bintang dengan bahagianya bergemerlapan sehinggakan mampu menarik perhatian setiap mata yang melihatnya.
Sudah tiba masanya aku melakukan ITU.
Berteleku di atas sejadah, sang puteri menadah tangan di depan Yang Maha Esa.
"Ya Allah... kenapakah Engkau menciptakan aku sebegini? Kenapakah Engkau membiarkan daku bersendiri? Kenapakah aku tidak bisa menjalani hidup seperti manusia biasa yang bisa bergelak ketawa dan menikmati masa muda mereka dengan bahagia? Apakah dosaku Ya Allah? Sesungguhnya Engkau yang menciptakan aku sebagai seorang puteri namun Engkau pula yang membiarkan aku terseksa keseorangan di sini" esakan kecil mula kedengaran. Pipinya yang lembut mula dibasahi air mata.
Lihatlah mereka! Lihatlah manusia yang lain! Engkau berikan mereka kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang hati mereka dan akal mereka inginkan. Engkau kurniakan sahaja apa yang mereka mahukan. Sedangkan merekalah yang lupa bersujud padaMu, merekalah yang lupa mensyukuri nikmatMu, merekalah yang sering mengabaikan suruhanMu, wanita di luar sana yang mendedahkan aurat yang diperintahkan olehMu untuk mereka tutupi dengan kain yang bisa memelihara maruah mereka, merekalah yang melakukan maksiat walaupun matahari yang menyinari terang sudah tenggelam menidurkan dirinya.
Namun kenapakah aku? Kenapakah aku yang perlu keseorangan? Sedangkan akulah yang beribadah kepadaMu Ya Allah... Akulah yang senantiasa berzikir memanjatkan kesyukuran kepadaMu, akulah yang tidak pernah meninggalkan suruhanMu, tubuhku lukisanMu ini tidak pernah dijamah oleh mata sesiapapun, malah akulah juga yang sentiasa berjaga sepertiga malam untuk beribadah kepadaMu"
Matanya mengalirkan air mata yang kian deras.
Apakah dosaku Ya Allah? Tidak cukup lagikah apa yang aku telah lakukan buatMu? Kenapakah aku sering diuji sebegini Ya Allah? Aku tidak mengerti... Aku tidak memahami...
Esakan sang puteri kedengaran semakin memilukan... Tiba-tiba, kedengaran alunan suara yang cukup merdu. Siapakah itu? Dari manakah datangnya dia? Cukup merdu sekali suara jejaka itu.
Sang puteri mendengarkan bait-bait syairnya dengan begitu cermat sekali. Suara itu menyebut...
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ Your Lord has neither forsaken you nor hated you (Ad-Dhuha 93:3)
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ And indeed the Hereafter is better for you than the present (life of this world). (Ad-Dhuha 93:4)
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ And verily, your Lord will give you (all i.e. good) so that you shall be well-pleased (Ad-Dhuha 93:5)
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ And proclaim the Grace of your Lord (i.e. the Prophethood and all other Graces). (Ad-Dhuha 93:11)
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Verily, with the hardship, there is relief (Al-Insyirah 94:6)
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations (Al-Insyirah 94:8)
Ya Allah...adakah aku bermimpi? Siapakah jejaka itu yang bisa menjawab persoalan yang berlegar di fikiranku? Bagaimanakah dia boleh menjawabnya dengan tepat menggunakan ayat-ayat cinta dariMu Ya Allah? Siapakah gerangannya? Ingin sekali aku mengenalinya... Ingin sekali aku berterima kasih padanya kerana telah menyedarkan aku akan kekhilafanku padaMu Ya Allah... Sungguh! Aku berdosa padaMu Ya Allah. Ampunilah dosaku walaupun sekecil manapun. Ampunilah aku Ya Rabbi! Astaghfirullah Al-azim... Sesungguhnya aku telah lupa menghargai apa yang telah Engkau kurniakan. Ighfir zunuubi... Ighfir zunuubi Ya Rabbi...
Suara itu sekali lagi menjengah telinga dengan menghidangkan ayat berikut,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" (Surah An-Nur 24:31)
Matanya menitiskan air mata lagi yang cukup hangat terasa di pipi.
Lalu A\'iesya melangkah pantas ke kamar beradu ayahandanya. Dibukanya pintu yang tersergam indah itu dengan berhati-hati. Lalu dia mendekati ayahandanya dengan cermat.
"Assalamualaikum Ya Abi..."
Ayahandanya Sultan Syeikh El-Farabi terkejut melihat kehadiran anakandanya di malam yang dingin itu. Matanya kelihatan bengkak. Pasti anakandaku A\'iesya menangis lagi, kata hatinya.
"Waalaikumussalam. Ya A\'iesya puteriku sayang. Kenapakah anakanda menangis? Apakah yang telah mengganggu ketenteraman puteriku sayang ini? Khabarkanlah kepada ayahanda wahai anakanda puteriku"
"Wahai ayahanda. Sesungguhnya aku telah banyak berdosa kepada Allah!"
Sultan Syeikh El-Farabi begitu terkejut dengan pengakuan anakandanya. Dia menekan punat lampu untuk membiarkan cahaya menyinari kamarnya. Penatnya mentadbir negara dan menyelesaikan masalah negara masih lagi bersisa. Namun demi puteri kesayangannya yang satu ini, dia sanggup mengorbankan apa sahaja untuk menenangkan hati puterinya. Ditarik tangan lembut anaknya dan dibiarkan A\'iesya bersimpuh di atas katilnya.
"Apakah yang telah kau lakukan wahai anakandaku A\'iesya? Kemurkaan apakah yang telah puteriku ini terbitkan pada Allah?
"Wahai ayahanda, sesungguhnya aku malu dengan diriku. Aku telah banyak berdosa kepada Allah. Setelah solat Isya\' ku sempurnakan, aku berdoa kepada Allah. Aku bertanya kenapakah Dia membiarkan aku hidup keseorangan tanpa teman sedangkan aku telah banyak beribadah kepadanya. Setelah aku menyatakan sekian dan sekian, aku terdengar seorang jejaka bersyair kepadaku, seolah-olah menjawab persoalan yang telahku ajukan pada Allah. Aku malu wahai ayahanda. Aku malu pada Allah.. dan aku malu pada jejaka itu"
"Wahai puteriku sayang, jangan bimbang. Khabarkanlah kepadaku. Apakah yang kamu inginku lakukan demi mendapatkan kembali kedamaian hatimu yang telah gelisah?"
"Wahai ayahandaku, sesungguhnya engkau adalah seorang pemerintah yang adil lagi bijaksana, malah cukup menyayangi rakyatmu sehinggakan mereka sangat mengasihimu. Aku teringin sekali berjumpa dengan jejaka itu. Inginku tahu siapakah gerangannya yang begitu dikasihi Allah"
Ayahandanya melepaskan nafas yang berat.
"Wahai puteriku sayang, sesungguhnya wajahmu terpelihara dari panahan mata yang berbisa. Aku takut jejaka itu ingin mengambil kesempatan di atas kecantikan, kebijaksanaan dan kekayaanmu. Aku tidak mahu puteriku ini hidup merana. Andai kamu menyukainya, adakah kamu mahu aku nikahkanmu dengan si jejaka itu? Namun, biarku selidiki dahulu siapakah gerangannya tuan punya badan itu dan adakah dia yang paling secocok untukmu sehingga bisa membahagiakanmu di dunia ini dan juga di syurga nanti"
Pipi A\'iesya sudah kemerah-merahan menahan malu. Dia tersenyum lalu memandang ayahandanya.
"Wahai ayahandaku, andai dia seorang yang baik, alim, malah mentaati segala perintah Allah, aku sudi menerimanya. Itupun sekiranya dia muncul dalam mimpiku setelah aku menunaikan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk dari Yang Maha Esa"
"Baiklah anakandaku. Janganlah kau khuatir lagi. Hilangkan kegelisahanmu. Beradulah dengan lena"
"Terima kasih wahai ayahandaku. Maafkanlah anakandamu ini kerana telah mengganggu waktu rehatmu yang sangat berharga"
"Demi untukmu A\'iesya, apa sahaja bisa ayahanda lakukan kerana kamulah puteri kesayanganku satu-satunya"
Siapakah jejaka itu? Adakah...?? Mungkinkah...? Mungkin dia orangnya...
********************************************
Sultan Syeikh El-Farabi telah mengarahkan mamandanya untuk menyiasat siapakah gerangan jejaka itu. Dan hasilnya, mereka menjemput jejaka itu menghadap Sultan.
"Assalamualaikum wahai Sultan yang Mulia, Adil dan Saksama. Semoga tuanku dan negara senantiasa berada di bawah limpahan kurnia dan rahmat Allah SWT. Nama patik adalah Hassan Al-Alim. Rakyat biasa yang merupakan anak seorang Qadi. Patik merupakan lulusan Al-Azhar dalam bidang kedokteran, juga seorang Al-Hafiz. Kehadiran patik di sini adalah atas jemputan Tuanku yang ingin mendengar bacaan Al-Quran setelah kita pernah bertemu suatu ketika dahulu di istana Sultan Syeikh Abdeil Azhari"
SubhanAllah.. ternyata tekaanku benar! Dia adalah jejaka yang inginku nikahkan dengan puteri kesayanganku A\'iesya. Dialah pemuda yang paling bagus akhlaknya, taat kepada kedua orang tuanya, seringkali beribadah kepada Yang Maha Esa. Dan yang paling penting, inginku nikahkannya dengan A\'iesya kerana agamanya! AllahuAkbar... Ya Allah... andai mereka berjodoh, Engkau satukanlah mereka dengan cara yang Engkau redhai Ya Allah.
"Patik ingin memohon ampun sekiranya patik telah mencetuskan ketidak senangan hati Tuanku. Bukanlah niat patik untuk menjawab kata-kata Tuan Puteri, Tuanku. Kebetulan patik terdengar rintihannya yang cukup sayu. Lalu untuk menghilangkan kegelisahan hatinya, patik mengalunkan beberapa ayat Al-Quran yang patik kira bisa menenangkan hati Tuan Puteri. Ampunkanlah patik andai kelakuan patik itu seolah-olah menderhaka Tuanku"
Sultan Syeikh El-Farabi tersenyum. Katanya, "Wahai pemuda, mahukah kau aku nikahkan dengan puteriku A\'iesya?"
Jejaka itu terkejut mendengarkan kata-kata Sultan. "SubhanAllah..."
Lalu Sultan Syeikh El-Farabi berkata lagi, "Sebenarnya, kehadiranmu di sini bukanlah sekadar untuk memperdengarkan alunan bacaan Al-Quran, tetapi juga,aku berniat untuk menikahkanmu dengan satu-satunya puteriku, A\'iesya. Aku telah lama mempertimbangkan soal ini, dan aku kira, kaulah jejaka ang paling layak untuk memiliki puteriku. Aku tidak memaksa kau untuk menerimanya. Cukuplah sekadar menyedapkan hatiku si tua ini dengan menyatakan yang kau akan mempertimbangkannya,"
"Sedangkan Tuanku telahpun bertitah sedemikian. Demi Allah, patik tidak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan. Namun tidak pula patik ingin menyakiti hati Tuanku. Membicarakan soal jodoh, patik berpegang kepada hadith Rasulullah saw iaitu,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Dari Abu Hurairah a.s dari Nabi s.a.w, baginda bersabda "Perempuan itu dinilai kerana EMPAT perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia" (Muttafaqun Alaihi)
Oleh itu, patik ingin memohon Tuanku memberikan patik sedikit waktu untuk memikirkannya. Setelah patik menunaikan solat istikharah dan mendapat petunjuk dari Allah SWT, akan patik berikan Tuanku jawapannya. InsyaAllah" jawab jejaka itu.
**********************************************
Di sepertiga malam A\'iesya bersendirian menunaikan solat istikharah di kamarnya untuk mendapatkan petunjuk dari Allah. Begitu juga Hassan Al-Alim.
Atas kekuasaan Allah SWT yang Maha Berkuasa, keduanya terdengar alunan ayat Al-Quran yang berikut,
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Subhanallah...Maha Besar Allah yang menciptakan langit dan bumi serta sekalian alam. Alhamdulillah...
The End.
p/s: Andai ada kesilapan dalam ayat Al-Quran mahupun hadith, diharap dapat beritahu ana. Akan ana betulkan. InsyaAllah.
salam.. ini bukan cerita rekaan.. ini adlah hakikat yg dprolehi oleh hamba ALLAH yg b'iman dan b'amal soleh.. Sy jg ingin mpyai akhlak yg mulia spt A'iesya.. dn dkurniakn suami yg soleh.. InsyaAllah..
salam... cter nie bgus... bley djadikan teladn... truskn bkarya...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
assalamualaikum..
bismillah..
seronok membacanya...terima kasih..
insyaAllah,rasanya tiada kesilapan...
sekian