Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"You're such a foolish, Jasmine," ujar Jane dengan nada yang agak meninggi sebaik sahaja punggungnya menyentuh kerusi kereta. Wajah Jasmine mencuka. Kata-kata Jane seperti menyengat perasaannya. Dia hanya mampu membisu sambil mendengar bicara Jane yang meleret. Stering di depannya dipandang hampa. Nampaknya belum cukup lagi malunya di café tadi. Jane nak menambahkan keperitannya. "You memang buta. Ben tu sudahlah handsome, gentlemen pula lagi. Langsung tak sama macam yang you selalu ceritakan pada I,"sambung Jane berkobar-kobar. Macamlah Ben tu malaikat. "Don’t you see what he did just now? He’s cool," Jane terdiam.Menelan air liur yang terkumpul akibat banyak bercakap. Ini peluang aku pula, fikir Jasmine. "Dah siap membebel?" tanyanya, sengaja. "Apa pula membebel. I cakap kenyataanlah," Jane tidak mengalah. "I nak driving ni. So, stop talking about him, okay?" Jasmine menghidupkan enjin kereta. Bersedia untuk berambus dari situ. "Jasmine, I rasa you yang salah anggap dengan dia. Sayang tau lepaskan peluang bersama dengan lelaki semacam Ben tu. He is too good to be true," tak habis-habis si gadis Punjabi tu memuji Pengarah Hotel Golden Royal. "You mean I yang salah?" Jasmine bengang. "Tak lah. Bukan begitu. I’m just telling you what I think. Sorry if I hurt you," Jane serta-merta menyedari perubahan rakan karibnya itu. Lantas dia mencari ayat untuk menyejukkan hatinya. "Well, what can I say," rajuk Jasmine berterusan. Kereta kecilnya itu mengundur ke belakang, bersedia memulakan perjalanan. Dalam mindanya sendiri bermain sejuta persoalan. Ben tu entah apa-apa lah. Tiba-tiba saja dah berubah. Tapi yang pastinya, ada sesuatu yang tak kena. Jane kini membisu. Nampaknya hari ni temu janji mereka tidak gembira seperti selalunya.
* * *
Suasana banglo mewah milik keluarga Fernandez kelihatan sunyi. Hanya bunyi kenderaan yang kadang-kala lalu lalang memecah keheningan malam. Ben tinggal bersendirian. Deena beserta mama dan papanya keluar makan malam. Bukan tidak diajak, sengaja dia menolak. Alasannya banyak kerja yang perlu disiapkan. Tapi itulah kenyataanya. Laptop di depannya ditatap kosong. Beberapa buah fail kelihatan berselerak di atas meja. Fikirannya mula melayang mencari ketenangan. Kekusutan kerja sedikit demi sedikit dilupakan. Tiba-tiba fikiran Ben terhenti pada seseorang. Lantas dia tersenyum sendiri mengenangkannya. Tetapi senyumnya hanya sementara. Reaksi wajahnya berubah semula menjadi terkulat-kulat, seperti ada yang disesali. Aduh, Ben! Apa yang kau fikirkan ni? Dia bermonolog sambil menepuk dahinya. Macamlah dia melakukan kesalahan. Jari-jemarinya mula menaip satu-persatu perkataan dia atas papan kekunci. Tidak lama kemudian dia berhenti, memikirkan sesuatu. Nasiblah ada klien aku tadi, kalau tidak habislah aku kerjakan kau, Ben bermonolog lagi. Senyumnya melebar bangga mengingatkan peristiwa di café tengahari tadi. Tambahan lagi dengan melihat wajah pucat Jasmine yang sungguh melucukan. Aku menang lagi, Ben berbisik sendirian. Mindanya kini dialihkan lagi pada kerja-kerja yang seolah-olah memanggilnya di atas meja. Dia menyelak sebuah fail yang agak nipis dari yang lainnya, membaca beberapa baris ayat lalu berkhayal lagi. Baru dia teringat tentang peristiwa di resort beberapa bulan lalu. Bagaimana hal seperti ini boleh berlaku kalau tidak dirancang dengan teliti? Fikirnya. Kemudian, dia mulai membuat andaian sendiri. Mungkin dia menyiasat setiap tindak tanduk aku. Sengaja dia bercuti di tempat yang sama dengan aku. Lepas tu, malam tu sengaja dia masuk ke dalam chalet aku. Nasib baik aku tidur mati, kalau tidak entah apa yang akan berlaku. Dasar perempuan tak tahu malu. Harap muka saja innocent tapi sebenarnya penuh muslihat. Aku dah tahu plot kotor kau. Kalaulah aku ceritakan pada mama dan papa, aku bebas! Ben tersenyum bangga lagi. Entah dari mana datangnya idea-idea itu. Bagaimana pula dia boleh jadi begitu pasti dengan andaiannya sendiri? Lagaknya macam orang sewel. Sekejap-sekejap tersenyum, kemudian serius pula. Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering, menghapuskan lamunanya sama sekali. Segera dia mencapai telefon bimbit itu. ‘Natasha calling’ tertera pada skrin. Air mukanya berubah. Sebahagian besar hatinya enggan menjawab panggilan itu. Apa lagi yang dia nak ni, keluhnya dalam hati. Ben mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja telefon bimbit itu tidak berjawab. Lama barulah berhenti. Tapi hanya sementara, telefon itu berdering lagi dan lagi sampai Ben naik stress. Dengan hati yang panas, dia mematikan telefon bimbitnya tanpa berfikir panjang. Puas hatinya sekarang. Perempuan ini lagi satu. Tak habis-habis nak memeningkan kepalanya yang sudah cukup pening. Ben akhirnya memilih untuk melupakan perkara-perkara yang menyusahkan. Dia meneruskan kerja-kerjanya yang hampir terbengkalai tadi. Projek membuka rangkaian hotel Golden Royal ke luar negara dan majlis ulangtahun rangkaian hotel mereka seperti yang dimaklumkan papanya kelmarin, adalah lebih mustahak. Dia tenggelam dalam lautan urusan rasminya.
* * * Natasha menginjakkan kakinya ke ruangan pentadbiran. Dia memang sudah biasa dengan tempat ini. Bahkan, dia hampir sahaja menjadi pemilik bersama ruangan itu. Tetapi malangnya, dia sendiri yang menolak tuah. Kini, dia mencuba mengutip semula apa yang telah dibuangnya tiga tahun lalu. Dengan langkah yang teratur, kakinya yang panjang membawanya ke bilik pengarah. Meja setiausaha kelihatan kosong. Hatinya berbunga-bunga. Nampaknya tiada halangan untuknya menemui Ben. Dia sangat pasti jejaka yang dicintainya itu ada di dalam pejabat walaupun waktu makan tengah hari. Rindunya pada Ben sudah membuak-buak. Sudah beberapa hari dia tidak mendengar sebarang khabar darinya. Bukan tidak ditanya, tapi tidak dijawab. Senang hatinya kini. Sengaja dia membawa makanan hari itu. Susah payahnya dia menyediakan nasi goring tomato itu. Jeannette sudah menasihatkannya supaya hanya menempah di hotel, tapi dia berkeras. Katanya ingin menunjukkan keikhlasan. Wajahnya ceria, penuh harapan. Perlahan-lahan dia menguak pintu yang tertutup kaku, ingin membuat kejutan. Kepalanya menjulur ke dalam bilik mendahului langkah kakinya. Natasha hanya melihat bilik yang kosong. Dia masih tidak berpuas hati. Pejabat yang besar itu dimasukinya, menghampiri ruangan yang selalu ditempati Ben. Sunyi. Tiada tanda-tanda menunjukkan seseorang berada di sana. Mungkin dia keluar makan, Natasha menghembus nafasnya penuh kehampaan. Baru sahaja dia berniat berpatah balik, kakinya tersadung pada sesuatu. Dia melihat ke bawah. Ah, tidak! "Benn!!" jerit Natasha kerisauan. Dia lantas menyentuh sekujur tubuh tinggi Ben terbaring di atas lantai pejabatnya. Tanpa diundang air matanya menitis.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
naper sikit sngt?
cpt smbung..
dah lama sy tnggu..