Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Beberapa kelibat manusia kelihatan menunggu di luar bilik kecemasan Klinik Dr. Chong. Puan Rose sejak dari tadi asyik menyeka air matanya. Dalam dadanya dipenuhi debaran kerisauan sehingga duduknya pun tidak aman. Entah apa yang menyebabkan Ben jadi begitu. Semakin dia rasa ingin tahu, semakin terseksa rasanya jiwa. Tuan Albert mengusap-usap belakang Deena yang teresak-esak menahan sedih. Wajahnya kelihatan tenang, walaupun dibauri sedikit kerutan di dahinya. Tiada kata-kata yang mengantarai mereka. Semuanya membisu. Mereka hanya bermain dengan perasaan sendiri. Tiada kepastian yang dapat disimpulkan sehingga pintu bilik kecemasan itu terbuka nanti. Natasha menyepi sendirian di sudut yang lain. Matanya sengaja dilindungi kaca mata hitam. Air matanya sudah kering, tapi hatinya tak tenang. Tuhan, tolonglah jangan biar apa-apa terjadi pada Ben, dia berdoa. Sebaik menemui Ben dalam keadaan tak sedarkan diri tengah hari tadi, Natasha terus bertindak menghubungi Deena. Papa dan Mama lantas mengarahkan agar Ben dibawa ke klinik Dr. Chong pula. Natasha segera mengerjakan apa yang dipercayakan padanya. Dalam hal ini, dialah heroin. Pintu bilik kecemasan dikuak perlahan. Bayangan Jasmine kemudiannya muncul di sebalik pintu itu. Air mukanya nampak tenang, seperti tiada yang serius. "Jasmine, macam mana dengan Ben," seperti yang disangka, soalan itu yang pertama menyerbu Jasmine. "Auntie, Uncle, Deena, kamu tak perlu risau sangat. Dia hanya mengalami gastric," "Gastric?" Deena bertanya seolah tak percaya. Air matanya lantas berhenti mengalir. "Ya, gastric yang agak teruk. Hampir menjadi ulcer," Jasmine menjelaskan lagi. "Abang ni kan. Sayang air mata Dee tau," Deena menghapus sisa-sisa air mata di wajahnya. Agak geram tapi terselit kelegaan. Puan Rose mengurut dadanya lalu menarik nafas lega. Tuan Albert pula sekadar tersenyum nipis menggambarkan kesyukurannya. Natasha yang dari tadi menyendiri kelihatannya mula mengorak langkah meninggalkan klinik itu sebaik mendengar berita dari Jasmine. Ternyata tiada yang perlu dirisaukan sangat. Tanpa sepatah kata dia berlalu meninggalkan ruangan sempit itu. Jasmine, satu-satunya orang yang menyedari hal itu tidak mampu berbuat apa. Lagipun dia meresakannya dirinya tidak berhak ikut campur urusan keluarga itu. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Dibiarkannya saja Natasha berlalu sepi tanpa disedari ketiga-tiga beranak itu. "Ingatkan ada apa-apa yang bahaya," Puan Rose bersuara semula. Kini suaranya lebih ceria. "He’s fine. Kami dah bagi ubat untuk meneutralkan acid yang berlebihan dalam perutnya. Dia cuma perlu berehat sekejap dan boleh balik rumah hari ini juga," ujar Jasmine sambil mengukir senyuman terselit makna. Cepat-cepatlah lelaki tu keluar dari klinik ni, bicaranya dalam hati. "Lega uncle dengar Jasmine cakap macam tu," Tuan Albert kini bersuara pula. "Ni mesti sebab Ben tak makan ni. Budak tu asyik kerja je. Tengok sekarang apa dah jadi," Puan Rose mula mengomel. "Tak guna awak cakap sekarang. Ben bukannya dengar pun," Tuan Albert mencelah. "Mama rasa lebih baiklah kalau Ben rehat di klinik ni je. Kalau balik rumah nanti mesti dia sambung buat kerja lagi. Macam mana papanya?" Puan Rose membuat usulan yang sangat ‘bernas’ bagi Jasmine. Apa? Jangan! Mata Jasmine membulat. "Err.. tapi bukankah lebih baik kalau berehat di rumah saja. Pesakit lebih selesa," Jasmine memberanikan dirinya untuk menolak usulan Puan Rose tadi. Sebenarnya dia hanya ingin melarikan diri dari berdepan dengan lelaki bernama Ben itu. "Tapi kak, abang tu kalau dah kerja bukan saja lupa dunia. Langit pun dia dah tak ingat lagi," Deena ternyata menyokong cadangan Puan Rose. Itu dah terlebih tu, Jasmine bermonolog lagi. Tak kan boleh jadi sampai begitu. "Hmm.. Kalau dah begitu lebih baiklah kita biar Ben rehat dalam beberapa hari di sini," Tuan Albert nampaknya sependapat dengan isteri dan anaknya. Apa lagi yang boleh saya cakap? Jasmine akhirnya menyerah. Tapi buat apa nak risau sangat Jasmine, awak tak kerja di wad. Jasmine akhirnya bernafas semula, memberi sedikit ketenangan kepada jiwanya.
* * *
"Tapi dokter.." Jasmine bermati-matian menolak arahan yang diberi majkannya, Dr. Chong. "Dr. Jasmine. Ini satu arahan. Tiada tapi-tapi," tegas saja kedengaran suara Dr. Chong. Lelaki Cina berusia 50-an itu menunjukkan wajah serius. Tiada tanda-tanda kompromi boleh dibuat antara mereka. "Di bahagian pesakit luar selalu tak cukup tenaga kerja, kalau saya ke bahagian wad lagilah tambah masalah," Jasmine tak mati akal memberi alasan yang dirasakannya logic. Tapi memang semua alasan yang dia kemukakan betul. "Itu kamu tak perlu risau. Saya akan uruskan. Yang penting sekarang kamu akan dipindahkan ke wad untuk sementara waktu," "Dokter.." "Dr. Jasmine, kamukah majikan disini atau saya?" kenyataan yang agak keras akhirnya keluar dari mulut Dr. Chong akibat kedegilan Jasmine. Dia terdiam, tak tahu nak kata apalagi. Yang pastinya, dia tiada pilihan lain. Mahu tak mahu dia harus pindah hari itu juga. Jasmine melangkah keluar dari bilik Pengarah Klinik dengan langkah yang lemah dan tak bermaya. Kenapa mesti aku yang ditukar ke wad? Geramnya! Jiwanya meronta-ronta tak puas hati. Tiba-tiba dia teringatkan Faroq. Ya, lelaki itulah satu-satunya harapannya sekarang. Lantas Jasmine mengatur langkahnya menuju ke ruangan Faroq. Matanya bersinar harapan. Daun pintu diketuk perlahan. "Masuk," suara dari dalam kedengaran. "Hai, Faroq," mesra saja suara Jasmine menyapa. Tak selalunya begitu. "Hai, Jasmine. Ada apa-apa yang awak nak dari saya?" soal Faroq yang masih tak jelas dengan kedatangan gadis kecil itu di ruangannya pada waktu sebegini. "Can you do me a favor?" "What favor?" "Replace me, please," "Replace what?" Faroq kebingungan. Apa yang perempuan ni melalut? Fikirnya. "Pindah ke bahagian wad,"Jasmine sengaja melembutkan suaranya. Manalah tahu kalau-kalau Farouq tertarik, getus hatinya. "What?" Faroq semacam tak percaya dengan apa yang baru di dengarnya. "Ya, Dr.Chong baru beritahu tadi," "No way," Faroq menolak mentah-mentah. Menambah sakit hati Jasmine untuk hari ini. Lelaki ni, tak boleh harap langsung, Jasmine membebel dalam hatinya. "Pleaselah. Kita kan kawan," Jasmine tak mengalah. Dia sanggup merayu asal dia tak pindah ke bahagian wad. " I tak beranilah. I ni baru lagi. Kawan tu memanglah kawan. But, it’s a different thing, you know," Faroq juga berkeras menolak permintaan Jasmine itu. Rayuan Jasmine ternyata tidak meluluhkan simpatinya. Lagipun Jasmine memang tidak berbakat dalam hal pujuk-memujuk. "Faroq.." suara Jasmine mendayu-dayu merayu Farouq. Sengaja dia membuat muka sedih untuk memancing simpati, tapi semuanya sia-sia. "No, sorry. I really can’t. Tapi, apasal yang you tak nak sangat pindah ni?" rasa ingin tahu mulai menguasai mindanya. "It’s very complicated. Dahlah kalau tak nak tolong. Tak payah banyak cerita," Jasmine mula merajuk. Dia menarik muka masam, membawa tubuhnya keluar dari bilik Faroq. Tak guna, getus hati kecilnya. Ingin saja dia meluahkan kegeramannya pada lelaki yang sudah hampir setengah tahun dikenalinya. "Janganlah begitu. I’ll treat you for dinner, okay?" Faroq yang sudah mula masak dengan perangai Jasmine menawarkan sesuatu yang mustahil ditolaknya. "You janji?" Jasmine lantas berpaling. Riak wajahnya seta-merta berubah. "Ya. See you at 7. Jangan bad mood selalu. Nanti cepat jadi ‘puan’," sempat lagi Faroq memerli Jasmine. "You say what?" "Nothing. See you at 7," Faroq cuba menutupi kata-katanya tadi, takut tak fasal-fasal dia pula yang jadi mangsa keadaan. Jasmine meliriknya dengan curiga, depan-depan pun berani nak kata orang, bisiknya sebelum menghilang di sebalik pintu.
* * *
Pandangan matanya berpinar-pinar. Berdesing-desing suara yang memasuki gegendang telinga. Kepala pula seolah terlalu berat untuk diangkat. Kesakitan yang dialami Ben sebelum tak sedarkan diri tadi masih menyerang sistem sarafnya. Sedikit demi sedikit sebaris cahaya memasuki ruangan matanya yang lemah. Apa telah terjadi? Ben bertanya pada dirinya. Kesakitan masih membatasi pergerakan tubuhnya. Bahagian perutnya dirasakan sangat pedih. Bagai dicucuk-cucuk benda tajam. "Abang dah sedar," suara riang Deena memecah desingan di telinganya. Perlahan-lahan penglihatannya menyatu,dan akhirnya dia dapat melihat dengan jelas. Satu-persatu wajah dikelilingnya direnung. Papa, mama dan Deena. Orang-orang tersayangnya. "Ben okay ke?" Puan Rose mula bertanya setelah merasa Ben benar-benar telah sedar dari tidurnya tadi. Ben sekadar mengangguk lemah. Baru sekali ini dia merasakan dirinya benar-benar tidak berdaya. Bersuara pun payah sekali. "Ben rehatlah beberapa hari di sini. Pasal kerja tak perlu risau," Tuan Albert kini bersuara. Saat itu, Ben merasakan betapa dirinya disayangi. "Abang kena gastric. Tulah yang sampai pengsan tu," giliran Deena bersuara pula, seolah memberi informasi kepadanya. Gastric? Ben terpaku. Aku ada gastric ke? Kemudian dia teringat yang dia jarang mengisi perutnya sejak dua minggu yang lalu. Pagi tadi saja dia tidak mengambil sarapan. Inikah akibatnya? Sudah pasti. "Tapi pa, macam mana dengan majlis ulang tahun hotel kita tu. Siapa yang nak uruskan?" memang sah Ben dah gila kerja. Dengan tubuh yang sebegitu lemah pun dia masih memikirkan soal kerja. "Tengok tu. Tanya pasal kerja lagi. Banyak lagi orang yang boleh buat semua tu. Sekarang Ben kena rehat, faham," Puan Rose memulakan omelannya, geram dengan perangai Ben yang langsung tidak memikirkan kesihatannya. "Papa akan uruskan semua itu. Ben jangan fikir banyak sangat ya," Tuan Albert yang bersuara perlahan itu menenangkan sedikit perasaan Ben. "Nasib kak Natasha jumpa abang di pejabat, kalau tak entah apa lah yang akan terjadi," ujar Deena sambil membetulkan selimut Ben. Natasha? "Dia yang bawa kamu ke sini," Puan Rose memberitahu, seperti endah tak endah. "Tapi dia dah pergi tadi," Tuan Albert menambah. Ben mula rasa tak selesa. Kenapa dia? Bagaimana dia boleh berada dalam pejabat aku? Pertanyaan-pertanyaan itu menghujani minda Ben. Mahu apalagi dia dari aku? Sedangkan kami tidak ada apa-apa hubungan lagi. Ben keliru dengan persoalan yang ditimbulkannya tadi. Seribu andaian mula bermain di dalam kepalanya. Tiba-tiba, pintu bilik diketuk perlahan, menghilangkan serabut yang baru bersarang dalam otak Ben. Puan Christina muncul beserta senyuman nipis yang menawan, membawa kelegaan kepada Ben. "Eh, Puan Christina. Marilah masuk," Puan Rose agak terkejut dengan kehadiran temannya itu. Dia segera mempelawa Puan Christina duduk. Tidak lama kemudian, Jasmine pula memasuki bilik itu sambil tertunduk-tunduk, macam hidup segan, mati tak mahu. Ben hampir terlompat melihat kehadiran gadis itu, tambahan lagi dengan jubah putih dengan stetoskop yang tergantung pada lehernya. Dia yang rawat aku? Lagi satu yang membelit Ben saat itu. "Jasmine baru beritahu tadi fasal Ben. Ni ada sedikit buah tangan," Puan Christina menyambut pelawaan tersebut lalu menghulurkan bakul berisi buah-buahan kepada Puan Rose. Jasmine sekadar berdiri sepi di sebelah mummynya seperti seorang anak kecil. "Bagi buah pun tak guna mum, pesakit bukannya boleh makan pun,"Jasmine seolah menyindir Ben yang terbaring di katil. Sedangkan bukan itu maksudnya. Aku sakit-sakit begini pun kau masih nak kenakan aku ya, Ben menjeling kearah Jasmine. Belum habis-habis mereka berbalas-balasan rupanya. "Eh, tak apalah. Kami kan boleh makan" kata Tuan Albert sambil tersenyum mesra, menghilangkan situasi kurang enak tadi. "Betul tu. Terima kasih ya. Buat susah-susah je," Puan Rose pula berbahasa. "Tak ada lah susah pun. Ben, kamu okay?" perhatian Puan Christina kini beralih kepada Ben yang terkujur di atas katil dengan pakaian berwarna hijau, seragam pesakit di klinik itu. Nampak kasihan, Jasmine sempat mengata lelaki yang sedang lemah itu. Mahu saja dia ketawa terbahak-bahak di depan Ben saat itu. Namun dia hanya berani mengangankannya. "Saya okay auntie," suara Ben kedengaran lemah, macam tak makan seminggu. Matanya terkulai-kulai memerhati wanita anggun yang kini berada di sisi katilnya. Sempat dia menangkap gerangan Jasmine yang mebeku di sana. Senyuman sumbang gadis itu sungguh menjengkelkan perasaannya. "Kamu rehatlah baik-baik di sini,ya. Ada Jasmine yang tolong jagakan," kata-kata itu seolah menerkam jiwa Ben. Puan Christina tersenyum-senyum, mengandung makna. "Betul tu, Ben. Kamu jangan harap nak balik cepat-cepat," Puan Rose menambah. "Kak Jasmine jangan biarkan abang keluar dari bilik ni," Deena pula memesan. Jasmine tersengih palsu mendengar arahan itu. Ingat aku ni orang gaji dia ke? Nak kawal 24 jam. No way. Barisan ayat-ayat itu terbit dari hatinya. "Jangan lupa makan," Pesanan terakhir Tuan Albert. Ben terdiam kaku. Dirinya tak ubah seperti seorang anak kecil yang memerlukan penjagaan rapi. Perut o perut, kenapa kau buat masalah? Ben mula mencari kesilapan dirinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
krng mnarik ler ..
novel nie..
but gud luck...