Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hisyam kini sedang melangkah seiringan dengan Salina. Mereka bercadang untuk makan malam di Hotel Istana. Tempat duduk telah ditempah awal-awal lagi. Langkah Hisyam kelihatan lemah dan tidak bermaya namun gadis di sebelahnya begitu riang bercerita. Sesekali, tersungging juga senyuman di bibir nipis lelaki itu.
Sudah acapkali mereka dilihat bersama. Berdua. Hisyam kini banyak sekali menghabiskan masa dengan gadis itu. Setiap kali Salina mengajaknya makan tengah hari, dia tidak menolak. Bila Salina mengajaknya makan malam, dia menurut. Bagi Hisyam kini, dia lebih suka berada bersama gadis ini daripada balik ke rumah menghadapi wajah isteri yang murung.
Mereka kini sedang duduk di sebuah meja yang sedikit tersorok. Sambil makan, Salina merenung Hisyam dengan mesra. Tangannya memegang jari-jemari Hisyam dan lelaki itu membiarkan sahaja.
"Sejak balik dari Cape Town, I tengok you selalu termenung. Kenapa, Syam?" Salina bertanya walaupun dia sudah dapat meneka.
Hisyam merenungnya sedikit terperanjat. "Nampak sangat ke?" Soalnya.
Salina menganggukkan kepala sambil menunggu penjelasan Hisyam. Nasi disuapkan perlahan-lahan ke dalam mulut. Dia tahu, Hisyam tidak gembira kebelakangan ini. Wajah yang kusut masai itu menjelaskan betapa dirinya mempunyai masalah.
"Maria! I tak tahu macam mana nak buat lagi. Dia dah berubah sangat sejak mak dia meninggal!" Hisyam menjawab.
Salina cuba memberi tumpuan. Wajah sedih Hisyam ditatapi. Rasa kasihan menyelimuti hati tetapi pada masa yang sama rasa gembira datang menyelit. Keretakan hubungan antara Maria dengan Hisyam adalah kebaikan untuk dirinya. Jika Hisyam sudah tidak gembira dengan isterinya, dia ada untuk membahagiakan lelaki ini. Malah sejak lama dia telah menanti Hisyam. Jadi, peluang yang sudah terbentang di hadapan mata tidak harus dilepaskan. Dia perlu bijak mengambil kesempatan!
"Berubah macam mana, maksud you?" Soalnya. Wajahnya penuh persoalan. "Kalau dia sedih, itu patutlah. Kan mak dan adik dia yang mati tu?" Katanya lagi, berpura-pura mengasihani Maria.
Hisyam menjawab dengan suara yang marah. "Itulah yang I marahkan ni. Dia sepatutnya berkongsi kesedihan tu dengan I bukannya semakin menjauhkan diri. I sayang mak, I pun sayang Muaz. Bukan dia sahaja yang kehilangan mereka. I pun terasa juga. I ni pun susah hati. Takkanlah dia tak tahu yang kesedihan dia kesedihan I jugak, Lin!"
"You kenalah berbincang dengan dia baik-baik!" Nasihatnya lagi.
Hisyam mendengus lagi. "Nak bincang? Tengok muka I ni pun dia tak nak, you tahu tak!" Jawabnya.
Salina tercengang-cengang. "Apa maksud you? Kenapa pulak jadi macam tu?"
"Entah, I tak tahu." Hisyam menjawab lemah. Sesungguhnya, dia tidak mengerti perubahan sikap Maria. Sejak dia balik, wajahnya tidak sudi dilihat. Maria pasti membisu setiap kali mereka bersama. Renungannya, sentuhannya tidak berbalas. Sudah sebulan jarak waktu, namun di antara mereka, sunyi dan bisu. Diam dan beku. Bila Hisyam balik dari tempat kerja, Maria sudah pun tidur. Tidak seperti dahulu bila Maria sanggup menunggu walau selewat mana pun dirinya.
‘Ala, kalau Lia tidur dulu, bila masa Lia nak bercakap dengan abang? Esok pagi-pagi abang dah nak pergi kerja balik! Lia sunyi!’ Maria akan menjawab dengan suaranya yang manja itu. Dan dia? Dia akan terus memeluk Maria, membenamkan hidungnya ke dalam rambut isterinya yang sentiasa harum. Malam akan berakhir dengan indah!
Kini? Semua itu tiada lagi!
"Semua keindahan itu dah tak ada lagi!" Desah Hisyam. "Sampai bila dia nak diam macam tu, Lin? You tahu tak yang I geram sangat dengan sikap dia ni? I risau kalau-kalau satu hari nanti I tak dapat nak kawal perasaan marah dan sakit hati I ni. I takut kalau-kalau nanti kesabaran I ni hilang dan..."
Salina menggeleng-gelengkan kepala. Dia pura-pura marahkan Hisyam. "You ni kepala angin betul. Dia kan isteri yang you sayang?"
"Habis tu, you nak I buat macam mana lagi? I dah jenuh pujuk dia!" Nafas kasar Hisyam lepaskan.
Salina tersenyum. "You kena banyak-banyakkan bersabar dengan kerenah bini you tu. Jangan berkasar dengan dia. Satu hari nanti dia akan sedar dari mimpi sedih dia tu. Buat masa ini, ikut sahajalah rentak dia!" Nasihatnya.
Lama Hisyam memandang wajah ayu di hadapannya sebelum berbisik hiba, "You memang baik, Lin. You sentiasa ada dengan I walau macam mana keadaan I. I banyak terhutang budi dengan you. You are my true friend. Thank you so...much!"
Sejak itu, Salina menjadi tempat Hisyam meluahkan rasa hati. Kesedihan membuatkan dia rasa dipinggirkan oleh Maria. Maria dirasakan semakin jauh darinya. Kepada Salina dicurahkan perasaan kecewa. Baginya, Salina sanggup bersedih bersamanya. Salina seorang sahabat yang baik. Salina sudi mendengar luahan rasanya.
Marah kepada Maria semakin hari semakin menyemarak. Hisyam geram dengan sikap Maria yang tidak mempedulikannya. Hisyam benci bila Maria tidak lagi mahu bermesra dengannya. Dia sakit hati bila dirinya diabaikan. Memang dia benar-benar kecewa. Tidak terungkapkan rasa hampa di jiwa.
Entah sampai bila segala perasaan ini dapat ditahankan?
Hisyam menaiki anak tangga dengan perlahan-lahan. Dia tahu dia terlalu lewat malam ini. Selepas makan malam tadi, Salina mengajaknya duduk berehat di Bintang Walk. Di situ, dia meluahkan lagi perasaannya dan dia amat bersyukur kerana Salina sudi mendengar.
Hisyam masuk ke dalam bilik dengan langkah yang longlai. Dia menyandarkan diri di pintu bilik. Matanya merenung susuk tubuh yang kurus yang sedang lena di atas katil mereka. Perlahan-lahan, dia mendekati Maria.
Ingin sekali dia memeluk sekujur tubuh itu namun dia membatalkan niatnya. Dia tidak mahu lagi ditolak. Sejak kepulangannya, setiap kali dia ingin menyentuh, Maria akan mengeraskan tubuhnya. Tanda dia tidak mahukan Hisyam.
"Lia, abang sangat rindukan Lia abang yang dulu. Mengapa Lia buat abang macam gini? Lia dah tak sayang abang? Lia dah tak sayang pada perkahwinan ini? Kenapa kita jadi begini? Kenapa, Lia?
Apa sebenarnya? Apa yang Lia fikirkan? Atau….. apa kesalahan abang? Lia marahkan abang? Tapi kenapa? Apa yang dah abang buat? Apa, Lia?
Hisyam tidak dapat memejamkan mata. Dia tidak mampu lagi baring di sebelah Maria dan tidak berbuat apa-apa. Dia terlalu rindu untuk menyentuh isterinya. Dan dia sedih bila dirinya tidak dipedulikan. Dia kecewa! Dia hampa!
eee...jhat tul salina tu.ske hancurkan kebahagiaan org lain.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tolong la bagi blog
x sabar nak tau sambungannya