Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sayup-sayup suara gemersik mengalunkan ayat-ayat suci al Quranul Karim dapat didengari. Dalam hening dinihari, suara itu kedengaran sungguh syahdu. Sendu alunan suara bagai memberitahu betapa sedihnya jiwa yang ditinggalkan. Gersangnya hati yang sudah kehilangan. Kehilangan kasih sayang seorang ibu. Kehilangan kemesraan seorang adik.
Maria tekun meneruskan pembacaan. Doanya agar setiap satu perkataan yang disebut adalah betul. Agar pahala dapat disedekahkan kepada arwah ibu dan adik. Diri diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH. Memohon agar dia menjadi insan yang penyabar, yang meredhai segala pemberian Yang Maha Kuasa.
Mereka kini sudah berada di Kuala Lumpur. Maria tidak dibenarkan oleh dato’ dan datin untuk balik ke rumahnya. Mereka tidak mahu dia bersendirian. Malah, tidak sekali Maria dibenarkan hilang daripada pandangan mata.
Sesungguhnya, Maria merasa amat bersyukur kerana mendapat ibu dan ayah mertua yang sangat prihatin tentang keadaan dirinya. Dia amat menghargai keprihatinan mereka itu. Kerana dia tahu, mereka sangat menyayanginya.
Sekali lagi, perasaan sayu tidak dapat dibendung. Rasa kesal tidak dapat dihindari. Mengapakah terlalu cepat ibunya dipanggil pulang? Dia masih merindukan emak. Dia baru sahaja kehilangan abah. Kini emak dan adiknya pula pergi. Ke mana lagi dia dapat mengadu? Kepada siapa dapat dia meluahkan perasaan?
Saat itu, dia terkenangkan suaminya. Dia amat memerlukan Hisyam. Dia inginkan belaian Hisyam untuk menghindari keresahan di hati. Hanya suaminya sahaja yang tahu bagaimana untuk menenangkan dirinya. Hanya suaminya sahaja yang tahu memujuk!
Namun lelaki itu jauh beribu batu. Kata Hisyam, dia ingin sekali pulang, namun kerjanya masih banyak. Katanya lagi, dia ingin sekali menemani, namun masih ada urusan yang belum selesai.
Tetapi, dalam rindu yang sarat ini, Maria terlalu ingin berbual-bual dengan suaminya. Dia ingin mendengar suara Hisyam memujuk dirinya supaya bersabar menghadapi dugaan. Dia ingin mendengar suami memujuknya supaya tabah. Dia terlalu ingin mendengar suara garau itu dalam keheningan subuh ini!
Abang Hisyam! Hatinya merintih. Tolonglah Lia, bang. Lia sedih sangat. Lia tak tahu apa yang harus Lia buat. Lia susah hati. Sangat-sangat susah hati. Abang, baliklah, bang! Lia perlukan abang!
Kerana sudah tidak tahan menghadapi duka ini bersendirian, Maria nekad menghubungi Hisyam. Tidak ada langsung niat di hati untuk mengganggu suaminya. Hanya ingin mendengar suara.
Melihat kepada perbezaan masa, dia tahu, waktu di Cape Town baru sahaja melewati pukul sebelas malam. Dia yakin suaminya belum tidur lagi. Dia menunggu dengan sabar operator telefon hotel tersebut menyambungkan panggilannya ke bilik suami.
"Hello, who is there? May I take your message, please? Hisyam is in the bathroom right now! Hello……hello!"
Agak lama kebisuan menyelimuti suasana bila tiba-tiba Maria mendengar suara perempuan itu berkata lagi...
"Entah siapa-siapalah yang telefon ni. Bila aku tanya, diam pulak! Tak reti bahasa langsung! Tengah-tengah malam pun masih nak kacau orang. Baik aku cakap bahasa Melayu dengan dia.
Encik, saya dengan kekasih saya nak relaks, tahu! Faham-fahamlah, kan! Jangan kacau kita orang, ok! Saya sedang tunggu dia keluar dari bilik air ni!"
ALLAH Maha Mengetahui perasaan Maria ketika itu. Suara Hisyam yang ditunggu-tunggu dengan penuh harapan namun suara perempuan itu yang didengarinya!
"Salina?" Tanpa disedari nama itu meniti keluar dari bibirnya.
Hening seketika sebelum suara Salina bergema semula di hujung talian.
"Ya, saya Salina. Awak? Tentu Maria, kan? Apa khabar? Masih sedih lagi?"
Aduhai, perempuan bernama Salina ini memang seorang pelakon yang hebat, fikir Maria. Macamlah dia sangat-sangat mengambil berat?
"Apa awak buat dalam bilik suami saya, Salina?" Soal Maria tegas. Dia tidak mahu berteka-teki. Dia cuba untuk tidak menuduh yang bukan-bukan. Hati yang penuh syak wasangka cuba dibawa bertenang. Malangnya, jawapan Salina amat mengecewakannya.
"Saya rasa, awak tahu apa jawapan untuk soalan awak itu. Atau, awak sebenarnya takut nak menghadapi kenyataan?"
"Jangan biadap, Salina! Jangan bohong!" Maria menjerit.
Salina ketawa menjawab, "Saya tak bohong, Maria. Awak dah kehilangan dia. Dia dah jadi hak saya sekarang. Cubalah berfikir sedikit, cik adik. Cuba tanya pada diri sendiri, mengapa Hisyam tak balik-balik ke Malaysia walaupun emak mertuanya dah mati. Kalau benar dia sayangkan awak?"
"Diam! Diam!"
"Kebenaran itu amat pahit, kan? Tapi hadapilah ia. Selamat malam!"
Air mata yang keluar sejak berhari-hari meratapi kematian ibu dan adiknya kini keluar lagi! Namun sekali ini dia meratapi nasib diri. Dia ingin benar mendengar suara garau itu memujuk hibanya namun bukan suara suami yang didengari tetapi suara wanita itu!
Suara Salina!
Hati penuh dengan persoalan. Hati penuh dengan tanda tanya. Hati penuh dengan prasangka.
Apakah yang dibuat oleh Salina dalam bilik hotel suaminya pada waktu itu? Di tengah-tengah malam? Apa yang mereka buat? Berdua-duaan begitu, jauh daripada kaum keluarga, bolehkah Hisyam dan Salina hanya duduk tanpa melakukan apa-apa? Bolehkah mereka hanya berbual-bual tanpa bergurau senda?
Akal warasnya tidak dapat menerima walau dia cuba mententeramkan dirinya sendiri.
Kini, segala-galanya terbongkar sudah. Kebenaran sudah diketahui. Hisyam kini bersama Salina. Di Cape Town, cinta lama itu telah berputik semula. Dalam hati Hisyam kini hanya ada gadis itu. Tiada Maria lagi.
Oh TUHAN...., patutlah Hisyam tidak mengendahkan aku, fikirnya. Kesedihanku tidak berbekas di hatinya ketika ini. Kematian emak tidak juga berbekas di hatinya. Kerana sekarang dia sedang bergembira bersama-sama perempuan itu. Perempuan yang berkali-kali dikatakannya tidak mempunyai apa-apa makna dalam hidupnya? Perempuan itu, yang sudah berkali-kali dinafikan perhubungan mereka! Perempuan itu, yang juga bekas kekasihnya!
Patutlah Hisyam tidak pulang-pulang. Diri ini tidak penting lagi buat dirinya. Diri ini bukan sesiapa lagi dalam hidupnya.
Maria bukan lagi isteri yang dicintainya!
Di dalam bilik pengantin mereka di rumah banglo mertuanya itu, Maria menerima pengkhianatan suaminya. Kepercayaan kepada Hisyam musnah sama sekali!
Sampai hati Hisyam buat aku begini! Di saat aku benar-benar memerlukan dia di sisiku. Di saat aku benar-benar mengharapkannya. Di saat aku benar-benar inginkan kehadirannya di sini. Sampai hati dia!
Ke manakah pergi semua kasih sayangnya selama ini? Hilangkah sudah semua rasa cinta? Semuanya sudah tiada? Kerana kini ia sudah berpindah kepada Salina? Begitu? Kalau dia tidak menelefon tadi? Tentu dia tidak akan tahu. Tentu segala-galanya masih menjadi rahsia.
Ya Allah, mengapa aku harus tahu dengan cara begini? Rintih di hati.
Maria menangis teresak-esak. Air mata bagaikan hujan, turun mencurah-curah membasahi pipi. Sekeping hatinya bagaikan dihiris sembilu. Luka itu teramat dalam. Sakitnya keterlaluan. Pedihnya tidak terungkapkan.
Di subuh hening ini, dia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi. Dia sudah kehilangan semua orang yang disayanginya. Abah, emak, Muaz dan kini, Hisyam juga!
Lemah seluruh anggota badan. Longlai seluruh sendi. Dia tidak mampu menggerakkan tubuhnya. Tidak berdaya walau untuk mengangkat jari-jemari.
Dan…….
Akhirnya Maria terkulai jatuh bersama-sama dengan gagang telefon yang masih erat berada dalam genggamannya.
i hate that woman salina n the dearest husband..sanggup hisyam x percayakn isterinya.. anyway good job writer krn berjaya membuat sy skt ht terhadap salina..haha.continue cpt ye..
aku bnci hisyam yg xnk siast pe jg brlaku sbnrnya....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ksian nya kat maria.
benci tul lar kat salina tu.
cpt2 smbung ye....