BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, November 05, 2009
Novel : Syurga Cinta 9
Nama Pena : suri_maia

Alarm lagu "Dancing Queen" kedengaran di subuh yang hening, aku membuka sebelah mata untuk melihat jam di telefon bimbit. Pukul 6.35! hah! Mampus aku! Sarapan tak siap lagi. Terkocoh-kocoh aku bangun. Selimut dan bantal tercampak merata. Aku mencapai tudung yang terletak di tepi pintu dan menuju bilik air di dalam rumah. Belum sempat aku keluar, barulah aku menyedari bahawa aku hanya memakai pijama sahaja. Alamak! Tukar baju dulu. Tak cukup lantai aku rasakan sekarang ini. Baru hari pertama bekerja sudah lewat. Ah! Tak sempat nak gosok gigi ni, tinggal beberapa minit je ni, masak nasi dulu baru pergi toilet. Jahat gila, rasakanlah nasi yang aku masak tanpa menggosok gigi..Haha..

Setelah membasuh dan meletakkan periuk ke dalam periuk nasi, barulah aku ke bilik air. Membersihkan apa-apa yang sepatutnya dibersihkan dan bersolat subuh. Setelah itu, aku kembali semula ke dapur. Sejak dari malam tadi aku sudah memikirkan untuk memasak sesuatu yang ringkas supaya tidak menyusahkan hidupku. Hari ni masak sardin, esok masak telur, esok lagi, masak ikan bilis, hari berikutnya, masak telur lagi, kemudian sardin lagi..dan ia akan berulang sekali lagi dan lagi dan lagi..Nasiblah, siapa suruh bela orang gaji yang ’pandai gila’ memasak..Hehe...

Ye, menu utama hari ini, sardin berkuah...erkk..macam mana nak masak ni yek. Mmm..belasah je lah. Aku memotong 2 ulas bawang besar dan kemudian ditumis. Selepas itu, aku memasukkan sardin dalam tin. Macam ni kot caranya. Betullah ni agaknya. Kemudian, aku memasukkan air supaya kuahnya tidak terlalu pekat. Alamak! Terlebih airlah pula. Macam mana ni, keluarkan sikit air dia. Tunggu sampai dia mendidih, lepas tu masukkan dalam mangkuk. Siap kerja aku. Haha.. Senang rupanya masak sardin ni, dulu masa aku duduk seorang, aku beli je kat kedai makan depan tu. Mana pernah masak. Kalau masak pun selalunya masak air je. Kalau Nina datang dengan Nazim, barulah dapur tu berasap.

Selesai sahaja aku memasak, Raikal turun dari biliknya dengan berpakaian lengkap untuk ke tempat kerja. Dia duduk di meja makan.

"Sardin je?" Dia bertanya. Aku menganggukkan kepala dan terus duduk di hadapannya.

"Ni sardin ke masak bawang ni?" Dia memerliku apabila melihat masakanku penuh dengan hirisan bawang.

"Masakan ini dinamakan sardin ala bawang.." Aku membalas pertanyaannya selamba. Dia menggelengkan kepala, pelik dengan masakanku. Dia menceduk sedikit sardin ke dalam pinggannya. Baru makan sesuap, dia tersedak.

"Ada lori garam terbalik ke kat luar tu?" Aku yang mendengar kata-katanya terus menjenguk ke luar tingkap untuk melihat samada terdapat lori terbalik di hadapan rumah kami.

"Mana ada?" Aku memandangnya sambil mengangkat kening tanda hairan. Mana ada lori accident pagi-pagi buta ni. Kalau ada mesti aku ada dengar dah! Aku menjenguk semula untuk memastikan tiada lori accident..

Raikal menepuk dahinya melihat kelurusan dan kebendulan Julita.

"Maksud saya, apasal sardin awak ni masin sangat. Ada lori baru terbalik ke kat luar tu sampai banyak sangat garam awak bubuh ni. Ish...apalah bendul sangat awak ni." Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal sambil tersengih malu, barulah aku memahami maksud lori terbalik itu yang sebenarnya.

"Lupa.." Raikal menggeleng-gelengkan kepala.

"Awak ni tahu memasak ke tak?" Aku menggelengkan kepala. Raikal mengeluh.

"Awak tu perempuan, takkan tak tahu masak langsung? Mak awak tak ajar?" Raikal memerliku.

"Mak saya tak sempat nak ajar..." Aku menundukkan wajahku, sedih apabila nama ibuku disebut-sebut dan cuba dipersalahkan. Raikal terdiam sejenak, mungkin dia menyedari keterlanjuran kata-katanya padaku tadi.

"Lain kali belajar masak! Dahlah cair, masin pula tu. Masak sardin pun tak lepas." Tiba-tiba Raikal memerliku lagi. Merah mukaku menahan malu..

"Satu lagi, baru masak sardin, dapur dah macam tongkang pecah. Ni baru masak sardin, tak jadi pula tu. Kalau masak yang berat-berat, saya tak tahu apa nak jadi dengan dapur ni. Lain kali lepas masak terus kemas..Rimas saya tengok dapur ni bersepah."

"Baikk.." Aku menjawab perlahan sambil memuncungkan muka padanya. Nasib baik dia tidak memandangku ketika itu, jika tidak mesti panjang leterannya.

Raikal cuba menjamah nasinya sehingga habis walaupun sardin tersebut tidak sedap. Usai bersarapan, Raikal terus menuju ke kereta. Aku mengekorinya. Sebelum bertolak, sempat dia memberi list tugasan padaku supaya mengemas rumah, mencabut rumput di taman, membersihkan longkang, menyiram pokok bunga, lap cermin, kemas dapur..

"Mak aih! Banyak gila..mahu aku pengsan malam ni!" Terbelalak mataku melihat senarai tugasannya yang panjang.

"Jangan malas!" Sempat dia berpesan padaku sebelum memecut keretanya laju meninggalkan asap kereta kepadaku. Kurang asam betul! Dahlah bagi list panjang gila, bagi asap pula tu. Teruk betul manusia ni. Nanti kau, ada lori ada bas, ada hari aku pula yang bebas! Desis hatiku geram sambil mengacukan penumbuk pada kelibat Raikal.

******
Raikal mengurut-urut lehernya yang lenguh akibat terlalu fokus bekerja. Dia memandang radio yang terletak di penjuru bilik lalu mengambil alat kawalan dihadapannya seraya menghidupkan.

Tuhan kirimkanlah aku..
Kekasih yang baik hati...
Yang mencintai aku..
Apa adanya...

Lirik dari lagu ’Munajat Cinta’ ini bermain-main difikiranku walaupun selepas lagu ini habis didendangkan di radio. Aku mengetuk-ngetuk pen di tanganku sambil otakku memikirkan sesuatu...Bolehkah Medina mencintai aku, apa adanya aku? Aku mencapai telefon bimbitku di atas meja. Aku membelek-belek telefon tersebut sambil memutuskan samada mahu menelefonnya atau tidak. Akhirnya aku memutuskan untuk memberi mesej padanya terlebih dahulu.

"Sibuk ke?"

"Tak..kenapa?" Balas Medina. Aku terus memutuskan untuk menelefonnya terus.

"Hello.."Lembut suara Medina menyahut panggilanku.

"Hello...Mmm...Ganggu ke?" Aku bertanya.

"Tak...untuk Abang Kal tak apa, semua bereh!" Gurau Medina.

"Abang nak jumpa Med boleh?"

"Kenapa Abang Kal nak jumpa Med, ada hal penting ke? Kalau tak berapa nak penting, datang je butik Med." Medina memberi cadangan.

"Tak mahu..Abang nak jumpa Med kat tempat lain. Abang nak jumpa Med esok malam. Abang jemput Med malam esok kat butik boleh?"

"Tak apalah Abang Kal, Med datang sendiri sebab Med ada temujanji dengan pelanggan Med. So, lepas jumpa dia, Med datang jumpa Abang terus, ok?" Aku terus bersetuju dengan cadangan Medina.

Sebenarnya sudah beberapa hari aku berfikir untuk melamar Medina. Malah aku sudah pun membelikan sebentuk cincin berlian untuknya. Aku mengeluarkan kotak cincin dari beg sandangku dan mengeluarkan cincin yang berada di dalamnya. Aku membelek-belek cincin tersebut. Tak tahulah samada dia menyukai citarasaku ataupun tidak. Kali ini aku nekad untuk melamarnya. Mustahil dia akan menolak lamaranku. Malah aku tidak nampak apa sebabnya dia akan menolak lamaranku. Dia tidak mempunyai kekasih, juga tidak mempunyai orang yang diminatinya. Betul ke dia tidak meminati sesiapa? Desis hatiku. Aku meletakkan semula cincin tersebut ke dalam kotak dan menyimpannya semula ke dalam beg sandangku. Aku kembali fokus kepada kerja yang aku tinggalkan tadi. Namun lirik lagu munajat cinta tadi masih lagi bermain-main difikiranku.

Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintaiku apa adanya....

Berdebar rasanya hatiku menunggu hari esok. Tak sabar meluahkan segala perasaan yang terpendam di hatiku selama ini.

******

Kerana terlalu berdebar, aku langsung tidak dapat melelapkan mata. Terasa panas pula cuaca hari ini. Aku bangkit dari katil dan menghampiri beg sandang yang ku letak di atas kerusi. Aku mengambil kotak cincin dan terus berlalu keluar. Terasa ingin lepak pula di buaian bulat yang berada di tepi rumah.

Aku duduk di atas buaian sambil melihat langit. Bintang-bintang bertaburan di angkasa. Nampaknya cuaca elok hari ini. Lama aku termenung di situ sambil merenung cincin di tanganku. Bermacam-macam bermain di fikiranku. Adakah dia akan menerima lamaranku? Adakah dia sudah ada kekasih tanpa pengetahuanku?

Mm..esok cemana nak buat ayat nak lamar dia ye...fikir-fikir!

"Med..abang dah lama suka pada Med, sudikah Med jadi isteri abang?" Ish! Skemanya ayat.

"Med..abang cintakan Med, Med nak jadi isteri abang tak?" Ayat macam tak seriuslah pulak. Aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal.

"Yo..Med! Be my wife and you’ll be happily ever after..yeah!!"

"Apa awak buat kat sini?"

"Ha! Argggghhhh!!!" Terkejut aku melihat Julita berada di tepiku sehingga aku jatuh terduduk, lebih terkejut lagi apabila melihatnya memakai bedak sejuk bertempek di muka. Aku mengurut-urut dadaku.

"Kenapa? Macam nampak hantu!" Marah Julita sambil menyuruhku ke tepi. Aku yang masih terkejut terkebil-kebil melihatnya duduk di hadapanku.

"Hei...lain kali jangan buat macam tu boleh tak. Nasib baik tak gugur jantung saya tahu tak?"

"Haha..itu pun takut! Pengecut..." Aku duduk semula di atas buaian.

"Apa awak buat kat sini malam-malam ni. Apa tadi? Be my wife and happily ever after? Lirik lagu baru ke? Macam ayat budak-budak. Happily ever after.." Julita menempelakku. Aku memandangnya dengan perasaan geram.

"Berapa lama awak kat situ tadi? Apa lagi yang awak dengar?"

"Baru je..saya dengar ayat tu je..apa nama lagu baru tu? Bahagia selamanya?" Aku menjeling Julita.

"Sibuk!" Ujarku pendek.

"Ni apasal malam-malam kat luar lagi ni? Pergilah tidur! Tak takut ke?"

"Saya pergi toiletlah..takkan itu pun tak boleh?" Aku kehilangan kata-kata mendengar perkataan toilet. Takkanlah nak tahan orang pergi toilet, karang dapat batu karang pula minah ni.

"Ehemm...lain kali maghrib tu terus buang apa yang patut. Malam tak payah nak keluar-keluar lagi."

"Awak gila ke?" Julita menjelingku.

"Gila kenapa pula?"

"Boleh ke awak ramal bila awak nak buang air besar, bila awak nak buang air kecil, manalah saya nak tahu bila saya nak membuang." Aku berfikir sejenak, haah ek. Betul juga apa dia cakap.

"Ah..saya tak kira, yang saya tahu awak tak berkeliaran masa malam-malam macam ni. Bahaya tahu, kalau orang lain nampak, dia report pula kat JAIS, ha tak pasal-pasal kita kahwin free!"

"Kahwin free?? Oh tidak sama sekali. Simpang malaikat empat puluh empat. Rela saya kahwin dengan Pak Usop Jongang tu dari kahwin dengan awak. Dahlah tengin, bengong pula tu!" Selamba katak je dia ni mengutuk aku depan-depan. Aku menuding jari telunjukku ke arahnya, mahu membalas kata-katanya namun tak terucap. Tak tahu apa yang ingin aku katakan padanya lagi.

"Apa!" Ujarnya sambil menjeling.

"Ni, nak tanya..awak kalau cipta lagu memang lagu jiwang-jiwang ke? Lagu cintan-cintan je? Lagu lain awak tak tahu cipta ke?"

"Kenapa? Awak tak suka?" Aku menggerakkan buaian perlahan.

"Taklah..saja tanya. Sebab lagu awak semua lagu berkarat je." Berkarat! Ciss! Budak ni memang mulut tak ada insurans.

"Berkarat! Hei..selalu masuk carta hotfm nombor satu tahu!" Julita mencebik memandangku.

"Memanglah masuk carta, tengoklah siapa yang nyanyi, Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Faizal Tahir...Cuba kalau Hetty Koes Endang yang nyanyi. Dengar sebelah telinga pun orang tak nak!"

"Amboi, sedapnya mengutuk orang..dah lama hidup!" Julita tersengih.

"Awak tak sumbangkan lagu untuk drama-drama ke? Filem ke?"

"Ada...kenapa, sekarang pun memang saya tengah cipta lagu untuk cerita baru."

"Lagu tadi tu ke? Yang childish tadi?" Julita tersengih nakal. Aku mencekak pinggang.

"Ok..ok..tak kutuk lagi. Awak tak nak berlakon ke? Kalau awak berlakon mesti box office. Tapi tulah, cerita sekarang ni semua sterotype..sama je. Cuba jadi macam saya, cerita yang saya hasilkan lain dari yang lain. Orang lain je tak tahu nak hargai cerita saya."

"Awak buat cerita apa?"

"Awak nak dengar?" Aku menganggukkan kepala.

"Cerita ni pasal si hero, hero ni cinta sangat kat heroin ni sejak dari kecil lagi. Mereka memang membesar bersama-sama. Lama dah hero ni memendam rasa. Heroin ni pula, hero ni memang tahu, dia tak ada sesiapa pun kawan lelaki selain dari hero ni. Aaa...lupa nak cakap, hero ni ada sepupu, ni pun berkawan dari kecil juga." Julita berhenti seketika. Aku memandangnya penuh minat.

"Teruskanlah, kenapa berhenti."

"Satu hari, Hero ni rasa, dia patut luahkan perasaan dia pada heroin ni. So, dia planlah nak lamar hero ni. Tapi sayang..bila hero ni lamar heroin ni, heroin tu tolak mentah-mentah. Dia kata dia sayang kat hero ni macam seorang abang. Lagipun dia kata dia cintakan sepupu hero ni. Ha..apa lagi, si hero ni frust gila. Awak rasa, kalau awak jadi hero tu, apa awak buat?"

"Mm...cuba tawan hati heroin tu semula." Aku meneka berdasarkan situasiku sekarang. Sama cerita dia dengan kisah aku.

"Tettt! Salah! Lelaki tu bawa diri. Dia pun pergi satu tempat ni untuk cari ketenangan. Dia terjumpa satu tempat tu, cantik sangat..sebab dia dah lama tak mandi, dia pun mandi kat sungai tu. Tengok-tengok, rupanya sungai tu ada ikan piranha, macam kat sungai Amazon tu. Entah macam mana entah ikan piranha tu boleh tersesat kat sungai tu. Dia pun berenang nak selamatkan diri ni. Tiba-tiba ada orang menjala ikan piranha tu, ikan tu pun terperangkap. So selamatlah si hero ini. Rupa-rupanya yang selamatkan dia adalah seorang perempuan yang cantik rupawan. Tapi dia tak tahu, sebenarnya perempuan tu bunian, cantik sangat, ala macam nora danish yang berlakon cerita sumpah bunian tu. Ha, macam tulah cantiknya. Akhirnya hero tu kahwin dengan bunian tu dan hero ni tak dijumpai sampai sekarang...tamat!"

Melongo aku mendengar ceritanya. Ciss!!Tertipu aku, ingatkan cerita serius. Cerita mengarut macam ni tak ada siapa nak tengok. Buang karen aje aku dengar.

"Pergi tidur!" Arahku geram. Tak sangka aku mendengar penuh minat cerita mengarut dia.

"Tak best ke cerita saya?" Tanyanya dengan serius.

"Lain kali jangan buat cerita macam tu lagi. Buang masa je dengar. Dah, pergi tidur. Ingat, lepas ni saya tak nak awak berkeliaran!" Julita bangun sambil mulutnya merungut-rungut namun aku tidak dapat mendengar butir-butir percakapannya dan terus berlalu masuk ke kotejnya.

Aku memerhatikannya masuk ke dalam sambil tersenyum. Ada-ada je budak ni. Boleh pula dia buat cerita mengarut macam tu.

*****

Julita membelek-belek majalah di hadapannya, hajat hatinya ingin membeli barang keperluan dapur yang telah dipesan oleh Raikal sebelum dia pergi keluar bekerja tadi. Alang-alang, singgah sekejap di kedai buku.

"Kita kena banyak baca buku tentang cara menjaga bayi. Kitakan baru pertama kali jadi papa dan mama."

"Ye..ye..kita beli buku ni, buku ni, buku ni...ha satu lagi abang, buku tu."

Aku macam kenal suara dua ekor ni. Kejap nak check! Aku mengintai sedikit di celah-celah rak. Memang tepat sekali jangkaanku. Dua ekor monyet yang telah membuatkan aku susah selama ini berada di hadapanku. Aku menghampiri mereka.

"Bahagianya aku tengok korang berdua, so sweeeettttt....." Ujarku memerli mereka dengan mencekak pinggang. Serentak kedua-duanya memandang ke belakang. Jatuh buku-buku yang mereka sedang pegang di tangan. Kedua-duanya seperti menggelabah.

"Lari sayangggg......" Nazim terus menarik tangan Nina. Sekelip mata mereka berdesup melarikan diri.
"Kurang asam! Sampai hati korang buat Julita macam ni!" Aku mengejar mereka dengan sepenuh tenaga namun mereka lebih pantas. Termengah-mengah aku mengejar mereka. Mereka terus keluar dari kedai buku dan melarikan diri seperti lipas kudung. Tapi mereka lupa, ini Julita..ratu pecut di sekolah dulu. Aku akan kejar mereka sampai lubang cacing. Kali ini, mereka takkan terlepas..ada perhitungan yang perlu diselesaikan.

Adegan kejar mengejar masih berlangsung. Sambil aku mengejar mereka, sambil itu mulut aku bising menyumpah seranah mereka. Tiba-tiba Nazim terlanggar tong sampah dan membuatkannya terjatuh. Peluang itu tidak aku lepaskan, aku terus mengambil botol yang terkeluar dari tong sampah yang dilanggar Nazim tadi dan memukulnya bertubi-tubi. Nina cuba menyelamatkan suaminya namun apabila melihat pandangan mataku yang garang, membantutkan usahanya. Hanya mulutnya yang tidak berhenti-henti menyuruhku menghentikan pukulan kepada suaminya. Nazim hanya mampu mengelak dengan menggunakan tangan. Aku menarik telinga Nazim untuk membawanya ke balai polis.

"Menjawablah kau berdua dengan polis nanti. Ha! Jahat sangat! Dengan kawan pun makan kawan! Nina! Kau tak nak temankan laki kau kat balai polis sekali!" Marahku apabila melihat Nina masih berdiri tegak dan tidak mengikut kami.

Tiba-tiba Nina rebah membuatkan kami berdua terkejut. Aku mendapatkan Nina, begitu juga Nazim.

"Nina! Nina! Nina...kau kenapa ni! Bangunlah..." Aku menggerakkan badannya namun tiada respon.

"Kita bawa Nina ke hospital, cepat! Takut jadi apa-apa kat kandungan dia." Tanpa banyak soal, Nazim mengangkat Nina dan kami berlari menuju ke hospital yang tidak jauh dari tempat kami sekarang.

"Cepat-cepat..."Aku memandang ke belakang. Tiba-tiba mereka lesap. Aku mencari mereka di sekeliling. Tiada! Aku mencekak pinggang. Tiba-tiba air mataku mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Mereka menipu lagi! Aku meneruskan perjalanan dengan langkah yang longlai dan air mata yang mengalir tidak berhenti-henti. Sedih kerana diperdayakan lagi buat sekian kalinya.
posted by Penulisan2u @ 1:44 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 5/11/09 2:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita full house nmpak sgt....

     

  • At 5/11/09 4:31 PTG, Anonymous atiqah said…

    xpe2..full house versi melayu..best la jugak..teruskan writer..:-)

     

  • At 5/11/09 6:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mesti xpenah tgk dr mula..kena tgk dr mula dl br tau..

     

  • At 6/11/09 10:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    FULL HOUSE.
    AK BERSABAR JE LA ...

     

  • At 25/12/09 9:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    korg msti xbc dr bab 1 kn..penulis da mention kt ctu ni mmg adptasi dr full house..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group