Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hawa…masuk ke bilik saya sekejap." Suara Hadi jelas kedengaran di interkom. Tanpa melengahkan masa, Hawa membawa buku nota kecilnya dan berjalan menuju ke bilik bosnya. Setelah mengetuk pintu, Hawa dipersilakan masuk.
" ada apa tuan Hadi panggil saya?" Tanya Hawa ingin tahu. Hadi mengangkat kepalanya memandang Hawa. Tumpuannya terhadap kerja dihentikan. " mmm…firstly, saya nak ingatkan sekali lagi. Kat sini, tak payah panggil saya tuan, saya tak selesa. Panggil je nama saya, Hadi." Ucap Hadi dengan nada yang sedikit tegas. Hawa hanya mengangguk. Dia selalu lupa. Sudah berapa kali dia ditegur oleh bosnya itu. Almaklumlah…dia berasa segan untuk menggunakan panggilan sedemikian. Tidak menampakkan hubungan antara pekerja dengan bos. " sekejap lagi saya ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah syarikat. Saya tak mahu awak keman-mana hari ni. Kita keluar lunch sama-sama and then awak ikut saya ke mesyuarat itu." Adam menyatakan tujuan asalnya. "mmm..maaf tuan. Kalau saya tak ikut serta, tak boleh ke?" Tanya Hawa ingin mengelakkan diri. " tak boleh. Awak mesti ikut serta. Mesyuarat ini penting dan saya mahu awak tahu segala perbincangan yang akan berlansung nanti. Ada tugasan yang perlu awak lakukan." Jelas Hadi. Sebenarnya, dia sengaja mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan gadis tersebut. Dia mahu mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Hatinya sudah terpaut sejak pertama kali ditemukan oleh sahabatnya tempoh hari. Dia tidak menyangka, Adam mempunyai seorang adik yang sangat cantik. Jika tidak kerana kekosongan jawatan di syarikatnya itu, mungkin sampai sekarang dia tidak akan berpeluang untuk mengetahuinya. Sedang ralit menyelak helaian dokumen penting yang akan dibawa ke mesyuarat sebentar lagi, telefon jenama Sony Ericsson kepunyaan Hawa yang diletakkan di atas meja kerjanya bergetar kuat. Hawa lantas mencapai telefonnya itu dan melihat nombor yang tidak pernah dikenalinya muncul di screan. Tidak menunggu lama, Hawa menekan butang menerima panggilan masuk. "Hello." Ucap Hawa. "Hello.Hawa, saya tunggu awak kat bawah. Kita bertolak sekarang. Cepat sikit ya." Kedengaran suara Hadi di talian. Tanpa menunggu jawapan dari Hawa, talian itu telah diputuskan. Hawa mengeleng-gelengkan kepalanya. " Tahulah dia tu bos, senang-senang aje dia bagi arahan kat aku. Tak Tanya pun aku sedang buat apa. Dah la suruh cepat-cepat." Ngomel Hawa sambil berkemas untuk turun ke tempat parking. Sambil menggalas beg tangannya, Hawa menjinjit fail yang berisi dokumen penting mesyuarat dan berlari anak menuju ke lif. Melihatkan pintu lif yang sedang terbuka, Hawa pantas menerobos masuk ke perut lif itu dan menekan butang ke bawah. setibanya dia di tempat parking, dia berhenti seketika. Sambil berdiri tegak, matanya melilau mencari kelibat Hadi. Tiba-tiba, sebuah kereta meluncur perlahan dan berhenti disebelahnya. Kelihatan Hadi berada di dalamnya. Tanpa membuang masa , Hawa lantas membuka pintu kereta di sebelah kiri pemandu dan duduk di sebelah Hadi. Dia sedikit mengah kerana berlari turun dari tingkat 12 tadi. " kita bermesyuarat kat mana ni bos. Pukul berapa janji dengan client?" Tanya Hawa ingin memecahkan kesunyian antara mereka. ketika itu, kereta yang dipandu oleh Hadi telah memasuki lebuh raya utama. "appoiment kita pukul 2. Tapi sebelum tu kita pergi makan dulu. Saya dah lapar ni."Jawab Hadi selamba. Hawa mendiamkan diri. tidak lagi bertanya apa-apa. Dia ingatkan appoimentnya dengan client pukul 12 tengahari. Tidak menyempat-nyempat menyuruhnya cepat. Kalau lah dia tahu lambat lagi, tidak lah dia bergegas-gegas turun. Letih kakinya. Sudahlah perutnya lapar, kini makin lapar pulak rasanya. Hadi menghentikan keretanya di sebuah gerai kecil di tepi jalan. Dia mengajak Hawa turun. Setelah memilih meja yang agak teduh dari cahaya matahari, Hadi melambaikan tangannya untuk membuat pesanan. Berdasarkan gayanya, dia sudah biasa dengan tempat itu. Hawa yang kurang mengetahui tentang juadah yang disediakan di situ hanya diam. Dia menyerahkan tugasan memilih makanan itu kepada Hadi. Sebelum makan, Hadi menadahkan tangannya untuk mengaminkan doa. Hawa yang melihat kelakuan lelaki itu turut mengangkat tangannya. Dia kagum dengan sikap lelaki itu. Mereka kemudiannya makan dengan berselera sekali. Hawa berpuas hati dengan pilihan Hadi. Rasa masakan itu agak enak dan mengenyangkan. Harganya juga agak berpatutan. Selepas membayar harga makanan, Hadi dan Hawa mula beredar dari gerai itu. Hadi memandu keretanya menghala ke putrajaya. Dengan perjalanan yang agak lancar, mereka dapat tiba awal di sana. Jam pada waktu itu telah melepasi waktu zohor. Hadi menyarankan agar mereka solat dahulu sebelum bergerak ke tempat yang dijanjikan. Hawa hanya mengangguk dan berjalan mengekori Hadi ke surau yang berhampiran. sekali lagi dia kagum dengan lelaki itu. Walaupun sibuk dengan hal keduniaan, dia masih tidak lupa tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Hawa teringatkan kata-kata yang disampaikan oleh seorang ustazah di dalam kelas semasa dia sedang mengikuti kelas fardhu ain. Antara ialah : "Setiap muslim wajib percaya kepada 5 rukun islam. Salah satu daripada rukun tersebut ialah solat 5 waktu sehari semalam. Selepas mengucap 2 kalimah syahadah, setiap orang islam wajib menunaikan solat iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak. Solat adalah tiang agama. Tanpa tiang, runtuhlah agama. Kemudian ustazah itu ada menyatakan bahawa dosa meninggalkan solat adalah lebih besar daripada berzina. Hal menunjukkan bahawa betapa pentingnya solat dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Selain bertujuan untuk menunjukkan kehambaan kepada Tuhan, solat mempunyai banyak kelebihannya." Sejak menghayati kehidupan sebenar sebagai muslimah, Hawa seboleh-bolehnya cuba untuk melaksanakan ibadat itu sesempurna mungkin. Dia insaf dengan kehidupan masa lalunya. Keluar sahaja daripada surau perempuan, Hadi telah pun selesai solat. Dia duduk di kerusi yang disediakan di luar surau. Wajahnya kelihatan lebih segar selepas solat. Mungkin simbahan air wudhuk tadi telah menyejukkannya. Itulah kelebihan solat. Memulihkan semula tenaga-tenaga yang telah hilang semasa bekerja. Jika diteliti dengan sempurna, solat adalah suatu senaman yang bagus untuk kesihatan. Perbincangan dengan client berlansung tepat pada pukul 2 petang. Nampaknya, mereka saling menepati masa. Hawa hanya menjadi pendengar sahaja dalam perbincangan yang sedang berlansung itu. Dia tekun mencatat perkara-perkara yang dirasakan perlu. Hampir 1 jam berbincang, akhirnya masing-masing mendapat kata sepakat. Kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan keputusan yang diambil.
best laa.. tp bnda apa yg ms lampau dilalui oleh hawa?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best laa..
tp bnda apa yg ms lampau dilalui oleh hawa?