Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aswad duduk termenung di hujung jendela. Sudah dua hari dia tidak dapat hadir ke pejabat. Luka didahinya masih terasa berdenyut-denyut. Dirinya hanya berehat-rehat rumah. Kekecohan yang berlaku menyebabkan dahinya terpaksa menerima beberapa jahitan. Lukanya agak dalam. Dan di situ jugalah matanya tertancap akan sesuatu di leher Farisya. Sejujurnya memang dirinya berasa cemburu. Pasti Farisya sedang berbahagia bersama suaminya. Aswad tunduk. Tunduk merenung lantai.
"Patutlah adik panggil tak menyahut langsung. Terus je masuk dalam bilik. Lepas tu kunci," terngiang-ngiang suara Hamiza. Dirinya beristigfar panjang.
Mengapa begitu sukar untuk dirinya melupakan wajah itu. Mengapa tiada ruang di hatinya untuk menerima cinta yang lain. Mengapa terlalu kuat cintanya untuk Farisya. Aswad menarik nafas panjang sambil mengusap luka didahinya.
Deringan talifon di tingkat bawah mengejutkannya dari terus melamun. Pantas langkah kaki di halakan ke satu sudut yang menempatkan sebuah meja kecil dan dua buah kerusi. Aswad mengangkat ganggang talifon yang terletak elok di tengah-tengah meja kecil itu.
"Assalamualaikum," terdengar suara Hamiza berada di hujung talian. Aswad mengeluh panjang. "Waalaikumsalam. Ni dah tak ada kerja ke nak kacau abang," Hamiza hanya ketawa mendengar sindiran abangnya. Dirinya sudah lali di sindir Lagi-lagi dari Aswad. Memang dirinya jenis yang tidak makan saman. "Relax la bang. Kerja dah siap la. Saja je nak tahu perkembangan abang selama bercuti ni," ada-ada saja si Hamiza. Aswad duduk di kerusi yang diperbuat dari kayu jati. Terasa sedikit dingin kerana dirinya tidak berbaju.
"Ni mesti ada hal kan. Kalau tidak, jangan harap la kamu nak cari abang. Apa hal?" pandai sungguh abangnya meneka. Hamiza masih membelek kad di hadapannya. Dirinya masih mampu memegang amanah supaya tidak melanggar hak peribadi orang lain. Tetapi, jambangan bunga yang di kirimkan untuk Farisya menjentik-jentik hatinya untuk tahu. "Adik bukan apa. Cuma nak khabarkan je. Hari ni kak Hani dapat bunga tau. Cantik bang," Hamiza mencium beberapa kuntum bunga dari jambangan itu. "So," Aswad menyoal kembali. Mengapa Hamiza perlu memberitahu akan perkara yang tiada kaitan langsung dengan dirinya. "So? Itu je ke? Ingatkan abang nak cemburu ke, apa ke. Kot-kot la abang nak tahu siapa yang hantar. Abang ni memang hati batu la," Aswad tersenyum. Mana mungkin dirinya tidak cemburu. Tetapi tidak semertinya perasaan cemburu itu perlu di luahkan. Cukuplah hanya dirinya saja yang tahu apa yang bermain di fikirannya.
"Berapa kali abang dah pesan. Jangan suka jaga tepi kain orang. Tak baik," Hamiza mencebik. Mengajuk akan kata-kata abangnya. "Ye la abang ku sayang. Ok lah. Nak letak ni.Erm… nak tanya, mak masak apa?" Aswad mencari kelibat tubuh emaknya. Ruang dapur di renung dari jauh. "Entah. Abang pun tak tahu. Tak dengar apa-apa pun dari dapur." "Kalau macam tu nampak gayanya abang kena la makan dekat luar. Memang mak tak masak punya. Abang dah lupa ke mak cakap apa malam tadi. Mak pergi kenduri la," baru Aswad teringat. Kerana terlalu asyik melamun, tidak sedar yang dirinya tinggal berseorangan di rumah.
"Adik nak letak dah ni," belum sempat Hamiza meletakkan ganggang, Farisya sudah pun tercegat di hadapannya. "Ada apa-apa pesanan untuk saya?" Aswad turut terdengar bicara Farisya. Tidak pula talian di matikan. Dirinya ingin terus mendengar akan suara itu. "Tak ada pula puan. Tapi, yang ini untuk puan," Farisya sedikit tersentak sebelum tersenyum. Aswad menanti riaksi Farisya. Begitu juga Hamiza yang berada di hadapan Farisya. "Ok," Farisya mengambil jambangan bunga sambil berlalu menuju ke biliknya. Sedikit pun tidak menghiraukan renungan Hamiza seakan ingin tahu.
"Abang, adik nak letak dah ni. Nasib baik kak Hani tak perasaan," Hamiza bersuara perlahan. Tiada jawapan. "Abang!" ulangnya lagi. Kali ini sedikit tinggi suaranya. "Hmm." "Dengar tak apa adik cakap tadi?" "Dengar," "Dah tu, kenapa tak jawab. Berangan la tu. Adik nak letak dah ni," "Ok," Aswad menjawab pendek lalu meletakkan ganggang talifon di tempat asalnya.
**********
Farisya merenung jambangan bunga yang terletak elok di hadapannya. Jika tadi hatinya berbunga riang, kini tidak lagi setelah membaca kad yang di hantar bersama jambangan bunga. Dirinya mengandaikan jambangan itu datang dari suaminya. Tetapi, baru semalam Haziq terbang ke Indonesia untuk berbincang mengenai projek-projek usaha sama Kembara Holding dan syarikat dari Timur Jawa.
Aku sentiasa mengejar mu….
Farisya bersandar di kerusi. Pantas ingatannya mengimbas apa yang berlaku ketika di kampus. Mengapa baru sekarang pengirim itu timbul kembali. Tulisan yang sama. Farisya mengamati akan tulisan tangan yang tertera pada kad. Farisya tidak mengambil pusing akan jambangan bunga itu. Ringan saja tangannya memasukkan jambangan itu ke dalam tong sampah. Tidak lagi memandang.
Farisya meneruskan kerjanya. Sejak kebelakangan ini, banyak pembekal ingin menarik kembali kontrak mereka. Ada kalanya di atas alasan yang tidak munasabah. Puas di siasat mengapa kebanyakan kontrak dari pembekal hanya bertahan selama dua tahun. Beberapa kontrak yang lepas di semak.
Memang tiada apa yang kurang. Semuanya nampak biasa. Tetapi mengapa mereka enggan menyambung kontrak. Agak menyukarkan untuk mencari pembekal yang lain dalam tempoh waktu yang terhad. Silap-silap boleh terhenti segala projek-projek yang sedang di jalankan.
"Buk! Kok di buang ni? Jangan dong," Farisya menoleh. Kelihatan seorang pencuci pejabat merenungnya. Seorang gadis warga Indonesia yang menumpang mencari rezeki di bumi Malaysia menuding ke arah tong sampah. "Buang sajalah Sutin," arah Farisya lalu kembali merenung monitor di hadapannya. "Cantik banget ni buk. Saya ambil ya buk?" "Ambil la Sutin. Saya tak marah pun. Paling kuat pun saya akan letak dekat dalam tong sampah," sikit pun Farisya tidak menoleh. Sutin kelihatan gembira. Seakan dirinya yang mendapat bunga dari kekasihnya.
"Awak nak buat apa dengan bunga tu Sutin?" Farisya menyandarkan tubuhnya. Matanya tidak terlepas dari melihat Sutin melakukan kerja. Gadis yang cacat sebelah kaki, mencuba nasib di rantau orang. Hanya itu yang Sutin mampu lakukan untuk membantu keluarganya yang terlalu daif satu tika dulu. Sejak Sutin bekerja di Malaysia, nasib keluarganya semakin berubah. Adik-beradik Sutin juga ada yang bekerja di sini.
"Ya di simpan buk. Baunya juga wangi kok. Sayang kalo di buang gitu aja. Boleh bikin kamar saya berbau harum buk!" tambah gadis itu lagi. Farisya tertarik dengan kecekalan yang di miliki oleh Sutin. "Sampai bila kamu nak simpan?" Sutin tidak berhenti dari melakukan kerjanya. Namun pertanyan dari Farisya tidak di biarkan tanpa jawapan.
"Sampei kering. Lepas itu, saya buat seperti itu…apa ..kembang potpori. Gitulah," Farisya tersenyum mendengar jawapan Sutin. "Pandai ke kamu buat bunga potpuri tu?" Sutin tersengih menghalakan wajahnya kepada Farisya. "Enggak bisa buk. Ngelihat aja dalam tv," Farisya menggeleng sambil tersenyum. "Ini betul mau di buang?" soal Sutin sekali lagi kepada Farisya. Kakinya sudah berada di hadapan pintu. "Ambillah Sutin," Sutin terus berlalu sambil melangkah keluar dari bilik Farisya. Bunga pemberian Farisya terletakkan elok di atas trolly.
"Sutin!!..sekejap," Hamiza melangkah ke arah Sutin. "Ada apa buk?" soal Sutin apabila terdengar namanya di panggil Hamiza. "Kenapa bunga ni ada dekat awak?" Sutin melirik kepada sejambak bunya di atas trollynya. "Buk Farisya itu yang kasi sama saya," Hamiza tersentak. Diam seketika. Di fikirannya berlegar-legar bermacam andaian. Yang pasti, bunga itu bukanlah dari suami kepada ketuanya. "Buk? Kok diam," Hamiza hanya tersengih. "Tak ada apa-apalah. Pergilah sambung kerja awak," arah Hamiza. Sutin yang tidak memahami akan apa-apa terus saja melangkah meninggalkan Hamiza.
emmmm...writer.... ad sambungan lg x????........... syarikt mne y jd penerbit klu dh di cetak???....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
emmmm...writer....
ad sambungan lg x????...........
syarikt mne y jd penerbit klu dh di cetak???....