BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 30, 2009
Novel : Pelukan Cinta 7, 8
Nama Pena : Amisha Dania

BAB 7
Zulaika Husna bergolek resah diatas katilnya. Sakit yang dialami tidak terbendung rasanya. Sekejap lagi dia ada kelas. Linguastik pulak tu. Adoi. Miss Hawa yang garang tu tentu akan sedar jika dia tidak hadir.
" Kau kenapa ni Ika. Peluh jantan keluar ni. Sakit ke?" Salmiah yang baru keluar dari bilik air menegur Zulaika.
"Perut aku ni….sakit betul." Berkerut-kerut mukanya menahan sakit.
"Ada kelas tak ?"
"Ada….Miss Hawa punya kelas pukul dua nanti." Bergulung Zulaika di atas katilnya.
"Masak tu kalau kelas Miss Hawa. Jadi lepat kau nanti kena lenyek dek dia. Tapi kalau dah sakit nak buat macam mana pulak? Pergi kelinik lah Ika. Aku panggil cab nak?" Salmiah mengesyorkan.
"Nak berjalan pun sakitlah Mia, macamana nak naik cab. Kau boleh temankan aku ke?" Suara Zulaika perlahan.
"kau tunggu ek, aku cari resque. Sapa-sapa ajelah yang aku dapat cekup. Aku tak dapat teman kau, ada kuiz. Tunggu….." Salmiah berlari-lari anak turun dari asramanya. Mujur baik asramanya dekat dengan kafe yang selalu menjadi pot tempat lepak pelajar-pelajar kolej mereka. Matanya liar mencari wajah-wajah yang boleh diharapnya. Tiba-tiba matanya singgah pada seorang senior yang baru sahaja masuk ke kafe itu. Salmiah capat-cepat mengorak langkah menuju kearah senior tersebut.
"Ehem….petang abang senior, dah abis kelas ke?" Salmiah bertanya, teragak-agak.
"Cakap dengan saya ke?" Armand Danial menunjuk kearah dirinya. Berani budak kecik ni tegur aku, bisik Armand. Macam pernah tenguk muka ‘cute’ ni. Dimana ek?
"Saya Salmiah, abang senior lupa ke? Yang kena jalan itik masa minggu suaikenal hari tu?" Salmiah menjelaskan. Hiss mamat ni lupa ke? Macam ni punya lawa, dia boleh lupa ke?
"Ohh…..hah baru saya ingat. Lupa tadi. Nak minum ?" Armand tersenyum. Baru dia teringat. Ini budak yang digelarnya Sharifah Amani. Kecil molek.
" Eh, saya tak nak minum. Saya nak mintak tolong. Abang senior free tak ni?"
"Tolong apa?"
"Kawan saya sakit perut, boleh tak abang senior hantar dia ke klinik ke , hospital ke, tak kesah lah. Nak panggil cab, dia tak kuat nak berjalan. Saya bimbanglah. Boleh tak abang senior tolong saya? Saya kena handle kuiz petang ni, kalau tidak saya temankan dia…" panjang lebar Salmiah menerangkan.
Armand Danial bingkas bangun. Buku-bukunya yang diletakkan diatas meja, dimasukkan kedalam beg sandangnya. Mujur baik dia belum membuat sebarang pesanan makanan.
"mana kawan tu?" Armand bertanya ringkas.
"kejap ek, Mia panggil dia. Dia kat bilik lagi." Salmiah terus berlari kebiliknya.
Perlahan-lahan dia memimpin tangan Zulaika. Sejuk tangan Zulaika. Armand Danial menghampiri mereka bila dia nampak Zulaika dan Salmiah turun tangga. Dia mengambil beg yang di sua oleh Salmiah.
Armand merebahkan sedikit tempat duduk penumpang disebelahnya. Dia memastikan Zulaika selesa sebelum dia memulakan pemanduanya. Bukan Zulaika sahaja yang berpeluh, dia pun turut sama lenjun. Ini kali pertama dia membawa perempuan naik keretanya. Berdua-duaan. Darurat, apa nak kata lagi. Dah orang minta tolong. Tolong sajalah.
"Nak ke klinik mana ni Zulaika?" Armand memecah kesunyian diantara mereka.
"Abang senior tahu Seri Denai?" Zulaika bertanya lemah.
"Tahu…hospital swasta kan?" Armand meminta kepastian.
"Erm….situ aje lah."
Anak siapa minah ni? Armand bertanya dalam hatinya. Seri Denai, bukan calang-calang orang pergi kesitu untuk mendapatkan rawatan. Pelajar macam mereka rasanya tidak mampu hendak ke Seri Denai . Dia terus memandu.

+++++++++++++++++++++++++

"Encik….doktor nak jumpa" tiba-tiba Armand dikejutkan dengan kehadiran seorang jururawat yang manis didepannya. Armand bangun, mengekori jururawat itu.
"Saya cuma nak maklumkan, Zulaika Husna akan dibedah. Apendiks. Saya difahamkan ibubapanya tidak ada di sini. Dia minta saudara tandatangan surat kebenaran pembedahannya.."Doktor Ariffin menerangkan.
"Er…boleh saya bincang dengan dia sekejap?" Armand tergamam. Bukan kerja senang ni. Keluh hatinya.
‘Boleh. Bilik 101. Sekejap saja ye, kami nak prepare untuk operation." Doktor Ariffin memberi izin.
Armand tergesa-gesa kebilik Zulaika.
"Nurse, can I have a minute with her? Alone?" Armand mengarahkan jururawat yang manis itu keluar secara lembut. Dia menghampiri Zulaika. Serba salah betul rasanya. Zulaika senyum walaupun dalam keadaan menahan sakit.
"Awak…saya minta maaf. Banyak susahkan awak. Awak sain surat tu ek. Untuk kebenaran aje, tak ada apa-apa. Apa-apa risiko, awak tak akan kena tindakan." Zulaika bersuara lembut.
Armand merenung Zulaika Husna. Perasaan yang pernah di alami semasa minggu suaikenal dulu datang kembali. Jantungnya berdengup kencang. Armand tunduk, memberikan sebuah kucupan ke dahi Zulaika Husna.
"Take care. Saya teman awak di sini. jangan risau. Mengucap banyak-banyak dalam hati tu, okey?"
Apabila Zulaika Husna disorong ke dewan pembedahan, Armand termangu-mangu mengenangkan tingkahnya. Kenapa aku cium dahi dia tadi? Dia sendiri tidak faham kenapa dia tegar berbuat demikian. Zulaika pun macam terperanjat tadi, tapi tidak pula dia berkata apa-apa. Malah tindakan Zulaika mencapai jari-jemarinya semasa disorong ke dewan pembedahan menambah sebak dihatinya. Kenapa ek….macam aku ni orang istimewa pula rasanya. Ah…pening.
Armand menuju ke kafe yang terdapat di dalam hospital Seri Denai itu. Perutnya masih belum berisi sejak pagi tadi lagi. Hajat hendak menjamu selera di kafe dalam kolej tidak kesampaian gara-gara Salmiah memintanya menghantar Zulaika ke klinik. Tidak mengapa. Berbaloi juga. Mungkinkah ini titik permulaan hubungannya dengan Zulaika Husna? Sudah sebulan minggu suaikenal berlalu. Sejak itu dia tidak pernah berjumpa mereka. Sebenarnya dia memang mengelak untuk berjumpa sesiapa pun. Dia tidak begitu pandai menjalin hubungan dengan perempuan. Walaupun rakan-rakan sekuliahnya sering mengatakan dia mempunyai pakej yang lengkap untuk memikat seorang gadis, tapi dia tidak merasakan begitu.
Armand makan tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya. Terlalu lapar. Malas dia hendak memerhatikan gelagat orang lain. Selepas membuat bayaran, dia terus menuju ke bilik Zulaika semula. Diketuk pintu bilik Zulaika perlahan. Tidak ada jawapan. Dia membuka pintu tersebut, menjenguk kepalanya. Lamanya…belum siap lagi? Armand masuk. Dia menuju kesofa yang terdapat dalam bilik itu. Dia ingin meluruskan badannya. Sudah tiga jam Zulaika dibawa masuk kedewan pembedahan, cuak juga hatinya. Mata Armand semakin layu. Letih betul dia hari ini. Sesungguhnya penantian itu satu seksaan yang tidak dapat diucapkan. Kegelisahan, keresahan semuanya menjadi satu perasaan yang terlalu sukar untuk dihuraikan. Badannya masih berada didalam wad, tetapi pemikirannya telah jauh merewang entah ke mana. Ya Allah….selamatkan lah Zulaika Husna.

-----------------------------

BAB 8

Armand bermalas-malas di atas katil dalam biliknya. Hari ini dia tiada kuliah. Malas rasanya hendak ke perpustakaan. Walaupun ada kerja yang perlu diselesaikan, badannya terasa lemah sahaja. Ah…biarlah. Naik biul dah mentelaah. Hari ini lepak aje lah, bisik Armand.
" Nah….ni ada surat untuk kau." Rakan serumahnya mengunjukkan sepucuk surat kepada Armand.
Armand mencapai surat tersebut. Dia membukanya lambat-lambat. Membaca isi kandungan surat itu. Armand tersenyum nipis. Jemputan kahwin dari rakannya yang sama-sama menuntut dahulu.
"Hai…..dah sampai jodoh kau Zaki. Alhamdulilah." Armand mengumam sendiri dalam hatinya.
Armand mencapai telefon bimbitnya. Terus jari-jarinya lancar memicit angka-angka pada telefon tersebut. Dia menunggu panggilannya dijawab.
"Assalammualaikum…." Armand menyapa lembut apabila panggilannya dijawab.
"Ika free ke petang ni?" Armand bertanya lagi. Jantungnya sentiasa berdegup kencang apabila mendengar suara Zulaika Husna.
"Pukul lima baru Ika habis kuliah. Kenapa?" Zulaika menjawab lembut. Dia sedang bersiap-siap untuk ke kuliah yang terakhir.
"Habis kuliah, Ika tunggu abang kat guard, boleh? Kita keluar. Dinner luar malam ni. Abang ada hal nak bincang dengan Ika." Armand menyatakan niatnya. Dalam hati dia berdoa agar Ika sudi meluangkan masa untuk bersamanya.
"Okey. Tapi kalau hujan abang jemput kat dalam ye. Kawan-kawan Ika macam mana?"
"Just the two of us, please. Abang tak berapa sihat ni, tak ada mood nak layan mereka lah. Kita aje ye?" Armand memujuk.
"Kalau abang tak sihat, tak payahlah kita keluar. Nanti teruk lagi" Zulaika Husna menyuarakan pandangannya.
Armand diam seketika. Zulaika selalu begini. Kalau diajak keluar, dia pasti akan membawa bodyguardnya yang berdua itu. Satu macam murai tercabut ekor, satu lagi macam budak tak cukup makan. Asyiklah lapar memanjang. Mereka bertiga sebaya, tetapi Zulaika nampak lebih matang. Mungkin kerana dia agak pendiam, tak banyak cakap. Gemar memerhati dan senyum sahaja. Sesekali dia bercakap tu yang buat hati Armand tak tenteram. Darah rasa menyerbu ke mukanya.
"Tak pe lah kalau Ika tak nak keluar." Armand mematikan telefon bimbitnya. Dia mengeluh sendirian.
Telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada panggilan masuk. Armand melihat paparan pada skrin telefonnya. Dia tersenyum. Sengaja tidak diangkatnya. Tahu risau ek. Nasiblah. Panggilan berbunyi lagi. Armand diam sahaja. Biarkan. Kemuadian dia mendengar bunyi pesanan masuk. Dia membaca mesej tersebut.
‘Janganlah merajuk. Bukan Ika tak nak keluar dengan abang. Tak pe lah. Suka hati abang lah….’
Eh eh….dia pula yang nak merajuk. Biarkan. Mesej Zulaika tidak dibalasnya.

Tepat jam lima, Armand sudahpun memakirkan keretanya diluar kawasan kolej Zulaika. Dia masih melekatkan stiker kolej yang membenarkan dia memandu terus ke dalam kolej, tetapi Armand malas. Nanti tentu akan terjumpa dengan junior-junior lamanya. Panjang pula boraknya nanti. Dari jauh dia sudah melihat kelibat Zulaika. Menapak tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan. Tubuhnya yang tinggi lampai, hampir mencecah enam kaki itu merupakan satu tarikan istimewa. Armand sendiri mempunyai ketinggian enam kaki satu inci. Jika mereka berjalan berdua, mereka selalu menjadi tumpuan. Sama cantik, sama padan. Seperti supermodel.
Zulaika menyambut huluran tangan Armand. Dia tunduk mencium tangan Armand. Persis seorang isteri mencium tangan sang suami ketika suami hendak ke tempat kerja. Satu perasaan kasih menular dihati Armand tiap kali Zulaika mencium tangannya. Tidak pernah perempuan dewasa mencium tangannya, selain daripada anak-anak saudaranya. Armand tidak pernah meminta Zulaika berbuat begitu. Tetapi itu lah sikap Zulaika. Manja. Armand senang. Terasa Zulaika adalah miliknya.
Mereka memasuki kereta tanpa bercakap. Beg yang disandang oleh Zulaika diletakkan ditempat duduk belakang. Armand memandu dengan tenang. Dia menunggu, siapa yang akan memulakan percakapan.
"Ajak orang keluar, tapi dia macam patung pulak.."Zulaika membebel dalam hatinya. Wajahnya tetap selamba. "Nak pakai bahasa isyarat ke ni? Dia ni biar betul, penat aku cross country tadi nak cepat sampai, alih-alih dia diam sahaja. Ni aku boring ni." Zulaika mengumam lagi.
Armand memandang Zulaika dari hujung matanya. Tidak jemu dia memandang wajah Pan Asia Zulaika itu. Wajah yang bersih tanpa calitan makeup. Rambutnya yang panjang dan berombak itu diikat tocang satu. Macam headgirl di sekolah menengah dulu. Tiba-tiba Armand menepuk paha Zulaika. Zulaika yang terkejut terus melatah.
"Aiii si bisu dah meraba…mak tolong acik…"
Zulaika menutup mukanya. Malu sungguh rasanya. Armand terhinggut-hinggut menahan tawanya dari pecah. Matanya bersinar.
"Abang ni selalu macam ni. Tak baik tahu. Ika tak sukalah…."
"Acik mana tadi?" Armand mengusik Zulaika. Bibirnya masih mengukir senyuman. Hilang pening kepalanya. Inilah keistimewaan Zulaika. Bila berada dengannya, hati yang walang boleh menjadi tenang. Auranya sangat kuat.
Armand memberhentikan keretanya dihadapan sebuah restoran.
"Yuk, minum dulu, hauslah."
Zulaika Husna memerhati Armand menghabiskan makanannya. "Lapar betul gayanya mamat ni. Sisa aku pun dia kebas. Isyy….tak boleh masuk majlis kalau macam ni."
"Kenapa….tenung semacam aje ni. Muka abang makin ‘handsome’ ke?" Armand bertanya setelah merasakan dirinya menjadi perhatian Zulaika.
"Dah berapa hari abang tak makan? Habis semua, licin." Zulaika memuncungkan mulutnya pada pinggan-pinggan yang telah kosong dihadapan mereka.
Armand tersenyum. Memang dia kebulur hari ini. Dia cuma makan oats sahaja pagi tadi. Tengah hari tadi dia malas keluar. Alah, setakat makan mi kari, tidaklah dikira kaki makan. Belum masuk ketagori pelahap lagi.
"Abang tak ambik lunch tadi, tu yang lapar ni." Armand menerangkan duduk perkara yang sebenar.
"Kenapa, abang dah rasa berat ke?"
"Tak ada lah sampai macam tu. Ika tenguk abang gemuk ke?" Armand memancing pandangan Ika. Janganlah dia kata aku gemuk, masak jadinya ni…Armand mengumam dalam hatinya.
"Abang tinggi, tak nampak besar pun. Okey je macam ni. Gemuk pun tak pa, kurang sikit peminat abang." Zulaika bersuara lembut. Bukanlah dia cemburu, tetapi kadang-kadang pedih juga telinganya mendengar ada yang menyebut nama Armand Danial.
Armand Danial merenung Zulaika Husna. "Bunyi macam cemburu aje. Aisey….dah pandai cemburu ke minah ni? Ini satu perkembangan baru. Selalunya minah ni buat selamba badak aje, hari ni dah pandai melahirkan rasa tidak puas hati pula. Sayang lah tu." Makin meleret senyum Armand.
Baru selangkah mereka keluar dari restoran, tiba-tiba Armand disapa oleh beberapa orang gadis. Armand terkejut.
"Bos….bos kan ni?" Shani setiausahanya menegur.
"Erm….sayalah ni. Tak kerja ke ni?" Armand menjawab malas. Adoi…..hebohlah kat ofis nanti ni. Budak-budak ni bukan boleh percaya sangat. Hobi mereka buat ketupat. Kali ni Armandlah bahan ketupat mereka.
"Eh, kerja bos. Tenguklah jam bos tu. Ofis hour dah habislah bos" Shani bersuara lagi.
"Ermm….lupa pulak saya. Baru keluar ofislah ni? Okeylah ye, saya balik dulu. Enjoy yourselves." Armand mencapai jemari Zulaika, mengisyaratkan bahawa mereka perlu tinggalkan tempat itu.
"Oh ya, lupa pulak. Ini Zulaika Husna, tunang saya. Ika, ni semua staff abang."
"Hai…" Zulaika menyapa lembut. Hatinya rasa bagaikan hendak meletup.
"Bila pulaklah mamat ni meminang aku? Sedap mulut aje mengaku aku ni tunang dia. Mulut tak ada insuran langsung. Aku saman nanti baru tahu" Zulaika bercakap-cakap sendirian dalam hatinya.
"Amboi bos…..bertunang diam-diam aje. Tak jembut pun kami." Shani bersuara. Matanya tidak puas merenung wajah manis tunang bosnya. Tinggi lampai. Sesuailah dengan bosnya yang juga tinggi. Kalau hendak bercakap dengan mereka berdua ni, kenalah mendongak kepala.

Shani, Mariam dan Ratna memerhati bos mereka berpimpin tangan menuju ke kereta. Patutlah bos tidak berapa ramah dengan staf perempuan. Rupa-rupanya bos dah ada awek. Diam aje bos ni.
"kalaulah ada Sherry tadi, mesti dia frust tenguk tunang bos. Cun gila….." Ratna yang diam sejak dari mula tadi tiba-tiba bersuara.
"Aah kan, nampak bahagia betul. Sama padan. Tinggi betul Zulaika tu, macam model. Entah-entah model tak?" Mariam atau Meri pula menyuarakan pandangannya. Sebenarnya dia amat terkejut melihat Encik Armand Danial tadi. Satu ketika dulu dia sendiri pernah menyimpan angan untuk menjadi kekasih Encik Armand. Tetapi lama-lama anganan nya itu dipendamkan sahaja kerana Encik Armand melayan mereka sama rata sahaja. Melihat Encik Armand melayan tunangnya tadi, tahulah Meri Armand ni seorang lelaki yang penyayang. Di pejabat dia seorang yang serius, tetapi melihat tingkahnya bersama Zulaika, ternyata sikapnya amat berbeza.

++++++++++++++++++++++++++++++
"Marah ke?" Armand bertanya apabila mereka telahpun berada didalam kereta. Zulaika diam sahaja. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan Armand itu.
"Sayang marah abang ke ?" Armand bertanya lagi.
Zulaika menggeleng kepalanya. Buntu fikirannya. Dia memang suka kepada Armand, dan dia juga seperti Armand, mengharapkan perhubungan ini akan kekal buat selama-lamanya. Tetapi hakikatnya, mereka masih belum ada apa-apa ikatan. Dia merasa tidak selesa menipu staf-staf Armand.
"Kita nak kemana ni?" Zulaika cuba mengubah topik perbualan mereka.
"Shariman butik. Abang nak cari baju Melayu. Hujung minggu ni kawan abang kahwin. Dia minta abang jadi pengapitnya. Ika ikut abang ye?"
"Kat mana?" zulaika meminta penjelasan lanjut.
"Kat Terengganu."
"Jauhnya…."
"Kawan rapat abang masa belajar kat UK dulu. Ikut ek?"
"Nanti Ika tanya papa dulu. Kalau papa izinkan, Ika ikut. Kalau tak, abang pergilah sorang."
Armand memberikan isyarat untuk berhenti dibahu jalan. Jari-jarinya cepat sahaja mencari nama ‘papa’ yang memang ada dalam simpanannya.
posted by Penulisan2u @ 7:21 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
12 Comments:
  • At 30/11/09 12:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ape sambunganya..
    teruskan usaha..

     

  • At 30/11/09 2:50 PTG, Anonymous nurul said…

    best sgt...
    cpt2 smbg tau.....
    teruskan berkarya.....

     

  • At 30/11/09 3:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xde blog ker.xsabar nak tau sambungannya.

     

  • At 30/11/09 8:05 PTG, Anonymous balqis said…

    mcmana nak send cerpen kat sini? bls ekk...

     

  • At 30/11/09 9:55 PTG, Anonymous Penulisan2u said…

    Balqis. hantar melalui link HANTAR KARYA kat atas tuh. atau melalui email cerpen2u@gmail.com

    penulis hanya menulis di blog penulisan2u.

     

  • At 30/11/09 10:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best juga crita ni...bila ada sambungan?teruskan menulis...

     

  • At 30/11/09 10:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    crita mcm menarik ni............bila ada smbgannya..truskan menulis...siri 1-6 ble baca kt mana..tq..

     

  • At 30/11/09 11:25 PTG, Anonymous Dayah said…

    wah...romantik woo crita dia.. nak baca smpai abis. chaiyok2 penulis.. gudluck pulak tuk penulisan2u..

     

  • At 1/12/09 8:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat-cepat la smabung tak sabar la nk baca..best sangat2 ayat pun sporting ja.heheheeh

     

  • At 2/12/09 12:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    rasa cam best je..mana nak carik yg yg sebelum2 ni..

     

  • At 2/12/09 3:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam semua..nak tanya boleh???saya nk baca yang sebelum2 nie..tapi x jumpa nk cari kat maner..tolong inform yer saper yang boleh tolong tu...trimas...tapi kan..kalau ada blog..tolong2 laa bagi yer...

     

  • At 3/12/09 2:01 PG, Anonymous zaitackey said…

    cri jek dkt nobel bersiri (sblh kiri ni)
    smue ade ")

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group