Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"DUM!DUM!DUM! Wei tengok tu,sekali badak jalan daa.."Kuat jeritan Khairil memecahkan gelak tawa pelajar-pelajar yang sedang berehat."Woi Khairil! Ko jangan nak tunjuk lagak kat sini ek.Ko ingat habis macho la ko buat camtu hah?"Sabar Myra sudah sampai ke kemuncaknya.Dia menyinsing lengan baju sekolahnya seakan mahu berlawan.’Ei,dah lama aku bersabar dengan ko nih.Tunggu la.Hari ni ko akan tahu jugak sape Anis Humaira yang sebenar!’Tawa Khairil dan gengnya semakin rancak.Tiba-tiba tanpa sempat dielak lagi.."DUSH!"Penumbuk sulung Myra dah dilancarkan tepat ke muka Khairil.Terpana Khairil seketika.Kawan-kawannya ape lagi terus gelakkan Khairil yang dah terjatuh tu.Mila dan Farah disebelah pula sekadar melihat dengan gerun.Bimbang akan tercetus Perang Dunia Ketiga.Cepat-cepat Khairil bangun hendak membalas.Baru je dia nak angkat tangan,tetiba je Singa Malaya Sekolah Menengah Sri Intan datang."Khairil,Myra!Datang ke pejabat saya sekarang!Pelajar-pelajar lain,boleh bersurai.Sepatutnya kamu maklumkan pada cikgu.Ini tak,ikut sekali sorakkan.Apela nak jadi dengan budak-budak ni."Pelajar-pelajar kategori nerd masih setia mendengar bebelan Cikgu Zaid.Yang lain,semua dah angkat kaki.Bernanah telinga dibuatnya kalau masih stay kat situ.
"Apa nak jadi dengan kamu berdua? Saya dah tak tahu lagi apa yang nak dibuat.Myra,awak kan pengawas,cubalah jaga perangai awak sikit.Awak gaduh dengan dia pun,apa yang awak dapat?"Myra diam.’bukannya aku suka-suka nak tumbuk si Khairil tu.Kalau dia tak cari pasal,mesti aku tak buat punya!’Suasana di dalam bilik itu sunyi sepi.Myra dan Khairil pula bagai pesalah yang menanti hukuman dijatuhkan."Hemm,baiklah.Disebabkan PMR pun dah semakin hampir dan keputusan Khairil tidak memberangsangkan,saya nak mulai hari ni Myra jadi tutor Khairil.Saya akan pantau keputusan Khairil dari masa ke semasa."Myra memandang Cikgu Zaid tidak berkelip.Dah macam ayam togel berak kapur barus dah muka Myra.Khairil pula tersenyum dan ligat memikirkan rencana yang akan dibuat sepanjang sesi ‘tutor’ nanti.
Sepanjang sesi pembelajaran pada hari itu Myra tidak dapat menumpukan perhatian.Otaknya ligat berfikir apa yang akan diajarkan pada Khairil.’Huh! Buat sesi pertama pada hari ni,aku akan ‘ajar’ dia cukup-cukup.Hehe..hari ni dia akan tau jugak siapa Myra.Oh..kata aku Gorilla ye.Khairil,hari ni Gorilla akan mengamuk!’Tanpa Myra sedari sebatang marker mendarat tepat di meja Myra."Anis Humaira!Saya nak awak ke depan sekarang juga!"Lantang suara Cikgu Samsiah jelas kedengaran.Seisi kelas berpaling ke arah Myra."Kenapa hari ni awak tiba-tiba hilang tumpuan Myra?Saya harap perkara ni takkan berlaku lagi.Awak harapan sekolah untuk peperiksaan kali ni.Saya harap perkara ni tak berlaku lagi.Balik ke tempat awak"Tegas nada suara Cikgu Samsiah namun cukup menggetarkan hati Myra.’Fuh.Nasib aku la mood cikgu baik hari ni.Kalau tak,jadi pencuci tandas tak bergaji la jawabnya.Ni semua sebab si Khairil tu.’
Tepat jam dua,usai mengerjakan solat Zuhur Myra sudah setia menanti Khairil di Pojok Baktidiri.Mungkin nama tempat itu kedengaran sedikit pelik.Tapi,tempat itu menjadi tempat yang sangat berguna buat pelajar-pelajar SM Sri Intan.Tiba-tiba Myra terlihat kelibat Khairil di padang bola."Khairil!Cepat sikit.Apa lagi yang awak buat kat sana tu? Dah berjanggut saya tunggu awak tahu tak?"Laung Myra.Sengaja volume suaranya dinaikkan ke tahap tertinggi."Woi badak! Kalau kau ingat aku akan ikut cakap kau dan nasihat orang tua botak tu,tolong sikit ek.Ni Khairil la.Dah la gemuk! Tak sedar diri ke wei?Ingat aku nak ikut cakap kau kot."Tergamam Myra mendengar kata-kata Khairil.Kalau bukan difikirkan soal amanah,sudah lama dia pulang ke rumah.Hati kecil Myra terusik dengan kata-kata Khairil yang jelas mengundang luka.’Tak pelah.Aku sedar aku siapa.Tapi,kau tak payah la cakap macam tu’Tanpa memikirkan apa-apa,Myra terus beredar dari situ.Perlahan-lahan dia menuju ke arah basikalnya.Myra mengayuh basikalnya dengan laju.Hati yang terusik dek kata-kata Khairil dibiarkan terluka.’Ah!Tak guna aku menangis.Dia tak kan berubah.Aku yang akan berubah!’Azam Myra dalam hati.Setibanya di rumah dia disambut dengan kucupan mesra ibunya."Anis dah makan ke?Kalau belum,marilah.Ibu temankan Anis makan ya!"Jelas suara Puan Lily yang penuh dengan kasih."Takpelah bu.Lagipun,Myra dah makan di sekolah tadi.Oh ya!Sebelum Myra terlupa,mulai hari ni Myra kena balik lambatlah bu.Myra ada kelas tambahan."Myra cuba berdalih bagi mengelakkan ibunya mengetahui peristiwa yang berlaku di sekolah tadi."Kalau macam tu,takpelah.Senang hati ibu Anis dah bagitahu awal-awal.Takdelah ibu nak risau sangat kan?"Puan Lily segera berlalu ke dapur bagi menyiapkan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.Myra pula menapak anak tangga menuju ke biliknya di tingkat tiga.Sengaja dia memilih bilik di atas dan berhadapan dengan taman.Sejuk pemandangan katanya.
Selepas menukar pakaian,Myra merenung sebentar refleksi wajahnya di dalam cermin.Hati kecilnya mula membuat penilaian.Tidak dinafikan,wajah Myra cukup cantik walaupun dia ‘comel’.Kulit wajahnya mulus tanpa sebarang jerawat yang suka membuat setinggan.Anak matanya yang berwarna kecoklatan jelas menambahkan keanggunan wajahnya.Tapi,bila je turun ke bawah,dapat dilihat dengan jelas lemak-lemak degil yang susah nak keluar walaupun ditonyoh dengan berus dawai.Myra melepaskan keluhan berat.Tidak dinafikan,sebagai anak bongsu dan anak perempuan tunggal Myra sering dijamu dengan hidangan yang bukan saja dapat menaikkan nafsu makannya.Malah berat badannya!Alasan ibunya,supaya Myra sentiasa sihat.’Tapi bu,Myra dah terlebih ‘sihat’ ni!Sampai malu Myra diejek di sekolah’Myra tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Bukan Myra tak pernah berdiet,tapi nafsu makannya kembali meningkat apabila ibunya memasak makanan kegemaran Myra,Buttered Crab.lepas tu,mulalah Myra dileteri ibunya.Katanya Myra masih muda,tak perlu berdiet.Bila besar nanti,pandailah Myra jaga badan!Akhirnya,Myra jadi putus asa dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengurangkan berat badan.
Keesokan harinya,Myra bertolak awal ke sekolah.cadangnya mahu menelaah sedikit pelajaran sebelum ujian yang akan diadakan oleh Cikgu Hafiz.Bukan dia tak tahu,soalan-soalan Matematik Cikgu Hafiz selalunya berdasarkan KBKK.Naik pening dibuatnya jika tidak difahamkan betul-betul.Tidak disangka-sangka Khairil datang lebih awal dan menunggunya di dalam kelas."Woi Myra!Aku nak mintak tolong dengan kau ni."Myra sedikit kehairanan dengan permintaan Khairil.Selalunya,tidak pula si Khairil berkelakuan begini."Insya-Allah.Kalau boleh aku cuba usahakan."Khairil tersenyum mendengar jawapan Myra."Aku nak kau siapkan semua homework Sains aku.Lagipun,kau kan pandai!Tapi kau ingat,kalau ada jawapan yang kau buat salah atau kau cuba bagitahu cikgu,siap kau!Esok,basikal kau akan ada kat kedai besi buruk la jawabnya."Khairil meninggalkan Myra terpinga-pinga di tempat duduknya.Masakan tidak,pagi-pagi lagi sudah diasak dengan ugutan Khairil."Assalamualaikum.Myra,kenapa awak termenung sorang-sorang?Tadi Khairil buat apa?Dia kacau awak lagi ek?"Adam yang baru tiba melabuhkan punggung di tempatnya yang berhadapan dengan Myra.Hanya dia kawan lelaki yang rapat dengan Myra."Takdelah Am.Aku ingat nak buat study group la.Lagipun,exam dah nak dekat kan?Apa kata kita tolong kawan-kawan yang lemah?Boleh jugak tambah pahala."Myra sekadar melemparkan senyuman buat Adam.Dia sahabat Myra yang paling akrab dan memahami Myra.Mungkin kerana citarasa mereka yang sama."Ehem.Cik Myra,adakah awak masih berpijak di bumi yang nyata?Saya setuju dengan cadangan awak.Kita mulakan petang ni boleh?"Myra mengangguk perlahan sambil tangannya lincah menyiapkan kerja Khairil yang tertangguh.
Boleh tahan la cita ni.. baru episode pertama kn? So,jln cita yg sbnr masih x nmpk lg..but it's okay lorh~ p'lahan-lahan ^^ cerita ni pun dh nmpk menarik~! Truskn!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
jht la khairil tuuu...
grm sy bace ctr nier..
btw..ctr nier besh..
keep it up..