Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SCHA memerhati handphone di tangan yang berbunyi, nama Badrul di skrin direnung lama. Tiada hati mahu menjawab panggilan itu. Beberapa saat,nada itu berhenti. Seketika kemudian,handphone berbunyi lagi. Masih orang yang sama. Sama seperti tadi,dibiarkan nada berhenti sendiri. "Kenapa tak jawab call tu?" Soal Diya yang muncul dari belakang. Scha tersentak,diurut-urut dadanya yang berdebar. "Aduh.. Terperanjat aku! Abang mana?" Soal Scha tanpa menjawab soalan sepupunya. Bimbang juga kalau abang nya tahu dia bermain handset ketika bekerja. Mahu sekarung kena beleter nanti. "Abang dah balik,jangan risau lah!" Jawab Diya,dia menarik kerusi di sebelah Scha lalu melabuhkan punggung. "Bad apa cerita,hah? Lama tak nampak dia." Soal Diya tiba-tiba. Macam tahu-tahu je dia ni! "Ntah! Tadi call,tak jawab." Jawab Scha acuh tak acuh. Handset ditangan dimain-mainkan. "Apasal tak jawab?" "Ntah,malas la!" Jawab Scha,ringkas. "Gaduh ke?" Diya menyoal lagi. Scha sekadar menggeleng kepala. "Dah tu?" "Sibuk la kau ni." Scha cuba mengelak,dia tak mahu terus disoal. Punggung diangkat perlahan dari kerusi. "Kalau ada masalah,beritahu la aku. Yang raya tahun depan korang plan nak tunang tu,apa cerita dah? Tak jadi? Kau jangan,kali ni dah tiga empat kali dah kau kecewakan dia. Kau nak buat hal lagi?" Diya membebel panjang. Scha kembali duduk. Dia termenung seketika. "Aku tak nak buat macam tu dah,aku kesian kat dia. Tapi,ntah la! Aku tak suka tau rasa macam ni.." "Rasa apa? Tawar hati?" Pintas Diya. Scha renung wajah sepupunya. Diya seolah memahami gadis itu. Dia menarik nafas panjang. "Yang kau minta dia ‘ikat’ kau buat apa? Kau sedar tak yang kau dah mainkan perasaan orang yang betul-betul sayangkan kau?" Sambung Diya lagi. Scha menunduk wajah merenung handset. Dia benar-benar bingung! Betul kata Diya. Kerana terluka dengan insan yang aku sayangi,tanpa berfikir panjang aku minta Badrul mengikat tali pertunangan akhir tahun hadapan. Kini bila insan yang aku sayang kembali semula ke pangkuan,aku berpaling tadah! Janji pada Badrul serta merta lenyap! Aku tidak berlaku adil! Jemari mulus milik Scha,disentuh. Dia memanggung kepala. Diya mengisyarat mata pada sepupunya. Scha berpaling ke belakang. Berdegup jantungnya tatkala melihat Badrul sedang melangkah memasuki restoran tempat dia bekerja! Lelaki itu melemparkan senyuman padanya dari jauh.
Scha berjalan berhati-hati sambil membawa minuman ditangan. Senyuman yang diberi pada lelaki itu ikhlas, tetapi tidak seperti lima tahun lepas. Kalau dulu,hatinya berani mengungkapkan kata cinta pada lelaki itu,kerana sikapnya yang menyenangkan. Hingga sekarang sikap lelaki itu masih sama. Tetapi hatinya pula yang berubah. Sejak dia mengenali Rizwan dua tahun lalu,hatinya mencintai lelaki itu pula! Tambahan pula kerana salah faham antara dirinya dengan Badrul dua tahun lepas membuatkan dia mula tawar hati pada lelaki itu. Tapi, bagi Badrul,hatinya hanya ada gadis bernama Schazlin. "Duduk la dulu." Pelawa Badrul sambil mengeluarkan kerusi dari bawah meja lalu di letakkan di sebelahnya. Scha menurut kata lelaki itu. "Apa khabar?" Badrul berbasa basi. "Okey je." "Bad call kenapa tak jawab?" Badrul terus kepada hajat hatinya. Hampir sebulan gadis itu berdiam diri. Kerana buntu dan bimbang,dia sampai kesini. "Saja.. nak tengok datang cari orang ke tak." Jawab Scha, lancar walaupun hatinya tidak beralasan begitu. Badrul senyum lebar. "Sekarang Bad dah cari. So,sebab tu aje?" Soal Badrul,di renung wajah manis gadis kesayangannya. Scha senyum kelat. Bukan sebab itu je,Bad! Kalau kau tahu sebab yang sebenarnya,pasti kau akan lebih kecewa! "Bad nak beritahu,lusa Bad akan ke KL. Bad dapat tawaran kerja tetap,technishen." Ujar Badrul lagi. "Oh ye ke? Bagus la. Nanti kerja baik-baik la." Pesan Scha. Dia seolah-olah terpaksa melayan lelaki itu. Mindanya kini pada Rizwan!
2
"INGAT tau,sayang. Tunggu Bad ye. Tahun depan, insyaALLAH kita bertunang." Masih berlegar-legar kata-kata Badrul ditelinganya. Mata hitamnya merenung tajam siling bilik tidurnya. Sesaat kemudian,mindanya beralih pada Rizwan. Akhirnya handset dari bawah bantal dikeluarkan. ’Assalamualaikum..’ SMS dikirim pada Rizwan. Hampir dua minggu tiada khabar dari lelaki itu. Kenapa aku masih mengharapkan dia? Duhai hati! Apa yang kau mahu? Dia seolah-olah kembali mengabaikan aku! Inikah balasan atas apa yang aku lakukan pada Badrul? Setiap hari aku rindukan kau. Setiap hari juga aku abaikan Badrul! Kerana kau! Ya ALLAH.. Bantulah aku. Terlalu seksa aku nak menahan perasaan ini. Apa harus aku lakukan. Dalam diam,dia menangis sendirian. "Oit! Dah bangun,belum?" Soal Diya yang tiba-tiba masuk ke biliknya. Cepat-cepat tangannya menyapu air mata yang berlinang. Malu aku kalau Diya tahu! "Siap-siap la,kita pergi shopping!" Diya bersuara lagi lalu meninggalkan Scha yang masih berbaring.
Diya melirik pada sepupunya di sebelah. Scha termenung jauh ke luar tingkap. Sedikit sebanyak,dia tahu apa yang difikirkan gadis itu. "Kau nangis tadi,erk?" Diya memulakan bicara. Tadi,dia tahu Scha sedang menangis. Sengaja dia tidak mahu menyoal saat itu. Scha berpaling pada gadis berkulit cerah itu. Tanpa bicara,Scha mengiakan telahan Diya. "Pasal Bad? Ke Wan?" Soal Diya lagi. Matanya tertumpu ke hadapan. "Wan.." Jawab Scha,sepatah. "Dia dah tak contact kau lagi?" Diya meneka. Scha menjungkit bahu. Dia sendiri bingung,Rizwan tak ubah seperti musim. Adakala dia muncul,adakala dia hilang entah ke mana! "Scha..Aku dah cakap awal-awal lagi dah. Wan Cuma main-mainkan kau je. Kenapa kau percaya lagi cakap dia? Aku tak suka tengok kau macam ni. Kau tu cantik,apa nak heran sangat Rizwan tu? Badrul bukan main setia dengan kau,apasal susah sangat nak cintakan dia jugak?" "Lagi! Cintakan dia lagi." Scha mencelah. "Kau cakap senang,beb. Kau boleh cintakan seseorang untuk kali ke berapa ntah?" Sambung Scha lagi. "Habis,Wan? Kau boleh je? Dah berpuluh kali kau cintakan dia,kan?" Diya memulangkan paku buah keras. "Dah la,please!" Scha meninggikan suara. "Kau ingat aku suka ke macam ni? Hati aku dah tak larat nak teruskan macam ni. Kau tak pernah rasa,senang la kau nak salahkan aku!" Suaranya terketar-ketar menahan marah. Diya membisu. Stereng kereta dipegang kemas,geram. Bukan geram dengan bertakkan sepupunya,tetapi geram dan marah dengan lelaki yang mempermainkan hati dan perasaan sepupunya ini. "Aku ingat,kau mintak mak kau berdoa la untuk kau ni. Aku tengok dah teruk sangat,pelik sangat cara kau cintakan Wan ni. Mana tahu dia ada buat apa-apa kat kau ke, main ilmu-ilmu hitam ni,kau jangan!" Diya bersuara semula setelah lama mereka membisu. "Hish! Aku tak rasa macam tu lah. Tapi,kalu betul pun.." "Haa,siapa tahu kan!" Diya mencelah. Scha diam,berfikir. Dia tidak percaya dengan tekaan Diya tentang ilmu hitam,tetapi dia terfikir ada betulnya kata Diya. Minta doa dari mak!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bese jer..cinta dua alam maaa....