Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
BEBERAPA buah kotak sederhana besar diletakkan di kawasan pembakaran. Kotomi mengeluh kuat. Dia mengesat peluh yang menitik di dahi. Dia mendongak. Matahari masih setia memancarkan sinarnya. Kotomi melabuhkan punggungnya di atas rumput yang tumbuh menghijau. Sedang dia seronok mengelamun, dia merasakan sesuatu yang sejuk ditekapkan di pipinya. Kotomi segera mendongak. Wajah Kira menyapa matanya.
" Apa?" tanyanya malas.
Kira tersenyum. Setin jus oren yang sejuk ditujukan kepada Kotomi. Kotomi mencapai tin minuman itu lantas meneguknya rakus. Tekaknya telah lama kering. Sebaik sahaja dia pulang ke Haru Mansion dan mandi, dia terus ke bilik bacaan Kira untuk memulakan tugasnya. Kotomi juga tidak sempat makan apatah lagi minum.
" Terima kasih," ucap Kira.
" Untuk apa?"
" Tolong aku kemaskan semua ni."
" Walau apapun, saya kena laksanakan juga apa yang awak arahkan. Awakkan tuan muda saya," katanya perlahan. Kotomi menguis rumput dengan hujung kasutnya. Kira menjentik dahi Kotomi.
" Apa?" tanyanya marah. Dia mengusap dahinya yang pedih dijentik Kira.
" Jangan cakap macam tu, budak kecil. Nanti ada yang kena jentik sekali lagi. Suka betul cakap macam tu." Kira ketawa. Kotomi mendengus. Dia mendongak ke atas. Langit hari ini kelihatan biru jernih tanpa dilitupi awan. Matahari juga bersinar terang. Angin bertiup lemah menyapa pipinya.
" Kau tak nak sertai acara pentas ke?"
Kotomi menggeleng. " Saya lebih suka kerja di belakang pentas. Saya bukannya jenis orang yang boleh berdepan dengan khalayak ramai. Baru berdiri atas pentas dua saat, sedar-sedar je terbaring atas sofa."
" Kau boleh cuba."
" Tak nak!"
" Betul ke? Nanti aku daftar nama kau untuk acara nyanyian," usik Kira.
" Tak nak!" Kotomi memeluk lututnya, menyembunyikan wajahnya daripada pandangan Kira. Kira menarik lengannya.
" Betul ke? Kau tak nak jadi duet aku untuk nyanyian? Kalau kau nak, aku akan daftar nama kita berdua," usiknya lagi. Kotomi pantas menggeleng. Tingkah Kotomi hampir membuatkan Kira ketawa.
" Tak nak! Saya cakap tak nak, tak naklah."
Kira ketawa.
" Budak ni nak aku pengsan atas pentas ke?" gumamnya perlahan, namun dapat ditangkap oleh telinga Kira. Kira ketawa dalam hati.
" Jom," ajak Kira tiba-tiba. Kotomi mengalih pandangannya ke arah Kira. Dahinya berkerut.
" Ke mana?" tanyanya. Nak ajak aku ke mana pulak ni?
" Ke dapur, nak? Kau belum makan lagi, kan?"
Sebaik sahaja Kira menghabiskan ayatnya, Kotomi segera tersenyum lebar. Perutnya sudah ingin menyanyi sumbang sejak dia pulang dari sekolah lagi. Kotomi mengangguk.
" Nak," kata Kotomi sepatah tanpa berfikir apa-apa lagi.
Kira ketawa dalam hati. Nampaknya, Kotomi betul-betul lapar. Mana tidaknya, gadis itu masih belum sempat menjamah makanan lagi setelah pulang dari sekolah. Kira menggamit Kotomi menuju ke dapur. Dia benar-benar selesa berdampingan dengan gadis bertubuh kecil itu.
MAK CIK INOUE mengeluarkan sebiji kek coklat lembap dari peti sejuk. Kek itu dihidangkan di atas meja. Pisau diambil dan dia memotong kek itu lantas diletakkan di atas piring. Kira segera mencapai piring itu dan menyuap kek itu dalam mulutnya.
" Tuan Muda Kira dah lama tak makan kek yang mak cik buat, betul tak?" tanya Mak Cik Inoue disertakan dengan senyuman.
Kira mengangguk. " Saya betul-betul sukakan kek ni, tapi saya tak sampai hati nak suruh mak cik buatkan saya kek ni."
" Kalau tuan muda nak makan, cakap je pada mak cik. Bukannya susah nak buat kek ni. Kotomi, kamu pandai buat kek atau pastri?" Mak Cik Inoue mengalihkan pandangannya ke arah Kotomi pula. Kotomi tercengang seketika. Lambat-lambat dia mengangguk.
" Kamu pandai buat kek apa?"
" Err... kek buah-buahan segar, kek strawberi dan kek keju. Tapi, saya lebih suka buat kek keju," kata Kotomi gembira.
" Esok tolong mak cik buat kek, boleh?"
" Erk?"
Kira yang diam sahaja dari tadi, menyampuk. " Tak payahlah mak cik, nanti tak pasal-pasal pulak saya masuk hospital sebab kena cirit-birit," kutuknya. Dia tersenyum sinis. Kotomi mengetap bibir.
" Tuan muda, tak elok tuan muda cakap macam tu," tegur Mak Cik Inoue. Wanita itu bimbang sekiranya Kotomi terasa hati walaupun dia tahu anak muda sekadar ingin bergurau.
" Tak ada apa-apalah, mak cik. Lebih baik mak cik buat sendiri je kek tu. Saya tak nak masuk hospital esok."
" Tuan muda," tegur Mak Cik Inoue lagi. Kira tersenyum.
" Betullah apa yang saya cakap. Mak cik nak ke masuk hospital sebab kek budak kecil ni? Dahlah kecil, entah-entah kek yang dia buat tu masam ke, terlampau manis ke. Kita mana tahu," kutuk Kira lagi.
" Awak!"
" Apa?" tanyanya selamba. Kira buat bodoh. Dia terus menyuap kek ke mulutnya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kotomi melihat kek yang masih belum dimakannya. Sesuatu terlintas dalam kepalanya. Kotomi tersenyum sinis. Dia terus mencapai piring dan...
" APA yang berlaku?" tanya Fuyuki tiba-tiba. Dia memandang ke arah kembarnya. Miyuki berhenti daripada melakukan kerjanya.
" Kenapa, Fuyuki?"
" Aku dengar suara orang menjerit. Dari dapur agaknya," kata Fuyuki. Sebentar tadi, dia mendengar suara orang menjerit. Tetapi, dia tidak dapat mengagak suara siapakah itu.
" Mungkin ada orang menjerit sebab jumpa tikus atau lipas kot?" teka Miyuki.
" Tikus dan lipas ada ke menghuni kat rumah ni? Sepanjang berbelas-belas tahun kita tinggal kat sini, tak pernah lagi aku jumpa binatang-binatang tu," kata Fuyuki lagi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut.
" Betul jugak cakap kau," kata Miyuki. Mereka berdua sama-sama menoleh ke belakang, melihat ke arah dapur.
haha... ni mesti ikut citer Jepun 'Atashinchi no Danshi' kan? ada nama Inoue... saya suka drama tu! ada Mukai Osamu...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
jemputlah ke blog hana