Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Pada 6/11/2009, malam itu, perbincangan tergempar 3 sahabat mencapai satu kata putus. "Ok..set..malam ni kita bertolak jam9.30..hows the plan?..bincang tentatif sikit.." Farul memecahkan suasana hening selepas Hafiz memberitakan perubahan waktu bagi ziarah neneknya yang bakal menyambut seruan Illahi dan melaksanakan salah satu dasar dalam rukun Islam.
"Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (QS 3:97)
"Islam itu didirikan atas 5 dasar, bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan Sholat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah, dan berpuasa Ramadhan." (HR Bukhori dan Muslim)
"tak yah la Farul, kang tengah malam baru sampai, ana salah faham tadi..ana fikirkan dorang bertolak jam 3 petang..sekali cek balik, jam 3 pagi rupanya.."
Pengembaraan yang pada mulanya dirancang untuk bertolak selepas subuh pada keesokan hari diawalkan pada malam itu juga. 3 sahabat yang terdapat tujuannya masing-masing dalam pengembaraan ini, namun tetap diikhlaskan atas niat yang satu, "Maradhatillah"..Redha Allah atas seorang cucu kepada neneknya, seorang adik kepada kakaknya dan seorang abang kepada adiknya yang sentiasa ingin dijaga serta diperkuatkan lagi ikatannya kerana mereka tahu atas tanggungjawab diri mereka kepada ahli keluarga agar kelak, dengan tujuan yang satu, ingin membimbing keluarga dicinta ke arah Cinta Allah di Syurga kelak bagi memenuhi ciri-ciri seorang mukmin yang banyak digariskan Allah di Quran Nur Karim.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. " (QS 66:6)
1. Hafiz = Ziarah Nenek di Sungai Buloh yang ingin ke Makkah. 2. Farul = Ziarah Kakak di Shah Alam yang bakal menjalani peperiksaan akhir Sarjana Muda. 3. Zainul = Ziarah Adik di Klang yang bakal menghadapi SPM.
"ala Hafiz, tenang ja, kita kan ada 3 driver, tukar-tukar ja la, no hal punya, insyaAllah sempat punya..so malam ni, ana akan drive dulu, sampai kat Tapah nanti Hafiz yang bawa, Zainul, antum esok baru drive, mata antum kan ibarat "lensa camera 0.5 MP pada malam hari tanpa flash".."
Mereka bertiga gelak bersama namun dikawal ketawanya agar tidak menjadi penyebab hati bertambah keras..Farul cuba ceriakan suasana bagi menghiburkan hati Hafiz yang berasa bersalah atas perubahan tentatif akibat kesalahan dirinya.
"dah-dah, sekarang kita packing lu siap-siap, stock makanan jangan lupa, penghilang ngantuk di kala malam..bantal bawa la banyak-banyak..selesa sikit tidur..sleeping bag apa semua..kita prepare for the worse, takut-takut terpaksa bermalam di mana-mana..apa nama kembara kita ni..julung-julung kali diadakan ni.."
Farul tahu lisan yang keluar dari mulut Hafiz tidak seiring kehendak di hati. Jelas kelihatan di raut wajah sahabatnya itu yang ingin sangat berjumpa dengan nenek kesayangannya. Hafiz yang merupakan cucu paling tua dalam keluarganya dan banyak berkongsi tempoh kehidupan waktu kecil bersama neneknya sudah pasti ingin bertemu neneknya yang bakal melakukan satu perjalanan yang jauh dan pasti terselit sedikit dalam hati kegusaran atas keadaan nenek di Makkah nanti.
"hah..apa nama........ini baru bujang namanya..ni bertambah semangat wat aktiviti yang jarang sempat kita buat.."
Suara zainul jelas menambahkan keceriaan di suasana malam itu. Ditambah gelagatnya yang memang sentiasa ceria membuatkan hati terisi dengan ubat kesedihan dan kesepian. Namun pasti, ceria sentiasa ada tempatnya, jika dalam keadaan yang memerlukan keseriusan dan penekanan, pasti, itulah yang sebaiknya.
"Kembara....Bujang.....Lapok...amacam...lawa juga nama program kita ni..dah tiga-tiga bujang..apa lagi..deal?"
"Wah...Farul kalau part bagi nama ni, dia la, hari tu DAGER dia yang bagi nama, fikirkan apa la nama program DAGER ni, rupanya Dauroh Generasi Rabbani"
"mestila..nama kena GRAND....baru semangat sikit..Hafiz amacam..ok tak ngan nama tu?"
"Ok jer..asif ya khi..disebabkan ana, kena bertolak tengah malam ni..Jazakumullah ya..insyaAllah.."
"lar..touching pula..kena pasang lagu instrumental ESQ yang Track 6 ni.."
"apa la zainul ni..biar la budak sorang ni luahkan..dari tadi ana tengok dia nak bersuara..touching pun touching la..insyaAllah..ukhwah yang didasari atas keimanan akan mampu mengatasi kepentingan diri kita sendiri..syukur sangat kan..berbeza jika kita berkawan dengan kawan-kawan yang hanya berkawan ngan kita atas ada kepentingan yang ingin dipenuhi..itu bezanya ukhwah di landasan keimanan..sehinggakan Iman Ash-Syahid Hassan Al-Banna mengibaratkan Iman dan Ukhwah ibarat permukaan duit syiling yang amat rapat..moga-moga..ukhwah kita mampu seperti para sahabat Rasulullah s.a.w...bahkan ukhwah para mujahidin..ana hari itu tersentuh bila Murobbi ana menyampaikan perihal Hassan Al-Banna yang sanggup mendahulukan ikhwannya dirawat ketika mereka berdua tiba di pusat rawatan, sedangkan dirinya dah ditembusi berapa das tembakan..tahap ukhwah tertinggi atas dasar Cinta kepada Yang Maha Damai, yang mendamaikan hati-hati saling berukhwah sesama mereka..subhanallah.."
"InsyaAllah..semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga kelak.."
"ok-ok..dah..kalau nak layan suasana romantik ni..alamat time tahajjud la kita sampai kang..ok..mari..agar semangat sikit..atas dasar ukhwah.."
"Kembara"......."Bujang"........."Lapok"...
3 sahabat saling menyahut 3 perkataan diiringi tangan saling dilapisi antara satu sama lain..
"ok..dah jam 9.10 dah ni..packing cepat..Laptop nak bawa tak..boleh study...buku-buku yang nak dibedah lagi ni..bawa ja la..kalau nak harap baca di bilik..susah sikit dengan godaan internet apa semua..Hafiz..apa lagi tercegat..cepat packing..bawa yang penting jer..kembara kita satu hari satu malam jer pun..esok kita cuba balik seawal yang mungkin..kan Farul.."
"betulx3..hehe..ana pun nak wat halaqah ngan budak-budak ni esok malam..semalam tak sempat nak buat...nak wat malam ni dorang ada yang ada silat lagi..esok ja la..insyaAllah..ok..packing-packing..."
3 sahabat bujang yang diukir dengan acuan tarbiyyah yang pasti ikatan hati mereka adalah dengan kehendak Allah Ar-Rahman.
"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (QS 8:63) ** TAMAT BAHAGIAN 1 **
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah..novel spritual ka ni..nak tgk episod ke-2..