Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku menghempaskan diri ke katil.Alahai..rindunya.Tilam aku gosok-gosok lembut.Aku memerhati sekeliling bilik.Dinding yang bercatkan warna biru laut,kelihatan sejuk pada pandangan mata aku.Tak berubah rupanya bilik ni.
"Lis..buat apa dalam bilik ni?Meh sini,keluar makan"jerit emak aku membuatkan aku tersentak.
"Kejap mak.."jerit aku balik.Aku melangkah mendekati pintu dan membukanya.Semerbak haruman bau masakan menerjah masuk ke dalam lubang hidung.
"Apa kamu buat dalam bilik tu?"soal emak aku sambil menuang air kopi ke dalam cawan.
Aku tersengih,lalu menarik kerusi."Mengingati masa silam mak..".
"Ada-ada aje kamu ni.Lepas ni,kamu ikut Qai pergi supermarket.Ada barang yang mak nak pesan". Blurp!Aku tersedak.Dada aku tepuk-tepuk perlahan.
"Apa mak?Pergi supermarket dengan Qai?Iskk..tak boleh dengan orang lain ke?"soal aku.
"Kamu nak pergi dengan sapa?Nak pergi dengan mak?".
Aku anggukkan kepala,sambil kuih kucai aku capai dan ngap..terus masuk ke dalam mulut.
"Takde.Mak sibuk hari ni.Kamu tahu tak,dekat restoren tu ada tempahan.Kawan mak nak sambut birthday anak dia dekat situ.Sebab tu,mak kena bertungkus-lumus siapkan persiapan untuk majlis tu.Tinggal beberapa jam aje lagi ni ha?".
"Tinggal beberapa jam?Habis tu..kiranya sikit ajelahkan barang yang nak dibeli?Tak payahlah susah-susah Lis ikut.Biar Qai pergi sorang ajelah..".
"Jangan kamu nak memandai-mandai.Memanglah Qai boleh pergi sorang,tapi apa salahnya kamu ikut.Lepas tu,boleh terus pergi ke restoren.Tolong siapkan apa yang patut".
"Kalau Lis tahu..Lis tak balik pun tak ape"bisik aku perlahan.
"Apa dia Lis?Mak tak dengar?Kamu cakap apa tadi?"soal emak aku kuat,sambil jegilkan biji mata.Aku tersengih.Terlepas cakaplah pula.
"Mak..Lis baru je sampai.Takkan terus nak kena buat kerja kot?Kejamlah macam ni"rengek aku tidak puas hati.
"Eh..bukannya kamu yang bawa kereta kan?Si Qai tu yang bawa.Dia okey aje.Tak merungut apa pun.Lagi dia suka adalah.Kamu tengok Lis.Qai tu orang lelaki..rajin sungguh.Yang kamu ni..bilalah nak berubah jadi macam dia.Sepatutnya kamu lagilah kena lagi rajin daripada dia". Aku mengaru kepala yang tidak gatal.Mak aku dah mula dah..dah mula dah ceramah agama dia.
"Mak rasa..siapa yang bermenantukan dia,memang untung nasib badan.Dahlah baik,rajin,hormat orang tua pula tu".
Aku mencebik.Baik?Rajin?Hormat orang tua?Heh!Yelah sangat..menyampah aku.
"Jangan kamu nak mencebik-cebik macam tu.Ingat elok sangatlah buat muka macam tu.Dah..cepat makan,kejap lagi Qai datang ambik kamu.Nanti mak bagi list barang-barang dia"ucap emak aku. Kopi di dalam cawan aku pandang sepi.Terbayang muka Qairi yang tersengih nakal.Terus aku teguk kopi tersebut laju.Ambik kau..duduklah dalam perut aku. Terjelir lidah aku,manakala muka aku mula merona merah perlahan-lahan.
"Haa..padan muka.Minum tak baca Bismillah.Kopi tukan tengah berasap lagi.Yang kamu teguk sekaligus tu kenapa?"soal emak aku.
Aku hanya mendiamkan diri,sambil menikmati kepanasan kopi yang masih berasap.Macam mana aku tak boleh tahu yang kopi tu tengah panas tahap boleh melecurkan lidah. ************************************* "Ambiklah troli tu"ujar aku.
"Kenapa aku pula yang nak kena ambik?Kaulah yang kena ambik"ucap Qairi sambil berpeluk tubuh. Aku mendengus.Troli aku capai.
"Tepilah..".
Qairi ketawa kecil."Amboi..marah nampak".
"Taklah..aku suka sangat..suka gila"getus aku sambil menayangkan gigi.Nampak sangat sengihan yang dibuat-buat.
"Hekeleh..gigi kuning ada hati lagi mau tayang gigi".
Terus aku tolak kasar troli tersebut ke arah kaki Qairi.Ambik kau!Qairi menyeringai sakit.
"Sakitlah perempuan!".
"Macam aku kisah..".Terus aku tolak troli tersebut melewati rak ke rak.
"Kau ni memang kan..sepatutnya makin tua,makin lemah-lembut.Ni tak..makin tua,makin ganas.Makin brutal.Makin kejam"ucap Qairi.
Aku mencebik.Cakaplah apa kau nak cakap.
"Nasib baiklah aku ni dah biasa kena buli dengan kau..kalau tak,konfem aku masuk hospital gila". Masuklah..aku lagi suka kalau kau masuk hospital gila.
"Tengok..orang cakap dia buat bodoh aje".
Langkah kaki aku terhenti.Aku pandang Qairi.
"Apa?"soal Qairi.
Aku sengih.Troli aku tinggalkan,dan aku terus menuju ke arak rak-rak yang menempatkan pelbagai jenis coklat.Coklat Cadbury aku capai.
"Laa..ingatkan apa.Coklat rupanya".
Tanpa berkata apa-apa,coklat aku masukkan ke dalam troli.Tapi,tergangga aku apabila Qairi mengambil balik lalu meletakkan ke tempat asalnya.
"Oit..kau kenapa?"soal aku tidak puas hati.Aku capai balik coklat tadi,dan masukkan kembali ke dalam troli.
"Coklat tak ada dalam senarai yang kita nak beli".Qairi ambil balik coklat tadi,dan letakkan ke tempatnya.
Aku mendengus."Aku bayar guna duit akulah.Kau kenapa dengki sangat?".
"Bukan dengki..cuma aku tak nak,gigi kau tu makin rosak.Makan coklat boleh gemuk kau tahu tak".
"Hekeleh..poyolah kau.Peduli apa aku,aku gemuk ke..kurus ke..gigi kuning ke..gigi hitam tengah-tengah ke,ada kena mengena dengan kau ke?".
"Tak…"sepatah Qairi menjawab.
"Tahu pun..jadi tak payahlah nak menyibuk.Letak balik coklat tu dalam troli"perintah aku,namun Qairi hanya buat derk aje.Aku mendengus.Macam ni mak aku cakap dia baik?Baik apanya..
"Kau datang sini naik apa?"soal Qairi tiba-tiba.
Berkerut dahi aku.
"Naik dengan kaulah..naik kereta Myvi hitam kau tu"jawab aku.
"Tahu pun..so,aku tak benarkan ada sebarang coklat dalam kereta aku ni.Kau faham?".
Terpana aku mendengar perintah Qairi.
"Kau serius?"soal aku.
"Muka aku ada nampak macam main-main ke?".Soalan dibalas dengan soalan.Aku mendengus.
"Fine..kau menang kali ni"ucap aku lalu terus melangkah. ****************************************** "Lis.."
Diam..
"Lis.."panggil Qairi lagi.
Aku buat derk aje.Pandangan aku lemparkan ke luar.
"Aryana Marlisa Binti Razak".
Mak oii..dia panggil nama penuh.Tak sangka dia ingat nama penuh aku.Aku pun tak berapa ingat nama penuh dia.Senyuman kecil sudah mula hendak terukir dibibir tapi aku menahan.
"Merajuklah tu..sejak bila kau pandai merajuk ni?Bukan ke kau ni hati kering?"soal Qairi.
Aku mencebik.Pujukan berunsur cacian dia bagi dekat aku.Apa?Sekering-kering hati aku..aku perempuanlah.Tahu juga tersentuh.
"Isk..yelah.Aku minta maaf.Kau janganlah macam ni.Buruk benar aku tengok muka kau". Hekeleh..baru minta maaf,dah kutuk balik.
Aku mengerling Qairi dengan ekor mata,kelihatan mukanya yang agak gelisah.Aku nak aje ketawa tengok muka dia macam tu.
What?Aku jegilkan biji mata ke arah Qairi.Qairi ketawa.
Tiba di hadapan restoren `Selera Rasa`,Qairi menghentikan keretanya.Aku cepat-cepat hendak melangkah turun apabila lengan baju aku ditarik.
"Apa?"soal aku garang.Aku sakit hati ni.Dahlah tak bagi aku beli coklat,lepas tu kata aku muka macam cipanzi.Aku bukan muka macam cipanzi lah..cipanzi yang muka macam aku.
Qairi menginjak badannya ke belakang sedikit,dan menghulurkan sesuatu kepada aku.Aku hanya mengerutkan dahi.
best sgt cite nie...teruskan usaha...cptlah smbung k...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best sgt cite nie...teruskan usaha...cptlah smbung k...