BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 10, 2009
Novel : Jiranku Kekasihku 13
Nama Pena : Mel Mellisa

Hari ini, Shariza sudah dibenarkan keluar. Sempat lagi dia menyinggah di tempat aku. Aku lihat cengkung sungguh wajahnya yang dulunya seorang yang ceria. Dia kemudiannya bercerita tentang perangai abangnya yang asyik nak paksa dia makan ubat, paksa dia makan, setiap tiga jam datang buat check up. Risau katanya. Kadangkala dia sendiri naik rimas dengan abangnya yang terlalu caring dengannya. Aku dan Ellin ketawa mendengar luahan hati Shariza.

"Biasalah. Ija kan adik dia. Mestilah dia berikan rawatan yang terbaik untuk adik dia. Kan bagus macam tu."
Kataku dan disokong oleh Ellin. Shariza memuncungkan bibirnya. Matanya menoleh kepada sekumpulan jururawat pelatih yang baru turun dari tingkat atas. Matanya kemudian dihalakan kepada aku. Kemudian,dia menopang dagunya di kaunter. Tersenyum. Senyumannya itu saling tak tumpah seperti abangnya. Nampak sangat comel..

"Yelah. Nak caring pun janganlah melampau sangat. Ni, dah terlebih sudah. Akak tau, Ija nak pergi toilet pun kena panggil nurse. Dia takut kalau Ija pergi sendiri nanti Ija pengsan kat bilik air. Cubalah akak bayangkan."
Sambung Shariza sambil tergelak. Tergeleng-geleng kepalanya. Aku dan Ellin hanya tersenyum saja. Dalam kepala aku berfikir. Mestilah dia ambil perhatian pada adiknya. Kan mereka dua beradik saja. Tak salah kalau diberi perhatian berlebih-lebihan.

"Ija, boleh akak tanya sikit?"
Tiba-tiba terdetik di otakku untuk bertanya tentang keluarganya. Alang-alang dah jumpa adik dia ni, apa salahnya aku Tanya. Nak Tanya dia sendiri, hmm...alamatnya tak tertanya lah jawabnya. Bukan boleh percaya aku ni.

"Apa dia kak?"
Soalnya. Memusatkan anak matanya memandang tepat ke mukaku. Tangannya memintal-mintal rambutnya yang disisir ke bahu depan.

"Err...family Ija tak datang lawat Ija ke?"
Soalku perlahan. Teragak-agak. Mana tahu dia tersinggung ke tidak dengan soalan aku tu. Raut wajah Shariza tiba-tiba berubah. Serba salah jadinya aku lihat dia sebegitu. Dia menggigit-gigit bebir nipisnya itu.

"Maaf kalau soalan akak tadi buat Ija rasa tak senang."
Ujarku serba salah. Shariza menggeleng pantas. Bibirnya terukir senyuman tawar.

"Takpe kak. Sebenarnya family Ija sibuk. Mereka ada di luar Negara. ayahanda...ops, ayah Ija dia ada business kat luar Negara. Ala, Ija tak kisah pun. Ada abang Shah pun dah lengkap dah. Kami dah biasa duduk berdua di Malaysia ni."
Jawab Shariza sambil menguntum senyuman. Aku mengangguk faham. Patutlah Dr. Sha…opss…abang. Yes, abang. Aku tak boleh panggil dia secara formal lagi sebabnya bermula dari malam tadi pekeliling dah dikeluarkan supaya aku memanggilnya abang.
Apa ayat aku tadi? Ha…patutlah abang dia sayang sangat kat dia sebabnya mereka dua beradik saja di sini. Dan, aku terdengar tadi Shariza menyebut ayahnya sebagai ayahanda. Nampaknya, memang betullah mika dua orang ni keturunan kerabat raja. Tadi aku terdengar dia menyebut ayahanda. Tak kisahlah tu, ayahanda ke nenda ke, apa yang pasti aku paling takutkan kalau berdepan dengan bondanya. Hati aku diburu resah tiba-tiba.

"Oklah kak, Ija pergi dululah. Nanti, tuan doctor tu cari Ija pulak. Dahlah dia suruh Ija tunggu kat bilik dia. Karang, tak pasal-pasal kena tazkirah pulak. Tak larat nak dengar dah"
Ujar Shariza berseloroh. Aku ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala. Budak ni. Sempat lagi mengutuk abang dia tu. Tapi, memang betul. Kalau tuan doctor tu dah bertazkirah karang memang tak larat telinga nak dengar. Boleh bernanah telinga ni.

Aku melihat Shariza berjalan lambat-lambat menuju ke tangga. Lif ada tak nak budak ni. Tangga juga yang dia nak daki. Karang semput pulak. Hai…macam-macamlah kau ni Ija. Sempat lagi aku mengomel pasal Ija. Bakal adik iparku. Mungkin.

……………………

Selepas menunaikan solat, aku berjalan menuju ke tempatku. Hari ini Ellin pula ‘cuti’ dari sembahyang. Aku dah habis, dia pulak sambung. Nasib baik aku kena tak lama. Akibat dah lima hari aku cuti bangun pukul 5.30 pagi sebab tak boleh sembahyang, pagi tadi pun aku terlupa nak sembahyang subuh. Tulah orang kata, ikutkan sangat nafsu tidur tu sampai solat pun terlepas. Ikutkan sangat bisikan iblis laknatullah tu. Hai…

Aku terjerit kecil bila tanganku disambar oleh seseorang. Hampir hidung aku yang comel ini terhumban ke dinding konkrit hospital ni. Siapalah yang berani mati buat aku macam ni ha? Sakit lengan aku yang dicengkam kuat oleh orang tak bertanggungjawab ini.

"Faiza!"
Belum sempat lagi aku berpaling untuk melihat siapakah gerangan manusia kurang asam itu, tubuhku telah ditolak kasar ke dinding. Aduh…sakit lagi. Main kasar nampak! Ni yang aku marah ni. Aku pun menoleh sekali lagi. Rupanya si Tina gedik yang berani mati buat aku macam ni. Kurang asam betul.

"Hei! Kau ni apasal? Tiba-tiba pulak tolak dan tarik aku ni? Kau ingat aku ni tali raffia ke ha? Apa masalah kau ni?"
Marahku padanya sambil menggosok lenganku yang sakit terhentakdi dinding konkrit ini. Aku merenung ke wajah jururawat yang bernama Tina a.k.a gegedik ni. Kembang kempis hidung aku. Apahal pulak dengan minah gedik ni? Tak pasal-pasal tarik aku kat lorong sunyi ni. Dia pun mencekak pinggangnya merenungku.

"Kau ada apa-apa ke dengan Dr. Sharizal?"
Soalnya dengan pandangan mata yang tajam. Bengis sungguh muka dia. Mukanya yang cantik itu sudah jadi hodoh bila mukanya berubah menjadi macam singa lapar. Sekali imbas dah macam nenek kebayan dah. Ni apa kaitannya dengan Dr. Sharizal pulak ni?

"Kau apasal Tina? Kau ni apahal?"
Aku pula menyoalnya semula. Aku lihat kiri dan kanan. Takut kalau ada mata-mata yang memandang kami. Aku halakan pandangan pada Tina lagi. Apa masalah agaknya perempuan ni. Nak cari gaduh dengan aku pulak. Lepas tu tanya pasal abang aku tu kenapa? Ops…dia jealous ke atau dia sukakan abang aku tu?

Tina mendengus kasar. Dia cuba menolak tubuh aku lagi tapi sempat aku menepisnya kasar. Main kasar pulak minah gedik ni. Dia ni bodoh ke apa buat hal kat kawasan hospital?

"Aku tanya kau ada apa-apa ke dengan Dr. Sharizal? Kau pekak ke?"
Tina meninggikan suaranya. Mukanya jadi merah padam. Mata galaknya terus-terusan dijegilkan padaku. Aku buat muka setenang yang mungkin. Cuba menahan hati aku darfi bersikap seperti budak-budak.

"Apsal kau tanya? Kau sukakan dia ea?"
Aku membalas dengan suara yang biasa. Walaupun hati aku sakit bila dia perlakukan aku macam tu, aku cuba untuk bersikap tenang. Mataku terus-terusan tertancap ke muka jururawat yang paling terkenal dengan kegedikan dan mengada-ngada kat hospital ni. Sebut saja siapa yang tak kenal Tina? Semua orang kenal. Dari mat bangla cleaner sampailah ke pihak atasan.

"Macam budak-budak."
Tuturku perlahan. Mataku mejeling ke wajah bengisnya. Nasib baik ni hospital, kalau tak, dah lama aku tibai minah gedik ni. Sakit hati aku!

"Ada mesyuarat apa ni?"
Tiba-tiba satu suara menegur dari belakang. Kami serentak menoleh. Hah…abang aku rupanya. Aku lihat dahinya berkerut-kerut. Raut wajahnya kelihatan tegang. Jelas kelihatan urat-urat halus dimukanya yang cerah itu. Wajah Tina yang menegang tadi perlahan-lahan mengendur. Muka yang macam perempuan sihir tadi terus menikus. Kedua-dua tangannya yang disangkut ke pinggang rampingnya itu segera diturunkan dan berdiri tegak. Macam orang nak berkawad kaki.

"Err…takde apa. Kami cuma berborak je."
Pandailah minah gedik ni nak berbohong. Kalau aku ni mulut jahat, dah aku malukan dia kat sini dan katakan si minah gedik ni suka kat abang. Padan dengan muka dia. Tapi, aku tak macam tu. Aku ni baik hati tau.

"Berborak? Tina? Awak tau tak saya tengah cari awak ni."
Aku lihat wajah abang bertambah serius. Dia pulak bercekak pinggang dan berdiri di hujung lorong.

"Doktor cari saya?"
Tergagap-gagap si minah gedik ini bertanya. Aku rasa macam nak tergelak bila tengok muka gelabah dia tu. Padan muka kena marah.

"Yelah. Saya nak tanya pasal patient katil no. 13 tu. Awak bagi dia ubat apa? "
Soal abang serius. Walaupun perlahan, nada suaranya kedengaran tegas. Langsung dia tidak menoleh ke mukaku. Concentrate betul dia dengan minah gedik ni.

Si minah gedik tergaru-garu. Mukanya seperti orang hendak menangis. Tak berani memandang ke muka doctor dia tu. Dia mengeluh kesah. Tergaru sana, tergaru sini. Serba salah aku tengok. Aku di tengah-tengah seperti orang yang tak wujud. Macam halimunan jadinya.

"Saya…saya tak ingat doctor."
Jawab si Tina menggaru-garu lagi kepalanya. Terkeluar rambutnya dari skaf yang dipakai. Abang mengeluh. Dia berjalan setapak kearah Tina. Menggeleng-gelengkan kepala.

"Tengok tu! Tak ingat? Apa yang awak ingat? Saya suruh bagi ubat lain, awak bagi ubat lain. Saya dah bagikan transripsi ubat untuk patient tu. Patient tu tadi colapse. Awak sedap-sedap berborak kat sini ye? Sikap awak ni boleh bahayakan nyawa pesakit awak tau tak? Sekarang ni dia nak masuk ICU. Awak tau tak, saya yang kena menjawab dengan pihak atasan. Bukannya awak, Tina"
Suara abang mula meninggi. Wah…marah benar dia. Tak pernah aku tengok mukanya setegas ini. Aku sendiri pun kecut perut. Aku lihat Tina menundukkan wajah. Bengang sebab kena marah depan aku pulak. Tadi bukan main berani nak matinya main tarik-tarik dengan aku sampai sipi-sipi lagi hidung aku yang comel ni terpenyek di dinding.

"maafkan saya, doctor. Saya tak…"

"Enough. Sekarang awak pergi buat report."
Kata-kata Tina segera dipintas. Tangan kanannya dinaikkan ke atas separas dengan bahunya. Suaranya kembali seperti biasa. Tidak setegang dan segarang tadi sampai aku pun ikut menunduk. Dengan langkah laju, Tina pergi meninggalkan kami. Sempat lagi matanya dijelingkan padaku. Sempat lagi minah ni! Dah kena marah pun nak tunjuk lagak lagi. Melihat mood abang yang tak stabil, aku pun berkira-kira nak beredar. Karang tak pasal-pasal aku yang kena marah pulak.

"Sayang"
Langkah kakiku terhenti. Pantas aku menoleh padanya yang aku belakangi. Aku mengadap kemukanya yang sudah berubah tenang.

"Sorry sebab abang marah tadi"
Ucapnya perlahan padaku. Aku kerutkan dahi. Dia marah aku ke tadi?

"Kan abang marah Tina, bukan Faiz kan? Buat apalah nak minta maaf kat Faiz."
Balasku sambil mengukir senyuman. Dia juga tersenyum akhirnya.

"Abang tengok Faiz tunduk je. Ingat terasa sekali tadi"
Ujarnya padaku sambil tersenyum. Jarinya pantas mencuit pipiku.

"Faiz takut tengok muka garang abang tu. Macam singa tau tak? Nak bergerak pun takut tau."
Kataku sambil menjegilakan mataku. Dia ketawa kecil. Menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan.

"Sorry ok. Abang memang tengah bengang dengan Tina. Ada ke dia bagi ubat…entah ubat apa yang dia bagi agaknya. Dah collapse patient tu tadi. Pulak tu ada sakit jantung pulak. Penat abang buat CPR tadi."
Katanya. Dia menyandar pada dinding konkrit itu. Melepas penat. Patutlah dia marah benar tadi dengan Tina.

"Dah makan ke belum?"
Dia menggeleng.

"Faiz teman abang makan boleh?"
Pintanya perlahan.

"Alamak, tak bolehlah. Nampak ni? Dah pukul 2.30 dah. Merungut pulak si Ellin tu. Tak larat nak dengar dia bebel. Bernanah telinga ni."
Dia ketawa kecil mendengar kata-kataku.

"Ok. Pergilah. Malam nanti abang call ya. I love you. Don’t forget it"
Dia mengenyit mata padaku. Aku hanya meleretkan senyuman. Tersentuh dengan kata-katanya. Perkataan I Love You tak lekang dari bibir merahnya itu diucapkan padaku. Aku kemudiannya mengangguk dan sempat menghadiahkan fliying kiss padanya. Dia pula menyambutnya dan diletakkan di dadanya. Macam flying kiss aku tu benda yang nyata. Aku ketawa melihat gelagatnya.

………………………..

Selepas solat maghrib, aku membantingkan badan aku ke katil. Terasa penat pulak hari ni. Entah apa penatnya pun aku tak tahulah. Nak kata ramai patient hari ni yang ambil ubat, tak juga. Takdelah ramai macam selalu. Hari ni kan, hari…ea, hari apa ye hari ni? Hai, apalah nak jadi dengan aku ni? Boleh pulak aku lupa hari ni hari apa. Tulah. Banyak sangat berfikir dan berangan. Angan-angan Mat Jenin. Sampai rambut pun dah banyak yang gugur. Aku menyisir rambut dengan jari-jemari. Huh…memang banyak rambut yang gugur. Lepas ni kena buat rawatan rambutlah nampaknya. Kalau tak, rambut aku ni akan botak sebelum tua. Ish…tak maulah.

Aku memandang kipas siling yang berputar ligat di siling. Mata aku ikut sama berputar mengikut geraknya. Sampai pening dibuatnya. Ingatanku teringat pula pada si Tina gedik geduak. Jururawat yang mengganggu gugat aku tadi. Aku meletuskan tawa sendiri. Menggeleng-geleng kepala. Tak dapat aku bayangkan mukanya sewaktu dimarahi abang petang tadi. Merah padam dan terkulat-kulat. Padan muka dia. Tak pasal-pasal nak menyerang aku pulak. Kan dah kena marah. Depan aku pulak tu. Tulah, kerja tu sambil lewa saja. Hati tu asyik teringatkan abang aku saja agaknya sampai tersalah bagi ubat kat pesakit. Hmm…Tina…Tina. Agaknya dia ada menaruh hati pada doctor dia tu. Almaklumlah, dah doctor dia tu handsome, siapa yang tak terpikat. Tapi, jangan nak mengada-ngada. Doktor dia tu hak milik kekal aku. Kalau berani nak kacau, hah…cubalah. Kalau nak kena silambam dengan aku. Hai...siapalah tak terpaut dengannya? Senyumannya yang menggoda tulah mumbuatkan aku tergoda dan tak tidur malam bila memikirkannya. Ish...macam obses sangat pulak aku ni. Melebih-melebih!

Telefon aku tiba-tiba berdering di saat aku tengah mengelamun. Kalau aku tengah berangan dan mengelamun macam ni, mesti ada orang call. Ish. Pantas saja tangan aku menyambarnya di meja kecil di sudut meja. Aku tersenyum melihat nombor yang tertera di skrin telefon.

"Assalammualaikum"
Sapaku riang. Dia menyambut salam suci aku itu. Macam tau-taun saja aku tengah fikirkan dia tadi.

"Riang je dengar suara tu?"
Dia bertanya. Aku tersenyum sendiri bila dia bertanya begitu. Mestilah riang sebab abang yang call. Mahu saja aku katakan begitu.

"Ish…takdelah. Biasa je. Dah balik ke?"
Soalku pula. Aku mengerling jam di dinding. Dah pukul 8 malam.

"Cuba keluar ke beranda."
Aku kerutkan dahi. Nak buat apa pergi ke beranda? Aku tanya lain dia cakap lain pulak.

"Kenapa?"
Soalku ingin tahu.

"Keluar saja."
Balasnya. Aku garu kepala. Hish…macam-macamlah dia ni. Aku tanya dah balik ke belum, ada ke dia suruh aku pergi beranda. Tanpa banyak soal lagi, aku terus menghayun langkah menuju ke beranda. Sebelum itu, aku buka dulu pintu keluar nak ke beranda tu. Aku tertoleh-toleh ke bawah. Takde apa pun. Main-main je.

"Sinilah, sayang"
Aku menoleh ke sebelah. Terpandang sesusuk tubuhnya yang sedang berdiri di beranda rumahnya. Dia tersenyum padaku. Aku pula membalas senyumannya. Telefon aku matikan. Buat apa nak bercakap dalam telefon kalau dah ada kat depan mata. Buat habis kredit saja. Aku berdiri menghadapnya.

"Ingatkan apa lah tadi suruh kita pergi beranda. Buat saspen saja."
Kataku dengan nada seloroh. Aaku menjelingnya. Dia mengukir senyuman di bibir.

"Lapar tak?"
Soalnya. Tangannya di letakkan di besi beranda.

"Kenapa tanya?"
Tanyaku pula. Mataku memandang ke wajahnya.

"Abang nak ajak keluar. Kita tak pernah keluar berdua."
Jawabnya perlahan dan memusatkan padangan matanya padaku. Aku membalas renungan matanya itu. Memang kami tak pernah keluar bersama kerana dia terlalu sibuk dengan kerjayanya. Aku faham kerjanya yang tak tentu masa tu. Buat masa ni, aku langsung tak terasa dengan keadaan ini. Mungkin, aku kena biasakan dari sekarang.

"Boleh juga. Nak pergi mana?"
Terus sahaja aku bersetuju tanpa banyak soal. Mungkin, inilah masanya aku bertanya tentang keluarganya. Tengoklah macam mana nanti.

"Adalah. Sekarang, Faiz pergi cepat bersiap. Abang tunggu kat bawah, ye"
Katanya. Aku menganggukkan kepala. Masuk semula ke dalam dan bersiap.

……………………….

Dia membawa aku ke Restoren Indah Sayang di Taman Melaka Raya. Sebuah Restoren makanan masyarakat Baba dan Nyonya. Tak pernah selama aku duduk kat Melaka ni aku merasai makanan masyarakat Baba dan Nyonya. Mula-mula rasa takut juga. Bukan takut apa. Takut aku tak dapat nak menelan makanan itu, tapi rupanya, jangkaan aku meleset. Makanan kat sini boleh tahan sedapnya. Masakan di sini menggunakan gabungan masakan cina tapi menggunakan rempah ratus masyarakat India dan herba-herba yang sering digunakan oleh masyarakat orang Melayu. Masakan biasa yang terdapat di restoren-restoren melayu juga ada disediakan di sini.
Suasana Restoren ini pun sangat menyelesakan. Aku bagi empat bintanglah kat restoren ni.
"Hai, sedap sangat ke?"
Dia bertanya ketika aku sedang rancak memasukkan masakan Baba dan Nyonya ke dalam mulutku. Aku hanya mengangguk kerana mulut aku penuh bila nak bercakap. Tak sopan pula bila bercakap kalau makanan ada dalam mulut. Aku menaikkan ibu jariku padanya.

"Kan abang dah cakap. Makanan kat sini sedap. Masakan Baba Nyonya dia yang power."
Dia menambah. Mulutnya sudah mengunyah kuih koci yang memang terhidang di atas meja.

"Tak tau pulak Faiz makanan Baba dan Nyonya ni sedap. Kalau taulah, memang dah pergi dulu. Kat mana abang tau tempat ni?"
Aku bertanya sambil mataku memandangnya. Dalam masa yang sama juga aku menghirup minuman aku. Diia mengangkat keningnya.

"Siapa lagi, si Azri lah yang bawak abang ke mari dulu."
Balasnya sambil tersengih. Dr. Azri mat penang tu ke?

"Oh, Dr. Azri ye. Tau pulak mat penang tu cari tempat macam ni."
Ujarku. Tersengih juga.

"Mat Penang?"
Dia mengerutkan sedikit mukanya. Aku meletuskan sedikit tawa.

"Ha’ah. Faiz dengan Ellin gelar dia Mat Penang sebabnya dia tu, walaupun dah bertahun duduk kat Melaka ni, loghat Penang dia tu tetap ada. Dia pun tak kisah kitorang panggil dia Mat Penang"
Balasku panjang lebar. Tersenyum sedikit bibirku. Dia juga meleretkan senyuman.

"Lagi kan bang, dia tu suka sangat usher si Lin. Kalau datang kaunter, mesti dia usik Lin, Agaknya, dia suka Lin kot"
Tambah aku lagi dengan mata aku bulatkan padanya. Macam beriya-iyalah tu. Akhir sekali, aku ketawa. Lucu bila mengingatkan Ellin yang asyik kena sakat dengan Dr. Azri. Dan setiap kali Dr. Azri datang, Ellin cuba mengelak dan menyorok. Muka aku juga yang terpaksa menipu untuk dia.

"Faiz…"
Panggilnya. Aku mendongak. Memandang ke matanya. Kening aku angkatkan sedikit padanya.

"Abang minta maaf."
Ujarnya. Nak buat apa minta maaf kat aku pulak ni?

"Minta maaf? Kenapa?"
Soalku dan mengangkat sedikit bahuku. Mata masih tidak berkelip memandangnya. Dia menghembuskan nafas halus dan menundukkan wajah. Kemudian, mengangkat semula mukanya memandangku.

"Abang tak habiskan banyak masa dengan Faiz. Abang terlau sibukkan kerja. Maafkan abang"
Katanya perlahan. Aku tersenyum kecil padanya dan menggelengkan kepala. Itu ke masalahnya?

"oh…ingatkan apa tadi. Takde apalah. Faiz okay. Tau kerja abang macam mana. Memang sibuk. Kadang-kadang Faiz pun kesian tengok abang. Tapi, nak buat macam manakan. Dah itu skop kerja abang. Jangan risaulah. Faiz faham"
Balasku jujur. Memang itu yang aku rasakan. Memang dah kerjanya begitu. Aku kadang-kadang memang kesian dengannya yang kerja tak tentu masa, balik pun kadang-kadang sampai ke malam. Ish…kesian tau. Rasa macam nak tolong, tapi apa yang patut aku tolong? Aku bukan doctor pun.

Dia menguntum senyuman padaku. Anak matanya terus dipanahkan padaku. Hai, ini yang aku tak boleh tahan ni. Aku paling tak boleh tahan kalau tengok tenungan matanya yang macam tu. Nak makan kuih koci yang aku dah buka daunnya ni pun rasa tak selesa. Mulalah rasa lemas macam lemas kat laut. Mulalah jantung nak berdegup laju bagaikan motobot.

"Terima kasih sebab faham abang."
Akhirnya dia bersuara setelah lama menatap mataku. Aku menarik nafas lega. Mengurut dadaku sedikit kerana terlepas dari sinaran matanya.

"Kenapa urut dada? Sakit dada ke?"
Soalnya tiba-tiba. Aku menjegilkan mataku padanya. Dia nampak aku gosok dada ke?

"Err…takde apa-apa. Rasa sesak pulak tadi. Takde apa-apa."
Aku menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali. Aku melarikan mata memandang ke sekumpulan masyarakat cina yang datang berkunjung ke restoren ini.

"Abang, kalau Faiz nak tanya sikit boleh tak?"
Tiba-tiba aku teringat untuk bertanya tentang keluarganya. AKu harap dia bersikap jujur dengan aku.

"Apa dia? Nak tanya banyak pun takpe."
Balasnya lantas kembali tersenyum padaku.

"Err…keluarga abang berasal dari mana? Tak, maksud Faiz, kita kan dah…dah….macam ni kan. So, teringin jugalah nak tau tentang keluarga abang juga. Keluarga Faiz abang dah kenalkan."
Apa yang aku cakap ni? Berterabur semua ayat aku. Kalau ambil periksa lagi ni, confirm tak lulus. Sebenarnya aku gugup. Takut nak tanya soalan tu. Dia memandang ke arah lain sebelum kembali memandangku.

"Abang dari Kuala Lumpur. Abang rasa, tak payahlah Faiz jumpa family abang. Diorang takde kat sini. Cuma Ija saja saudara abang di sini"
Balasnya. Matanya sekali lagi dihalakan ke tempat lain. Cuba mengelak dari pandangan mataku.

"Kenapa pulak? Kalau kita nak kahwin, kita kenalah minta restu dari ayah dan ibu. Barulah berkat."
Aku menambah. Cuba memancing reaksinya lagi. Apa yang aku nampak, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi dan minat untuk berbual mengenai keluarganya. Buktinya, pertanyaan aku tidak dijawabnya juga. Malahan, raut mukanya juga sudah berubah.

"Faiz dah sudah makan? Kalau dah, jom kita balik? Dah lewat ni"
Dia bertanya langsung tidak menjawab pertanyaanku. Aku hampa. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Selepas itu, dia bangun dan membayar makanan yang kami pesan tadi di kaunter. Aku hanya melihat saja kelibatnya pergi ke kaunter bayaran. Aku mengeluh halus. Usahaku untuk memancingnya pasal family dia tidak Berjaya. Failed!

……………………………

Sepanjang perjalanan, kami hanya membisu. Sesekali aku memandang wajahnya yang memandu dengan raut wajah yang serius. Dia marahkan aku ke? Aku hanya nak bertanya saja. Takkan itu pun nak marah.

"Kenapa abang diam je? Marah kat faiz ke?"
Aku memberanikan diri untuk bertanya. Dia menoleh sekilas ke mukaku.

"Takdelah. Nak buat apa abang nak marah kat buah hati sendiri"
Balasnya. Sempat lagi mencuit pipiku. Aku diam. Mengigit bibir. Patut tak aku bagitau pasal yang aku aku curi-curi dengar perbualan dia dengan bonda dia? Patut tak aku bbagitau pasal yang aku dah tau tentang asal usulnya? Hati aku berbelah bahagi. Moodnya sekarang pun tak berapa nak elok. Kalau aku cakap, dia marah tak ye?

Aku mencuri pandang lagi ke wajahnya. Melihat air mukanya. Nampaknya sudah berubah tenang. Mood dia dah okay agaknya. Fikirku.

"Abang"
Panggilku. Dia menoleh.

"Hmm?"

"Faiz ada benda nak cakap dengan abang"
Kataku lambat-lambat. Serba salah. Dia menoleh lagi.

"Apa dia?"
Kemudian matanya kembali focus ke jalan raya. Sesekali dikerling kea rah aku. Aku mengetap bibir. Berkira-kira untuk berterus-terang ataupun tidak. Aku takut mood dia berubah lagi. Ish…macam mana ni?

"Sebenarnya, hari tu, Faiz ada curi dengar perbualan abang dengan ibu abang."
Kataku akhirnya.

"Bila?"
Soalnya.

"Kelmarin. Faiz dengar abang macam bergaduh dengan err..ibu abang tu. Faiz dapat tahu abang sebenarnya…err…abang keturunan keluarga diraja."
Tiba-tiba dia memberhentikan keretanya secara mendadak di tepi jalan. Badan aku terdorong ke depan akibat brek mengejut yang dia lakukan. Kus semangat! Nasib baik kepala aku tak terkena cermin kereta depan. Jantung aku mcam nak terkeluar saja. Ish…dia ni!

"Apa?"
Soalnya dengan kerutan di dahi. Raut wajahnya seperti orang terkejut. Matanya yang tajam itu terus disasarkan ke mukaku. Aku jadi serba salah dan serba tak kena. Jantung aku mula berdebar kencang apabila melihat sepasang anak matanya tidak berkelip dari memandangku. Aduh…nafas aku jadi sesak tiba-tiba.
posted by Penulisan2u @ 2:26 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
17 Comments:
  • At 10/11/09 2:49 PTG, Anonymous Anis said…

    best la....
    cptla smbung...

     

  • At 10/11/09 2:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat la sambung...
    da x sbr tgu sambungannya

     

  • At 10/11/09 5:26 PTG, Blogger bidadari cinta said…

    best!!!
    cpat smbung
    x sbr nak tau reaksi dr.sharizal tu..

     

  • At 10/11/09 5:40 PTG, Anonymous sn0w_princess said…

    CEPATT LA SMBUNG..XSABAR LA
    ADA BLOG X?????

     

  • At 10/11/09 6:18 PTG, Anonymous nzlyna said…

    aku yg terlwt
    penat kerja x menghalang
    untuk membaca blog ni
    best,smbung cepat sikit

     

  • At 10/11/09 7:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam mel mellisa..
    bes..!!
    lame tgu..cepat smbung ye..
    ade blog x..??
    keep on writing..!!
    niya1501@yahoo.com

     

  • At 10/11/09 7:26 PTG, Blogger suara sizuka said…

    seronok bc cter ni..banyak cerita yang membuatkan dia jadi panjang.cepat tau sambung....

     

  • At 10/11/09 11:45 PTG, Anonymous kiwi said…

    besh la cite ne..namo dibukukan kah?konpem laku pnye

     

  • At 11/11/09 8:30 PG, Anonymous ziela said…

    cepat smbung. x sabar nak tahu kesudahannya

     

  • At 11/11/09 10:20 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gilerz...
    xsbr nk tunggu strsnye
    cepat2 conti lagi....
    cik writer ade blog x?
    nk blog plesss.....


    _I'm guRlZ_^

     

  • At 11/11/09 10:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    eeeemmm best sgt..
    sllu tunggu kesinambungan citer ni..
    mrs2105..

     

  • At 11/11/09 12:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ble nk smbg cter nie...

    xsbr nk bce..

    =p

     

  • At 11/11/09 3:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat lah sambung dah x sabar dah nie nak baca..........

     

  • At 11/11/09 5:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Assalamualaikum...

    Terima kasih di atas sokongan anda semua utk karya saya ni...saya terharu dengan sambutan dari anda semua. Terima kasih banyak-banyak. Saya harap u all semua boleh beri kritikan yang membina untuk saya perbaiki kesilapan2 semasa menghasilkan novel ini. Terima kasih banyak sekali lagi.

    Mel Mellisa

     

  • At 11/11/09 10:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waalaikumsalam..mel mellisa..
    t'lmbt lak..:D
    pe2 pn mmg bes..
    cepat cntinue ye..
    ade blog x..??
    keep on writing..!!
    niya1501@yahoo.com

     

  • At 12/11/09 1:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best giler punye cite!
    aku x sabar dah nk tahu slnjtnye
    mel continue la cepat2

     

  • At 15/11/09 6:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Tahniah,cerita yg mnarik..
    ble nk continue?

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group