Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SAMBIL menjinjit briefcase ditangan, pantas langkah Fariz dihayun memasuki bangunan tinggi itu. Kemudian, dia hilang di dalam lif dan muncul semula apabila tiba di tingkat dua puluh lima. Ketika bergegas untuk tiba di pejabat, sempat juga dia menjawap panggilan dari mamanya. "Ya…Ya…baik, ma! Fariz akan cuba. Tapi paling awal pun dalam pukul tiga petang karang." Setelah berjaya memujuk dan menenangkan mama yang kedengaran cemas, Fariz mematikan talian. Tania, setiausaha Fariz yang melihat kelibat bosnya menghampiri pantas bangun lalu menegur ketuanya itu. Fariz hanya membalas dengan anggukan lalu daun pintu bilik pejabatnya diselak. Tubuhnya dihempas ke kerusi bagi menghilangkan rasa letihnya. Nafas yang panjang dihembus. Sesekali kepalanya ditelangkan ke kanan dan kiri bagi menghilangkan rasa lenguh. Kemudian dia duduk bersandar sambil fikirannya kembali teringat kepada panggilan mama sebentar tadi. Mamanya menelefon dan menyuruh agar dia pulang lebih awal kerana badan Aiman kembali panas. Sudah empat hari Aiman begitu. Sekejap-sekejap badannya sejuk dan sekejap-sekejap badannya akan kembali panas. Dia khuatir mengingatkan keadaan Aiman. Namun menurut Doktor Usman, pakar kanak-kanak, tiada apa yang perlu dirisaukan. Demam Aiman hanya demam biasa. Mama pula tak sudah-sudah menyuruhnya berjumpa dengan Maisara. Kata mama Aiman mungkin rindukan Maisara kerana itu demamnya sukar untuk kebah. Abah jua mengiakan kata-kata mama. Mungkin ada benarnya kerana kali terakhir Maisara datang di rumahnya tempoh hari adalah sebulan yang lalu. Tapi sekiranya dia memberitahu Maisara, mahukah gadis itu mempercayai kata-katanya? Walaupun di dalam hati dia yakin Maisara amat menyayangi Aiman, namun dia khuatir jika permintaannya agar Maisara datang ke rumah untuk melawat Aiman ditolak. Dia tahu, selama ini dialah puncanya yang menyebabkan perhatian Maisara terhadap Aiman terbatas. Kerana dia, Aiman menjadi mangsa. Maafkan papa Aiman….. Fariz menarik nafas, cuba menguatkan hatinya yang berbelah bahagi. Walau apa pun yang terjadi, dia perlu berjumpa dengan Maisara. Demi Aiman!
MAISARA yang sedang ralit menyusun pasu-pasu bunga di laman belakang bernyanyi-nyanyi perlahan sekadar menghiburkan hati. Sesekali peluh di dahi yang menitik dikesat dengan belakang tangannya. Sejak akhir-akhir ini memang dia agak sibuk setelah dia mula bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Walaupun hanya sekadar menjadi kerani dengan gaji yang tidak seberapa, namun dia senang bekerja di situ. Malah, pekerja-pekerja yang lain juga ramah dan senang bekerjasama. Sedang dia asyik mengangkat pasu-pasu kecil dan menysunnya, tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup pantas. Dia merasakan seolah-olah dirinya diperhatikan. Pantas tubuhnya dialih ke belakang. Terkesima dia sebentar melihat wajah itu. Wajahnya dipalingkan semula. Pasu ditangan diletakkan ke bawah. Langkah kaki dihayun untuk masuk ke dalam rumah. "Tunggu, Sara!!" halang Fariz. Langkah Maisara terhenti. Namun dia tetap tidak berpaling memandang wajah itu. "Maaf kalau saya mengganggu!" Maisara melirik kelibat Fariz dengan ekor matanya. Kelihatan lelaki itu masih berkemeja dan berslack hitam. Mungkin lelaki itu baru pulang dari pejabat. "Awak tak kerja ke hari ni?" Tanya Fariz sekadar berbasi. Maisara mengherotkan bibirnya lalu memeluk tubuh. "Sekarang dah pukul tujuh petang Encik Fariz!" Sengaja dia berkata begitu untuk menyakiti hati Fariz. Untuk itukah lelaki itu datang ke mari? "Kenapa awak datang? Kalau awak nak cari abah, dia ada di depan dengan umi!" "Saya tahu……." Perlahan suara Fariz. Setibanya tadi, dia telah pun berjumpa dengan mereka dahulu untuk menerangkan tujuannya. "Diorang yang beritahu awak ada di sini," ujar Fariz lagi. "Untuk apa awak ke sini? Rasanya …antara awak dan saya dah lama tak de kaitan! Jadi saya rasa……." "Ada!" pintas Fariz. "Antara kita masih ada kaitan!" Maisara ketawa sinis mendengar kata-kata Fariz. Fariz sedar, ketawa itu penuh dengan sindiran dan dendam. "Sejak awak dan keluarga awak datang ke sini untuk Suhana, antara awak dan saya telah terputus hubungan walaupun pada hakikatnya kini awak adalah abang ipar saya!" Airmata Maisara bagaikan hendak mengalir sewaktu berkata begitu. Bagaimana dia bisa melupakan semuanya? "Hubungan sebegitu memang telah lama putus." Fariz mengeluh. "Dan kalau awak tak mahu beriparkan saya juga saya tak kisah. Tapi masih tetap ada kaitan antara kita…." "Aiman!" Baru sahaja Maisara hendak membuka mulut pantas nama Aiman keluar dari bibir Fariz sehingga menyebabkan Maisara terdiam. Aiman……… Sudah lama Maisara tidak mendengar nama Aiman. Tiba-tiba sahaja nama Aiman kini bermain dicuping telinganya. Bukan dia tidak merindui bayi itu. Namun setiap kali dia ingin menemui Aiman, hanya wajah Fariz terbayang diruang ingatan menyebabkan hatinya berat untuk bertemu dengan Aiman. Tiba-tiba sahaja hatinya dirundung sayu dan rindu. Sudah lama dia tidak menatap wajah comel itu. Rasa rindu tiba-tiba menyucuk tangkai hatinya. "Aiman sakit, Sara!" Bagai terkena renjatan elektrik, pantas Maisara berpaling memandang Fariz dan merenungnya dengan mata yang berkaca. "Aiman sakit apa?!" hatinya dirundung gelisah. "Dia demam," kata Fariz. "Kata mama, dia rindukan awak." Airmata yang ditahan mengalir perlahan ke pipi Maisara. Perasaan bersalah mula menguasai diri. "Aiman………"
"AIMAN!!" Tanpa dipelawa masuk, pantas Maisara berlari memanjat anak-anak tangga dan terus meluru masuk ke kamar bayi. "Aiman!" Langkahnya terhenti di muka pintu. Rosnah, mama Fariz yang baru menidurkan Aiman berpaling memandangnya. "Mak cik!" Maisara menghampiri wanita itu lalu tunduk menyalami tangannya. Rosnah tersenyum lalu mengusap lembut rambur Maisara. "Alhamdulillah….." Rosnah bersuara. "Mama risau. Takut Fariz tidak ke sana dan membawa Sara." Maisara hanya diam mendengarnya. Rupa-rupanya, mama Fariz yang menyuruh lelaki itu ke sana dan membawanya datang untuk berjumpa dengan Aiman. Bukan kerana kehendak Fariz sendiri. Tiba-tiba rasa kecewa muncul dibalik hati. Namun pantas dimatikan rasa kecewa itu. Untuk apa dia perlu merasa begitu. Bukankah dia mahu melupakan Fariz dalam hidupnya? "Sara duduklah di sini. Temankan Aiman. Dari tadi dia asyik menangis je. Risau mama." Pandangan mata Maisara jatuh ke wajah Aiman yang sedang terlena. "Ini dia baru saja terlena," beritahu Rosnah. "Mama turun dulu ye…"Rosnah berlalu pergi. Mata Maisara kembali terancap pada wajah Aiman. Dia menghampiri bayi itu dan duduk di sebelahnya. Perlahan-lahan Maisara melekapkan tapak tangannya di dahi bayi itu. Panas! Tubuh Aiman bergerak-gerak. Mungkin sentuhan itu mengganggu lenanya. Tiba-tiba sahaja tangisan Aiman bergema. Pantas Maisara mencapai tubuh kecil itu ke dalam dakapannya. "Aiman…..Aiman…." panggil Maisara. Tangisan Aiman terhenti sebentar. Kemudian bayi itu membuka matanya setelah mendengar namanya dipanggil. Seperti dia mengenali suara itu. "Aiman sayang………" panggil Maisara lagi. Mata Aiman terancap pada wajah itu lama sebelum dia kembali menangis. Namun tangisannya kali ini perlahan dan manja seolah-olah sedang memberitahu Maisara yang dia merinduinya. Tiba-tiba sahaja Maisara turut menangis bersama sambil memeluk bayi itu erat-erat. "Maafkan mak su, sayang…….maafkan mak su…" Maisara yakin dengan naluri hatinya. Memang bayi itu merinduinya! Di sebalik pintu, senyap-senyap Fariz mengintai ke dalam. Hati lelakinya tersentuh dengan kasih sayang yang terikat antara mereka berdua. Sara……….
tq atas sokongan. blok saya - emmarusdi.blogspot.com. tp buat masa ni saya belum update sambungannya ye....tak sihat ckit...tunggu k!! tq
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...ade blog tak?