Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Ma … pujuk lah papa." Kata Erina . Mendekati Nik Faridah yang duduk menjahit labuci dan manik di ruang tamu.
" Mana yang cantik Rin, warna oren ni ker , atau warna perak ni? " Nik Faridah menyoal kembali.
"Ma... orang cakap dengan dia, dia tanya kita balik. Warna perak lah Ma. Baru nampak menyerlah. Baju mama ker ni? " Tanya Erina kembali.
Nik Faridah senyum meleret. Sekilas memandang muka anak gadisnya .
" Baju kawan mama . Dia minta jahitkan manik . Katanya nak pakai pergi majlis sekolah nanti. " Terang Nik Faridah .
" Kawan mana? Rin kenal tak? "
" Cikgu Rosmini. Cikgu Geografi Rin dulu. Ingat?" Sela Nik Faridah lagi.
Erina mengerutkan dahi sekejap. Mengingati bekas gurunya semasa dia belajar di Sek.Men.Kota , Kota Bharu. Kini hampir enam tahun dia meninggalkan sekolah itu selepas tamat pengajian di UPM. Dua tahun ini dia masih menganggur kerana belum mendapat pekerjaan yang sesuai.
Erina pernah memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) , dan Diploma Pendidikan , namun masih belum dapat peluang menyambung pelajaran. Terbaru dia dan rakannya dari Ipoh, secara senyap-senyap memohon kekosongan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di bahagian Hulu Perak dan ternyata rezekinya ada di situ.
" Ma, cakap dengan papa nanti ya !! Rin nak sangat pergi sana. Bosan lah goyang kaki kat rumah. Mama dan papa hari-hari pergi kerja. Rin kat rumah ni sorang-sorang." Tambah Erina lagi.
Nik Faridah , Guru Kanan di S.M.K Kota, manakala Nik Mustafa pula, sebagai Penolong Pengarah Bahasa Melayu, di JPN Kelantan. Keadaan ini menjadikan rumah banglo itu sunyi pada hari kerja dan Erina menjadi penunggu sepi saban hari menantikan ibu bapa nya pulang .
" Rin kan tahu kami kerja. Kalau bosan, Rin pergi lah rumah Abang Fazli. " Ujar Nik Fraidah merujuk kepada anak sulungnya Nik Fazli Nik Mustafa yang berkerja sebagai pensyarah Kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, Pulau Pinang.
" Mama ni. Rin dah bosan lah. Tahun lepas pun dah dua kali pergi sana. "
" Rin kan tahu. Papa tak bagi Rin kerja jauh-jauh . Setakat makan-minum, nak ’shopping’ tu semua , mama dan papa boleh tanggung lagi. Rin dan Fazli jer anak mama dan papa. Kalau dua-dua pergi, sunyi sepi lah banglo papa ni." Nik Faridah berujar kembali.
" Mama. Kami dah susah payah hantar permohonan. Najiha tu, dari Ipoh sanggup turun Gerik minta tolong mak saudara dia uruskan permohonan kami dulu. Kesian lah Ma. Orang dah susah-susah tolong, tak baik kalau Rin menolak. " Erina berujar lagi.
Dia sangat mengharapkan Nik Faridah memujuk Nik Mustafa membenarkan dia berhijrah untuk kerja. Erina masih ingat tahun lepas dia berkunjung ke Ipoh dan Najiha mengajaknya ke PPD Hulu Perak . Di situ lah segala-galanya bermula.
" Mama bincang dengan papa malam ni. Tapi Rin pun kena ada sekali." Kata Nik Faridah lagi.
" Kalau papa tak bagi juga?" Soal Erina balik.
" Nak merajuk lah tu? Haa...jangan nak pergi rumah Mak Su kat Langgar tu. Mak Su tu, dah banyak masalah. Jangan Rin pergi ’top up ’ lagi ’problema’ dia. " Tambah Nik Faridah berjenaka.
" Hurmm... mama ni. Mak Su tu bujang lagi kan. Kalau Rin duduk sana pun tak ada orang marah lah . Papa tu, tak sayang dengan Rin. Kalau sayang, mesti papa bagi Rin buat apa yang Rin nak. " Tambah Erina lagi.
" Rin nak apa lagi? Tak cukup lagi dalam rumah ni?"
" B.E.B.A.S " Jawab Erina sepatah .Malah perkataan itu siap dieja.
" Tu lah... anak dara zaman sekarang. Duduk senang-lenang dengan orang tua pun tak cukup lagi. Nak juga keluar . Kat luar tu, Rin tak tahu apa yang menunggu. " Nik Faridah mula bersyarah .
" Sayanggg mama." Erina tidak mahu memanjangkan hal itu. Dengan segera dia memeluk bahu wanita 40 tahun itu dengan manja.
" Eh ! Eh ! Eh... nanti habis lah manik ni. " Nik Faridah mengomel. Seraya menarik baju yang sedang diperkemas jahitan manik itu.
" Cantik la ma... kalau Rin kahwin nanti, mama jahitkan labuci dan manik yang ’vouge’ tahu. Yang ’merelip-merelip’ kata orang." Erina bergurau lagi.
" Haa... ada hati nak kahwin nampak. Kena ’interview’ dengan papa dulu. Papa tu, kalau bukan orang Kelantan, payah sikit nak lepas anak dara dia ni. Tengok Abang Fazli. Lekat dengan ’anak mami’ , jauh lah dengan keluarga." Nik Faridah menambah kembali.
Erina ketawa melihat emosi Nik Faridah yang cemas. Risau sangat anak gadis kesayangan itu berkahwin dengan orang luar.
" Mama ni. Nanti Rin kahwin dengan orang jauh baru tahu. Baru mama dengan papa hari-hari jadi ’pungguk merindui bulan’ ."
" Hurmmm... tuu... bunyi kereta masuk. Papa dah balik tu," Kata Nik Faridah . Bangun ke muka pintu rumah dua tingkat bertema klasik itu.
Erina juga mengekori Nik Faridah ke muka pintu. Mengharap ’mood’ Nik Mustafa baik hari itu.
" Abang dah makan?" Soal Nik Faridah selepas Nik Mustafa melabuhkan punggung di sofa . Erina mengambil posisi yang berhadapan.
" Ada mesyuarat aper ni. Nampak ada benda jer?" Ujar Nik Mustafa yang berteka-teki melihat muka Erina yang senyum semacam. Isterinya pula senyum sampai ke telinga .
" Bang! Erina ni lah. Biar lah dia pergi bang. Ubah angin. Kerja pun bagus. Bukan lama. Kontrak jer kan." Nik Faridah berujar selepas duduk di sebelah Nik Mustafa.
" Papa nak minum. Rin buat kan air nak?" Erina bermanja-manja untuk mendapatkan perhatian.
" Papa kenyang. Tadi, singgah kat New Horizon Garden dulu sebelum balik. Ada orang belanja makan." Kata Nik Mustafa.
Perjalanan dari New Horizon Garden di Batu 4 , mengambil masa tidak sampai lima belas minit ke banglo mereka yang terletak di hadapan Sek.Keb. Tiong .
" Laki ke perempuan Pa?" Usik Erina .
" Kalau perempuan pun kenapa?"
" Ha ha ha... mama ’jeles’ nanti."
" Siapa lah nak megurat papa Rin ni, dah masuk 49 tahun ." Nik Faridah pula menambah.
" Jangan Mama. Zaman sekarang, stail anak dara nak kat suami orang. ’Trend’ ma. Papa ni, jangan kata tua. Kacak. Segak. Rambut putih sikit tak apa, tapi tegap lagi ma. Ada karier lagi. ’Taste’ perempuan zaman moden tu. " Erina mengusik Nik Faridah lagi. Nik Mustafa tersenyum pendek. Erina ni! Macam-macam idea !
" Anak dara mana lah ada ’taste’ kat orang tua Rin. "
"Hishh... mama ni. Yang tua la banyak pengalaman. Nanti Rin kawin lelaki tua kang, terkejut mama." Erina berujar sambil ketawa manja.
" Kalau ’handsome’ macam papa , nak juga Rin. Ada ‘taste’ orang kata."
" Hishh… cakap tu berlapik sikit. Nanti ’masin mulut’ tu, haa.... berperang lah dengan Nik Mustafa tu." Nik Faridah pula berjenaka.
Tidak sanggup dia bayangkan anak gadis kesayangannya kalau berkahwin dengan lelaki sebaya Nik Mustafa. Zaman sekarang ! Macam-macam boleh jadi. Mintak jauh lah. Kalau boleh biar muda sama muda. Bujang sama bujang. Dara sama teruna. Fikirannya melayang sejenak.
" Macam mana bang? " Nik Faridah mengujar lagi.
" Rin betul-betul dah fikir habis. Jadi guru sandaran ni bukan senang Rin. Kalau dah masuk kontrak, susah nak keluar. Tak takut kena hantar jauh-jauh. Hulu Perak bukan kecil Rin. Luas. Lenggong, Gerik, Pengkalan Hulu. Belum tahu dapat daerah mana." Nik Mustafa bersuara selepas lama menyepi.
"Papa. Rin nak sangat pergi sana Pa. Najiha kan ada. Rin duduk sama-sama dia nanti " Erina memujuk lagi.
Kali ini anak gadis itu sudah pun bertenggek di sebelah Nik Mustafa. Mohon diberi restu meninggalkan keluarga. Nik Mustafa menarik nafas pendek. Menggosok-gosok bahu Erina.
Anak itu tiada dua . Erina lah satu-satu anak peremuannya. Fazli sudah kerja jauh-jauh. Kalau boleh hatinya berat melepaskan Erina pergi. Tapi sampai bila dia boleh merantai anak itu. Suatu masa nanti, anak gadis itu terpaksa juga dilepaskan kepada suaminya.
Nik Faridah merenung suaminya. Menunggu bilah-bilah bicara dari mulut lelaki itu.
" Boleh lah papa. Rin janji. Rin akan selalu pulang. Bukan jauh Pa. Perak dengan Kelantan. Rin akan fon papa dan mama setiap hari. Boleh ya Pa!!"
Erina merenung Nik Faridah sekali lagi minta simpati.
Nik Mustafa sekali lagi menghela nafas pendek sebelum memberi kata putus.
kikiki ok ok harap2 ok la pasni tp ada ke org klntn ckp skema bm?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
smbung la..
nk tau gak per motif cter
ni sbnarnye..
-atien-