Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku seakan tidak percaya dia sudah pergi…tetapi dia sudah pergi. Pergi untuk selama-lamanya dan tidak akan muncul lagi di kehidupan dunia ini. Di dalam mimpi, mungkin ya. Tiupan angin pada hari ini agak hambar berbanding biasa. Pergerakannya ke arah barat menarik-narik tudung aku. Namun seluruh tubuh aku tetap statik, tidak menghiraukan gangguan tersebut. Hanya mata aku sahaja yang sesekali terkelip, sambil merenung sebuah rumah kedai dua tingkat di hadapan.
Aku berdiri di hadapan kedai milik Allahyarham Haji Muhammad Hiroshi Abdullah, atau lebih mesra dengan panggilan Hiroshi-sensei di kalangan pelanggan dan penduduk setempat. Kedai yang diberi nama Kafe Hiroshi dan terletak di pinggir bandar Tiramisu ini pernah menyediakan perkhidmatan kafe berinternet serta servis membaiki komputer. Tidak seperti kedai-kedai lain yang seangkatan dengannya, kedai tersebut mempunyai satu syarat yang sangat unik bagi setiap pengunjungnya. ‘Fikiran dan hati yang suci sahaja dibenarkan masuk!’. Begitulah ayat yang ditampal pada pintu masuk kedai. Oleh sebab golongan tertentu sahaja yang dibenarkan masuk, suasana di dalam kafe ini sangat tenang dan tidak sesak. Mereka yang berkunjung juga adalah terdiri daripada golongan yang ingin menggunakan komputer dan internet untuk tujuan yang berfaaedah. Barangkali, golongan seperti inilah yang dimaksudkan oleh Hiroshi-sensei sebagai mereka yang memiliki ‘fikiran dan hati yang suci’.
Aku tidak pasti adakah aku juga termasuk dalam kumpulan pengunjung sebegitu, tetapi sejak dua tahun yang lalu, aku telah menjadi pengunjung tetap Kafe Hiroshi. Segalanya bermula apabila aku mendapat tahu bahawa seorang lelaki berbangsa Jepun telah berpindah ke bandar kelahiran aku, Tiramisu. Ketika itu, aku masih menuntut di tingkatan empat. Selama beberapa hari, aku cuba menjejaki dan mencari jalan bagaimana untuk berkenalan dengan lelaki yang datang daripada negara matahari terbit itu, kerana aku pada hakikatnya merupakan seorang peminat fanatik Jepun! Daripada bahasa, makanan, tradisi, termasuklah negara Jepun itu sendiri. Akhirnya, setelah seminggu melakukan ‘penyiasatan’, pembukaan Kafe Hiroshi telah membuka peluang yang tak terduga kepada aku.
Pada mulanya, aku agak kecewa kerana pemilik Kafe Hiroshi sebenarnya merupakan seorang lelaki tua yang sudah berusia 70 tahun! Lelaki bertubuh kurus dan berambut putih sepenuhnya itu baru sahaja kehilangan isterinya yang tercinta dan tidak mempunyai seorang pun waris di negara asalnya. Tujuan kedatangannya ke Malaysia adalah kerana dia sangat berminat dengan negara Muslim yang maju ini. Ya, sesungguhnya Hiroshi-sensei sendiri adalah seorang Muslim sejak berusia 20 tahun.
Walau bagaimanapun, sifat ramah dan lembut Hiroshi-sensei telah membuatkan aku tertarik untuk ke kafenya setiap kali pulang dari sekolah. Walaupun ada komputer berinternet di rumah yang pastinya lebih pantas kelajuannya, aku sanggup menggunakan perkhidmatan internet di Kafe Hiroshi. Kadang-kala, tujuan aku hanyalah semata-mata untuk mencari definisi perkataan-perkataan seperti ‘molekul, ‘ekosistem’, dan termasuklah juga perkataan ‘pembezaan’ yang aku pelajari dalam subjek Matematik Tambahan. Jika aku sudah berputus asa dengan enjin carian, aku akan berbual-bual dengan Hiroshi-sensei dan bertanya mengenai kehidupannya di Jepun. Dia tidak pernah mengecewakan setiap pertanyaan aku, dan yang paling menarik, sebenarnya Hiroshi-sensei lebih suka kepada negara Malaysia berbanding negara kelahirannya sendiri. Perasaan suka tersebut terbukti apabila Hiroshi-sensei telah pun menguasai bahasa Malaysia sepenuhnya.
Hebat benar orang tua ini! Aku sendiri pun masih tergagap-gagap hendak bertutur dalam bahasa Jepun. Tambahan pula, Hiroshi-sensei seorang yang pemurah ilmu. Persahabatan antara aku dengannya ternyata tidak sia-sia kerana banyak ilmu berkaitan komputer dapat aku pelajari daripadanya, tidak kira perisian mahupun perkakasan.
Aku boleh katakan bahawa Hiroshi-sensei merupakan satu-satunya kawan aku di Tiramisu. Kerana sesungguhnya aku tidak pandai berkawan. Entah apa magis atau cara yang telah digunakan olehnya sehingga aku sanggup mengatasi masalah interaksi aku untuk berkawan dengannya. Kini, segalanya sudah tiada. Tiada Kafe Hiroshi, tiada Hiroshi-sensei, dan yang paling penting, tiada lagi kawan untuk aku berkongsi cerita! Aku berlalu pergi, berjalan pulang ke rumah dengan mata yang penuh bertakung dengan air daripada kelenjarnya, menanti untuk melimpah ke pipi.
Nama aku Zara. Menurut kamus bahasa Jepun, dua kali Zara iaitu ‘Zarazara’ bermaksud berasa kasar. Akan tetapi, aku bukanlah seorang yang kasar, malah bukan juga separa kasar. Tahun depan, aku bakal berumur 17 tahun (kerana aku merupakan seorang pelajar yang lulus Penilaian Tahap Satu atau dikenali sebagai pelajar lompat). Namun, kawan yang aku ada sekarang adalah kurang daripada jumlah umur aku mengikut tahun. Mungkin kerana sifat aku yang sangat pendiam dan tidak pandai bergaul menyebabkan orang di sekeliling aku pun tidak mempedulikan aku.
Bagi aku, definisi kawan adalah sangat mendalam dan subjektif. Seseorang yang pernah duduk di sebelah kita di kelas tetapi tidak pernah bertanya khabar kepada kita walau sehari pun, orang itu tidak layak dipanggil kawan. Seseorang yang pernah bersama-sama kita menyiapkan tugasan berkumpulan kemudian tidak bertegur sapa selepas tugasan dihantar, juga tidak layak dipanggil kawan. Seseorang yang mempunyai nombor telefon kita tetapi tidak pernah menelefon kecuali terpaksa, tidak boleh diterima sebagai kawan! Seperti yang aku katakan sebelum ini, satu-satunya kawan yang aku ada adalah Hiroshi-sensei. Tanpa mengira waktu, keadaan, dan tempat, dia sentiasa memberi kata-kata semangat kepada aku. Tetapi kini dia sudah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung. Sudah seminggu Kafe Hiroshi ditutup. Aku baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia dan bercadang untuk bekerja di kafe tersebut, namun terpaksa melupakannya.
Sudah seminggu juga aku terperuk di rumah, dan hanya menjengah matahari melalui tingkap bilik tidurku. Seperti hari-hari biasa sebelum ini, selepas ayah dan abang pergi berkerja, emak pula mula sibuk menguruskan kerja-kerja rumah, aku akan mula ‘berkomunikasi’ dengan komputer di dalam bilik. Laman web pertama yang aku lawat pastinya adalah laman web Tiramisu, yang mana aku menggunakan khidmat emelnya. Aku menekan ikon peti emel.
Seperti biasa juga, aku akan menandakan kesemua emel yang aku terima sebagai spam. Nanti dulu. Ada satu emel yang menarik di sini. Pengirimnya adalah Hiroshi-sensei. Tanpa ragu-ragu, aku membuka emel bertajuk ‘Selamat Datang ke Dunia Hiroshi!’ itu, menurut naluri ingin tahuku. Mataku meneliti kandungan emel, kemudian menghantarnya ke otak untuk dibaca.
Tarikh : 24 Disember 2008 Kepada : Zara (zara@tiramisu.com.my) Daripada : Hiroshi-sensei (hiroshisen@tiramisu.com.my) Tajuk : Selamat Datang ke Dunia Hiroshi! Kehadapan saudari Zara, Tahniah diucapkan kerana anda telah terpilih untuk menyertai dan menerokai Dunia Hiroshi. Sila balas semula emel ini untuk mengesahkan penyertaan anda. Hiroshi-sensei.
Apakah ini? Aku membalas semula emel tersebut.
Beberapa minit kemudian, satu emel baru diterima masuk ke peti emel.
Tarikh : 24 Disember 2008 Kepada : Zara (zara@tiramisu.com.my) Daripada : Hiroshi-sensei (hiroshisen@tiramisu.com.my) Tajuk : Terima kasih ;-) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyertai dan menerokai Dunia Hiroshi. Pada jam 8 malam ini, anda akan menerima emel berserta amanah anda dan syarat-syarat Dunia Hiroshi. Semoga berjaya! Hiroshi-sensei.
Ya, sekali lagi, apakah ini semua?!!! Selagi jam belum menunjukkan pukul 8 malam, hati aku tidak berasa tenang. Sepanjang hari, aku cuba makan, tidur, menonton televisyen, mengemas bilik,dan mencuci tandas, akan tetapi fikiran aku tetap tertumpu pada ‘8 malam’ dan Dunia Hiroshi. Entah apa yang bakal menanti aku jam 8 malam ini, aku sendiri tiada idea.
"Tritt…tritt…tritt…," bunyi jam yang telah diset pada telefon bimbitku. Sudah pukul 8 malam! Aku terus membuka peti emel, dan seperti yang dijanjikan emel baru daripada Hiroshi-sensei, atau mungkin lebih tepat lagi dari Hiroshi-sensei yang telah diprogramkan diterima masuk.
Tarikh : 24 Disember 2008 Kepada : Zara (zara@tiramisu.com.my) Daripada : Hiroshi-sensei (hiroshien@tiramisu.com.my) Tajuk : Amanah dan Syarat-syarat Dunia Hiroshi Fail : Rahsia_13925 Sila muat turun fail yang telah disertakan bersama emel ini dan simpan di dalam komputer anda. Dengan ini, anda telah menerima amanah anda! Syarat-syarat Dunia Hiroshi : 1. Dunia Hiroshi adalah sebuah permainan yang terdiri daripada 7 orang pemain, termasuk anda. Oleh sebab anda telah menerima fail amanah, sebarang pengunduran adalah tidak dibenarkan. 2. Di dalam setiap fail amanah terkandung rahsia setiap pemain. Walau bagaimanapun, pemain tidak akan menerima fail yang mengandungi rahsia mereka sendiri. 3. Anda dilarang sama sekali daripada membuka fail tersebut tanpa kebenaran pemilik sebenarnya, sehingga permainan ditamatkan iaitu dalam tempoh 7 bulan. 4. Tugas anda adalah untuk mencari siapa pemilik sebenar fail amanah yang telah anda terima dan dalam masa yang sama, mencari fail amanah milik anda sendiri. Cara yang hendak digunakan adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing. 5. Di akhir permainan, sesiapa yang berjaya memulangkan dan memiliki rahsia masing-masing yang sebenar akan menerima hadiah berupa pengurusan Kafe Hiroshi di bandar Tiramisu. 6. Anda dijemput untuk ke laman web di bawah untuk berhubung dengan pemain yang lain : http://hiroshinosekai.com Semoga Berjaya. Ganbatte ne! Hanya hati dan fikiran yang suci saja akan menang. Hiroshi-sensei.
Oh, Tuhan! Apa yang harus aku lakukan? Haruskah aku mempercayai semua ini?
"Zara!Zara!" emak menjerit dari bawah."Turun makan!" sambungnya. Aku turun ke bawah untuk mengisi perut yang tidak kosong. Aku akan kunjungi laman web Dunia Hiroshi, tetapi tunggu selepas aku selesai makan solat Isyak terlebih dahulu.
salam...heheheh...mcm knl je penulis ni? citer ni best la... gambatte ne!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best..best..cpatlh smbung..cite nie wat jntung sya bdbar la..