Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Deruan ombak membelah pantai. Angin yang bertiup dingin menyentuh tubuh Ainul yang sedang leka mamandang pantai. Dia menguis-guis kulit cengkeram di atas pasir putih dengan ibu jari kakinya. Begitu asyik dia ketika itu. Terasa ingin mengelami keseronokkan sang burung-burung yang terbang berkeliaran mencari makan. ‘Seronoknya…kalau lah aku boleh terbang seperti burung. Bebas kemana saja. Alangkah bahagianya," ainul berbicara sendiri.
Begitulah keadaan Ainul Mardhiah selepas kematian bonda tercinta. Setiap hari dia akan ke pantai. Tempat yang selalu dia dan arwah bondanya, Puan Marlia berkunjung. Puan Marlia atau lebih di kenali Mak Mar di kalangan penduduk kampung Tanjung Karang. Mak Mar adalah seorang anak terbuang. Terbuang dari menjadi ahli keluarga Tan Sri Mahmud Omar. Mak Mar telah dihalau dan tidak di anggap sebagai ahli keluarga Tan Sri Mahmud lagi.
Kerana cintanya terhadap lelaki miskin bernama Halim, menjadikan Mak Mar sebagai anak yatim piatu sehingga ke akhir hayatnya. Dan sehingga kematian Mak Mar, Ainul Mardhiah tidak mengetahui asal-usul bondanya. Semua di rahsiakan oleh Halim. Semua demi kebaikan Ainul Mardhiah. Demi anak tunggalnya, Halim sanggup memikul semua tanggungjawa menjaga Ainul Mardhiah. Ainul Mardhiah lambang cinta sucinya dan bukti cintanya kepada Marlia sehingga akhir hayat.
"Ainul!!Jom kita balik. Dah lewat ni. Esok kita datang lagi," laung Halim nun jauh di tebing gigi pasir.
"Ok, Ainul datang," laung Ainul Mardhiah.
Halim dari jauh melihat anaknya berjalan menghampirinya. Dia menghulurkan tangan. Tangan disambut. Mereka beriringan berpimpin tangan meninggalkan kawasan pantai cenang. Setiap hari Halim akan membawa Ainul Mardhiah ke pantai itu. Di situ banyak kenangan mereka tentang Marlia. Hampir 2 tahun pemergian Marlia ke rahmatullah. Namun kehadiran Marlia sentiasa dirasai berada bersama-sama mereka.
*******************
Di situasi yang sama, Tan Sri Mahmud Omar ketika ini sedang sakit tenat. Segala perubatan moden hingga ke traditional tidak dapat mengubati penyakit yang dihadapi nya. Ya , penyakit menanggung rindu. Penyakit yang di cari sendiri. Kerana hasutan dia menderita. Derita yang tiada kesudahan. Dia amat menyesali di atas segala kesalahanya. Kerana kekesalan itu dia mencari semula anaknya Marlia yang telah di buang.
Namun pencariannya hampir 15 tahun hanya sia-sia walaupun sudah mengupah penyiasat. Ingin disiarkan di akhbar akan menjatuhkan maruah sendiri. Akhirnya terseksa sendiri menanggung rindu. Rindu pada anak yang tidak pernah menyakitinya, yang tidak pernah membantah tingkahnya, yang tidak pernah melawan setiap percakapanya. Marlia memang anak yang baik, lemah-lembut dan seorang yang cantik. Tersangat cantik.
Kerana kecantikkan dan kebaikkannya itulah telah dicemburui oleh adiknya sendiri Madiha. Perwatakakan Madiha yang keras kepala, kasar, suka melawan cakap orang tua dan suka memberontak apabila kemahuannya tidak di penuhi, tidak disenangi semua orang. Dan Marlia sebagai seorang kakak sentiasa beralah dengan Madiha. Bagi Marlia air di cincang tidak akan putus.
Sifat kebaikkan Marlia amat disenangi oleh Halim. Halim ketika itu bekerja di rumah Tan Sri Mahmud sebagai tukang kebun. Dia menggantikan tugas ayahnya, Pak Seman yang telah uzur. Kerana kebaikan dan pertolongan dari Tan Sri Mahmud, Halim dapat menghabiskan pelajaranya walaupun setakat SPM saja.
Namun peristiwa yang berlaku 25 tahun dahulu masih segar di ingatan Tan Sri Mahmud. Kerana desakkan dan hasutan dari Madiha, dia telah bertindak melulu tanpa usul periksa. Setelah hampir 10 tahun peristiwa hitam itu berlaku barulah kebenarannya terbongkar. Semuanya terbongkar apabila diari milik Madiha di jumpai oleh Tan Sri Mahmud bersama-sama dengan bukti-bukti yang lain.
Bab 2 25 tahun dahulu……….
"Tangkap dia. Jangan bagi dia lari. Nanti kita belasah dia cukup-cukup. Kurang ajar. Berani kau buat onar dengan anak majikan kau sendirinya ye. Dasar orang miskin, merempat tak sedar diri. Ha!! Pegang dia. Biar aku ajar dia ni. Eeii…geram betul aku tengok muka tapir ni,"Borhan tidak sabar untuk membelasah Halim.
Halim ketika itu baru selesai menunaikan solat asar telah di kejutkan dengan adegan yang dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia dipegang oleh 2 orang lelaki yang dia tidak kenali. Hanya seorang saja yang amat di kenalinya, Borhan. Borhan yang sememangnya mempunyai hasad dengki kepadanya. Borhan dengki kerana Marlia tidak membalas cintanya
"Kenapa ni?Apa sebenar yang telah berlaku?Kenapa ni Borhan?Apa yang aku dah buat sampai kau buat aku macam ni?Macam aku dah buat salah besar,"Halim minta kepastian. Dia masih bingung dengan situasi sekarang. " Eh..dia ni, sudah tahu bercanda pula, sudah tahu bertanya pula. Pandai la kau ye. Buat tak tahu konon. Biasa la…orang dah buat salah tak kan nak mengaku kan?"bentak Borhan. Kemarahannya sudah mendidih.
"Apa yang tahunya? Aku tak buat salah. Memang la aku tak tahu . Aku baru selesai solat , mana aku tahu apa yang berlaku,"bela Halim
"Erk eleh..nak tunjuk alim konon. Hei!! Boleh pergi mampus la dengan alim kau tu. Dah kawan-kawan, bawa dia jumpa Tan Sir. Biar Tan Sri hukum dia. Biar dia rasa," arah Borhan kepada kawannya, Hakim dan Zul.
Mereka bertiga membawa Halim berjumpa dengan Tan Sri Mahmua. Di heretnya Halim seperti kain buruk. Habis kotor dan koyak baju melayu Halim. Badan Halim di penuhi darah kesan dari calar-calar di badanya. Mereka bertiga memang tidak berperikemanusiaan. Mentang-mentanglah mereka orang kaya, suka-suka mereka berbuat begitu kepada Halim. Sungguh kejam perbuatan mereka.
asl jht sgt plakon at cpen nie? huhu geram plk anyway.. bestttttt __sofe96__
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
asl jht sgt plakon at cpen nie? huhu
geram plk
anyway..
bestttttt
__sofe96__