Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ok...awak ambil balik semua fail ni," tiba-tiba Syafiq meletakkan kembali kesemua fail yang telah dihantar oleh Nadia dua hari yang lepas di atas meja gadis itu. Nadia terlopong dan bangun dari tempat duduknya. Dia keliru dan inginkan penjelasan.
"Apa ni En.Syafiq…kan hari tu saya dah siapakan semua kerja saya…kenapa? Ada sebarang kesilapan ke?" Tanya Nadia agak panik.
"Tak ada sebarang kesilapan apa-apa….bagus kerja awak," ujar Syafiq dengan raut wajah bersahaja. Namun jauh di sudut hatinya mahu sahaja dia tergelak melihat reaksi yang ditunjukkan oleh gadis yang sedang berdiri di hadapannya waktu itu.
"Habis tu…kenapa En. Syafiq kembalikan semua fail ni pada saya semula?" Tanya Nadia lagi. Syafiq mulai berpeluk tubuh. Dia hanya mendiamkan diri dan wajahnya berkerut seperti ada sesuatu yang sedang difikirkan olehnya.
"Sebab saya nak awak sedikan laporan kewangan lengkap untuk saya sebelum pembentangan budget awal bulan depan," Syafiq bersuara sambil tersenyum yang segaja dibuat-buatnya. Nadia terlopong sekali lagi.
"No…no…jangan nak cakap saya ni gila ke? tak waras ke? sebab saya tak gila dan saya masih lagi waras…sebab tu la saya bagi semua fail ni pada awak semula dan saya nak awak siapkan laporan kewangan saya ni sebelum saya balik dari bercuti…boleh kan?" Syafiq tersenyum puas memandang reaksi wajah yang dipamerkan oleh setiausahanya. Puas hati dia kerana dapat mengenakan gadis itu kembali.
"Memang la saya tahu En. Syafiq tak gila…En. Syafiq ni waras lagi..masalahnya sekarang ni…kerja yang En.Syafiq suruh saya buat ni yang boleh buat saya yang masuk hospital gila! Lagipun En.Syafiq senang lenang bercuti saya pulak yang kena kena siang malam nak siapkan kerja ni semua…banyak cantik?" Nadia bersuara tanpa ada perasaan takut sedikit pun dengan lelaki di hadapannya di kala itu.
"Saya memang tak cantik….sebab saya handsome! Ni saya nak tanya soalan sikit…awak ni siapa?"
"Saya ni secretary En.Syafiq la," jawab Nadia tanpa banyak soal.
"Dan saya ni pulak siapa?" tanya Syafiq lagi.
"En. Syafiq bos saya la," Nadia menjawab lagi walaupun ketika itu dia mulai pelik dengan soalan-soalan yang dikemukan oleh Syafiq.
"Jadi awak sekarang ni bekerja dengan siapa?"
"Dengan En. Syafiq la," "Good! Jadi kalau saya ni bos awak…dan awak bekerja dengan saya sebagai secretary saya..atau dalam bahasa Melayunya pembantu saya…jadi tak salah la tugas awak bantu saya dan buat apa sahaja yang saya suruh….awak faham sekarang Cik Nadia?,"
"Tapi…" Nadia mulai hilang idea untuk menjawab. Entah mengapa tiba-tiba otaknya berhenti berfikir. Dia tahu kali ini dia tewas dengan lelaki tersebut. Syafiq pula tersenyum bangga.
"Awak cakap awak hebat…awak cakap awak boleh lakukan apa saja yang saya suruh…orang tak akan panggil awak Nad kalau awak tak boleh buat…so Cik Nadia…buktikanlah!" Syafiq menyambung kata-katanya. Kali ini dia terus melangkah meninggalkan Nadia yang terdiam tanpa kata.
"Saya cuti tiga hari minggu depan…saya nak bila saya balik semua kerja siap atas meja saya….faham! Awak tak nak tengok Lion King awak ni mengamuk kan?" Syafiq sempat berpesan sebelum dia membuka pintu pejabatnya.
Nadia yang mendengar kata-kata Syafiq menelan air liur. Macam mana lelaki itu boleh mengetahui gelaran yang dia berikan padanya. Macam mana Syafiq boleh mengulang semula kata-katanya pada malam dia siapkan kerja yang Syafiq suruh. Matilah aku! Bisik Nadia sendirian. Syafiq mulai hilang di sebalik pintu pejabatnya.
"Oh ya! Awak jangan ingat saya ni tak ada six sense! Saya boleh dengar apa yang awak cakap pasal saya di belakang saya, lain kali kalau nak bercakap pandang kiri kanan dulu! Ok Cik Nadia…selamat bertugas!"
Nadia mengurut dadanya terperanjat dengan tindakan Syafiq yang tiba-tiba membuka pintu pejabatnya sekali lagi dan apa yang paling memeranjatkan dia kata-kata terakhir Syafiq sebentar tadi sebelum lelaki itu menutup pintu pejabatnya buat kali kedua.
"Aduh…mesti dia tak balik lagi masa aku kutuk dia depan pejabat dia malam tu….padan muka kau Nadia!," bicara Nadia sendirian. Matanya tertumpu pada fail yang bertimbun di mejanya. Dia terduduk kemudian dia memicit dahinya dan merengus kuat.
***
Syafiq tersenyum sendirian sambil tangannya cekap mengendalikan stereng keretanya. Mindanya masih terbayang raut wajah Nadia yang agak terperanjat dengan kata-katanya petang tadi. Buat pertama kalinya gadis itu terdiam seketika tanpa membalas apa-apa dengan kata-katanya.
"Tahu pun takut," tiba-tiba Syafiq berbicara sendirian.
"Siapa yang takut?’ tanya Rosalan tiba-tiba. Syafiq mengurut dadanya terperanjat mendengar suara Roslan yang disangkakan sedang tidur memandangkan mata lelaki itu terpejam rapat sebentar tadi.
"Kau ni…kalau nak menjampuk pun bagi la salam dulu," marah Syafiq.
"Siapa yang takut ni?" tanya Roslan sekali lagi.
"Tak ada apa-apalah…kau sambung la tidur kau tu…kalau dekat nak sampai aku kejutkan kau!" jawab Syafiq yang langsung tak berminat nak melayan Roslan nanti macam-macam lagi soalan yang akan dikemukakan oleh sahabatnya itu.
"Ngantuk aku dah hilang dah..eh! semalam aku dah jumpa dengan secretary baru kau…boleh tahan…cantik wei!" puji Roslan tiba-tiba. Lelaki itu tersenyum penuh makna.
"Cantik? Cantik muka je buat apa…kalau mulut tu berbisa mengalahkan bisa ular tedung kau tau tak!" marah Syafiq tiba-tiba. Roslan mengerutkan dahinya. Pelik. Namun menarik. Mesti ada sesuatu yang dia tak tahu berkenaan gadis itu yang enggan diceritakan oleh Syafiq sebelum ini. Dia tak boleh mendiamkan diri. Dia mesti korek rahsia tersebut.
"Kenapa? Apa yang dia dah buat kat kau?" Tanya Roslan mulai bersemangat kembali. Badannya yang keletihan akibat menaiki motosikal sepanjang hari ini sudah tidak diarasakan lagi. Dia lebih berminat mendengar cerita berkenaan gadis cantik manis pembantu Syafiq daripada tidur merehatkan badan.
"Kalau kau nak tahu..hari pertama dia kerja lagi dia dah berani melawan aku! Apa saja aku cakap mesti dia nak menjawab…lepas tu suka sangat mengata aku di belakang…dia ingat aku tak tahu…sekarang padan dengan muka dia kena siapkan semua kerja aku yang aku tinggalkan untuk dia….baru dia kenal siapa Syafiq!" bicara Syafiq dengan penuh emosi.
"Wow! Menarik ni…apa yang kau suruh dia buat?"
"Siapkan semua laporan kewangan yang aku belum siapakan lagi…kan aku dah cakap kat kau, aku nak cuti selama mana pun tak apa…secretary aku kan ada," jawab syafiq sambil tersenyum puas.
"Jahatnya kau Fiq…kesian minah tu tau tak…dia tahu tak buat kerja yang kau suruh tu?" Tanya Roslan. Syafiq terdiam seketika. Tiba-tiba dia terfikir dengan persoalan Roslan sebentar tadi. Dia memandang Roslan seketika. Kemudian dia mengjungkit bahu dan tersengeh.
"Kau ni kan…sejak bila kau emosional sangat ni…biasanya kalau kau marah sangat pun dengan pekerja kau, kau tak akan libatkan soal kerja…lagipun Janet kan ada…kalau tak apa guna jawatan Janet sebagi penolong pengurus kewangan kat situ," soal Roslan. Syafiq berubah wajah.
"Janet?"
"A’ah…Janet! Tak kan kau dah tak ingat dekat penolong kau tu?" tanya Roslan lagi. Syafiq terdiam. Terus terang dia katakan, dia memang lupakan Janet semenjak Nadia mula bekerja dengannya.
"Tentulah aku ingat…tapi kau kan tahu Janet tengah sarat mengandung sekarang ni..dia mana boleh kerja penat-penat kan…aku kesiankan Janet je…sebab tulah aku suruh minah tu siapkan kerja untuk Janet," akhirnya Syafiq mendapatkan idea yang bernas bagi menjawab persoalan sahabatnya itu. Dia tahu alasan yang diberikan olehnya cukup kukuh.
"Iyalah tu,"
"Yalah....takkan aku nak tipu pulak…lagipun biar padan muka minah tu sikit berlagak sangat…kononnya semua kerja dia boleh buat…hah…sekarang buatlah!" kata Syafiq lagi. Namun, jauh di sudut hatinya dia mulai rasa bersalah. Kata-kata Roslan ada kebenarannya. Bagaimana dia boleh campur adukkan perasaan geramnya terhadap Nadia dengan kerja dan tanggnungjawabnya sebagai Pengurus Kewangan.
"Tengok…kau masih campur aduk soal kerja dengan peribadi…kalau kau tak suka sangat kau buang je la minah tu…cari secretary lain macam yang kau selalu buat sebelum ni," Roslan memberikan cadangan.
"Tak boleh!" jawab Syafiq laju tanpa berfikir panjang mengenai cadangan yang diberikan oleh Roslan.
"Kenapa pulak tak boleh?" soal Roslan kembali.
"Aku cakap tak boleh tak boleh la….ala…banyak soal la kau…dah la…kau tak nak tidur kan…sekarang kau drive…biar aku pulak tidur!" Syafiq terus memberi isyarat sebelum dia berhenti di kiri jalan.
"Emo mengalahkan perempuan datang bulan!" rungut Roslan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
oh..ok..