Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ari mengambil helmetnya yang diletakkan di dalam raga motosikal. Helmet yang agak uzur itu terus dipakaikan di kepala. Mujur helmet tersebut mempunyai visor walaupun skrunya hampir tercabut. Ari menyeluk poket seluarnya dan mengambil kunci motor. Tiada! Dia panik, terus menyeluk poket sebelah. Juga tiada!
"Ah! Sudah..Masaklah aku kali ni! Mana aku letak kunci ni!" Aku membuka beg sandang. Habis diselongkarnya namun masih tidak menjumpainya. Akhirnya Ari menuang beg tersebut sehingga bertaburan semua isi di dalam beg tersebut di atas lantai. Tiada, Ari menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.
"Masa nilah dia nak buat hal!" Omelku sendirian. Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang mencucuk punggungku.
"Ouch! Apa ni?" Aku menyeluk poket belakang.
"Laa...Kat sini rupanya. Puas aku cari, pelupa betullah!" Aku tersengih sendirian. Aku memasukkan semula barang-barangku yang bersepah tadi. Sempat aku melihat jam di tanganku.
"Alamak! Dah lambat." Cepat-cepat aku memasukkan kunci dan terus menghidupkan enjin.
"Maira, karang nak pergi sekolah jangan lupa tutup pintu, matikan semua suis, tengok paip terbuka tak. Tau!" Sempat aku memesan pada adikku yang sedang berdiri di pintu dengan mulut penuh roti. Dia hanya mengangguk. Aku melambaikan tangan kepadanya.
"Mak Jah, Ari pergi dulu!" Laungku dari luar pagar. Terkedek-kedek orang tua itu berlari menuju ke pintu untuk melihatku bertolak pergi ke tempat kerja.
"Bawa motor elok-elok!" Laung Mak Jah namun aku yang sudah memulas minyak tidak mendengarinya lagi.
Namaku Ari. Masih berumur 22 tahun. Muda lagikan? Aku ada dua orang adik, Maira dan Syina. Mereka sajalah ahli keluargaku yang tinggal di dunia ini. Mana ibubapa aku? Mesti terfikir-fikirkan, anak yatim piatukah aku? Yup..Jawapannya tepat sekali. Dah lima tahun mak dengan ayah aku meninggal dunia. Sekarang, akulah yang cari nafkah untuk kami tiga beradik. Maira masih bersekolah lagi, baru tingkatan tiga. Jarak kami memang jauh, 7 tahun.. Syina pula baru tingkatan dua, kesian dia.. masa mak dengan ayah meninggal masa aku baru lepas habis SPM, mereka berdua pula masih kecil lagi. Masa tu aku rasa dunia aku dah nak terbalik. Tak tahu apa nak jadi pada kami. Mak dan ayah pergi secara mengejut. Kemalangan kereta, ayah aku memang pembawa teksi. Nak dijadikan cerita, masa tu ayah suruh teman mak dia pergi beli seluar untuk Maira sebab masa tu nak sukan. Si Maira ni pula tak habis-habis merengek suruh belikan seluar track untuk dia. Ayah bukan boleh anak manja dia merengek, terus nak dapatkan apa yang dia minta. Dalam perjalanan pulang ke rumah, masa tu hujan. Oleh kerana jalan licin, ada sebuah kereta cuba merempuh teksi ayah dan untuk mengelak daripada kereta tersebut, ayah bertembung dengan sebuah lori. Tragis sekali kemalangan tersebut. Masa aku dapat telefon daripada hospital tu, aku rasa kepala lutut aku dah tak mampu menampung badan aku yang sedang-sedang ni. Masa pengesahan mayat tu, beberapa kali aku pengsan. Maira dan Syina jangan cakaplah, lembik habis. Menangis tak henti-henti. Namun aku bersyukur, walaupun kemalangan itu dikatakan sangat dahsyat, jasad mak dan ayah masih elok, cuma luka-luka kecil sahaja.
Sepanjang perjalanan ke hospital, aku terbayang tubuh mak dan ayah sudah tidak boleh dikecam lagi kerana mereka dikatakan terperosok di bawah lori dan kereta mereka hancur sama sekali. Mujur fizikal mereka masih sempurna. Apa yang aku terkilan sangat tu, aku tak sempat melafazkan kata maaf pada keduanya dan meminta mereka menghalalkan makan minumku. Mujur ada jiran-jiran yang sangat baik hati. Merekalah yang banyak membantu menguruskan pengebumian, kenduri tahlil dan sebagainya. Lagi-lagi Mak Jah, jiran sebelah rumah kami. Dialah yang menguruskan majlis tahlil sedangkan aku langsung tidak tahu apa-apa. Ketika itu juga, aku langsung tidak mempunyai wang untuk mengadakan kenduri. Mujur dengan belas ihsan Mak Jah sekeluarga, kami berjaya mengadakan majlis tahlil tersebut selama 7 hari.
Tidak mampu aku ucapkan dengan kata-kata di atas kebaikan mereka itu. Yang mampu aku ucapkan hanya terima kasih yang tidak terhingga kerana banyak membantu kami. Oleh kerana itu, setiap petang, aku akan membelikan sedikit buah tangan untuknya bagi membalas budi. Kadang-kadang buah, kadang-kadang goreng pisang dan kadang-kadang aku membungkuskan mee goreng untuk makanan petang Mak Jah dan Pak Tam. Lagipun Mak Jah hanya tinggal berdua sahaja dengan Pak Tam, suaminya. Anak-anaknya semua sudah berkeluarga dan kadang-kadang sahaja pulang menjenguk mereka berdua. Mak Jah dan Pak Tam sudah menganggap kami sebagai anak mereka sendiri. Kami juga kerap melepak di rumah mereka sekadar untuk berborak jika ada kelapangan.
Sampai di tempat kerja, aku terus meletakkan motorsikalku di kawasan parking dan terus meletakkan helmet di atas raga tanpa rasa bimbang helmet tersebut akan dicuri. Yelah, siapa nak curi helmet buruk. Kalau orang tu curi juga, memang dia butalah gamaknya.
"Hai Tauke!" Aku menyapa Tauke Lim yang sedang sibuk mengira akaun di kaunter.
"Apa pasat lu lambat, lu ni memang ar..selalu datang lambat! Kalau wa bagi gaji lu lambat sikit lu tau pulak malah wa.."
"Ala tauke, bukan lambat sangat pun,10 minit pun berkira! Dahlah tauke, hari ini stok baru dah sampai belum?"
"Itu ada, balu sampai..susun macam biasa."
"Bereh! Tauke, gaji kasi up ar bulan ni.."
"Tengok! Lu kilija malas, tapi gaji asyik nak kasi up! up! Manyak cantik muka lu..Nasib baik lu memang cantik!" Aku mencebik.
"Kedekutlah tauke ni, nyampah!"
"Aiyyaaa! Ini olang banyak kerenah. Wa tak tahulah dia ni lelaki ke pelempuan..aiyaa...Muka ada comel tapi potong lambut macam laki, baju pun pakai itu selupa lelaki...tatak pahamlah ini pelempuan."Rungut tauke seorang diri sambil menepuk dahi.
Aku meneruskan rutin-rutin harianku, mengangkat stok-stok baru dan menyusunnya di rak. Sudah dua tahun aku bekerja di sini. Kerja-kerja mengangkat barang ini sudah menjadi kebiasaanku. Dulu lenguh-lenguh juga tapi sekarang alah tegal biasa. Siang aku bekerja di mini market di sini, malam pula kerja di kedai makan sehingga dua pagi. Semua itu sudah menjadi asam garam kehidupanku. Untuk memudahkan urusanku, aku selesa memotong rambut pendek supaya tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana kesibukanku bekerja.
"Ali ah...sini datang depan, jaga kaunter. Wa sakit pelut..tak tahan!" Serentak dengan itu, Tauke Lim kentut dengan kuat dan menyebarkan bau-bau yang kurang enak untuk dihidu.
"Tauke! Tak senonoh! Busuk tau tak!" Aku menutup pintu sambil mengibas-ngibas udara supaya bau tadi hilang. Baunya...yang amat! Busuk gila..ni berapa tahun tak berak da....Tauke Lim pula sudah memecut laju menuju ke tandas belakang sambil tersengih-sengih.
******
Bunyi air yang mengalir dari shower jelas kedengaran. Sejurus kemudian, paip shower dimatikan dan air berhenti mengalir. Faiz Ezran mencapai tuala mandinya yang tersidai dan membaluti tubuhnya. Dia menghadap cermin. Badannya yang sasa di pegangnya. Sentuhannya terhenti apabila menyentuh parut panjang di bahunya. Teringat dia akan kemalangan yang berlaku enam tahun yang lalu. Ketika itu dia masih ingat, kereta yang dipandunya tergelincir akibat jalan licin. Ketika itu hujan lebat, kereta yang dipandunya gagal dikawal dan terbabas ke dalam parit. Dalam keadaanya yang sedang cedera parah, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Badannya lemah dan tidak bermaya untuk bergerak. Bahunya terasa kebas dan sakit yang amat sangat. Aku hampir pitam kerana menahan kesakitan dan tatkala itu, seseorang membuka pintu kereta dan menarikku keluar. Perempuan, tapi aku tak dapat melihatnya dengan jelas kerana pandanganku sudah kabur. Perempuan itu memakai baju putih dan kain biru. Uniform sekolahkah? Keadaanku ketika itu membuatkan aku tidak mampu berfikir dengan lebih lanjut. Perempuan itu menarikku jauh dari kereta dengan bersusah payah memandangkan fizikalku yang memang lebih besar dan tinggi darinya.
Tak jauh dia menarikku, tiba-tiba keretaku meletup. Perempuan itu menjerit kerana terkejut lantas memelukku. Wajah perempuan itu masih samar-samar, namun dalam masa yang sama, aku dapat melihat rantai lehernya yang berloket huruf A yang unik.
"Abang tunggu kejap ye, saya panggil orang datang tolong." Cemas sekali nada suaranya. Aku cuba menggapainya namun dia lebih pantas dan meninggalkanku untuk mencari bantuan. Pandanganku semakin kabur dan aku tidak tahu apa yang terjadi padaku lagi. Sedar-sedar, aku sudah berada di katil hospital dengan lengan dan kaki berbalut. Mama pula tertidur di kerusi di sebelahku.
"Mama...." Ucapku perlahan. Mama bangun dengan mata yang masih terpisat-pisat. Pergerakanku agak terbatas kerana terganggu oleh benda keras yang diletakkan di leherku.
"An dah sedar..alhamdulillah..dah seminggu An tak sedar. Risau mama.." Seminggu? Lamanya aku tak sedar. Sepanjang aku berada di hospital, mama, nenek dan adikku Farah Elina menjagaku bergilir-gilir sehingga aku pulih dan sebelum aku dibenarkan pulang. Aku ada bertanya pada mama tentang perempuan yang membantuku namun mama langsung tidak tahu menahu tentang kewujudan perempuan tersebut. Katanya, dia dihantar ke hospital oleh orang yang tidak dikenali. Butir-butir orang yang menghantarku juga tiada. Puas aku mencari perempuan tersebut namun tidak berjaya kerana kekurangan maklumat. Aku benar-benar ingin berterima kasih kerana menyelamatkanku kerana jika terlambat, mungkin aku sudah tiada di muka bumi ini. Syukur....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best2...sambung2!