Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Penulis sudah menulis 3 buah Novel di pasaran sejak tahun 2000 - 2005, antaranya Sepenuh Hati Sepenuh Jiwa, Mencintaimu dan Janjimu Kepadaku terbitan rhythm publishing
"Kenapa Audra buat Datuk macam tu?" tanya Muzammil sambil mengunyah burger. Anak minah salleh ni memang tidak jemu makan makanan ni. Hari-hari muzammil diheretnya ke Burger King ni sampaikan dia naik jelak dibuatnya. Muzammil sabar menantikan jawapan daripada Audra. Semasa keluar tadi Audra tidak meminta izin dengan ayahnya terlebih dahulu. Bagaikan Datuk Azri tidak wujud ketika gadis itu melangkah keluar dari rumah itu. Atas dasar kewarasan fikiran maka Muzammil meminta izin daripada majikannya itu untuk menemani anak daranya keluar. Audra buat tidak dengar. Siapa Muzammil untuk menyoalnya soalan macam tu? Dia punya sukalah hendak cakap macamana dengan orang tua tu, katanya marah di dalam hati. Malas hendak memanjangkan persoalan itu. Audra hanya mendiamkan diri. Muzammil memandang Audra. Dia melihat Audra tersenyum manja ke arahnya. Hati siapa yang tidak cair melihat senyuman mengoda itu. Audra membalas pandangan lelaki tu. Kacaknya dia! Getus hati Audra. Hari-hari pakai t.shirt dan jeans barulah nampak kesegakkan lelaki itu kalau pakai baju uniform nampak sangat macam budak sekolah. Namun ada perbezaan yang ketara di antara mereka berdua. Warna kulit Audra dan Muzammil memang kontras. Nasib baiklah Muzammil putih sikit daripada arang. Audra termasuk dalam kategori putih melepak sedangkan dia agak gelap tapi yang menariknya lesung pipit di kedua belah pipi Muzammil. Nampak manis apabila Muzammil mengukir senyuman. "Kalau tidak mahu bagitau Mil tidak apa tapi lain kali kalau keluar jangan ajak Mil. Audra naiklah bas." "Buruk muka lelaki merajuk. Audra tidak kisah kalau naik bas. Lagi seronok sebab dalam bas boleh jumpa ramai orang. Manalah tau ada yang berkenan di hati." "Memang muka Mil ni buruk…" Jawab Muzammil tidak ambil hati dengan kutukan Audra sebentar tadi. Melihat makanan yang dipesan sudah sampai Audra tidak jadi membalas kata-kata lelaki itu. Audra mengigit apple pie makanan kesukaannya. Bau kayu manis itulah yang amat disukainya. Aroma pie yang baru masak itu sungguh wangi. Sekiranya dia balik ke rumah Grandma dan Grandpanya setiap hari Grandma pasti tidak akan lupa membuatkannya. Masakan Grandma memang sedap kalah Datin Suhaidah. Datinlah katakan tidak perlu turun ke dapur, kata saja apa yang hendak dimakan pasti Mak Senah akan menyajikannya. Nasib kaulah Datuk Azri. Emak…hatinya sedih terkenangkan insan yang amat disayanginya. Masa emaknya masih ada setiap hari emaknya itu akan makan bersamanya. Sejak pulang ni hanya Muzammil dan Mak Senah sajalah temannya makan setiap hari. Hendak duduk bersama penghuni rumah tu memang dia tidak berselera hendak makan. "Audra hendak tahu yang Audra ni macam aurabidadari," Audra mengherotkan mulutnya, tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Muzammil. Nama artiskah yang disebutnya itu? "Apa benda tu? Makanan tu boleh beli di mana?" Balas Audra sengaja hendak menyakitkan hati Muzammil. Cakaplah benda yang dia tahu. Aurabidadari? Dia sendiri tidak pernah dengar perkataan yang disebut oleh Muzammil. Perkataan bidadari pernahlah dia mendengar, itu pun masa dia kecil dulu emaknya selalu membacakannya buku dongeng. "Aurabidadari, macam Audra. Sekejap riang-ria. Sekejap melenting macam orang kena selar besi berani. Sifat yang selalu berubah-ubah samalah macam aura. Aura ada yang panas dan sejuk. Cuma satu saja yang tidak berubah Audra cantik macam bidadari." Komen Muzammil dengan berhati-hati. Nanti mengamuk pula perempuan di hadapannya itu. "Betulkah ni?" soal Audra manja. Muzammil menganggukan kepalanya. Dia ikhlas dengan pujian yang diberikan dan memang benar Audra di matanya seorang gadis yang cantik dan mempunyai personaliti yang menarik. "Mil ikhlas dengan pujian diberi." "Terima kasih banyak-banyak atas pujian tu." "Audra…kalau Mil ajak kahwin Audra hendak tak?" usik Muzammil. Bulat mata Audra mendengar soalan yang tidak diduganya. Aku tidak salah dengarkah? Atau pun memang sah Muzammil mabuk minum coke. "Mabuk minum coke agaknya Mil ni. " tingkah Audra menyembunyikan rasa gelodak hatinya. Kahwin!! Nanti-nantilah. Diri sendiri tidak terurus dan tidak tahu ke mana arah tuju hidup. Inikan hendak kahwin pula. "Mil serius ni…" Muzammil menahan ketawanya apabila melihat reaksi Audra yang terkejut itu. Walaupun kedengaran bergurau namun apa yang diluahkan oleh Muzammil itulah adalah benar. Memang dia ingin memperisterikan Audra tapi bukan sekarang. Tunggulah setahun dua lagi sebaik saja duitnya cukup untuk meminang gadis itu. Anak Datuk, sudah tentu hantaran yang dikenakan padanya tinggi. "Jahatlah Mil. Kata serius tapi senyum macam kambing. Okay…kalau hendak kahwin dengan Audra kena sediakan hantaran tiga puluh ribu. Semuanya serba satu dan Audra hendak katil yang ada tiang siap dengan kelambu lagi…" Audra menayangkan tiga jarinya disulami dengan gelak tawanya. Itulah yang sering dibualkan apabila dia, Reena dan Jesnita dilanda kebosanan. Macam-macam permintaan dan angan-angan yang timbul. Akhirnya mereka akan ketawa sendiri apabila merasakan permintaan yang mereka hendak itu dirasakan melampau. "Huh…boleh botak Mil sediakan permintaan Audra tu. Hmmm…sayang punya pasal Mil akan sediakannya buat Audra." Ujar Muzammil mengusik. Audra mencebik. "Sebelum kerja dengan Datuk Azri, Mil kerja di mana?" "Audra…itu ayah Audra kenapa sebut namanya pula? Kalau Audra hendak orang lain hormatkan Audra, Audra kenalah hormatkan orang lain. Orang melayu tidak akan memanggil ayahnya dengan nama. Apa kata orang kalau mendengarnya? Pasti Audra akan dikatakan bersikap kurang ajar terhadap ayah sendiri." Audra melarikan pandangannya ke arah lain. Hatinya tersentuh dengan kata-kata Muzammil itu. Dia menundukkan kepalanya. Mil…kau tidak tahu apa yang terkandung di dalam hati Audra ni. Jiwa Audra kosong setelah ketidaan emak di sisi. Selama ini semuanya Audra tempuhi sendirian. Audra bagaikan anak terbuang. Apa pun terima kasih atas nasihatmu tu. Lidahnya kelu untuk mengatakannya dan biarlah hanya terungkap di dalam hatinya. Belum sesuai dia hendak meluahkan apa yang ada di hatinya kepada Muzammil. Menyedari Audra yang mendiamkan diri Muzammil rasa bersalah. "Mil orang kampung. Buat kerja-kerja kampung sebelum kerja dengan ayah Audra. Tanam sayur, ke laut tangkap ikan sebab itulah Mil ni gelap. Mil bukannya macam Audra dapat belajar sampai ke luar negeri. Cantik, bijak pula tu. Goyang kaki di rumah seumur hidup duit masih banyak berkepuk-kepuk di bank," ucap Muzammil menampakan kedua lesung pipitnya. Gelap itu menawan. Lelaki tidak sesuai berkulit cerah. Gelap sikit tidak apa jangan gelap cuma nampak gigi. Cuma memang dia ditakdirkan ada darah campuran. Agaknya kalau aku ikut ayah mesti kulitnya pun gelap. "Audra boleh beri duit yang berkepuk-kepuk tu tapi ada syaratnya. Syaratnya ialah jeng…jeng…jeng, Mil kenalah jadi drebar Audra seumur hidup. Sanggup?" katanya sengaja hendak mengusik rasa Muzammil. Selalu sangat Muzammil mengenakannya, biarlah dia sekali-sekala mengusik Muzammil pula. "Mil sanggup. Sekiranya Audra hendak jadikan Mil suami seumur hidup Audra pun boleh. Audra pula macamana?" Audra membaling kumpalan tisu ke arah Muzammil. Depannya bolehlah Muzammil mengusik cuba depan ayahnya, hendak memandang Audra pun Muzammil kecut. Cheh…depan aku saja berani buat apa. "Hey Audra. Bila kau balik ke sini?" "Reena…How are you?" Audra membalas pelukan temannya yang bernama Reena itu. Reena pun memberikan kucupan di pipi Audra. Muzammil yang ada di situ cuma jadi pemerhati. Hmmm...agaknya kawan rapat Audra. Kalau tidak masakan hendak bercium pipi dan berpelukan mesra macam tu sekali. "I’m fine. Hmm…you told me that you doesn’t want to back. Apa ceritanya ni? Sekejap kata macam tu sekejap macam ni?" kata Reena hairan dengan pendirian temannya itu. Walhal bila diajak balik Audra menegaskan dia tidak akan balik ke tanahair. "Certainly I don’t want to back home but I don’t want to dissapointing my father. Aku pun malas hendak gaduh-gaduh lagipun aku selalu terkenangkan emak aku sebelum aku balik ke sini. How’s life?" katanya menukarkan topik perbicaraan. "Macam biasalah. Eh…malam ni aku hendak ke tempat biasa. Kau hendak ikut atau tidak? Kalau kau hendak…aku ambil malam ni," ajak Reena. Audra tersenyum bila mendengar hendak ke tempat biasa. Sejak balik ke sini belum sekali pun dia menjejakkan kaki tempat itu. Niat di hati hendak mengajak Muzammil tapi apa yang diperhatikannya Muzammil bukanlah golongan yang suka ke disko. "This is my address. Kau jangan sesat pula mencari rumah aku tu." Audra menulis nombor telefon serta alamat rumahnya kepada Reena. "Macamanalah aku tidak perasan dengan orang sebelah kau tu Audra. Siapa dia ni Audra?" Reena mengenyit mata ke arah Muzammil. Mata helang!! Pantang nampak lelaki. Mulalah tu hendak mengoda. "Tunang aku!!" Jawab Audra nakal. Tersembur air yang diminum oleh Muzammil. Audra ni memanglah. Suka sangat mempermainkan nurani orang. Suka sangat dia mengacau bilaukan perasaannya yang sudah ditimpa perasaan perasan ini. Muzammil melap meja yang terkena air itu. "Tunang kau?" soal Reena tidak yakin dengan jawapan diberi. "Tunang aku. Namanya Muzammil…," sahut Audra tidak mengalah. Audra memandang Muzammil dan Muzammil akhirnya menganggukan kepalanya. Reena tersenyum nakal memandang Muzammil. Alahh Audra ni. Kalau hendak menipu pun janganlah buat lawak antarabangsa. Kata sajalah tu kawan habis cerita, tidak perlulah sampai hendak mengaku sudah bertunang pun. Mustahil Audra bertunang tanpa memberitahunya. Tasteless betul Audra ni. Ramai yang minat Audra masa di universiti dulu Muzammil ni pula yang dipilihnya. Memang betullah kata Raymond yang mata Audra tu sudah kabur. "Got to go Audra. See you tonite." Reena mengenyitkan mata sekali lagi ke arah Muzammil. Berasap Audra melihat perilaku Reena itu. Nasib baiklah kawan sendiri kalau orang lain mahu tidak disimbahnya dengan ice lemon tea aku ni. Gulppp!! Muzammil menelan air liur. Pakaiaan bukan main daring lagi. Berani dia main mata depan tunang aku. Sahlah dia ni memang kurang waras. Muzammil meluat dengan gaya Reena itu. "Sukalah tu…" ejek Audra. "Perempuan lawa kenyit mata mestilah Mil suka…" Usik Muzammil mengenakan Audra. Audra menarik muka masam. "Kalau selalu merajuk macam ni, tunang pun boleh lari. Audra hendak ke mana malam ni?" selidik Muzammil. "Disko. Mil hendak ikut?" tanyanya balik. "Malam ni Mil ada ceramah agama di masjid." Beritahunya. Hmmmm perempuan sekarang, disko tu macam rumah sendiri bagi mereka. Kalau adik-adiknya jangankan hendak ke disko, hendak keluar malam pun jangan harap bapanya membenarkan. Alamat birat badan kena rotan. "Sudah habis makan tu? Audra hendak beli kasut…"katanya menarik tangan Muzammil. Malam ni dia akan menari dengan sepuas-puasnya. Yeeahaa!! "Mil…cantik baju ni?" Audra mengacukan baju berwarna hitam merah itu ke badannya. Baju yang agak terbuka luas di bahagian dada dan cuma bertali halus. Iskk…baju macam tu hendak dipakainya. Muzammil mengherotkan bibirnya. Tidak mengiakan pertanyaan Audra itu. "Mil…cantik skirt ni?" tanya Audra lagi. Skirt kulit warna hitam paras paha itu ditayangkannya depan Muzammil. Muzammil mengucap di dalam hati apabila melihat baju yang dipilih oleh Audra. "Mil…" bentak Audra. Muzammil terkejut. "Pakai baju seksi macam ni? Haram Audra…." Balas Muzammil tidak dapat mengawal kesabarannya kali ini. Rasa hendak disekehnya gadis itu. "Mil…mati esok kubur asing-asing," jawab Audra kasar. Muzammil terpana. Audra keluar dari kedai baju itu sebaik saja membayar harga pakaiaan yang dibelinya. Sepatah pun dia tidak bercakap dengan Muzammil. Alangkah indahnya wajah yang cantik sekiranya dihiasi dengan keimanan, keluh Muzammil sambil mengejar rentak langkah Audra.
AUDRA melangkah perlahan masuk ke rumah. Dilirik jam ditangannya yang menunjukkan pukul 2.00 pagi. Daun pintu ditutupnya perlahan, takut ada yang akan tersedar akan kepulangannya. Masa hendak keluar tadi pun dia hanya memaklumkan kepada Suraya. "Audra pukul berapa sekarang ni?!! Audra ke mana sampai pagi baru ingat hendak balik?!!" Datuk Azri menyalakan lampu. Wajah itu dipandangnya dengan tahap kemarahan yang mendidih. "What’s wrong with me? Don’t you dare shout me!" balasnya berani. Selama ini tiada siapa yang berani menegurnya balik pukul berapa sekalipun. Grandma tidak pernah melarang asalkan dia tahu jaga diri. Begitu juga dengan Grandpa yang tidak pernah melarang dengan siapa dia berkawan, asalkan kawannya itu tidak mendatangkan masalah kepadanya. "I’m your father. How could you say to me like that Audra. Subuh baru balik ke rumah, pakai pun macam yang tidak cukup kain? Audra hendak jadi apa ni sebenarnya?" Datuk Azri melenting. Kesabarannya ada batasnya. Anaknya itu tidak boleh dibiarkan begitu. Lambat laun pasti akan terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat. "Audra dari mana ni?" bertalu-talu soalan Datuk Azri. "Disko!" "Audra tahu bukan, tempat tu bukannya sesuai untuk Audra. Banyak tempat lagi Audra boleh pergi sekiranya kalau hendak bersuka-suka." "Bertahun berada di luar negara baru kali ini Datuk Azri hendak melarang supaya tidak pergi ke disko?" soal Audra sinis. Walaupun dia sering ke disko bersama Reena dan beberapa temannya yang lain tapi dia tidak pernah berkelakuan yang tidak senonoh. Malah dia tidak pernah menyentuh arak. Dia masih tahu membatasi pergaulannya. "Selagi Audra tinggal di rumah ni dan ayah masih hidup. Selagi kamu belum bersuami ayah masih lagi bertanggungjawab ke atas kamu Audra. Apa salah ayah hingga Audra bermusuhan dengan ayah ni? Audra cakap apa yang Audra hendak dari ayah?" Datuk Azri berkata dengan lembut agar anaknya itu dapat menerima kata-katanya itu. "Ohhh…apa yang Audra hendak? Audra hendak emak semula? Kalau bukan kerana ayah bergaduh dengan emak, emak tidak akan terjatuh dari tangga. Kembalikan emak itu yang Audra mahu!!" katanya meninggalkan ruang tamu. Datuk Azri terduduk, terpempan mendengar permintaan Audra itu. Bagaimana dia hendak tunaikan? Dia tahu Audra masih lagi menyalahkan dirinya kerana kematian Salmah. Masih segar diingatannya Audra tidak bercakap seminggu dengannya selepas kematian Salmah. Sejak itu Audra menjauhkan diri daripadanya. Audra…keluh Datuk Azri pilu. Audra duduk menyandar di birai katilnya. Mengapa dia biadap terhadap ayahnya? Selama ini dia tidak pernah meninggikan suara dengan orang yang lebih tua daripada dirinya. Adakah kerana dendam yang tidak pernah padam di hati membuatkan dia begini?. Bilakah akan terlerai dendam ini? Seolah-olah apa yang dilakukannya, semata-mata hendak menyakiti hati ayah. Grandma, Audra tidak mampu untuk berada di rumah ini. Bayangan emak sentiasa berada di mana-mana. Senyuman dan suara emak sentiasa berada diingatan ini.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
org first comen...yeyyeyeyeye
best pat smbung