BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 17, 2009
Novel : Aurabidadari 3
Nama Pena : Nazrina Hussin

Penulis sudah menulis 3 buah Novel di pasaran sejak tahun 2000 - 2005, antaranya Sepenuh Hati Sepenuh Jiwa, Mencintaimu dan Janjimu Kepadaku terbitan rhythm publishing

Audra yang berdiri dengan kumpulannya seramai tujuh orang itu tekun mendengarkan penerangan yang diberikan oleh seorang lelaki yang juga merupakan tenaga pengajar pada hari itu. Mujurlah ayahnya tidak banyak soal untuk membenarkannya mengikut latihan yang diadakan di Outward Bound School. Sebaik saja dia melihat iklan di suratkhabar Audra terus menghubungi dan bertanyakan mengenai program yang dijalankan.
Mak Senah orang gaji di rumahnya membebel dengan mengatakan aktiviti lasak macam tu tidak sesuai dengannya. Setelah menerangkan kepada Mak Senah bahawa aktiviti yang akan dijalankan tidak merbahaya barulah wanita itu berhenti membebel.
Pada mulanya Muzammil tidak mahu turut serta. Namun apabila ayahnya meminta agar Muzammil menemani Audra sepanjang aktiviti dijalankan lelaki itu tidak membantah. Itulah satu kelemahan lelaki itu, tidak akan menolak permintaan daripada ayahnya.
Mata Audra memerhatikan rakan-rakan sekumpulannya yang tekun mendengar penerangan pengajar tersebut. Dia memandang ke arah Muzammil yang berdiri tidak jauh daripada kumpulannya. Dilihatnya lelaki itu sedang mesra berbual dengan seorang perempuan. Muzammil tersenyum mesra dilihatnya ketika berbual dengan perempuan yang tidak diketahuinya nama. Tiba-tiba dadanya dirasakannya berdegup kencang.
"Sekarang ni kumpulan satu akan ikut saya dan kumpulan dua akan ikut Encik Ramli," kata Terrance mengarahkan peserta pada hari itu agar bergerak untuk memulakan aktiviti pertama. Oleh kerana Audra berada di kumpulan satu dan Muzammil berada di kumpulan dua, nampaknya mereka akan berpisah.
Audra sempat menjeling ke arah Muzammil sebelum beredar. Muzammil masih lagi berbual mesra dengan budak perempuan itu. Audra meninggalkan tempat itu dengan perasaan yang sebal kerana mengharapkan Muzammil memandangnya sebelum melangkah pergi.
Setelah berjalan sejauh tiga ratus meter mereka pun berhenti. Audra memandang ke arah dua pohon kayu yang diikat dengan tali. Tali-tali tersebut diikat menyamai corak sarang labah-labah.
"Kamu nampak sarang labah-labah ni?" Terrance berdiri berdekatan dengan sarang labah-labah itu. Dia tersengih apabila peserta pada hari itu menganggukkan kepala.
"Buat apa dengan sarang labah-labah ni?" soal seorang lelaki yang berdiri di sebelah Audra. Dia sengaja bersuara agar mendapat perhatian daripada Audra. Orang tempatankah dia ni? Cantik!
"Saya mahu kamu bertujuh masuk ke dalam sarang ni tapi dengan syarat. Syaratnya kamu tidak boleh menggunakan tempat yang sama dan badan kamu tidak boleh mengenai tali sarang. Kamu pilihlah siapa yang yang akan masuk terlebih dahulu," terang Terrance.
Audra mengerutkan keningnya. Bolehkah badan kami semua ni muat? Tali yang ada bentuk dan saiz lubang sarang tersebut bukannya sama besar.
"Sebelum memulakannya saya hendak kamu berkenalan antara satu sama lain. Saya tidak suka pelatih saya tidak mengenali antara satu sama lain. Selepas itu saya akan berikan kamu masa setengah jam untuk melakukan aktiviti ini. Ingat, kerjasama sepasukan adalah penting," pesan Terrance. Walaupun aktiviti ini nampak mudah namun ianya perlukan kerjasama daripada ahli pasukan dan perancangan yang baik untuk menyelesaikannya.
Aktiviti pagi itu penuh dengan gelak ketawa yang melucukan. Pelbagai aksi dapat dilihatnya apabila terdapat rakan yang takut-takut untuk memasuki sarang itu.
"Giliran Audra pula," kata Mukhriz yang baru saja dapat melepasi sarang itu. Audra berdiri di hadapan sarang. Dia tidak yakin dapat melepasi halangan di hadapannya.
"Kamu terpaksa buat semula kalau badan terkena pada tali." Terannce yang berdiri tidak jauh daripada Audra mengingatkan.
Setelah kata sepakat dipersetujui mereka mengangkat badan Audra untuk melepasi halangan itu. Mereka mengusung perlahan-lahan badan Audra dan di sebelah sana Mukhriz dan seorang lagi budak prempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Liza menyambutnya.
Audra menarik nafas apabila dia dapat menembusi halangan itu. Tinggal empat orang lagi akan melalui halangan itu. Mereka semua bertepuk tangan apabila dapat menyelesaikan aktiviti itu selama lima belas minit.
"Saya hendak kamu berfikir kenapa kamu diberi aktiviti ini. Apa yang kamu dapat daripada aktiviti ini?" soal Terrance. Setiap aktiviti yang dilakukan ada kepentingannya walaupun aktiviti dilakukan nampak mudah pada padangan peserta.
"Sekarang masa untuk minum pagi. Semua dijemput ke dewan makan…." tambahnya lagi.
"Audra ni Sabahan?" soal Mukhriz membuka bicara. Baru kali inilah dia berpeluang untuk bertanyakan soalan yang dipendamkannya sejak tadi. Jantung Mukhriz bagaikan hendak gugur apabila melihat senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu.
Terrance yang berada tidak jauh daripada mereka berdua mengeleng-gelengkan kepalanya. Nasib baiklah dia tenaga pengajar di tempat ini. Kalau tidak dia pun hendak berkenalan dengan Audra. Hendak jaga air muka beb. Manalah boleh hendak mengurat peserta sendiri.
Muzammil memandang susuk tubuh Audra yang baru masuk ke dalam dewan makan itu. Matanya tidak lepas dari memerhatikan Audra dan lelaki yang ada bersamanya sedang rancak berbual. Bukan main mesra lagi nampaknya.
"Kenapa tidak makan?" soal Eve hairan. Baru sebentar pemuda itu ceria melayannya berbual. Eve melihat anak mata Muzammil yang memerhatikan gadis cantik yang baru masuk ke dewan makan bersama dengan Mukhriz rakan sepejabatnya.
"Mukhriz!" panggil Eve melihat Mukhriz sedang mencari-cari tempat duduk. Mukhriz menarik lengan Audra menuju ke arah mereka berdua. Berderau darah Muzammil apabila melihat tindakan lelaki yang bernama Mukhriz itu. Hatinya bertambah kacau apabila dilihatnya Audra hanya membiarkannya.
"Mil makan apa tu?" soal Audra mesra lalu duduk di sebelah Mukhriz. Eve dan Mukhriz berpandangan melihat keramahan Audra itu. Apa kaitan mereka berdua ni?
"Audra ni anak bos tempat saya bekerja Eve. Saya datang ke sini pun sebab arahan ayahnya. Pegawal peribadilah katakan…." Ucap Muzammil memberitahu. Terbelalak mata Eve dan Mukhriz mendengarkannya. Bukan calang-calang orang rupanya Audra ni. Audra hanya angkat bahu. Suka hati dialah hendak kata apa sekali pun. Audra tidak pernah memandang jurang di antara dirinya dan Muzammil.
"Aku dengan Mukhriz ni satu jabatan. Seramai empat orang daripada pejabat kami diarahkan untuk menyertai program ni. Kononnya untuk bina semangat," cetus Eve.
"Eloklah tu kalau pejabat suruh ke sini. Sekurang-kurang tidaklah asyik duduk di pejabat," sela Mukhriz. Memang satu tindakan bijak apabila pekerja didedahkan dengan aktiviti seumpama ini.
"Kenapa Audra tidak habiskan makanan tu?" soal Eve lalu memandang muka Muzammil dan Audra silih berganti. Macam ada apa-apa saja mereka berdua ni? Rezeki depan mata janganlah dibuang.
"Biar saya tolong habiskan kalau Audra tidak mahu," Mukhriz mencapai pinggan Audra yang masih berisi dengan sosej dan sandwic telur itu. Audra mendekatkan pinggannya kepada Mukhriz. Melihatkan perbuatan itu hati Muzammil semakin membara.


"SAYA mahu kamu semua menyediakan sebuah rakit. Di sini ada beberapa buah tayar dan batang buluh. Pandai-pandai kamulah hendak membentuk rakit kamu. Janji kamu boleh mendayungnya ke seberang," Ramli memberi penerangan untuk aktiviti seterusnya. Dia menunjuk ke arah anak teluk yang berbentuk lengkung yang harus diseberangi mereka. Nampak macam pulau memandangkan teluk itu melekuk di hujungnya.
"Berapa jauh dari sini ke seberang tu?" soal suara yang tidak dikenali.
"Lebih kurang dua ratus meter. Bila rakit kamu siap. Kamu pilih seramai empat orang untuk menyeberang ke sebelah sana. Saya mahu kamu ambilkan saya sehelai daun dan kamu patah balik semula ke sini," sambung Terrance.
Audra hanya mengikut arahan yang diberi Mukhriz sebagai ketua dalam kumpulannya. Audra dan tiga yang lain disuruh menyusun tayar sebanyak lima buah dan yang lain diarahkan untuk menyusun buluh. Dia berasa seronok kerana selama dia hidup inilah kali pertama dia dapat membuat rupa dan bentuk rakit daripada tayar dan buluh.
"Ikat kuat-kuat Audra. Jangan pula baru dayung sekali tali rakit kamu tu terlepas," tegur Terrance yang berdiri di belakangnya. Audra mengetatkan tali yang diikatnya di buluh itu. Hanya sekali Mukhriz mengajarnya cara mengikat dengan betul dan dia dapat melakukannya dengan baik.
"Siap!" teriak mereka bertujuh serentak. Audra memandang ke arah kumpulan Muzammil yang masih belum menyiapkan rakit mereka.
Pantas mereka berempat menolak rakit mereka ke dalam air setelah memilih seramai empat orang. Audra yang cuba naik ke atas rakit namun tidak berjaya. Mukhriz menghulurkan tangannya lalu di tarik oleh Audra. Disebabkan kedudukan mereka tidak seimbang akhirnya Mukhriz terjatuh ke dalam air.
"Oiii, ini bukan adegan filem bollywood," tegur salah seorang rakan sepasukan mereka. Audra dan Mukhriz tergelak. Muzammil memandang dengan hati yang menyala-nyala. Hatinya bagaikan dicarik-carik apabila melihat adegan mesra Audra dan lelaki itu.
Hari itu Audra berasa gembira kerana masanya dipenuhi dengan aktiviti berguna. Tidak sia-sia dia basah kuyup kerana telah membuktikan kepada kumpulan yang lain bahawa semangat kerjasama dan sepakat membolehkan mereka mendahului dalam aktiviti berakit tadi.
"Saya beri kamu masa 30 minit untuk berehat. Selepas ni kita semua terlibat dengan ‘Amazing Race." terang Encik Ramli. Setelah diberi sedikit penerangan tentang permainan yang akan dijalankan Audra dan rakan-rakannya yang lain pun bersurai.
"Audra tidak apa-apakah? Risau Mil tengok bila Audra jatuh dalam air tadi." Muzammil segera mendapatkan Audra sebaik saja mereka diberi masa untuk berehat.
"Audra okey. Mil janganlah risau…Audra seronok dengan kawan sekumpulan. Mil macamana pula?" Jawab Audra selamba yang tidak menyedari gelora di hati lelaki itu.
"Bolehlah…" Muzammil kurang berminat hendak menjawab soalan Audra itu.
"Audra hendak salin baju. Lekitlah kena air masin ni…" Audra meminta diri. Muzammil terasa hati apabila Audra seakan-akan tidak mahu berbual dengannya. Mentang-mentanglah ada kawan baru.
Tepat pukul 4.00 petang permainan ‘Amazing Race’ yang dijalankan selesai. Memang permainan yang dijalankan perlukan daya pemikiran yang tinggi dan semangat yang tinggi untuk menghabiskan permainan ini tapi tidaklah mencabar seperti yang ada di dalam televisyen.
"Habis muka Audra penuh tepung," Mukhriz mengeluarkan tisu lalu mengelap pipi Audra yang penuh tepung itu. Ketika permainan tiup gula-gula dalam tepung itulah muka Audra penuh dengan tepung. Muzammil hanya memandang dengan perasaan berbulu. Bukan main manja lagi lagaknya.
"Audra sudah lama tidak main permainan budak-budak ni. Rasanya masa tadika dulu saja Audra pernah main permainan macam ni…" Bukan setakat tiup gula-gula dalam tepung banyak lagi permainan rakyat yang dibuat dalam permainan ‘Amazing Race’ sebentar lagi. Galah panjang, lari dalam guni pun ada. Seakan-akan Audra balik ke zaman kecilnya. Seronoknya!
"Balik rumah nanti kita ajaklah adik-adik Audra main macam ni,"sela Muzammil yang sedari tadi mendiamkan diri. Bukan dia seorang malah dia sendiri sudah lama tidak bermain permainan rakyat ini.
"Betulkah Mil? Wah seronoknya…kita ajak Mak Senah sekali." Audra dengan gelak kecilnya apabila mengenangkan Mak Senah berlari dalam guni.
"Nanti kita buatlah…" Janji Muzammil. Bagaikan luruh jantungnya apabila melihat senyuman Audra itu. Sedikit sebanyak kemarahan yang menguasai dirinya surut.
"Okeylah kalau senang nanti bolehlah kita jumpa lagi," Muzammil memohon diri. Matanya melirik ke arah Audra isyarat mereka harus bertolak untuk balik ke rumah.
"Ada masa nanti jangan lupa telefon…." Eve berpesan kepada Muzammil. Muzammil menyambut cebisan kertas yang diberi oleh Eve tadi. Audra mengetapkan bibirnya. Rasa meluat melihat kemesraan itu.
"Audra…!" panggil Mukhriz. Dia tidak menyedari gadis itu hendak berangkat pulang apabila dia leka berbual dengan dua tenaga pengajar tadi. Muzammil batuk kecil apabila melihat mata Mukhriz tidak lepas memandang Audra.
"Kenapa muka sedih ni? KK ni bukannya besar mana pun. Esok lusa kita boleh jumpa lagi," balas Audra menyedapkan hati Mukhriz. Sejak balik ni hanya Muzammil seorang sajalah kawannya. Apa salahnya jika dia mempunyai kenalan yang lain. Tidaklah Muzammil terasa terseksa kerana menemaninya setiap hari.
"Memang KK ni tidak besar tapi sudikah Audra hendak berjumpa dengan saya lagi…?" soalnya seakan-akan tidak mahu berpisah dengan gadis cantik itu. Sedikit sebanyak perkenalan mereka hari itu telah mencambahkan rasa kasih pada diri Mukhriz.
"Apa salahnya kan Mil?" tanya Audra kepada Muzammil yang sedari hanya mendiamkan diri. Muzammil senyum hambar.
"Jumpa lagi Audra," ucapnya dengan nada sedih.
"Insya-ALLAH kalau ada masa terluang," Audra mengenyitkan matanya.
"Kalau ada masa tu telefonlah. Boleh kita keluar bersama," cadang Eve. Audra tersenyum memandang Eve. Sudah tentu cadangan itu tidak diterimanya. Hendak jumpa Muzammillah tu. Jangan harap dia akan membiarkan Muzammil menemui Eve.
"Audra…." Mukhriz menunjukkan pipinya kepada Audra. Audra dan Eve tergelak melihat permintaan lelaki itu. Bulat mata Muzammil melihatnya. Audra tahu jejaka itu bergurau dengannya.
"Jangan perasan!" Audra mencebik. Mukhriz buat muka sedih.
"Audra…mari balik. Nanti lambat pula sampai ke rumah," kata Muzammil dengan suara yang agak meninggi.
Sebelum balik Audra sempat melayangkan flying kiss kepada Mukhriz. Mukhriz menangkapnya lalu menekap ke dadanya. Muzammil hanya menjeling telatah lelaki itu.
Muzammil terus memecut laju meninggalkan tempat itu. Semakin lama berada di sana semakin bertambah nanar dia melihat perangai Mukhriz dan Audra itu. Hatinya semakin geram apabila Audra menyanyi dengan rasa yang gembira mengikut rentak lagu yang diputarkan oleh stesen radio Era.


"AMBOI anak dara seorang ni. Balik saja terus tidur, baju pun tidak berganti. Ini mesti belum mandi lagi," bebel Mak Senah apabila melihat Audra tidur pulas dan masih lagi dengan pakaiaan sukannya.
"Mak Senah…Audra mengantuk ni,"ucap Audra antara sedar tidak. Balik saja tadi dia terus tidur. Sampai di rumah barulah dia terasa akan penat setelah melakukan aktiviti di Outward Bound School tadi. Sampaikan hendak cuci muka pun dia tidak sempat.
"Bangun Audra…." Badan Audra terdorong tatkala Mak Senah menarik kedua-dua belah tangan Audra.
"Audra bangunlah ni…" Katanya sambil mengosokkan kedua belah matanya. Hidungnya berkerut-kerut seperti tercium sesuatu.
"Kenapa kamu ni?" soal Mak Senah hairan.
"Audra bau busuklah Mak Senah. Bau peluh…" Audra mengekek ketawa. Mak Senah mengelengkan kepalanya. Pantas Audra memaut bahu Mak Senah. Audra memeluk wanita itu. Mak Senah menepis tangan Audra. Pening mencium bau masam badan gadis itu.
"Pergilah mandi. Mak Senah rasa hendak pengsan cium bau kamu tu. Lepas mandi jangan lupa solat…" pesan Mak Senah sebelum meninggalkan Audra seorang di dalam biliknya.
Audra turun ke bawah selesai saja dia mandi dan bersolat. Perutnya terasa berkeroncong kerana tengahari tadi dia hanya makan sedikit sahaja. Rasa laparnya hilang begitu saja apabila terkenangkan wajah Muzammil yang masam sepanjang perjalanan balik ke rumah tadi. Audra perasan setiap kali dia berbual dengan Mukhriz, Muzammil akan menjelingnya. Kenapa dengan dia tu? Aku berhak berkawan dengan sesiapa yang aku suka. Lagipun sejak balik ni hanya dia seorang saja kawan aku. Apa salahnya aku punyai kawan yang ramai? Itu pun hendak marahkah?
"Mak Senah makan seorang saja. Mana yang lain?" soal Audra apabila melihat Mak Senah makan di ruang dapur. Selalunya makan malam Mak Senah sentiasa berteman dengan Muzammil.
"Adik-adik keluar dengan ayah kamu. Audra lambat bangun, adik-adik kamu sahajalah yang temankan ayah kamu keluar."
"Alaah ajak pun bukannya Audra hendak ikut pun," balas Audra mengambil pinggan lalu menyenduk nasi di dalam periuk. Mak Senah hanya memerhatikan gerak-geri gadis itu. Bab makan Audra memang tidak cerewet. Dia akan makan apa saja yang terhidang kalau lapar sangat. Cuma gadis itu tidak berapa mengemari makanan yang di masak dengan santan dan kari.
"Sup ayam ada dalam belanga tu. Mak Senah baru panaskannya…" Mak Senah hanya memerhatikan Audra membuka tutup belanga dan mengisikan mangkuknya dengan sup yang dimasaknya. Audra memang boleh diarah membuat kerja. Tengok sajalah sekarang ni dia tidak melenting apabila Mak Senah menyuruhnya mengambil makanannya sendiri.
"Sedap…" Puji Audra sebaik saja merasai sup yang dimasak oleh Mak Senah.
"Hari-hari pun Mak Senah masak baru hari ni kamu puji masakan Mak Senah sedap," usik Mak Senah. Anak itu tidak jelak makan sup ayam setiap hari. Sup ayam yang dibuang kulitnya dan ubi kentang. Cukup mudah hendak menyediakan makanan Audra. Tidak seperti puan besar di rumahnya itu lauk pauk mesti pelbagai jenis jika dia hendak makan.
"Lapar sangatlah Mak Senah…"ucapnya tersenyum.
"Makanlah…"
"Mil tidak makan sekali?"
"Katanya masih kenyang lagi. Entah apa kena dengan Mil tu? Sepatah Mak Senah tanya sepatahlah dijawabnya. Kamu berdua bergaduh ya?" soal Mak Senah cuba melidiki. Anak muda sudah tentu ada pasang surutnya.
"Angau agaknya Mil tu."
"Angau?" Mak Senah ketawa mendengarkannya. Gelihati dia mendengar perkataan yang diucapkan oleh minah celup itu. Audra memandang Mak Senah yang masih ketawa itu. Kenapa pula Mak Senah tidak percaya Muzammil angau? Manalah tahu masih terkenangkan saat indah bersama Eve. Tadi pun macam susah sangat hendak berpisah dengan perempuan itu.
"Buah hati depan mata pun boleh angau lagi?" Kata Mak Senah nakal. Audra menjeling Mak Senah. Orang cakap yang betul tapi dia tidak percaya pula.
"Alah dia baru berkenalan tadi dengan seorang perempuan. Namanya Eve. Cantik tau Mak Senah, tidak berkelip mata Mil pandang perempuan tu." Ucapnya lalu menyuap nasi ke mulutnya.
"Mil tidak pula beritahu yang dia berkenaan dengan budak Eve tu. Dia cuma ceritakan pada Mak Senah yang Audra berjumpa dengan kekasih baru. Mana satu betul ni?" soal Mak Senah bingung. Seorang cerita lain dan seorang lagi bawa cerita yang lain. Akhirnya Mak Senah tersenyum puas apabila berasakan ada yang tidak kena antara Audra dan Muzammil.
posted by Penulisan2u @ 8:04 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:
  • At 18/11/09 3:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok....gud job ah...
    kes cmburu ah plop...
    xsbar nk tgu pe plop lpas nie....
    gud luck

     

  • At 18/11/09 4:25 PTG, Anonymous adk fisyah said…

    tergantung tp yg best nya nie cita nie papat ada kat novel...okey lA mungkin penulis dia kretif...good luck..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group