Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebaik melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami mendapatkan teksi untuk ke Hyatt Regency Kinabalu Hotel yang terletak di Jalan Datuk Salleh Sulong Kota Kinabalu. Yusrizal telah membuat tempahan di hotel bertaraf lima bintang itu memandangkan tempat yang bakal kami lawati nanti hanya tertumpu di sekitar Kota Kinabalu sahaja. Lebih mudah untuk ke tempat-tempat yang telah kami putuskan untuk dilawati nanti. Perjalanan untuk ke hotel tersebut dari lapangan terbang hanya mengambil masa lima belas minit. Selepas check-in kami terus dihantar ke suite yang telah ditempah Yusrizal pada minggu lepas. Dalam fikiranku hanya terbayangkan katil hotel yang empuk. Mataku sudah terasa berat benar. Badanku pula keletihan. Tidak sabar rasanya hendak merehatkan diri. "Enjoy your honeymoon, sir." Ujar pekerja hotel yang membawa bagasi kami. Yusrizal tersenyum senang sambil mengucapkan terima kasih. Kemudian, pekerja hotel itu meminta diri dan meninggalkan kami berdua. Aku mula menjelajah ke sekeliling ruangan. Agak besar, mewah dan selesa sekali. Terasa seperti tinggal di pangsapuri saja saat ini. Selain bilik tidur terdapat juga ruang makan, ruang rehat, ruang kerja lengkap dengan kemudahan broadband internet access dan juga kamar mandi yang kelihatan sungguh mewah. Dalam hati sudah tergambar percutian yang bakal menjadi kenangan paling menyeronokkan dalam hidupku. "Macam mana? Puas hati?" Tanya Yusrizal yang mungkin sedari tadi memerhati lagakku yang mengalahkan polis pencen. Aku menganggukkan kepala. Sungguh berpuas hati. "Come. I want to show something. I'll make sure you'll like it!" Yusrizal menarik tanganku. Manakala aku hanya menurut langkah kakinya yang membawa aku kembali ke bilik tidur. Yusrizal menolak tirai labuh yang sedari tadi menjadi penghalang kepada cahaya dari luar. Aku hampir menjerit kesukaan apabila mataku terhidang dengan pemandangan yang cukup indah di hadapanku. Pantas tanganku menolak cermin luncur yang berada di belakang tirai labuh itu dan berdiri di balkoni. Pandanganku semakin jelas. Malah, tubuhku terasa segar disapa angin pantai Laut China Selatan. Terasa tekanan kerja dan masalah yang menghimpitku selama ini pergi menjauh buat seketika. "Abang tahu Ifa memang sukakan pemandangan macam ni. Sebab tu abang book suite yang berhadapan dengan laut. Ifa suka?" kata Yusrizal yang sudah pun berdiri di sebelahku. "Suka sangat. Thanks Rizal. Thank you so much!" Ucapku dengan nada ceria. Yusrizal tersenyum senang. Kedua belah tangannya pantas mencapai pinggangku. Memeluk aku dari belakang. "You're welcome, honey," bisiknya di telingaku. Aku sudah tidak ambil pusing dengan pelukannya itu. Yang berada di depan mataku ini lebih mempesonakan. Aku mahu menikmatinya setiap masa sepanjang aku berada di bumi Kota Kinabalu ini. Suatu pengalaman yang jarang-jarang aku rasai! "Abang akan pastikan percutian kita ini akan menjadi memori indah yang akan sentiasa terpahat di hati Ifa nanti. I love you, sayang."
Tidur nyenyakku sedikit terganggu apabila terasa ada sesuatu yang menampar lembut pipiku. Perlahan-lahan aku membukakan mata. Hampir melalak aku dibuatnya. Mataku membulat. Namun suaraku tidak keluar apabila satu tangan kasar menekup mulutku. "Shhhh..abang laaa." Dadaku yang berombak kencang sedikit reda apabila otakku mula dapat berfungsi dengan stabil. "Kenapa buat saya macam ni? Nak kasi saya mati ke?" Hamburku setelah Yusrizal melepaskan tangannya dari mulutku. Dia sedang berbaring di hadapanku dengan jarak wajahnya dan wajahku tidak pun sampai sejengkal. Mahunya aku tidak terkejut. Suamiku itu hanya tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkin menyedari kesilapan diri. "Sorry, abang cuma nak kejutkan sayang je! Tak tahu pulak sayang nak terkejut sampai macam ni," jelasnya sambil telapak tangannya berlegar-legar dengan pipiku. "Kenapa awak kejutkan saya? Saya ngantuklah?" Aku menutup mulut yang ternganga luas. Mataku masih mengantuk. "Bangun sayang. Dah lama sangat kita tidur ni. Dah pukul 3 petang dah." "Pukul 3??" Aku sedikit terkejut. Lalu mataku cepat sahaja mencari jam dinding. Memang benar! Bagaimana kami boleh tertidur sehingga selama ini? Sedangkan pada mulanya kami sudah bercadang untuk bangun pada pukul 1 petang untuk makan tengahari. "Macam mana boleh terlajak ni? Solat pun belum lagi." Aku membebel sendirian. Itulah sebelum tidur tidak bersolat dahulu. Mahu dilayan sangat rasa mengantuk dan letih sehingga melalaikan tanggungjawab pada yang Esa. Sekarang sudah terlajak. Tinggal 45 minit lagi sebelum waktu zohor berganti dengan waktu asar. Waktu solat disini jauh berbeza dengan waktu solat di semenanjung. "Apa yang awak tengok?" Aku menarik gebar melepasi dadaku yang sedikit terdedah saat mata suamiku singgah di situ. Mungkin tersingkap sewaktu aku tidur tadi. Baby T yang aku pakai ini pula berpotongan lebar di bahagian dada. Yusrizal tersenyum nakal. "Tak ada apa-apalah? Bangunlah sayang. Abang dah lapar ni. Kita tak makan lagi kan?" Perutku tiba-tiba berkeroncong sebaik sahaja suamiku itu menyebut tentang makan. Memang sedari pagi aku tidak menjamah apa-apa makanan. Hanya air milo bercampur Oat saja yang aku jadikan sebagai alas perutku. Selepas menikmati pemandangan indah Laut China Selatan bersama Yusrizal, kami memutuskan untuk berehat. Melepaskan lelah untuk seketika. Bila badan segar barulah terasa seronok bercuti. Tapi tidak disangka pula lama juga kami tertidur. "Nak makan dekat restoran bawah ke?" tanyaku. "Yelah sayang. Cepatlah bangun. Sebelum abang terkam Ifa. Careful! Sekarang ni abang nampak Ifa macam ayam golek dah." Aku mebeliakkan mata. Aku yang comel ini katanya kelihatan seperti ayam golek? Memang tak sayang mulut! "Tepilah! Macam mana saya nak bangun?" "Oopss..sorry." Yusrizal kemudian memberikan ruang untukku bangun sambil tersenyum. Aku menolak gebar lalu bangun dari pembaringan. "Awak tu pun bangunlah. Waktu zohor tinggal 45 minit saja lagi." "Yelah..yelah. abang bangunlah ni." Aku menuju ke bilik air lalu mencuci muka dan mengambil wuduk. Tidak sempat rasanya hendak mandi dek kerana waktu zohor yang masih tinggal beberapa minit. "Tunggu abang, ya? Kita berjemaah." Aku menganggukkan kepala. Selepas menyarung telekung dan membentangkan sejadah, aku menunggu suamiku menukar pakaiannya tadi kepada pakaian solat yang telah aku sediakan sebentar tadi. Kami bersolat dengan penuh khusyuk. Dek kerana waktu asar akan tiba sebentar saja lagi, kami memutuskan untuk menunggu sahaja. Tidak lama kemudian terdengar suara azan dilaungkan dari masjid yang berdekatan. Selepas itu kami berjemaah untuk solat asar pula. "Ifa nak mandi dulu ke?" tanya Yusrizal sebaik sahaja kami selesai bersolat. "Yelah, badan dah berbau semacam saja ni," kataku lalu mencapai jubah mandi yang telah disediakan oleh pihak hotel. Bersedia untuk membersihkan diri. "Nak join boleh?" Tanya Yusrizal sambil tersengih nakal. "Jangan nak mengada-ngada," balasku. Kemudian aku menapak ke bilik air. Petang-petang begini alangkah seronoknya dapat menghabiskan masa dengan berjalan di tepi laut. Aku perlu bersiap cepat sebelum waktu maghrib menjelma. Saat aku mahu menutup daun pintu bilik air, aku terasa sedikit hairan apabila ia terasa berat dan sukar untuk ditutup. Pantas aku bercekak pinggang apabila melihat Yusrizal yang kelihatan enak sekali menyandarkan tubuh besarnya di pintu bilik air itu. "Apa awak ni? Saya nak mandilah." "Silakan sayang. Abang tak melarang pun." Ujarnya. Masih tersengih nakal. Aku membeliakkan mata. Takkanlah aku hendak mandi di hadapannya? Memang kerja gila! "Awak pergilah. Macam mana saya nak mandi macam ni?" "Laa..abang tak kacau Ifa pun. Mandi ajelah." "Tak kacau awak cakap? Habis sekarang ni apa yang tengah awak buat? Bukan mengacau ke namanya ni?" "Bukan! Ini namanya 'sedang menonton'. Bukan mengacau! Hai, mengacau dengan menononton, lain bezanya sayang." "Pergilah Rizal!" Marahku lagi. Tapi lelaki itu tidak juga bergerak dari tempatnya. Geram aku dengan sikapnya yang gemar mengusikku itu. "Alaaa..jomlah kita mandi sama-sama," rengek Yusrizal. "Saya tak naklah!" "Naklah. Best apa mandi sama-sama. Ifa tolong mandikan abang. Abang pula tolong mandikan sayang." "Saya cakap saya tak nak saya tak naklah." Aku bersuara kuat. Hampir menangis aku dibuatnya. "Yelah, abang pergilah ni. Kang menangis pula tuan puteri ni." Yusrizal akhirnya mengalihkan tubuhnya. Aku pantas menutup pintu. Berdentum bunyinya dek hentakanku yang kuat. "Jangan menangis kat dalam bilik air ya tuan puteri. Cepat sikit. Abang pun nak mandi jugak." Aku mencebik. Terasa mahu saja aku bermastautin di dalam bilik air ini. Mahu membalas dendam. Tapi kalau aku lakukan ini maknannya, rugilah aku kerana tidak dapat berjalan-jalan ditepi laut. Sedangkan itulah yang aku inginkan sedari tadi. Ahirnya aku mandi dengan rasa geram yang masih bersisa.
heehehehe......romantik and nakal but sweeeetttt.....sambung cepat......
DiYaNN
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best la cepat la sambung lagi...