BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, November 29, 2009
Cerpen : Tiada yang lain
Nama Pena : Laily Analia

"Hai!" Nisa menyapa lelaki yang duduk di sebelahnya namun tiada jawapan. Nisa mengeluh. Nyata usahanya tetap sia-sia. Hanif seakan tidak mahu mengendahkannya lagi. Lelaki itu hanya diam, membisu tanpa sebarang kata. Nisa tahu lelaki itu masih marahkannya Mana mungkin Hanif mahu memaafkannya semudah itu. Kalaulah dia tidak mengikut saranan Ika ketika itu…Kalaulah… Tapi Hanif sepatutnya mendengar penjelasanya terlebih dahulu. Hanif tidak patut menghukumnya tanpa mengetahui kisah sebenar. Nisa yakin Hanif hanya salah faham akan niat baiknya itu.

"Hanif…Nisa minta…." Tiba-tiba Hanif bangun dari tempat duduknya dan beralih ke tempat duduk yang kosong di sebelah belakang. Sekali lagi Nisa mengeluh. Bukannya dia tidak berusaha untuk memulihkan keadaan yang diciptanya sendiri bahkan sudah hampir sebulan dia cuba memujuk hati lelaki itu tetapi ianya tidak berhasil. Dia bahkan sanggup menumpang bas saban hari demi untuk meminta sebuah kemaafan dari lelaki itu tapi ternyata Hanif masih tidak mahu memafkannya, masih tidak mahu mengendahkannya.

Nisa kembali memandang ke luar tingkap bas yang ditumpangnya. Kalau boleh mahu sahaja dia menangis ketika itu. Fikirannya bercelaru memikirkan tingkah Hanif sebentar tadi. Lelaki itu benar-benar mengotakan janjinya untuk melupakan kewujudannya. Nisa kini mula terasa kehilangan. Kehilangan seorang lelaki yang benar-benar menyayanginya suatu ketika dulu, lelaki yang selama ini telah menjadi pendorangnya, lelaki yang sentiasa menyokongnya dan yang selalu jadi penemannya disaat dia memerlukan teman. Tapi kini? Lelaki itu semakin jauh meninggalkannya hinggakan dia tidak boleh menggapainya, tidak boleh mengejarnya lagi kerana dia sudah jauh ketinggalan di belakang.

***

"Nisa…Apa pasal monyok semacam ni?" Nisa yang baharu sahaja hendak masuk ke biliknya kembali duduk di samping Ika, teman serumahnya. Dia hanya diam membisu.

" Pasal Hanif? Nisa…Aku minta maaf…Kalau bukan sebab aku, tentu kau dan Hanif tak jadi begini…" Ika tertunduk kesal. Semua ini berpunca dari dirinya. Kalaulah dia tidak menyarankan idea bodoh itu pada Nisa mungkin sekarang Nisa tidak dibenci oleh Hanif dan sudah tentu Nisa tidak perlu menanggung beban yang berat ini.

" Ika…Aku tak pernah salahkan kau…Kalaupun kau yang menyarankan semua itu tapi kalau aku tak buat…Sudah tentu keadaan tak jadi beginikan?" Ika terdiam. Dia tidak tahu harus berkata apalagi.

" Dahlah Ika…Aku masuk bilik dulu…Nak mandi lepas tu sembahyang…" Nisa bangun dari tempat duduknya meninggalkan Ika termanggu-manggu berseorangan di situ.

" Nisa maafkan aku…" Ika merintih dalam diam. Dia rasa bersalah sangat tapi dia tidak tahu hendak buat macam mana. Hendak berdepan dengan Hanif, dia tidak mempunyai kekuatan. Dalam kepalanya merangka-rangka bagaimana hendak mengembalikan hubungan Hanif dan Nisa seperti sedia kala namun tidak ada satu idea pun yang muncul. Mindanya merewang kembali kepada kejadian yang berlaku kira-kira 7 bulan yang lalu…


"Ika macam mana ni?" Ika yang sedang hanyut di buai mimpi tersedar. Dia mengesat-ngesat matanya.

"Apa hal kau ni? Ish…Dahlah hari ni hari minggu…Aku nak berehat kau tahu tak?" Kata Ika setikit marah kerana Nisa telah menggangu waktu rehatnya.

" Ika…Kau kena bantu aku…Aku tengah kusut ni…Aku…Aku tak tahu nak buat macam mana…" Nisa kini sudah duduk di sampingnya. Wajahnya Nampak sedikit kusut.

" Bantu kau apa pula ni? Cuba cakap dengan aku baik-baik sikit..Aku tengah bengang ni…" Ika kini mula berminat untuk mengetahui masalah Nisa. Matanya kini mulai segar.

" Hah! Aku ada satu idea!" Tempik Ika tiba-tiba. Dia yang tadi khusyuk mendengar masalah Nisa kini mula memberikan buah fikiran.

" Idea? Apa idea kau? Boleh berkesan ke tu?" Nisa sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahuinya. Ika tersenyum lebar.

***

Nisa memicit-micit kepalanya yang sakit lalu merebahkan diri ke katilnya yang sudah berusia lebih kurang lima tahun itu. Alunan musik dari Kenny G yang berkumandang perlahan melalui komputer ribanya langsung tidak mampu untuk menenangkan hati dan perasaannya ketika itu. Hatinya dipaut rasa rindu. Rindu akan layanan Hanif kepadanya satu ketika dulu. Walaupun hubungan mereka masih baru namun itu tidak menjadi penghalang untuknya untuk merindui Hanif . Ah, semua itu salahnya. Otaknya kini ligat memkirkan bagaimana caranya untuk memujuk Hanif namun dia buntu. Sudah bermacam-macam cara dibuatnya namun ianya tidak membuahkan hasil.Untuk kesekian kalinya Nisa mengeluh.Lelaki itu tetap tidak mahu mendengar penjelasannya. Kesalahannya tidak lah sebesar mana pun namun cukup untuk membuatkan hati lelaki itu terluka sedikit. Entah bilakah hati lelaki itu akan lembut.

Nisa memusingkan badannya ke kanan. Entah sudah berapa kali dia betukar posisi namun matanya tidak juga mahu terlelap. Fikirannya masih runsing. Entah kenapa jadi begitu. Dia sendiri tidak mengetahuinya. YA ALLAH, bantulah hambaMu ini. Leraikan lah segala masalah yang hambaMu hadapi ini. Doa Nisa di dalam hati. Dalam hatinya tertanya-tanya apakah yang lelaki itu sedang buat ketika ini. Dia kini sudah tidak mengetahui perkembangan terbaru lelaki itu meskipun dia berjumpa Hanif setiap hari. Hendak bertanya, dia tidak tahu mahu bertanya dengan siapa. Hanif tidak punyai ramai kawan. Izmal kawan rapat Hanif pula sudah macam membenci dirinya. Lelaki itu juga sudah berani memerlinya di depan orang lain manakala Hanif pula hanya mendiamkan diri. Tidak membantah mahupun mengiakan kata-kata Izmal. Ah, dia tidak patut menyalahkan Izmal kerana dia merasakan wajar untuk Izmal berkelakuan sedemikian. Ketukan perlahan di pintu mematikan lamunan Nisa.

"Nisa, boleh aku masuk?" Wajah Ika kelihatan disebalik daun pintu. Nisa mengangguk seraya duduk di tepi katinya. Begitu juga Ika.

" Kau tak dapat tidur?" Ika memulakan perbualan setelah agak lama mendiamkan diri. Nisa hanya menggeleng sambil tersenyum nipis.

"Aku…Aku dah buat keputusan untuk berterus terang dengan Hanif…" Suara Ika kedengaran perlahan. Nisa pantas menggeleng.

" Tak perlu Ika…Ini masalah aku dengan Hanif…"

" Tak Nisa…Masalah engkau,masalah aku juga…Sedikit sebanyak aku juga yang menyebabkan perkara ini berlaku…" Ika mencapai tangan Nisa.

" Esok aku nak jumpa Hanif… Nak berterus-terang dengannya…Aku tak nak kau yang dipersalahkan kerana hal ini…" Kata-kata Ika itu membuatkan Nisa menunduk.

" Habis…Kau fikir aku nak kau yang dipersalahkan? Begitu?" Nisa menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap Ika. Sememangnya dia tidak menyetujui akan rancangan Ika. Dia tak nak Ika terlibat dalam masalah ini. Biarlah dia sendiri yang menanggungnya.

"Ika…Percayalah…Aku tak pernah menyalahkan kau atas segala yang berlaku…" Nisa tersenyum sedikit untuk meyakinkan Ika bahawa dia tidak pernah menyalahkan Ika atas semunya.

" Lagipun…Aku dah buat keputusan untuk pergi ke Australia…" Ika terkejut. Dia sama sekali tidak menyangkan Nisa akan membuat keputusan sedrastik itu.

" Kenapa tiba-tiba? Bukankah kau tak nak ikut keluarga kau ke Australia?" Nisa terdiam. Dia tidak tahu harus memberikan alasan apa untuk Ika.

" Kau nak lari macam tu aje? Kau tak nak pujuk Hanif lagi? Kau nak tinggalkan aku seorang di sini? Gitu?" soalan bertubi-tubi dari Ika membuatkan Nisa jadi serba-salah. Dia meraup wajahnya.

" Aku dah letih Ika…Aku tak tahu macam mana nak pujuk hati Hanif lagi. Mungkin ini saja caranya…Aku rasa lebih baik aku pergi jauh dari hidup Hanif. Kalau kehadiranku hanya akan menyakitkan hatinya aku lebih rela pergi…Biarlah aku menjauhkan diri dari Hanif dulu…" Nisa berkata setelah agak lama mendiamkan diri.

" Menjauhkan diri? Berapa lama? Lima tahun? Sepuluh tahun?" Ika bersuara sedikit sinis. Kali ini dia pula tidak menyetujui akan rancangan kawannya itu.

" Nisa…menjauhkan diri bukanlah jalan yang terbaik… Kalau macam ni sampai bila masalah kau dan Hanif akan berakhir? Lagipun aku percaya,kalau kia terangkan pada Hanif pasal Azlan tentu dia akan faham…" Ika cuba memujuk tapi Nisa hanya menggelengkan kepalanya.
" Ika keputusan aku muktamad…Aku dah pun beritahu papaku tentang keputusanku… Lagipun tak elok libatkan Azlan pula dalam hal ini…Aku kesian kat dia…" Ika mengeluh. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia tidak berhak untuk menghalang keputusan Nisa. Mungkin juga kata-kata Nisa betul. Biarlah Hanif menenangkan dirinya dulu. Sekeras-keras hati Hanif, dia tahu yang Hanif masih sayangkan Nisa. Begitu juga Nisa. Biarlah masa yang menentukannya.

" Cuma satu yang aku pinta…Jangan bertahu Hanif tentang hal ini…Bolehkan?" Ika hanya mengangguk setelah agak lama mendiamkan diri. Nisa tersenyum senang.
***

Hanif resah sendiri. Sudah seminggu dia tidak melihat kelibat Nisa. Gadis itu bahkan tidak lagi datang memujuknya seperti selalu. Tulah merajuk lagi. Hatinya mengomel menyalahkan dirinya sendiri.Ke manalah gadis itu menghilang. Kerap-kali juga dia terlihat Ika namun dia tidak berani untuk menegur gadis itu. Ika seperti sengaja menjauhkan diri jika terlihatkan dirinya. Dia bingung namun kata-kata Azlan lebih kurang sebulan yang lalu membuatkan hatinya panas kembali. Entah kenapa dia enggan mendengar penjelasan gadis itu. Yang jelas dia takut, takut akan kehilangan gadis itu. Takut jika apa yang dikatakan Azlan itu benar. Sekurang-kurangnya dia masih boleh melihat gadis itu datang memujuknya tapi kini? Ah, mungkinkah apa yang selama ini ditakutkannya terjadi juga? Hatinya semakin resah kerana bukan sahaja dia tidak melihat kelibat Nisa bahkan Azlan pun sama. Mungkinkah?

"Ika…." Hanif memberanikan diri untuk memanggil nama itu namun gadis itu hanya berlalu tanpa memperdulikan laungannya sebentar tadi.

" Ika…Nantilah dulu…Saya nak cakap sikit dengan awak!" Langkah Ika terhenti. Dia memandang Hanif sambil tersenyum sinis. Tahu pula nak cari aku ya…Bisik Ika dalam hatinya.

"Hmm…Nak apa? Saya nak cepat ni…" kata Ika sedikit kasar.

" Ni…Nisa mana?" Tanya Hanif sedikit tersekat-sekat. Ika tersenyum. Dia memang sudah menjangkakan hal itu.

" Kenapa? Rindu ke?" Dia masih lagi ingin berteka-teki dengan lelaki itu. Rasakan…

" Ika…Tolonglah…Mana Nisa?" Hanif mengulangi soalanya. Nisa terdiam. Patutkah dia memberitahu hal yang sebenarnya?

"Kenapa awak nak cari dia? Bukan kah awak sudah benci dia? Bukankah awak sudah buang dia dari hidup awak?" Pertanyaan Ika membuatkan lidah Hanif kelu. Lelaki itu hanya diam.

"Hei…Kalau bukan sebab Azlan tu sakit…Sudah tentu dia tak buat begitu…Tahu tak?" Hanif terkejut. Dia mengerutkan dahinya.

" Azlan? Sakit? Bila masa pula dia sakit? Apa kaitanya dengan Nisa?" Hanif semakin keliru.

" Ok…Awak nak tahu sangatkan? Baiklah…Saya akan beritahu awak!" Ika mengambil nafas sedalam yang mungkin sebelum memulakan ceritanya.

"Sebenarnya Azlan sakit…Lebih kurang 7 bulan yang lalu, Azlan datang jumpa Nisa…Beritahu yang dia sakit barah paru-paru…" Hanif terkejut. Azlan sakit? Tidak pernah pula Azlan cerita yang dia sakit.Yang dia cakap cuma…

" Selain itu…." Ika berhenti. Tidak tahu sama ada patut meneruskan atau tidak. Dia tidak pasti bagaimana penerimaan Hanif nanti terhadap perkara yang bakal diluahkannya.

" Dia kata…Yang dia suka Nisa…" Ika memandang Hanif. Lelaki itu kelihatan tenang tapi tidak tahulah hatinya macam mana.

"Jadi sebab itulah Nisa memilih Azlan dari aku? Kerana Azlan sakit? Lalu dia memilih untuk bersama Azlan? Begitu?" Hanif berkata perlahan. Hatinya begitu sakit. Hanya kerana Azlan sakit lalu Nisa memilih untuk menerima Azlan tanpa memikirkan perasaannya. Begitu hebatkah Azlan hingga dia kalah tanpa perlu bertarung?

" Tak…Kau dah silap Hanif! Nisa tak pernah terima Azlan mahupun membuang cintanya terhadap kau… Aku yang suruh Nisa tetap temankan Azlan kerana aku tahu Azlan perlukan sokongan masa tu… Aku yang halang Nisa dari berterus terang dengan Azlan yang dia tak cintakan Azlan kerana takut Azlan tidak dapat menerimanya…Aku takut yang Azlan akan buat sesuatu yang bodoh…Mula-mula Nisa juga tidak mahu menerima cadangan aku kerana fikirkan kau…" Ika berhenti seketika sebelum menyambung.

" Kami juga sepakat untuk tidak beritahu kau…Kerana kami tahu hubungan kau dengan Azlan tidak bergitu baik…Kalau kau tahu pasti kau tak setujukan? Lebih-lebih lagi bila mengetahui yang Azlan menyukai Nisa… Kau tak patut salahkan Nisa…Dia ikut saranan aku je…Tapi yang peliknya macam mana kau tahu akan hal Azlan dengan Nisa? Maksud aku macam mana pula kau terfikir yang Nisa sukakan Azlan? Selama ni kami sembunyi-sembunyi je lawat Azlan… Tidak pernah pula kami beritahu siapa-siapa perihal Azlan…" Giliran Ika pula bertanya. Dari dulu lagi dia pelik. Macam mana Hanif boleh terfikir yang cinta Nisa sudah beralih arah? Dia Nampak mereka berjalan berdua ke? Tak mungkin! Setahunya sejak Azlan sakit, lelaki itu tidak lagi datang ke kolej. Ramai menyangka yang Azlan sudah pindah ke kolej lain walhal dia sebenarnya sakit.

" Aku yang beritahu dia…" Ika dan Hanif terkejut. Kelihatan Azlan berjalan perlahan mendekati mereka berdua.

"Azlan…Kau dah boleh keluar ke?" Tanya Ika sedikit pelik. Azlan mengangguk sambil tersenyum.

" Hari ini aku nak berangkat ke Jepun…Nak jumpa mak aku di sana… Aku rasa biarlah aku tinggal dengan mak aku…Sementara aku masih hidup ni…" Azlan berkata perlahan.

" Sebenarnya semua ni berpunca daripada aku… Aku tahu yang Nisa cintakan Hanif tapi api cemburu mengatasi segala-galanya… Malam tu aku ada telefon Hanif dan memberitahu bahawa aku dan Nisa saling mencintai… Yang sebenarnya aku nak mereka berdua putus hubungan dan bolehlah aku mendapatkan Nisa…Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya…Nisa semakin jauh dari aku…" Suara Azlan kedengaran sayu.

" Sebelum Nisa pergi…Aku ada tanyakan pasal Hanif… Dia kata, dia tetap cintakan Hanif walaupun Hanif sekarang sudah membencinya… Dia juga tidak menyalahkan siapa-siapa atas apa yang berlaku…Dia yakin Hanif akan faham suatu hari nanti yang semua itu cuma salah faham…Tapi masa itu aku tak ada kekuatan untuk berterus terang dengan Nisa tentang perbuatan aku…Aku rasa malu…Malu kerana telah menyusahkan orang yang selama ini telah menjaga aku semasa aku sakit…" Setitis air mata Azlan jatuh menandakan bertapa menyesalnya atas perbuatannya. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Hanif.

" Hanif…maafkan aku atas segala kesalahan aku…Aku menyesal sangat-sangat kerana merosakan hubungan kau berdua…" Hanif hanya mengangguk. Tidak mahu memanjangkan perkara yang sudah berlaku. Yang penting Azlan sudah mengaku akan kesalahannya. Tiba-tiba Hanif tersedar akan sesuatu.

"Eh…Kejap… Azlan kata ‘sebelum Nisa pergi’…Maksudnya apa? Nisa ke mana?" Tanyanya pantas. Azlan terdiam. Begitu juga Ika. Masing-masing membisu seribu bahasa.

***

Nisa menyorong bagasinya sambil mencari-cari kelibat Ika. Hatinya tidak sabar-sabar untuk bertemu Ika. Tiga tahun sudah dia meninggalkan bumi kelahirannya bermakna sudah tiga tahun juga dia tidak melihal wajah Ika, sahabat karibnya itu.

"Nisa…" Tiba-tiba dia terdengar seseorang melaung namanya. Dia memerhati sekeliling, mencari orang yang empunya suara itu. Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Seseorang yang sudah lama dirinduinya.

" Nisa…Apa khabar?" Hanif memulakan perbualan. Terasa janggal pula bila berdepan dengan Nisa yang kini sudah semakin cantik pada pandangan matanya. Sesungguhnya dalam tempoh tiga tahun ini dia tidak pernah melupakan gadis itu. Dia sering ternanti-nanti bilakah masanya gadis itu akan pulang sehinggalah semalam Ika memberithunya yang Nisa pulang hari ini.

" Baik Alhamdulillah…Ika mana?" Tanya Nisa. Hatinya bedebar-debar bila berdepan dengan Hanif. Lelaki itu sudah berubah kini. Semakin segak dan agak berisi.

" Ika….Dia…" Hanif tidak jadi meneruskan katanya apabila terpandang seorang lelaki yang juga menyorong bagasi memanggil nama Nisa.

" Abang…Kenapa lambat?" Tanya Nisa sedikit manja. Abang? Hanif terkedu. Takkan Nisa dah…

" Oh…Ya…Abang kenalkan…Ini Hanif …Kawan Nisa…" Lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan salam.

" Najmi…" Hanif mengangguk sambil tersenyum.

" Hmm…jom lah…Nanti lambat pula sampai rumah…" Kata Nisa memecah kesunyian. Najmi tersenyum. Begitu juga Hanif.

" Marilah saya hantar awak berdua…" Hanif berkata tiba-tiba.

" Eh, tak pe ke?" Najmi menyuarakan kebimbangannya.

" Eh, tak apa… Lagi pun saya dah mohon cuti hari ni…" Kata Hanif bersungguh-sungguh. Nisa hanya tersenyum. Akhirnya mereka bertiga sama-sama melangkah keluar dari lapangan terbang. Sepanjang perjalanan Hanif hanya mendiamkan diri. Hatinya tertanya-tanya sama ada lelaki yang di panggil Nisa ‘abang’ itu hanya abang atau suaminya. Hendak bertanya, macam tak kena aje. Akhirnya hatinya bingung sendiri.


" Kenapa awak nak jumpa saya hari ni?" Nisa bersuara juga akhirnya setelah lama mereka mendiamkan diri.

" Sebenarnya saya…err…Saya…" Hanif tidak tahu bagaimana hendak memulakan pertanyaan yang selama ini membelengunya.

"Awak apa?" Nisa mengerutkan dahinya.

" Er…Si…Siapa sebenarnya Najmi pada awak?" Nah! Akhirnya terpacul juga pertanyaan itu dari mulut Hanif.

" Dia…Suami saya…Kami kahwin lima bulan yang lalu…" Nisa menunduk.Hanif terdiam. Tidak sangka akan kenyataan yang baru didengarnya sebentar tadi. Nampaknya penantiannya selama tiga tahun itu sia-sia belaka. Ah, salahnya juga kerana tidak mencari Nisa di bumi Australia itu.

" Kami kenal dah dua tahun… Abang Najmi memang baik…Bersamanya saya rasa selamat… Tanpa sedar saya sudah jatuh cinta padanya…Saya minta maaf…" Kata-kata Nisa menikam jauh ke hatinya. Sekali lagi dia tewas. Tiba-tiba Hanif bangun dari kerusi yang di dudukinya. Dengan pantas dia melangkah pergi. Dia tidak sanggup lagi mendengar kata-kata Nisa. Hatinya diburu seribu penyesalan. Kalaulah dia mahu mendengar penjelasan Nisa ketika itu mungkin cinta Nisa masih untuknya. Kali ini cinta Nisa memang benar-benar beralih arah. Bukan terhadap Azlan tetapi kepada Najmi. Dia pasrah…Mungkin Nisa bukan untuknya.

***

Setiap kali terkenangkan peristiwa itu hati Hanif di geletek rasa lucu. Dia sudah mampu tersenyum kini. Hatinya terasa begitu lapang. Di rasakan beban yang selama ini membelengunya sudah hilang di telan masa. Dia kembali teringat akan peristiwa yang berlaku kira-kira empat bulan yang lalu…

" Hanif…Awak nak pergi begitu saja ke?" Tanya Nisa. Gadis itu kini sudah berada di depannya. Hanif bingung.

" Habis…Awak nak saya buat macam mana? Nak ucapkan tahniah kepada awak ke? Sudahlah…Biarkan saya sendiri…" Hanif sudah berkira-kira untuk pergi dari situ.

" Awak pasti ke yang dia tu suami saya?" Hanif terdiam. Dia mengerutkan dahinya sedikit. Tidak pasti apa maksud Nisa sebenarnya.

"Awak ni kan selalu sangat percaya cakap orang…Lain kali cubalah siasat dulu…" Nisa kini menunjukan jari manisnya sebelah kanan kepada Hanif. Kosong. Tiada cincin kahwin di situ.

" Dia sebenarnya abang saudara saya… Kebetulan dia balik hari yang sama dengan saya… Jangan risau…Dia dah ada teman wanita…" Nisa tersenyum sambil mengenyitkan matanya.

" Maknanya tadi…Awak main-mainkan saya ya?" Tanya Hanif. Dia masih tidak percaya yang Nisa masih mahu bergurau dengannya saat itu. Hampir sahaja dia kehilangan separuh dari nyawanya atas pengakuan Nisa sebentar tadi. Nisa tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya ketawa besar. Rancangannya untuk mengenakan Hanif berjaya.

" Hanif…Awak ni satu pun tidak ada yang berubah… Suka sangat percaya tanpa menyiasat terlebih dahulu…" Hanif hanya tersenyum. Malu pula rasanya bila Nisa begitu mudah mengenakannya.

"Nisa…Kenapa mesti tiga tahun? Lama tau Hanif tunggu…" Hanif menyuarakan pertanyaannya setelah mereka kembali duduk di bangku tempat mereka duduk tadi.

" Nisa nak hukum Hanif… Hanif sendiri yang tak nak layan Nisa…kan? Hanif yang sendiri kata yang Hanif nak lupakan kewujudan Nisa…"

" Maafkan Hanif, Nisa…Hanif tak tahu nak buat apa masa tu..Hanif keliru…Hanif takut akan kehilangan Nisa…Hanif tak sanggup nak hadapinya sedangkan Hanif betul-betul sayangkan Nisa…Cintakan Nisa…" Nisa hanya tersenyum. Dia sudah mengetahui semuanya. Bahkan sudah lama dia mengetahui akan hal yang sebenarnya cuma dia senghaja tidak mahu pulang. Lagipun dia mahu menghabiskan pengajiannya di sana dulu. Cuma berita kematian Azlan yang di terimanya beberapa bulan yang lalu membuatnya sedih. Walauapa pun kesalahan Azlan terhadapnya dia sudah memaafkan semuanya. Lagipun salahnya juga kerana tidak mahu berterus terang pada Hanif terlebih dahulu.

" Nisa…Hanif cintakan Nisa… Sudikah Nisa menjadi penyeri hidup Hanif sampai bila-bila? Sudikah Nisa bersama Hanif disaat susah mahupun senang?" Kali ini Nisa terkedu. Hanif kini sudah bersedia untuk menyarungkan cincin di jari manisnya. Perlahan-lahan dia mengangguk. Setitis air matanya gugur.

"Abang…Kenapa termenung?" Pertanyaan Nisa membuat Hanif tersentak sedikit. Entah sudah berapa lama di berdiri di balkoni bilik mereka. Nisa kini sudah memeluknya dari belakang. Dengan pantas Hanif memusingkan tubuhnya dan memeluk isteri yang baharu sahaja di nikahinya sebulan lalu.Nisa hanya tersenyum.

"Abang…Nisa nak abang tahu yang Nisa sayang sangat kat abang…sampai bila-bila pun abang tetap Nisa sayang…" Hanif tersenyum,membalas pelukan isterinya.

" Sayang..I love you…Abang janji akan jaga Nisa selagi abang masih hidup…Abang tak akan sia-siakan Nisa lagi…Abang tak nak kehilangan Nisa…Nisa lah satu-satunya bagi abang…Cinta dan kasih abang hanya untuk Nisa…Dulu…Sekarang… Dan selama-lamanya…" Setitis air mata Nisa gugur. Bertapa Hanif begitu menyayanginya. Dalam hati dia berdoa agar hidup mereka sentiasa di bawah rahmat ALLAH selalu.


I’ll be loving you forever…
Deep inside my heart you’ll leave me never…
Even if you took my heart and tore it apart…
I would love you still,forever….
posted by Penulisan2u @ 4:30 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group