BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, November 29, 2009
Cerpen : Mimpi Dari Syurga
Nama Pena : Asrul Ja'Afar

Dari kiri aku melihat satu cahaya yang terang, datang dari arah atas dan kadangkala ia menurun ke bawah. Bebola mata dan hatiku tertanya-tanya, apakah cahaya itu. Adakah ia cahaya lampu neon yang sentiasa menemani aku belajar waktu aku belajar dahulu. Adakah ia sinaran mentari yang bisa aku tatapi tiap pagi, sama seperti waktu aku bersantai di Teluk Ramunia bersama-sama rakan sedikit masa dahulu. Aku sekali lagi tertanya-tanya, bermain dengan teka-teki yang tak mungkin aku selesaikan.

Tanganku terpaku, seksa dan sakitnya. Lelehan darah mula mengalir jatuh, dari dinding hingga ke bumi. Aku kerasan dan tidak termampu melawan untuk mencabut pacakan paku itu. Aku mula menangis, tidak henti-henti. Semakin aku cuba untuk meloloskan diri, semakin sakit tangan aku dan semakin itu darah banyak mengalir. Dari cahaya lalu aku melihat satu kerlipan kunang-kunang yang indah, tidak dapat diungkapkan bertapa indahnya kelipan kunang-kunang itu. Walaupun sinaran cahaya itu telah hilang, kerlipan kunang-kunang itu mampu memberikan aku cahaya dan menyembuhkan mata yang sakit terkena silauan cahaya.

Semakin lama, semakin mendekat kunang-kunang itu menghampiriku. Aku terpegun dengan kecantikan corak cahaya yang dibentuknya. Ada kalanya corak itu seperti sayap burung yang terbang, ada kalanya ia berbentuk awan yang sangat cantik dan indah. Tatkala aku menatap keindahan itu, datang pula satu bunyi yang amat takut dan menyakitkan kepingan pendengaranku. Suara itu amat menakutkan, aku mulai khuatir jika suara itu semakin mendekat. Pekikan dan lolongan suara itu membuatkan aku binggung dan bersungguh kepala. Aku cuba memalingkan kepala ke kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah. Mencari setiap celah sudut kamar itu. Dari manakah suara itu? Suara siapakah itu? Lalu aku berterik sekuat-kuat hati. Aku cuba menghentikan suara itu. Namun suara itu terus menghantuiku. Aku benar-benar ketakutan dan pengen sekali aku meloloskan diri dari kamar itu. Tapi aku tak bisa, dengan tangan yang terpaku pada dinding yang tajam, kakiku hanya terikat bertunjangkan bumi. Mana bisa aku melepaskan diri.

Kelipan kunang-kunang telah hilang keindahannya, jeritan yang menakutkan mula membayangi diri aku. Aku mula panik dan tidak mengerti. Dengan sekuat tenaga, aku cuba menarik tanganku sekuat hati. Terlalu sakit dan teramat sakit. Berkali-kali aku cuba mencabut, paku yang jauh terbenam ditapak tanganku kian luluh. Dengan tarikan terakhir, akhirnya paku itu tercabut. Teriak kuat aku berkalimat nama ALLAH s.w.t. Aku berkalimat pada satu nama yang selama ini pernah aku tinggalkan suatu ketika dahulu.

"Allahuakhbar!!!!!!!!!!" Teriakan kuat itu terus membuatkan suara yang menakutkan terus hilang. Aku binggung dan terpanggu keseorangan. Hati aku kian bergusar yang tidak-tidak.

Setelah satu tangan aku terlepas dari pakukan paku, aku terpaksa menahan aliran darah yang tidak henti-henti. Tapak tanganku berlubang dan mengalami luka yang amat dalam. Air mata anak jantan aku mengalir untuk sekian kalinya. Aku terus berusaha menggerakkan tangan yang telah bebas untuk mencabut pakukan paku yang ada pada tangan yang lagi satu. Dengan keadaan yang amat sakit, aku paksakan tangan aku hingga akhirnya aku sekali lagi berteriak.

"Allahuakhbar!!!!!!!!!!"

Sekali lagi aku berteriak. Dengan perlahan-lahan aku mula mencabut paku yang satu lagi. Teramat perih dan sakit yang tidak dapat digambarkan. Air mata masih lagi tertitis dan terus membanjiri pipiku. Aku hanya mampu menangis dan terus menangis. Aku tidak fikir apa-apa ketika itu. Lalu aku mencangkung dan terus berdiam diri menahan kesakitan. Dalam kesakitan itu, aku cuba menguraikan ikatan yang ada pada kakiku. Ternyata tali yang tidak pernah aku lihat sebelum ini melilit pada pergelangan kakiku. Ianya bukan tali yang mengikat lembu, bukan tali yang digunakan untuk pesalah yang dihukum gantung ataupun bukan tali biasa yang pernah dilihat. Ianya hanya tali yang halus, bersinar dan lut sinar tetapi memiliki kekuatan cengkaman yang amat kuat. Apa yang menghairankanku, sebaik sahaja ikatan pada kaki aku dilepas, tali yang membaluti kakiku terurai dengan mudahnya.

Aku tidak kembali bangkit, sebaliknya aku hanya duduk dan bersandar. Kedua-dua kakiku terbentang luas di atas tanah. Aku menahan darah yang deras mengalir, setiap urat mukaku berkerut kesakitan. Aku mula melihat keadaan sekeliling yang suram dan menyepi. Pelbagai andaian aku fikirkan, pelbagai perkara aku andaikan. Tidak ada satu perkataan yang mampu menjawab semua pertanyaanku.

Beberapa minit kemudian, aku bangkit dan mula mengorak langkah perlahan-lahan. 5 langkah ke hadapan, aku terus terasa berat untuk melangkah. Kali ini, kakiku pula yang seolah-olah terpaku di bumi. Aku cuba mengangkat dengan sekuat tenaga yang tersisa, namun tidak terdaya aku melawannya. Lalu aku cuba bertasbih kalimat Allah, akhirnya berjaya juga aku melangkah. Namun selangkah selepas itu, tidak terdaya aku untuk melangkah lagi. Aku cuba sekali lagi mengangkat kakiku, namun aku gagal. Aku kebuntuan. Aku berkalimat lagi.

"Allahuakhbar!!!!!!!!!!"

Kaki aku yang seolah-olah terpaku pada bumi, boleh melangkah. Berulang-ulang kali aku ulangi perkara yang sama. Pada langkah yang ke 12, datang sekali lagi cahaya terang yang amat menyilaukan. Aku amat takut dan menutup mata dengan tangan. Dalam aku menutup mata, aku mengintai dari celahan jari. Aku melihat dari arah cahaya itu. Dari cahaya itu, keluar satu kelibat. Semuanya serba putih dan berjambang. Serban, pakaian, dan tasbih di tangan kanannya membuatkan aku binggung. Siapakah lelaki itu? Dari manakah dia datang? Ha, hati aku berdesir sekali lagi.

Semakin lama pertanyaan ini bermain dalam fikiran aku, semakin itulah lelaki itu datang mendekat. Aku cuba melarikan diri, namun aku tak terdaya. Kakiku masih lagi kaku dan terpacak pada bumi. Sehingga lelaki itu dekat dan berdepan dengan mataku. Hanya jarak kami berdua selangkah sahaja. Aku mulai takut jika aku diapa-apakan oleh lelaki itu. Aku mula khuatir dan ketakutan.

"Assalamualaikum" Sapa lelaki itu.

Aku tidak terus menjawab. Aku membuka mata dan melihat ke arah lelaki itu. Ternyata dia manusia. Apakah makhluk lain yang bisa memberi salam. Aku terus menjawab salam tersebut.

"Wa...waalaikumusa...salam" dengan nada yang terketar-ketar.

"Sharif, kenapa kau takut melihatku? Adakah kau tidak mengenaliku?" Tanya lelaki itu.

"Mana kau tahu nama aku? Siapa kau sebenarnya?"

"Sungguh tak kusangka. Terlalu cepat kau melupakan aku. Tidakkah kau ingat pada wajah ini Sharif? Cuba kau lihat wajahku betul-betul, cuba aku telusuri dan cecepi seluruh jasadku dengan matamu yang waras." Lelaki itu menghela nafas panjang.

Aku terus melihat dengan jelas wajah lelaki itu. Namun aku tidak dapat mengecam siapakah dia yang sebenarnya. Aku benar-benar keliru dan kaku. Fikiranku telah lama buntu. Penat aku memikirkannya.

"Maaf, aku tidak dapat mengecam kau. Siapakah kau yang sebenarnya?"

"Sharif, sharif. Tidakkah kau ingat dengan lelaki yang telah lama menolongmu. Tidakkah kau ingat sharif. Aku telah menolongmu sejak dari kecil lagi. Kenapa kau tidak ingat aku walau sesaat pun. Aku telah bersamamu hampir 10 tahun sharif, hampir 10 tahun."

"Aku betul-betul tak ingat siapa kau. Tolonglah, jangan seksa aku lagi. Aku dah tak tahan dah. Tolonglah. Bagitahulah aku siapa kau yang sebenarnya"

"Baiklah, tidakkah kau ingat pada lelaki yang bernama Yusof, Yusof Jazman."

"Yusof, Yusof....Jazman?"

"Ya, namaku Yusof Jazman."

Aku sekali lagi terpaku. Membayangkan nama Yusof Jazman. Aku mengimbau kembali kisah-kisah 10 tahun yang lalu. Aku terus mengingatkan kembali cerita-cerita lalu. Walaupun fikiranku lelah, namun aku terpaksa mengingat nama itu. Aku seakan-akan pernah mendengar nama itu, tapi tidak pula aku melihat wajahnya dan aku kenali.

"Mak!!! Tolong Sharif mak, tolong mak!"

"Sabarlah nak. Mak janji, mak akan tolong kau nak."

Aku berteriak sekuat hati. Aku memangis dan menahan kepedihan kepada bencana yang aku terima. Aku diusung dari satu kamar kepada satu kamar di hospital. Aku diusung dengan katil beroda oleh beberapa orang. Yang pasti salah satunya adalah lelaki, kerana aku tidak bisa melihat tetapi aku bisa mendengar suara lelaki itu yang memberi semangat saat aku ditimpa musibah.

"Macam mana ni bang, saya tak sangup nak lihat anak saya buta. Saya nak dia sembuh. Cakaplah dengan doktor, kita bayar berapa dia minta. Asalkan anak kita sembuh bang."

Abah terus mendekat ke arah doktor. Walaupun aku tidak bisa melihat, namun aku bisa mendengar. Aku mendengar segala perbualan abah dengan doktor. Dari segi lengok dan loghat bahasa, ternyata doktor lelaki itu berasal dari negeri kelantan. Pekat sungguh longhat yang digunakan. Nasib baik kami sekeluarga faham dengan lohgat yang digunakan kerana kami sekeluarga pernah menetap di Kelantan selama 2 tahun sewaktu abah ada projek perusahaannya di sana.

"Doktor, tolonglah selamatkan anak saya. Tolonglah doktor. Saya sanggup bayar berapa aja yang doktor minta, asalkan anak saya selamat. Tolonglah doktor."

"En. Bakar, ini bukan soal wang. Ini soal penderma. Anak awak memerlukan penderma mata dengan segera. Masalahnya, nak dapatkan penderma mata itu susah. Saya tahu En. Bakar berharta dan mampu membayar berapa aja, tapi buat masa sekarang duit tak berguna jika kita tak berjumpa dengan penderma yang sesuai."

"Tolonglah doktor, saya tak sangup melihat anak saya dalam keadaan macam ni. Saya tak sanggup doktor." Suara mak aku terus mencela diiringi dengan tangisan yang tidak henti-henti.

"Saya minta maaf, kita berdoa sahajalah pada Tuhan. InsyaAllah semuanya selamat."

Beberapa minit kemudian setelah aku diusung masuk ke dalam satu wad kamar, aku terdengar satu suara cemas yang datang membawa berita. Aku mula melebarluaskan rongga telinga aku untuk mendengar suara itu.

"Doktor! Doktor Shamel, ada berita baik"

"Berita baik? Apa dia Nurse?"

"Berita baik ini untuk Pesakit yang bernama Sharif"

"Teruskan, sekalian ada mak dan abahnya."

"Kita dah jumpa penderma mata yang sesuai. Namanya Yusof Jazman, dia disahkan meninggal dunia sejam yang lalu. Dia juga telah mendaftar sebagai penderma organ. Doktor Rahshida telah membuat ukuran mata Yusof dan ternyata ianya sesuai dengan Sharif. Doktor Rashida juga telah mendapatkan persetujuan daripada keluarga Yusof Jazman."
"Syukur, alhamdulilah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih" Kalimat pertama yang terucap pada bibir mak dan abah ketika itu. Aku hanya mampu tersenyum dan bersyukur kerana bisa melihat kembali.

Setelah 3 bulan menjalani pembedahan, aku kini bisa melihat kembali. Aku boleh melihat matahari terbit, aku boleh melihat gelapnya malam, aku boleh melihat segala-galanya. Mak abah juga gembira melihat kesembuhanku. Lalu mereka membuat kenduri arwah untuk Yusof Jazman, keluarga Yusof Jazman turut hadir dalam kenduri tersebut. Ibu dan ayah Yusof Jazman melihat aku dengan wajah yang tenang. Kata mereka, mereka dapat melihat Yusof Jazman dari dalam mata yang aku miliki sekarang ini.

"Sharif, pak cik harap kamu pergunakanlah hadiah yang diberikan oleh Yusof Jazman sebaik-baik mungkin. Jangan sesekali kamu menyalahgunakannya." Kata ayah Yusof Jazman yang kelihatan alim dan warak. Berjanggut dan berserban dikepalanya.

"Baiklah" Jawabku ringkas.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Aku mula hidup dengan dunia lamaku. Dengan dunia yang telah meragut penglihatanku. Aku kembali semula beraksi di gelanggang litar haram. Aku sekali lagi beraksi dengan perlumbaan haram dan aksi-aksi yang membahayakan diriku yang suatu ketika dahulu pernah membuatkan aku buta. Aku mula lupa segala-galanya. Kehidupan aku kian menjadi liar, aku mula kembali aktif bersosial dengan rakan-rakan dajalku. Semua itu membuatkan aku leka, tidak lagi aku menjenguk ke rumah ibu bapanya Yusof Jazman, seperti mana aku lakukan beberapa bulan selepas aku mendapat mata anak mereka.

Mata ini aku pergunakan untuk berlumba, melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya, dengan mata inilah aku melakukan banyak maksiat. Aku lupa amanat keluarga Yusof Jazman supaya menjaga mata ini. aku mula lupa segalanya. Kehidupan aku tidak dapat lagi dikongkong oleh mak dan abah. Aku mula liar dan berpeleseran dengan mat-mat dan minah-minah rempit. Aku lupa Tuhan ketika itu. Tuhan hanya aku ingat setelah aku bisa melihat semula. Namun setelah itu aku lupa namanya Tuhan, aku lupa semunya. Aku telah menghancurkan hati mak dan abah.

Kini, baru aku ingat kembali dengan namanya Yusof Jazman, aku menatap wajahnya tenyata ini namanya Yusof Jazman. Satu nama yang seiring membuat aku tertanya-tanya. Matanya aku guna pakai, tetapi wajahnya baru kali ini aku lihat. Aku mula menyesal dengan perbuatanku.

"Baru aku ingat kau Yusof Jazman. Tapi bukankah kau sudah mati?"

"Siapa cakap aku masih hidup lagi? Jika aku sudah mati, kau juga sudah mati"

"Tak..tak...aku hidup lagi. Baru sahaja aku game dengan kawan aku. Mana boleh aku mati?"

"Kau dah mati. Mata yang aku yang kau guna sepatutnya aku ambil balik, tapi aku kasihan dengan kau. Kau telah mempersalahgunakan mata yang aku berikan. Kau harus menerima pembalasannya."

"Kau ingat aku nak percaya kata-kata kau. Aku tak mati lagi, aku hidup lagi"

"Kalau kau tak percaya, mari ikut aku"

Aku terus mengorak langkah mengekori lelaki yang mengelarkan dirinya Yusof Jazman. Wajahku kian berpeluh dengan banyaknya. Aku terus berjalan sehingga lelaki itu membawa aku menuju ke arah cahaya itu. Aku masuk ke dalam cahaya itu. Sebaik aku mendekati cahaya itu, seolah-olah aku ditarik olehnya. Aku terus dibawanya.

"Di manakah kita ni?"

"Di tanah perkuburan"
"Buat apa kita di sini?"

"Cuba kau lihat siapa yang mengelilingI kubur ini?"

Aku melihat satu persatu wajah itu "Mak, abah, pak long. Kenapa semua orang menangis ni. Mak kenapa ni? Mak!"

"Mereka tak akan melihat kau. Mereka sedikit pun tak mendengar suara kau. Kamu dah mati"

"Mana mungkin. Aku hidup lagi. Mak, ni Sharif mak. Mak, ni sharif anak mak"

"Percuma aja kau buat semua tu"

Aku berkali-kali mencuba melambai-lambai tangan di hadapan mata mak dan abah. Namun mereka sedikitpun tidak menyedari kehadiranku. Adakah benar aku telah mati?

"Sharif, kenapa kau tinggalkan mak nak? Kenapa nak? Kenapa kau tak berubah-ubah nak. Kalau mak halang kau, mungkin perkara ini tak akan berlaku"

"Sudahlah tu, yang dah pergi tu dah biarkan lah. Kita doakan aja dia semoga dia selamat di sana nanti" Balas abahku yang setia memberi semangat kepada mak yang kian kelemahan.

"Mak, Sharif minta maaf mak. Ni sharif mak, sharif ada di depan mata mak ni."

"Sia-sia. Semuanya sudah terlambat." Kata lelaki itu.

"Mak!!!!"

Kelibat keluargaku kian menghilang. Aku kembali semula ke dalam kamar yang gelap. Hanya lelaki itu yang berada disisiku. Aku mula percaya akan diriku yang telah mati. Memang benar aku telah mati.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Aku bersalah kepadaMu, ampunkanlah aku"

"Semuanya sudah terlambat"

"Tidddaaakkkk!!!"

Aku membantingkan jasadku. Aku memberontak sekuat tenagaku. Aku menjerit sekuat hati, aku menyesal, aku sangat menyesal.

"Sharif, Sharif"

Satu suara tiba-tiba menerpa ditelingaku sambil tanganku disentuh seseorang.

"Kenapa ni nak? Bangun nak. Ni mak nak, mak ada di sini?"

Aku terus mencelikkan mataku. Cahaya yang amat menyilaukan, masuk ke dalam bebola mataku.

"Mak, mak!!!" Aku terus memeluk mak sebaik sahaja aku melihat wajah mak.

"Mak ada di sini nak. Syukur semuanya dah selamat"

"Sharif tak mati lagi mak, sharif hidup lagi"

"Ishh…kenapa cakap macam tu? Sharif memang hidup lagi. Alhamdulilah sharif bisa melihat kembali" Jelas mak.

"Baguslah kalau sharif sudah sedar. Abah kenalkan, ni keluarga penderma mata sharif, keluarganya arwah Yusof Jazman."

Satu-persatu keluarga Yusof Jazman memperkenalkan diri mereka di hadapanku. Aku terus terbeliak dan terkejut. Bukankah aku telah mati dan berjumpa dengan Yusof Jazman dalam sebuah kamar yang gelap. Dalam pada tanganku terluka ditusuk paku, kini tiada kesan parut sekalipun. Aku binggung.

"Sharif, pak cik harap kamu pergunakanlah hadiah yang diberikan oleh Yusof Jazman sebaik-baik mungkin. Jangan sesekali kami menyalahgunakannya."

Sepertinya kata-kata ini telah ditujukan kepada aku dulu. Aku betul-betul binggung. Adakah semua ini baru permulaannya atau sebaliknya. Jika semuanya ini baru permulaannya, aku harus berubah dan aku harus mempergunakan mata ini dengan sebaik-baiknya. Mungkin Tuhan ingin membantuku, dan mungkin juga Yusof Jazman, mahu matanya tidak disalah guna.

Aku akan mempergunakan matamu ini dengan sebaik-baiknya Yusof Jazman. Aku tidak akan sekali lagi menyesal. Aku harus menjauhi kegiatan-kegiatan rempit dan sebagainya. Hidup ini hanya sekali dan aku harus menghargainya. Semuanya ini belum terlambat dan baru saja bermula. Aku tak nak ada penyesalan dikemudian hari.
posted by Penulisan2u @ 4:41 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group