Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Pak cik, makan tengah hari dah siap. Mari kita. Lepas itu, makan ubat ya." Manis jururawat itu berkata-kata. Aku mengangguk. Perlahan-lahan aku menuju ke dewan makan. Semua yang di situ memandangku. Kami berbalas pandang. Berkongsi cerita yang sama. Bahagian penamatnya. Ada segelintir yang mempunyai babak selingan di antaranya. Hiburan daripada generasi di bawah mereka. Warisan mereka.
Sapaanku ditegur lemah oleh mereka. Aku juga sebelumnya. Bubur itu gigih kami hirup. Sisa-sisanya dibiarkan. Persis kami. Roda kehidupan kami kini di bawah.
Dengan cermat, aku menitip sarung ubat yang diberikan doktor. Perlahan. Ajal kurasakan hampir memanggilku. Kupegang erat jari-jemari isteriku. Dia setia. Satu-satunya yang setia. Sentuhan yang sama kasihnya. Sedikit pudar kurasakan. Entah.
........
Angin malam itu berhembus mesra. Malam yang kelam bertemankan bintang. Si pungguk setia menanti si rembulan. Teratak di hujung kampung itu bertukar suasana pada malam itu. Sunyi bertukar hingar. Berani berubah gentar. Aku berdebar. Menanti kehadiran anak pertama yang memberi seribu satu makna. " Din, lekas bawa air panas itu ke dalam. Tak lama dah ni," sahutan bidan Temah sedikit sebanyak memecah kebingunganku. "Sudah diletak daun mengkuang di bawah rumah? Setanggi itu perlu dibakar lagi. Masih kurang baunya." Arahan bertalu-talu membuatkan aku sedikit panik. Peluh jantan semakin bercucuran. Emosiku bertambah kacau tatkala teringatkan kisah isteri Ramli yang meninggal dunia sewaktu melahirkan anak pada minggu lepas. Ramli keluar ke laut malam itu. Benar tiada daun mengkuang di bawah rumahnya, juga setanggi tidak diasapkan. Ada betulnya kisah hantu penanggal yang sering dikhabarkan bidan Temah. Telahanku.
...............
" Allahuakbar, Allahuakbar..." Iqamatku berkumandang pada gegendang telinga anak perempuanku. Tangisannya meragut jiwaku untuk menghamburkan kegembiraan. Isteriku masih lesu. Kejayaannya berjuang dengan kehidupan diraikan dengan sepasang tangisan. Kupegang erat jari-jemari isteriku. Sentuhan yang sama kasihnya.
...........
"Cantik anak ayah hari ni. Dah siap nak ke sekolah?" senyumku disambut cebikan manja anak kesayanganku itu. "Cantik apa macam ni? Baju tahun lepas. Kawan-kawan Nur mesti bergaya hari ini. Dengan pakaian baru, sepatu baru, beg baru, semuanya baru! Nur saja yang lama. Semua lama!" keluhan anakku membuatkan aku sedikit terkilan. Tanggungjawabku tidak berjaya dilunaskan sepenuhnya. Lantas kumengusap ubun-ubun anakku. Tanda kasih. "Janji semangat Nur sentiasa baru kan? Tahun lepas Nur jadi pelajar terbaik Tahun 5 kan? Tahun ini Nur UPSR, Nur buat baik-baik. Ayah janji ayah akan belikan baju baru menjelang sekolah menengah nanti," janjiku yang boleh menjuruskan aku menjadi munafik.
Kasihan. Anakku dipandang sepi pagi itu. Aku apatah lagi. Sementara menunggu sesi pembayaran yuran, aku memandang keliling. Ada juga senasib denganku. Bercompang-camping, kusut-masai dan menghembus asap tembakau. Beberapa kerat. Anakku dilihat bergaul mesra. Syukur. Cuma dia si pipit dalam kawanan merak. Merak yang belum tahu mengembangkan ekornya.
Aku membayar yuran persekolahan anakku dengan linangan air mata. Bermakna aku perlu menongkah arus untuk beberapa purnama. Mujurlah diberi kesempatan.
Aku pulang selepas itu. Sambil memerhati alam ini. Percuma. Beburung riang berterbangan. Rama-rama bebas menghisap madu. Deruan air sungai yang jernih mencuit jiwaku. Kehijauan alam mendamaikan sanubariku. Alangkah indahnya jika hidupku sebegini. Aku reda.
Kayuhanku bertambah perlahan sewaktu menaiki bukit. Jerih. Namun memberi kebahagiaan untuk keluarga jauh lebih lelah daripada itu. Lebih mudah untuk aku menjadi pengembala di tanah datar. Berdiam jika keseorangan. Berteriak jika berkawanan. Aku inginkan perubahan. Langit perlukan bumi seperti laut perlukan darat. Anjakan itu perlu tetapi aku tiada kemudinya.
Aku sedikit emosi tengah hari itu. Aku tiba di rumah. Melihat isteriku merebus ubi kayu. Segera kumendapatkannya. Kupegang erat jari-jemari isteriku. Sentuhan yang sama kasihnya.
...........
"Mak, Nur nak duit belanja lebih esok. Nur nak ke pekan. Nur nak beli sedikit hadiah buat guru Nur." "Nur, kelmarin sudah mak beri duit lebih. Nur bilang mahu membayar yuran tertunggak? Mak beri lebih kan." "Ala, kan kelmarin Nur ke pekan selepas mendapat keputusan SRP. Mak pun tahu Nur pelajar terbaik kampung kita. Nur dan kawan-kawan meraikan kejayaan Nur. Mak tengok Intan anak Tok Penghulu. Ayahnya belikan sebuah basikal sempena kejayaannya. Basikal yang ada bakul di depan itu. Macam yang Nur selalu minta tu." "Nur, ukur baju di badan sendiri. Jangan disamakan kita dengan mereka. Berapa besarlah periuk nasi kita kalau dibandingkan dengan kawan-kawan Nur yang berada itu. Kenapa Nur nak beri hadiah pada guru Nur pula? Kan Nur dah berjaya. Itu sudah memadai bagi guru-guru Nur, bukan?" "Mak... Kawan-kawan Nur semua beri hadiah pada guru masing-masing sebagai tanda penghargaan. Malulah Nur kalau pelajar terbaik sekolah dikatakan lupa diri dan asal-usul."
Perbualan mereka di bawah pohon pelam sayup kudengar. Anakku berjaya. Dada kudabik serata kampung. Syukur bercampur bangga. "Dah. Ambil duit ni. Ayah baru lepas jual hasil laut pagi tadi. Baguslah Nur ingat jasa orang sekeliling. Petang ini ayah ke pekan. Ayah nak belikan basikal untuk Nur. Macam yang Nur selalu minta tu kan," senyumku disambut senyuman manis anak daraku itu. Isteriku hanya tersenyum kelat. "Terima kasih, ayah! Nur ke rumah Intan dulu ya. Nur nak beritahu dia," seakan bersorak anakku itu meninggalkan kami berdua di bawah pohon pelam.
Kupegang erat jari-jemari isteriku. Sentuhan yang sama kasihnya.
"Anak kita dah berjaya, Mah." "Semoga dia berjaya di dunia dan di akhiratlah hendaknya."
Isteriku bingkas ke dapur memadam puntung kayu yang marak menyala. Ubi kayu rebusku siap tersedia, sebagai minum petang juga makan malam. Tiada beza dengan hari sesudahnya. Hari mendatang diisi dengan harapan.
.....................
"Surat apa ini encik? Pak cik tak tahu membaca. Tolong bacakan untuk pak cik, nak," pintaku dalam nada kebingungan. "Tawaran kemasukan ke Universiti Malaya dalam jurusan doktor pergigian. Nursarah binti Samsudin....Anak pak cik ke ni? Tahniah la. Beruntung pak cik. Senang masa depan pak cik kelak," ungkapan anak muda itu membungakan hatiku.
Dinihari itu aku masih tidak dapat melelapkan mata. Anakku masih belum pulang dari lawatan ke Kuala Lumpur. Rombongan sekolah bersama rakan-rakannya. Kubiarkan hasratnya tertunai. Biar dia merasa semua yang tidak pernah kukecapi. Aku mahu itu. Kebahagiaan di wajahnya.
Isteriku lena diulit mimpi. Pengkhabaran tadi turut mengusik kegembiraannya. Namun disertai kekhuatiran. Kewangan. Padaku semuanya akan menjadi andai kita tekad. Ya. Aku sanggup berhempas-pulas mengerah keringat demi menjamin masa depan anakku. Sebagai penebus masa silamku. Kelopak mata isteriku dilihat terbuka. Sedang aku masih berkaca. Kupegang erat jari-jemari isteriku. Sentuhan yang sama kasihnya.
.................
" Bang, Nur telefon rumah Mak Limah tadi. Dia suruh masukkan lagi RM300." " Bukan abang baru masukkan RM500 ke minggu lepas?" " Pensyarahnya minta la tu. Kalau belajar di universiti, memanglah duit mengalir macam air. Nak buat macam mana bang...terpaksa la kita berkorban dahulu." " Hmm..tahulah saya. Awak punya barang emas dah habis ke? Muka abang dah tebal sangat nak pinjam duit pada Tok Penghulu lagi. Abang tak dapat turun ke laut dah. Musim tengkujuh sekarang ni." " Mah pun tak tahu lagi mana nak cari duit. Upah menjahit Mah pun tak memadai. Duit upahnya sudah diambil sedangkan kain pun belum digunting lagi. Rantai emas pusaka ibu Mah ni sajalah yang tinggal. Ambillah dulu dibuat pajak. Ada rezeki nanti kita tebus lah balik."
Berat hatiku melihat pengorbanan isteriku. Berat juga kakiku melangkah ke kedai pajak di pekan. Barang kemas yang terdahulu sudah tergadai, kukira. Memang itulah gunanya sewaktu kecemasan sebegini walaupun sekadar beberapa. Aku percaya akan ada cahaya di hujung kehidupan kami yang berliku ini. Berharap. Aku pulang ke rumah dengan kepingan not yang boleh dijadikan perbelanjaan isi rumah. Namun bukan nafsu sendiri yang perlu diturutkan. Kejayaan anakku wajib diutamakan.
Aku menyerahkan not-not berwarna itu kepada isteriku. Isteriku akan mengirim duit tersebut kepada anak jiran kami yang turut belajar di universti yang sama dengan Nur. Aku memandang isteriku. Betapa mata kami saling berkaca. Kupegang erat jari-jemari isteriku. Sentuhan yang sama kasihnya.
.................
"Ayah, buat apa kat sini? Kan Nur tengah sibuk ni. Tak nampak ke? Ada ramai pesakit hari ni," jegil anakku dalam nada yang tidak semesra dulu. Lama dahulu. " Nur, ayah datang jauh dari kampung ke klinik Nur di kota besar ini. Mak sakit. Demam. Rindukan Nur. Bila Nur nak balik kampung?" kataku sambil memandang wajah anakku yang sekian lamanya tidak kutatap.
Anakku ternyata tidak mengendahkanku dan terus membelek fail-fail di atas mejanya. Pura-pura atau memang benar kesibukannya itu. Salah satu.
" Ayah, Nur ni doktor gigi. Mana lah Nur tahu nak ubatkan mak yang demam tu. Duit yang Nur kirim tiap-tiap bulan tu tak cukup lagi ke? Ke nak Nur tambahkan lagi? Nur sibuk la. Nur mana ada masa nak balik!" dengus anakku membuatkan aku sedikit tersentap. "Tapi Nur, ayah tengok Intan tu selalu juga pulang ke kampung kurang-kurang dua minggu sekali. Dia pun doktor gigi juga." " Ah, Intan tu dia kerja waktu pejabat sahaja. Nur ni, kerja siang malam, 24 jam, 7 hari seminggu. Nak cari duit. Nak kirim pada mak ayah juga kan. Kalau tak, nanti Nur dicop anak derhaka pula" jeling anakku seakan menghukum aku yang menyebabkan dia menjadi hamba wang. " Ayah dan mak tak mengharap sangat Nur mengirim duit pada kami. Nur pulang menjenguk kami pun sudah mencukupi," aku cuba memujuk supaya hatinya lembut semula. "Apa-apa sajalah. Ayah pulang lah. Nur banyak kerja. Nur tak ada masa nak layan ayah. Dah..dah...balik!" permintaannya diturutiku sebagaimana aku menurut kemahuannya sebelum ini.
Aku pulang ke teratak lamaku. Isteriku masih terlantar ditemani jiranku. Aku tahu kasih dan rindu seorang ibu amat dalam sekali. Gelengan kepalaku disambut linangan air matanya yang mengerti situasi ini. Kupegang erat jari-jemari isteriku. Sentuhan yang sama kasihnya.
...............
Petang itu indah sekali. Sudah lama aku tidak merasakan sebegini. Nur pulang. Kepulangannya diiringi hajat yang besar. Dia mahu mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka dari golongan berada. Ingin sekali aku menemui pemuda yang berjaya menambat hati anak gadisku. Sibuk katanya. Aku pura-pura mengerti.
Petang itu kami menjamah juadah biasa. Ubi kayu rebus. Namun Nur tidak menyentuhnya. Mahu lekas katanya. Pelbagai urusan. Masyarakat lebih memerlukannya berbanding ibu bapa kandungya sendiri. Kami pilu dalam kegirangan sementara.
Aku diberikan satu amanat penting. Mewalikan anak sendiri melalui panggilan telefon. Pernikahannya dijadualkan diadakan di luar negara. Hanya kerabat terdekat yang berkesempatan hadir. Ternyata kami tidaklah antara yang rapat dalam hidupnya. Kami sebagai ibu dan bapa yang telah banyak bersusah-payah membesarkannya berasa gembira kerana tahu masa depan anak kami telah terang-benderang.
Melihat anakku memandu keluar kereta mewahnya keluar dari perkarangan rumah, membuatkan aku sedikit berbangga. Aku memandang isteriku. Dia juga. Kupegang erat jari-jemari isteriku. Sentuhan yang sama kasihnya.
...............
Majlis resepsi belah lelaki diadakan di ibu kota. Aku pun hairan mengapa tidak diadakan di belah perempuan. Intan. Dia mengkhabarkan perihal majlis resepsi anak tunggalku itu. Gembira. Walau tidak disampaikan oleh empunya badan aku menganggapnya sebagai satu kejutan yang akan menjadi kenangan seumur hidup.
Majlis itu meriah. Sayup kelihatan di atas pelamin anakku cantik didandan menjadi raja sehari. Begitu juga menantuku yang segak bergaya. Aku dan isteriku, memakai pakaian terbaik kami menghampiri ke pelamin. Ternyata ramai yang memandang pelik, jelek. Aku sudah biasa dengan itu.
Hairan. Raut senyuman anak gadisku berubah serta-merta tatkala terkesan kami. Bukan itu riak wajah yang kami harapkan. Seorang lelaki separuh umur, mungkin sebayaku menegur kami dengan ramah. Baik pekertinya. Inilah bisanku. Sangkaku. Segera ku berjabat tangan dengannya. Kemas.
Tiba-tiba anakku segera mendapatkan kami, untuk memperkenalkanku barangkali kepada bapa mertuanya itu. "Ayah, ini pembantu rumah Nur. Er...mereka ni wakil dari keluarga Nur. Lihat saja pakaian mereka. Ayah pun tahu kan ayah Nur di luar negara. Ayah Nur yang di luar negara itu saja lah keluarga Nur di dunia ni," kata-kata anakku itu seakan melumpuhkan segala sendi dan nadi.
" Oh begitu! Em..kita kan dah jadi satu keluarga sekarang, Nur. Nur jangan terlalu sedih. Kami akan layan Nur macam ahli keluarga kami sendiri. Emm..silakan menjamu selera kamu berdua," pelawaan ikhlasnya tidak mampu merawat luka di hati kami.
Aku meminta untuk beredar dan hanya menyatakan bahawa kedatangan kami adalah untuk merestui perkahwinan ‘anak Tuan’ kami. Di luar dewan awan mendung mula berarak. Namun kami sudah lama kebasahan dihujani air mata kekecewaan. Aku menenangkan isteriku. Kupegang erat jari-jemari isteriku. Sentuhan yang sama kasihnya.
..............
Pagi itu seperti biasa. Hampir lima tahun kami mendiami rumah ini. Rumah yang diduduki mereka yang tidak mendapat kasih-sayang anak-anak. Salahkah kami yang membesarkan anak-anak dengan sepenuh hati? Demi kebajikan, aku dan isteriku ditempatkan di sini setelah tiada sesiapa yang mampu menjaga kami sebaiknya. Terima kasih, Intan!
Menghitung hari ke hari. Meniti usia emas kami. Sifat emas itu sendiri. Dibiarkan selepas habis digadai apabila tiada gunanya jika mahu dipajak semula.
Pandanganku semakin kelam. Lalu gelap sepenuhnya.
"Pak cik, sarapan dah siap. Mari kita. Lepas itu, makan ubat ya." Manis jururawat itu berkata-kata. Isteriku tersenyum sebagai tanda memahami. Isteriku memegang erat jari-jemariku. Dia setia. Satu-satunya yang setia. Sentuhan yang sama kasihnya. Sedikit pudar dirasakan. Entah.
alangkah bagusnye jika nursarah tuh dilaknat dunia akhirat...name cantik, nur bermaksud cahaya...tapi hatinya gelap,kotor penuh dengan sifat binatang....andai ade org mcm ni dlam dunia,aku doakan ko mati dalam kekufuran...baru setimpal dengan perbuatan kau!
sanggup anak pak cik tu buat macam tu, apakah dia tidak takut pada dosa dan neraka? moga-moga Allah membuka pintu hati anak-anak yang melakukan sebegini rupa kepada ibu bapa mereka yang telah banyak berkorban untuk membesarkan mereka.
nursarah 2 dah khwin, saya rsa maybe kbhgiaan dia 2 xlama bb dosa yg dia lkukn pd ibu bapa dia. biar dia dpt blsn, ats apa yg tlh dia lkukn pd ibu bapa dia.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kesian pak cik samsudin, sedey aq! jahat btol anak die tuh..huhu