BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 30, 2009
Cerpen : Cintaku Pilihan Ibu
Nama Pena : Ungu Ranger

Aku terkedu. Suara ibu cukup lembut di pendengaranku. Tetapi aku tahu itu suatu arahan. Barangsiapa yang ingkar, padah menanti. Selama aku bergelar seorang anak, sedayaku, aku cuba untuk tidak mengingkari sebarang arahannya. Mungkin kerana aku satu-satunya puteri dalam keluarga ini. Atau mungkin kerana aku anak bongsu. Atau mungkin kerana aku tidak tega untuk menyakiti ibu yang kehilangan suami, ayahku.

Hari yang ibu rancangkan tiba. Anak teman lamanya, yang ingin dijodohkan denganku, sekadar aku pandang sekilas. Tidak berminat untuk menjamu mata yang kukira sudah kenyang dengan wajah sepertinya. Pertemuan lapan mata, hanya dipenuhi suara ibuku dan ibunya. Dia kelihatan sibuk. Sibuk dengan teman telefon bimbitnya.

"Arman, senyap saja. Lisa?" suara ibunya tiba-tiba menyapa kami. Tanganku yang sedari tadi bermain dengan pengalas meja restoran tiga bintang ini tiba-tiba terhenti. Aku mengangkat wajah. Terasa tegang leherku. Terasa uratku kembali betul.

Senyum kuukir. Tawar. Tapi hanya itu yang mampu. Aku menatap mata ibu. Kukirimkan pesanan bosan melalui mataku. Namun, cahaya kegembiraan yang terlukis di wajah ibu, memadamkan pesananku.

Sudah lama sinar itu tidak kulihat di mata beningnya. Sejak ayah meninggalkan ibu dua tahun lalu, seolah cahaya itu sudah malap. Samar. Suram. Namun hari ini kembali bercahaya. Hanya kerana dia berjaya melihat aku bergandingan dengan bakal menantu pilihannya, meskipun sekadar di kerusi jati.

"Man nak tanya Lisa apa-apa?" suara ibunya kedengaran lagi. Aku masih menatap sinar di mata ibu. Indah.

Ekor mataku menjamah sisi wajah lelaki itu. Memang kacak, namun tak sudi mataku untuk memandang lebih lama. Muka sepertinya sudah terlalu klise aku lihat. Kulihat dia menggeleng kecil. Meja berkayu jati berukir mewah ini sedikit bergegar apabila telefon tangannya yang dia letakkan di atas meja, bergetar. Menandakan ada pesanan masuk.

"Begitulah Lisa. Sibuk memanjang saja si Arman ni. Harap Lisa tak kisah." suara ibunya menampan telingaku. Aku mengalihkan pandangan. Menjamah wajah ibunya dengan mataku.

Aku tersenyum. Masih tawar. Sekadar membalas senyuman ibunya.

"Lisa kerja apa?" soalan ibunya kujawab sopan. Begitulah soalan-soalan yang seterusnya. Konklusinya, ruang percakapan didominasi ibunya dan ibuku. Aku hanya menjawab apabila perlu, senyum apabila kurasa lucu dan dia… ibarat patung bernyawa.

Enam bulan berlalu begitu pantas. Jika hari itu aku bertemu dengannya sekadar untuk berkenalan, kini aku sah menjadi bidadarinya. Ah, agakku, aku hanya bidadari di rumah sahaja. Di luar sana, pasti ramai lagi pari-pari yang mengejarnya.

Agakanku tepat. Muka lelaki sepertinya memang kena pada jangkaanku. Pandanganku terhadapnya sama sekali tidak salah. Lelaki kacak, berduit dan berjawatan sepertinya, betina mana yang tidak kejar?

"Aku harap kau faham. Buat masa sekarang, aku belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Kau jaga dirimu seperti dulu, begitu juga aku." di malam pernikahan, inilah ungkapan yang suamiku hadiahkan buatku.

"Sampai bila?" soalku perlahan, sekadar memohon kepastian.

"Sampai aku bersedia." ringkas jawapannya sebelum dia menghilang ke kamar mandi. Mungkin mahu menanggalkan baju melayu cekak musang yang menabalkannya sebagai raja sehari hari ini.

Aku pandang kurung moden berlabuci berwarna senada dengan baju melayu Arman yang aku gantung di belakang pintu. Kurung moden yang menjulangku sebagai ratu sehari. Namun kini maruahku yang sepatutnya dijaga dia dengan baik, dia sendiri yang memijaknya.

Aku pantas membaringkan diri di kamar peraduan berhias indah. Jika tadi aku hatinya berdebar, kini jiwaku bergetar. Menahan tangis.

Bukan ini masjid yang ingin kubina. Bukan begini mahligai yang ingin aku tapakkan di dalam syurga. Aku kepingin punyai imam yang bisa aku berpegang. Pemimpin yang boleh melindungiku dalam pelukannya. Ketua yang mampu memadamkan riak kesedihan di qalbuku. Suami yang mapan mengukir peta kebahagiaan di jiwaku. Namun aku harus redha.

Sebulan berlalu. Kami masih suami isteri yang sah. Aku sudah membiasakan diriku sebagai seorang isteri yang hanya pada nama. Pandanganku dijaga, ikhtiladhku dipelihara, akhlakku dipulihara demi meningkatkan martabatnya sebagai suamiku, meski hanya pada pandangan mata kasar.

Aku rela begini. Meski aku terikat dengan gelaran seorang suri kepada lelaki, meski bukan dalam erti kata sebenar dialah mahramku, namun aku rela.

Secara izharnya, kehadirannya di rumahku tidak memberi makna apa-apa. Dia kuanggap cuma teman sebilik yang berubah jantina. Meskipun kata-katanya tak pernah gagal menanam belati di hati, aku bersyukur tangannya tidak pernah mengasari tubuh badanku. Cukuplah.

Makan pakainya tetap kujaga. Kebajikannya kupelihara. Ibu senang sekali melihat kami, meskipun wajahnya hanya akan kelihatan apabila jam menunjukkan 10 malam. Arman menantu kesayangan ibu. Satu-satunya menantu lelaki tunggal ibu. Menantu bongsu ibu. Menantu yang diharap dapat menjagaku jika dia meninggalkanku selama-lamanya.

Kami berkongsi kamar, tapi bukan bermakna kami berkongsi ranjang. Dia memilih untuk beradu di sofa, atau di karpet. Pernah juga dia terlena di beranda. Aku pula sudah terbiasa tidur tanpa teman. Pernah juga kupelawa dia melenakan diri di katil, namun kata-kata kasarnya menyentak hati. Salahkah aku mahu memberi dia keselesaan? Tidak aku meminta dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami kerana kesudiannya tinggal di rumah ibuku sangat aku hargai.

Malam ini dia pulang lambat. Ibu yang biasanya menunggu menantunya untuk makan malam, akhirnya mengalah Kesihatannya tidak mengizinkan ibu terus berjaga menanti menantunya sebelum malam-malam kebiasaannya. Namun aku isterinya, tetap menunggu suamiku pulang. Sekadar mahu dia melihat, bahawa aku menghargai kehadirannya di rumah ini.

Lenaku diganggu dengan bunyi sesuatu. Seseorang terjelupuk di ruang tamu. Kusangka ajnabi yang menyusup mahu mencuri, namun bukan. Suamiku. Terjelupuk di ruang tamu, dengan pakaian pejabat masih tersarung ditubuhnya. Dia kelihatan kusut. Segera hidungku mencium bau masam dari bibirnya. Mabukkah suamiku? Aku tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan bertanyakan soalan kepadanya. Dia sekadar kupapah naik ke kamar kami bersama mutiara yang tak mampu kutahan.

Kubaringkan dia di tempat biasanya sebelum aku membawa pijamanya. Dia sekadar menukar baju. Seluar kerjanya dibirkan di tubuhnya. Aku sekadar menghulurkan dua tablet putih yang dia pinta bersama segelas air. Pening katanya. Buat pertama kalinya dia meminta aku memicit kepalanya. Meski pelik dan kekok, aku akur atas nama dia suamiku. Kepalanya jatuh di ribaku. Sekian lama, kepalaku jatuh di bahu sofa. Terlena.

Lenaku diganggu lagi. Dari deringan telefon yang menyentak telinga. Telefon Arman. Wajahnya yang tidur pulas aku tatap. Dengan bersusah-payah, aku mengambil telefon bimbit di poket seluarnya. Nama seseorang tertera di telefon canggih itu. Angka-angka di skrin kupandang sekilas. Angka jam. 3.45 pagi dan seorang pemanggil bernama ‘Bella’ sedang menunggu talian disambut.

Dengan ketar, aku menyambut panggilan itu. Sekadar menekan butang hijau, Tanpa bersuara.

"Arman sayang, maafkan I. Berikan I peluang sekali lagi. I janji, perkara ni takkan berulang lagi. Ini yang terakhir! Sayang, dia cuma kawan I dari London dan dia pulang untuk bertunang. Sayang, you segala-galanya untuk I. I tak perlukan sesiapa lagi, selain you. Sayang…?" suara manja menggoda menjamah telingaku. Aku terjeda seketika.

"Arman sayang, you tak marah I kan?" sekali lagi suara itu merengek. Aku tersedar,

"Arman tidur." sekadar itu jawabku sebelum aku mematikan talian.

Tujuh mesejnya tanpa sengaja diselongkar oleh jari dan mata. Air mata isteri mana yang tidak menitis, melihat senarai nama ‘Bella’ itu memenuhi peti mesejnya? Dengan pesanan ringkas yang merobek hati, aku menelan liur. Baru kutahu hal sebenar. Arman pulang dalam keadaan kusut-masai hanya kerana terlihat Bella bermesraan dengan lelaki lain di ranjang apartmen Bella. Bella yang ketahuan menjelaskan segaa-galanya di dalam mesej-mesej berkenaan.

Wajah lelaki di ribaku aku renung. Polos. Namun tiada satu pun yang aku tahu mengenai kehidupan malamnya. Perokokkah dia? Sudah punya kekasihkah dia? Siapa Bella? Dan bermacam lagi tanda tanya timbul di minda. Ibu, ini menantumu… Suamiku.. Aku berdesis sendirian.

Kepalanya kuangkat lembut, sebelum kualas dengan bantal, menggantikan ribaku yang terasa berat. Hatiku yang kusut tiba-tiba ini perlu ditenangkan. Aku mengadu padaNya. Ingin sekali aku mengetuk kamar ibu dan bercerita kepadanya seperti biasa aku lakukan sebelum menjadi isteri Arman, namun aku tahu itu mustahil. Justeru, hanya padaNya aku boleh bercerita, mengadu dan memohon.

Pagi itu, badan Arman panas. Ibu menawarkan diri mahu merawat Arman dengan rawatan yang sama dilakukannya kepadaku. Mendemah kepala dengan air asam jawa. Aku yang sudah terlewat ke tempat kerja, sekadar mengangguk. Aku tahu Arman tidaklah seteruk mana, kerana dia mampu bangun awal pagi tadi mengangkatku yang terlena dalam marhana ke kamar sebelum berbaring di sisiku.

Sungguh mindaku bercelaru. Sepatutnya aku tidak berperasaan sebegini aneh, kerana kewujudan wanita lain dalam hidupnya memang dalam pengetahuanku. Namun aku tidak menyangka sebegini teruk penangan yang Bella hadiahkan kepada suamiku. Untuk apa Arman ke apartmennya, jika bukan untuk memadu kasih?

Mahu sahaja aku melarikan diri ke hujung dunia. Tidak sanggup berhadapan dengan lelaki yang bergelar suamiku, namun berdemam diri hanya kerana melihat kecurangan wanita lain. Ingin juga aku bertemu Bella, melayangkan tahniah buatnya kerana aku yakin, Arman akan lebih rela kehilanganku berbanding Bella.

Namun memikirkan ibu yang tidak sihat yang harus menjaga Arman, sedangkan Arman suamiku, aku kuatkan hati untuk menapak pulang. Demi ibu. Demi melihat sinaran di mata ibu yang sentiasa bercahaya setiap kali dia berbicara dengan Arman di meja makan.

Namun ibu menyambutku dengan mata yang sembap. Matanya tidak lagi bercahaya. Matanya malap. Suram. Seperti hari dia kehilangan suaminya, ayahku. Soalanku tidak ibu jawab. Dia sekadar memelukku erat sebelum menyuruhku segera bertemu suamiku. Aku kian gusar apabila ibu bergegas melarikan diri ke kamarnya. Teragak-agak, aku menapak ke bilik.

Arman ketiduran di katil, tempat biasa aku membaringkan diri. Nafasnya berombak tenang. Mukanya kian bersih. Tidak seperti semalam. Aku sekadar meletakkan tangan di dahinya, merasa suhu badannya. Masih hangat. Kemudian aku ke kamar mandi, membersihkan diri dan berwudhu’. Usai solat, kulihat Arman sudah duduk di birai katil. Aku menapak ke sofa. Bertukar tempat dengannya.

"Sihat?" ringkas aku bertanya sambil hatiku mengalunkan zikir Ma’thurat di dalam hati.

"Baik. Terima kasih." lembut suaranya menyapa telingaku. Tidak kasar seperti dulu. Tidak tegang seperti kebiasaannya. Aku tenggelam dalam dunia zikir. Cintaku, kuserahkan semuanya untuk Dia. Tamat mengalunkan Doa Rabithah, aku meletakkan naskhah Ma’thurat Sughra itu di meja sisi. Belum sempat aku bangun, Arman datang. Duduk di sebelahku.

"Duduk dulu, Lisa." buat pertama kalinya selepas akad nikah, bibir suamiku ini sudi menyebut namaku. Masih dia ingat nama isterinya ini rupanya. Aku cuma akur. Menundukkan wajah sambil memintal renda marhana. Memberi peluang dia bercakap.

"Semalam, Bella telefon…"

"Maaf, saya jawab tanpa kebenaran awak. Saya tak cakap apa-apa, cuma beritahu dia yang awak tidur." laju sahaja bibirku memotong percakapannya. Hatiku mulai berdetak laju. Marahkah dia?

"Mesej semalam…"

"Maaf, saya terbuka dan terbaca. Tak sengaja. Refleks." sekali lagi bibirku memotong kalamnya. Kali ini, mataku sudah berair. Tiba-tiba syahdu menusuk hati tatkala bait-bait pesanan itu terulang di mindaku.

"Ada nak cakap apa-apa lagi?" Arman memberi peluang kepadaku untuk terus berbicara. Tawarannya kusambut baik. Entah mengapa, segala yang terpendam memohon untuk dilepaskan.

"Saya tahu saya tak patut buat semua tu. Jawab panggilan Bella. Baca mesej yang dia hantar pada awak. Rasa nak marah pada awak. Geram pada Bella. Tapi saya kagum jugak dengan Bella sebab dia berjaya buat awak sampai demam semata-mata kantoi dengan awak…" lancar aku bersuara.

"Lisa…" panggilan Arman tidak kuhirau.

"Saya tak faham dengan diri saya. Kenapa saya harus rasa berbaur macam ni, sedangkan siapalah saya untuk rasa semua tu. Bella tu hak awak. Suka hati awaklah nak berkawan dengan siapa. Macam yang awak cakap…"

"Lisa…" Arman memanggilku buat kali kedua.

"Macam awak cakap hari tu, saya jaga diri saya. Awak jaga diri awak…" kalamku kini bersulam tangis.

"Lisa…" Arman masih memanggilku.

"Kenapalah saya sibuk-sibuk nak jaga hal awak, kan…"

Bibir Arman di bibirku berjaya menghentikan mulutku yang begitu fasih mengeluarkan butir bicara. Sebentar cuma, namun sudah cukup untuk membuatkan aku terdiam. Tindakan sebegitu memang tidak pernah terlintas di mindaku untuk Arman lakukan padaku, kerana selepas aksi di majlis nikah kami, dia jarang menyentuhku. Sekadar menyambut salam yang kuhulurkan saban pagi sebelum aku keluar dari kepompong seorang suami.

"Lisa, dengar dulu." lembut suara Arman singgah di pendengaranku. Namun aku tak mampu. Bersama marhana yang masih melekat, aku melepaskan pegangannya di bahuku sebelum keluar dari kamar.

Ibu, Lisa tak sanggup lagi untuk semua ini. Rindu terhadap ayah yang begitu memahamiku mencengkam membuatkan aku lari ke air terjun buatan ayah di sudut rumah. Langit kian kelam. Unggas memenuhi dada langit, mencari jalan pulang ke sarang masing-masing. Tangisku masih mengalir.

Teringat segala kata nistanya dulu. Teringat penolakannya untuk tidur di katil. Teringat penolakannya untuk kupakaikan dasi pada kemejanya. Teringat penolakannya untuk aku menolongnya membawa beg kerjanya. Kasar!

Terbayang segala mimik mukanya. Terbayang segala ton wajahnya. Terbayang segala ejekannya. Terbayang wajah sinisnya. Terbayang raut menjengkelkannya. Menyakitkan hati!

"Lisa…" teguran ibu aku sambut dengan tangisan yang tak mampu kutahan lagi. Di pelukan ibu aku menangis, kuhambur segala yang berbaki di hati. Pun begitu, setiap kali aku mengetap bibir, terasa hangatnya wajah. Peristiwa bibirnya menyapa bibirku terlayar di ingatan.

"Kenapa tak bagitahu ibu, sayang?" suara ibu juga bersulam tangisan.

"Lisa tak mahu ibu sedih. Lisa bahagia kalau ibu bahagia." dalam esak, aku menjawab. Ibu sudah tahu!

"Kalau bukan Arman yang bagitahu tengah hari tadi, sampai bila pun ibu takkan tahu, anak ibu menderita selama ni…" luah ibu. Aku kian sebak.

"Lisa bahagia kalau ibu bahagia…" ngongoiku.

"Habis, Lisa ingat ibu bahagia lihat Lisa macam ni? Kalau diikutkan hati, mahu saja ibu patahriukkan Arman. Tapi ibu percayakan dia. Ibu percaya dia dah berubah. Ibu percaya dia yang terbaik buat Lisa." pujuk ibu. Aku mendengus.

"Dia dah buat macam-macam pada Lisa, bu dan ibu masih boleh kata dia yang terbaik buat Lisa?" soalku tidak percaya.

"Lisa, Arman melutut di kaki ibu, mohon maaf dengan ibu. Lisa, beri dia peluang sayang." pujuk ibu lagi. Aku menggeleng.

"Lisa… semua orang buat salah. Arman juga. Tak salah Lisa beri dia peluang."

"Lisa, berbaiklah dengan Arman." putus ibu. Itu satu keputusan! Ibu bukan memujukku! Tapi membuat keputusan untukku!

"Pergi naik. Dah maghrib. Arman masih tak sihat. Kata doktor yang datang rumah pagi tadi, dia tertekan sangat. Tapi bukan sebab perempuan tu. Sebab kerja, sayang."

Aku akur dalam terpaksa. Aku berlagak biasa. Seolah tsunami yang melanda hati dan merosakkan segala-galanya, sudah dibaikpulih. Marhana kutanggalkan sebelum aku ke kamar mandi untuk berwudhu’. Membersihkan segala kotoran. Arman yang menatap bintang di dada lagit tidak kuhirau.

Usai Maghrib, aku kembali turun. Memasak untuk makan malam yang terlewat dari kebiasaannya. Sekadar masakan ringkas. Azan Isya’ berkumandang selesai aku menghidangkan lauk.

"Arman mungkin kepenatan. Bawa makanannya ke atas." arahan ibu kusambut dengan senyum tawar, tanda terima kasih kerana memaklumi. Sepuluh minit kemudian, aku naik sambil menatang dulang berisi makan malam untuk Arman.

Dia masih di beranda. Aku tanpa lengah menunaikan solat Isya’ sementelah wudhu’ku masih berbaki meski sejadah sedikit berubah posisinya. Usai solat, kulihat makan malamnya masih tidak berusik. Aku mengeluh. Jika tidak memikirkan dia kurang sihat, tidak ingin aku mengendahkannya. Aku sendiri aneh. Perlukah aku semarah ini?

Perlahan aku merapatinya di beranda. Kepala turut kudongak ke dada langit. Bintang-bintang berkerlipan indah memagari bulan penuh yang begitu indah.

"Makan?"

"Abang dah putus dengan Bella." nyatanya. Abang… Kuajuk di hati. Jelik.

"Dah makan ubat?" soalku selamba.

"Hampir-hampir ibu tampar abang tadi. Tapi mungkin tak sanggup." sayu suaranya.

"MC berapa hari?"

"Susah jugak pujuk ibu, tapi lagi susah nak pujuk anak ibu." suaranya kian dekat. Aku menelan liur.

"Nanti makan ya.." pesanku, berura-ura mahu meminta diri.

"Kenapa marah sangat ni?" suaranya memang dekat. Di telingaku!

"Ngantuklah. Tidur dulu, ya." aku cuba mengundurkan langkah ke belakang. Namun pautannya di pinggang cukup untuk memakukan langkahku untuk terus berada di situ. Peluh dingin mula muncul.

"Syarikat papa kehilangan tender besar petang kelmarin. Sebabnya abang bergaduh dengan pengurus besar kontraktor. Dia hina Bella. Dia kata Bella wanita murahan. Papa marah sangat, sebab ni hal peribadi. Tapi membabitkan kerja.

Jadi buat pertama kalinya abang pergi apartmen Bella, nak berkongsi masalah macam biasa. Tapi biasanya kami jumpa di kelab atau restoran.

Mungkin Allah nak tunjuk… dalam keadaan rumah tak berkunci, abang boleh masuk apartmen dia dan nampak dia tengah berasmaradana di ruang tamu. Di atas sofa. Lelaki tu… Pengurus kontraktor tu.

Malam tu, abang ke kelab. Buat pertama kalinya lepas kita nikah, abang minum balik. Tak tahu kenapa, tapi abang terbayangkan muka Lisa je. Mungkin Allah nak peringatkan abang tentang dosa abang pada Lisa.

Abang sempat pandu balik, walaupun dalam keadaan separa sedar. Tapi sampai kat rumah, abang tak sedar apa-apa dah. Cuma abang tahu, pukul dua lebih, abang tersedar, abang tidur di riba Lisa dan tangan Lisa di dahi abang.

Kemudian, abang lena balik. Pukul 3 abang sedar lagi, Lisa tengah menangis dalam solat. Abang terlena sambil dengar apa yang Lisa doa. Pukul 6 abang sedar, Lisa dah tertidur atas sejadah.

Sungguh! Tiba-tiba abang rasa berdosa sangat pada Lisa, pada ibu, pada papa. Abang seksa Lisa dengan ego abang. Kalau abang tolak cadangan ibu, mesti Lisa tak menderita macam ni, kan?

Masa abang angkat Lisa ke katil, tiba-tiba abang yakin, Lisa memang untuk abang. Abang solat sunat dan solat Subuh. Abang nak kejutkan Lisa, tapi abang terasa nak peluk Lisa.

Peluk Lisa, lain sangat rasanya dengan peluk Bella. Dengan Bella, paling teruk pun abang peluk dia masa menari di kelab. Demi Allah, Lisa.. Abang tak pernah terlanjur dengan dia. Akhirnya abang terlena sambil peluk isteri abang yang sah.

Tengah hari tadi, abang cerita segala-galanya pada ibu. Nyaris ibu nak tampar abang. Tapi mungkin dia teringatkan abang ni anak kawan lama dia. Abang sempat berlutut pada ibu, minta maaf dengan ibu sebab buat anak gadis dia macam ni.

Hampir setengah jam ibu diam sambil nangis, cukup untuk buat abang rasa macam ibu abang yang menangis. Rasa berdosa sangat.

Tak lama kemudian, ibu tepuk bahu abang. Dia kata, dia rasa dia boleh percayakan abang dan dia bagi peluang terakhir untuk abang bahagiakan anak dia. Dia janji akan bantu abang pujuk Lisa.

Tapi dia sempat ugut, kalau abang kecewakan Lisa lagi, dia cakap dia ada 5 anak lelaki untuk kerjakan lelaki yang menyakitkan hati seorang adik kepada 5 abang.

Hari ni abang solat penuh. Tenang rasanya. Tiap-tiap kali lepas solat, abang minta Allah lembutkan hati Lisa untuk terima abang…" penerangan Arman yang panjang lebar merungkai segala apa yang ingin aku ketahui.

Pautannya di pingangku semakin kemas. Aku sudah banjir dengan air mata.

"Lisa… Lisa dah menangis lebih lima minit daripada ibu." kata-kata Arman tiba-tiba mengundang tawa halusku. Pantas Arman memusingkan tubuhku menghadap tubuhnya.

Aku masih lagi tersenyum. Senyum yang cukup manisnya semenjak aku bergelar isteri. Namun seperti biasa aku tunduk. Enggan menatap matanya.

"Lisa…" dua jari Arman mengangkat wajahku. Matanya menjamah mataku.

"Maafkan abang, atas segalanya?" syahdu dia bersuara di telingaku.

Bagaiku suatu kuasa magis dikenakan ke atas diriku, aku mengangguk. Cuma mengangguk, namun sudah cukup untuk Arman membawaku ke pelukannya. Menangis di dada suamiku, lain rasanya menangis di dada ibu.

Lama kami begitu. Aku memeluk pinggangnya. Tangan kanannya di pinggangku, tangan kirinya di belakang kepalaku dan dagunya di ubun-ubunku. Tenang. Sungguh, aku tenang.

"Laparlah…" cetusku perlahan. Terasa kepalaku kian ringan apabila dagu Arman membebaskan ubun-ubunku. Dia menatap wajahku dengan senyuman manis.

"Jom makan!" ajaknya. Belum sempat aku bergerak, dia masuk lalu kembali dengan dulang di tangan. Senyum masih tersungging di bibirnya. Dia duduk bersila. Selesai silanya dibuat, tanganku ditarik untuk turut duduk. Aku akur.

Di beranda yang luasnya sekangkang kera itu, kami bersila berhadapan, dengan dulang makanan di tengah. Lauk yang biasa, terasa begitu lazat apabila Arman menyuapkan ke mulutku. Arman juga berkata begitu.

"Abang bukanlah sempurna Lisa…" syahdu suaranya.

"Lisa juga. Tapi kita akan saling melengkapi…"

"Banyak yang Lisa tak tahu pasal abang." cetusnya tiba-tiba.

"Suka bangun lambat, suka balik lambat, suka tidur lambat, suka mandi lama-lama, suka basuh kereta, suka pakai boxer, suka daftar masuk Facebook di telefon, suka buat kerja pagi-pagi buta… Erm, tak cukup lagi?" usikku.

Arman ketawa. Dan ketawa itu kedengaran merdu di telingaku.

"Lisa, nak…" dia meminta aku menyuapinya lagi. Mulutnya sedia ternganga. Segera aku suapkan nasi.

"Nah." sesuap nasi di hadapan mulutku. Pantas aku nganga. Namun hanya angin yang masuk. Suapan itu masuk ke mulut Arman sendiri.

"Nakal!" pantas aku menumbuk bahunya lembut. Dia ketawa. Aku juga. Merdu sekali gabungan suara kami.

"Lisa, nak lagi."

"Abang bagi Lisa ayam sikit. Sayur je lebih."

"Kenapa mulut Lisa kecil?’

"Abang makan banyaklah!"

"Lisa masak sedap.."

Sungguh! Meskipun makan malam itu hanyalah sedikit seorang, di tempat yang sempit dan suram, namun itulah makan malam yang paling indah buatku. Malam itu menyaksikan ikatan antara kami dikukuhkan lagi dengan tawa dan canda.

Dan sungguh! Takkan kulupa malam ini, selama-lamanya. Meskipun ibu banyak mendominasi percaturan hidupku, namun aku puas. Suami seperti Arman yang menjadi pilihan ibu, dan aku redha.

Semoga Arman istiqamah hatinya dalam mencintaiku. Insya-Allah.
posted by Penulisan2u @ 5:36 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
21 Comments:
  • At 30/11/09 9:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hui best giler citer ni...best sangat sangat....ske citer yang macam nie........hehehehehe buatla banyak banyak yea citer cam nie.... nurul 0_^

     

  • At 30/11/09 10:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya sokong..
    cter ni mmg best yg teramat
    klu ada lg cter2 yg mcm ni..
    mmg sanggup baca sampai 3- 4 kli..
    hehehhehe..

     

  • At 30/11/09 12:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    betul..rsa mcam2 bla bca..
    kpada ungu ranger, bahasa yg sangat bagus,
    cara awk titipkan stu demi stu perkataan sgat unik..
    keep it up!!!

    _shikhai_

     

  • At 30/11/09 1:21 PTG, Blogger keSENGALan teserlah.. said…

    best2..
    perkataan merit awak gne..
    smpai kadang2 sye rse kene bukak kamus..
    marhana tuh ape ek..?tudung ek..
    hehe..
    best2 cite nieh..

     

  • At 30/11/09 2:53 PTG, Blogger awin.awina said…

    best! thumbs up penulis...
    bahasa yg amat mengagumkan..
    sy suke

     

  • At 30/11/09 5:40 PTG, Anonymous aadindaa said…

    best2. bahasa yang bisa meruntun jiwa. walau tak byk guna dialog, tapi cara penceritaan tu dah cukup bagus. tahniah penulis. nnt tulis lagi ye.

     

  • At 30/11/09 7:54 PTG, Blogger Unknown said…

    erm...
    bestnyer bace....

    thumbs up la....!!

     

  • At 30/11/09 8:43 PTG, Blogger xana said…

    best giler..ayat2 yg penulis guna mg jarang penulis lain gn ms mnulis cerpen..thumbs up to you!!best2..tahniah2..

     

  • At 30/11/09 8:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best dowh.. i like this!!!

     

  • At 30/11/09 11:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best, gaya bahasa yang menarik ,sy minat nak baca sampai abis

     

  • At 1/12/09 1:24 PG, Blogger IDA MANSOR / IENA MANSOR said…

    gaya penulisan u, u tuh mmg bagus..
    siyez i ske gaya penulisan u..rasa cam boleh menghayati n boleh baca sampai habis..
    dialong x banyak..tp cara garapan u tuh, i ske lah ^^v..
    teruskan menulis cerita yg bekualiti ek ^^

     

  • At 1/12/09 1:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweetnyerh!!:)

     

  • At 1/12/09 7:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    5 bintang untuk awak.

     

  • At 1/12/09 10:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye.....kn bgs klau wt novel cte cmni..
    huhuuhu...
    thumbsup!!

     

  • At 1/12/09 12:50 PTG, Anonymous sakura said…

    citer ni best...
    tp klu aku jd lisa aku x terima balik arman bekas pompuan lain.
    klu pompuan 2 baik xpa ni bella....

     

  • At 1/12/09 2:09 PTG, Blogger syasya said…

    ayat yang awk gne sgt best..lain dari penulis yg lain..walaupun x bnyk dialog tp cara penceritaan sugguh selesa ketika membacanya

    tahniah penulis!!

     

  • At 1/12/09 6:42 PTG, Anonymous bluE_bErrY said…

    fuyOo..mmg bez jile!!xpnoh ase bez cmnie wk2 bce cpen.. hohohoho..

     

  • At 1/12/09 9:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kosa kata terbaik dari ladang. this is really gonna help bdk2 sekolah yg melepak kat blog ni wlpn tema cliche sgt. try come up dgn tema yg lagi variety, u'll do great insya Allah.

    -wani

     

  • At 1/12/09 11:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    versatile! :)

     

  • At 1/12/09 11:54 PTG, Blogger Daniera said…

    best.5 stars! takyah komen bnyk la, pengomen len sume da komen ape y nk d komen. hehehe

     

  • At 2/12/09 1:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    weih. best gile cite nie. ayat terbaik dari ladang. hehe. ikot ayat orng atas atas punye atas. hehe. best lah. nk ngagis aku bce cite nie. two thumbs up writter. :)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group