BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 05, 2009
Novel : Tanpamu 1
Nama Pena : Bella Martissa

"SELAMAT pagi semua!" Farah menuruni tangga dan mendekati dapur. Tangan bapa dan pipi ibunya dikucup mesra. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan ibunya. Bibir gadis milik nama Farah Diana binti Suhaimi itu tidak lekang dek senyuman.

"Bukan main ceria lagi anak ayah pagi ini. Ada apa-apa ke?" surat khabar di tangan Encik Suhaimi dilipat dan diletakkan ke tepi.

"Mana tak cerianya, bang. Hari ini kan hari pertama Farah di tingkatan 6. Tak sabarlah tu nak jadi pelajar semula setelah menganggur lepas SPM hari itu," balas Puan Fitriah bagi pihak Farah. Dia menuangkan air Nescafe ke cawan suaminya.

"Mama ni! Farah mana ada menganggur. Sekurang-kurangnya lepas peperiksaan SPM, Farah ada ambil lesen kereta. Farah juga ada belajar kelas komputer dan belajar memasak dari bibik. Kan bik?" kata Farah kepada bibik Susan yang datang menghampiri dengan piring berisi karipap.

"Iya pak, buk. Farah ini rajin sekali orangnya," ucap bibik Susan, membela anak bongsu kepada majikannya itu. Bibik Susan sudah 10 tahun bekerja di kediaman mereka dan sudah dianggap umpama saudara kandung mereka sendiri.

"Ha, tengok! Kan benar apa yang Farah bilang sama mama?" usik Farah dalam bahasa indonesia. Encik Suhaimi ketawa sementara Puan Fitriah menggelengkan kepalanya.

"Hm, baguslah kalau macam itu. Bila lagi nak masakkan untuk kami berdua? Kami nak juga rasa," Puan Fitriah membalas usikan Farah.

"Farah busy lah, mama. Farah sekarang sudah naik pangkat jadi penolong ketua pengawas. Banyak tugas yang perlu Farah laksanakan. Hari ini saja Farah akan menjadi wakil bagi kelas Farah untuk sesi pengenalan bersama pelajar baru. Selepas itu hendak mengetuai mesyuarat pengawas dan bola jaring lagi. Mana ada masa? Lain kali lah ye. Sorry..." alasan Farah. Sesekali diteguk jus oren yang sudah terhidang di atas meja.

"Banyaklah alasan kamu, Farah. Itu busy ini busy. Dulu Farah pernah janji nak masak untuk kami selepas habis SPM tetapi tak juga masaknya. Sekarang nak tunggu selepas peperiksaan STPM pula ke? Alamatnya tak dapatlah kami merasa masakan anak dara kami ini,"

Farah menahan tawa. "Itulah, ma tapi Farah nak buat macam mana? Farah sibuk pun bukan untuk apa. Demi pelajaran juga. Farah kena pandai membahagiakan masa di antara sukan dan pelajaran. Sukan juga penting, ma. Diambil kira dalam pemilihan ke IPT," terang Farah.

"Biarlah Farah tu, Fit. Ada betulnya kata-kata dia. Dia sedang berusaha untuk yang terbaik dalam hidupnya. Yang lain tu boleh tolak tepi dulu. Apa yang penting sekarang adalah masa hadapannya. Abang pasti, Farah akan berjaya sambung belajar dan insyaALLAH, abang mahu dia melanjutkan pelajaran ke luar negara,"

"Terima kasih, pa! InsyaALLAH, Farah akan berusaha menjadikan kata-kata papa itu suatu kenyataan!" kata Farah penuh keazaman.

"Baguslah. Papa suka dengan keazaman Farah. Nah! Ambil ini," segugus kunci di kocek Encik Suhaimi diberikan kepada Farah.

"Kunci? Kunci apa ini, papa?" Farah mengerut dahi sebaik sahaja kunci itu berada di tangan.

"Kunci kereta Farahlah,"

Farah terkejut. Bulat matanya merenung Encik Suhaimi dan Puan Fitriah. Tidak percaya!

"Kereta Myvi merah itu?" tanya Farah lagi, masih kebingungan.
"Iyalah, sayang..."
"Pa dan ma tak tipu?"

Encik Suhaimi dan Puan Fitriah saling berpandangan. Puan Fitriah tersenyum lalu mendekati Farah.

"Betul, sayang. Kereta ini sekarang milik Farah. Farah kan sudah punya lesen? Papa dan mama pasti Farah akan memerlukan kereta itu untuk ke mana-mana. Lagipun Farah kan sudah besar. Papa dan mama pun tidak mahulah Farah asyik bawa skuter je ke sekolah. Sekali sekala bawalah kereta pula. Kawan-kawan pun Farah boleh tumpang kereta Farah,"

Air mata Farah seakan mahu menitis. Terharu. Kunci di tangan ditenung.
"Terima kasih, pa.. ma," ucapnya. Luhur.

"Yahoooo!!!!!!" jerit Farah sekuat hati. Jus oren yang masih berbaki separuh diteguk sehingga habis. Beg galas yang tersangkut di tepi kerusi segera dicapai.

"Takkan cepat sangat Farah nak sekolah? Makan pun belum lagi ni,"

"Farah dah kenyang. Pergi dulu, ma.. pa!" Farah terus merangkul tubuh mama tercintanya. Pipi ayahnya turut dikucup. Kakinya melangkah laju menuju porch kereta. Senyumnya semakin lebar apabila melihat kereta Myvi merah terparkir di hadapan rumah. Segera dia memasuki perut kereta itu dan akhirnya kereta itu berderum meninggal villa dua tingkat itu.

"Farah anak yang baik, kan abang?" tanya Puan Fitriah sebaik sahaja melihat Farah berlalu pergi.

"Ya. Dia pasti tidak akan menghampakan kita..." balas Encik Suhaimi dengan begitu yakin.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

FARAH semakin melebarkan senyumannya. Hari ini pasti merupakan hari yang baru dalam hidupnya. Dia tidak sabar lagi untuk memulakan saat-saat bergelar pelajar semula. Dia akan kembali semula ke sekolah tercintanya. Kali ini bukan sebagai pelajar sekolah menengah, tetapi sebagai pelajar pra-universiti! Dia akan memastikan impiannya menjadi kenyataan! Dia pasti!

Sekolahku, here I come!


********************************************

ATHIRAH resah. Fikirannnya berkecamuk. Bermacam-macam yang difikirkannya. Dia cuba untuk berfikiran positif namun yang negatif tetap mengintai ruang untuk mengambil tempat. Dbermain dengan jari jemarinya. Pemandangan yang indah di sekitar Selayang itu langsung tidak menarik minatnya. Sesekali dia membetulkan duduknya yang dirasakan tidak mencecah punggung. Athirah mengetap bibir.

"Ma…" bisik Athirah.
"Ye…"
"Tira takut lah, ma," ngadunya. Puan Sufiana mengeluh.

"Tira, masuk kali ini sudah lebih sepuluh kali Tira kata Tira takut. Apa yang Tira ingin takutkan?"

"Tira takut pasal…"

"Tira takut pasal sekolah baru Tira?" ucap Puan Sufiana, memotong percakapan Athirah. Athirah lambat-lambat menganggukkan kepalanya.

"Tira, kita sekarang sudah dalam perjalanan ke sekolah. Tira nak takut lagi buat apa? Macam sebelum ini Tira tidak pernah pindah sekolah,"

Athirah mengakui kata-kata Puan Sufiana. Sebelum ini dia pernah berpindah ke sekolah berasrama penuh semasa di tingkatan 1. Dia sendiri tidak memahami mengapa terdetik perasaan cemas dan gementar di hati. Kebiasaan hidup di sekolah berasrama penuh menjadikan Athirah tidak dapat membiasakan diri lagi di sekolah harian. Hari ini hari pertama buat nama milik Siti Athirah Anum binti Fakruddin di sekolah SMK Darul Ehsan di tingkatan 6 rendah.

Athirah senyap. Puan Sufiana yang sedang memandu sempat menjeling anak dara sulungnya itu. Dia mengukir senyum. Nama saja sudah 18 tahun tetapi perangai masih manja, getus hati Puan Sufiana.

"Sayang, ibu tahu Tira tidak biasa belajar di sekolah harian. Lama-kelamaan Tira pasti akan biasa. Trust me,"

"Entahlah, ibu. Tira selalu dengar pelajar di sekolah harian agak bebas berbanding di sekolah berasrama. Mereka tidak fokus terhadap pelajaran dan sering melawan kata-kata guru," luah hati Athirah. Puan Sufiana semakin melebarkan senyumnya.

"Tira, itu hanya kata-kata orang. Tidak semua pelajar di sekolah harian begitu. Semuanya terletak pada hati, pada niat kita. Tira faham, bukan?"

Athirah menganggukkan kepala. Ada benarnya. Keputusannya untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 tidak harus dipersia. Bukan kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu tidak cemerlang, tetapi dia mempunyai matlamatnya sendiri.

"Tira faham, ma. Terima kasih. Tira janji Tira akan belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam STPM kelak sekaligus mendapat peluang belajar di luar negara. InsyaALLAH. Ibu doakan Tira ye?" bicara Athirah, penuh harapan dan keazaman.

"Tira jangan cakap je. Jangan-jangan ada lelaki kat sekolah itu yang akan jadi kekasih Tira. Pelajaran pun Tira akan abaikan. Remaja lah katakan…" usik Puan Sufiana sehingga membuatkan pipi Athirah mula merona merah. Malu.

"Ibu ni! Janganlah kata begitu. Boleh jadi doa, tahu? Tira janji Tira tidak akan mengabaikan pelajaran walaupun ada kekasih, malah kekasih Tira akan menjadi inspirasi buat Tira untuk lebih berjaya dalam pelajaran. Kami akan belajar bersama dan insyaALLAH kami akan memperoleh keputusan yang baik bersama," ujar Athirah dengan penuh bangga. Sesaat selepas itu, dia menekup mulutnya.

‘Alamak? Apa aku melalut ini?’ bisik hati Athirah.

Mereka saling berpandangan. Selepas itu, terburai tawa mereka yang cuba disimpan.

"Oh, anak ibu sekarang dah makin ‘pandai’ ye? Siapalah agaknya jejaka bertuah itu? Jangan lupa kenalkan pada ibu ye?"

"Ibu ni! Sengaja nak malukan Tira. Tak mahulah…" rengek Athirah. Bahu kiri ibunya diraih mesra.

"Apa salahnya, Tira.. Tira sudah 18 tahun. Sudah meningkat remaja. Ibu tak halang Tira seandainya Tira ingin mempunyai kekasih asalkan tahu batasannya. Ibu yakin Tira pandai menjaga diri. Bercinta di usia muda tidak bisa dilupakan, Tira. Tira harus merasainya…" Kata-kata Puan Sufiana terkesan di sanubari Athirah. ‘Bercinta di usia muda tidak bisa dilupakan?’ Dalam diam, Athirah ingin merasainya tetapi…

‘Siapa jejaka itu?’ persoalan itu masih tiada jawapan…

*****************************************************


LELAKI itu keluar dari perut kereta. Setelah memarkirkan kereta Vios yang dipinjam dari abangnya itu, dia terus mengatur langkahnya memasuki sekolah itu. Sesekali terdapat beberapa pasang mata gadis-gadis yang asyik merenungnya namun dia hanya berlagak selamba. Di Johor dahulu, bukan dia tidak pernah merasai pengalaman ditenung sebegitu. Bahkan, sudah sebati dalam dirinya.


Lelaki itu menuju ke dewan. Dia melangkah mendekati meja sebaik sahaja menjumpai meja tertera nama kelas yang bakal didudukinya. Kelihatan seorang pengawas bertudung sedang sibuk menulis sesuatu.
"Nama?"


"Muhammad Raziff bin Ruslan,"
Pengawas perempuan itu mencari nama yang diberi. Setelah menjumpainya, dia terus mengeluarkan fail yang tertera namanya lalu diberikan kepada jejaka bernama Raziff itu.


"Itu failnya dan sekarang bolehlah masuk ke dalam kelas. Kelas berada di blok A, tingkat dua. Bersebelahan bilik SPBT. Terus masuk ke dalam kelas ya kerana guru kelas akan tiba dan sesi suaikenal akan dimulakan dalam masa beberapa minit lagi," terang pengawas itu kepada Raziff. Raziff akur. Matanya sempat menjeling tag nama di tudung pengawas itu. FARAH DIANA.


"Kita sekelas ke?" tanya Raziff, tiba-tiba. Farah mengangkat wajahnya.
"Er, ya. Kenapa?" tanya Farah semula. Hairan.
"Umm, tak ada apa-apa. Terima kasih," Raziff tersenyum dan terus berlalu. Pelik Farah dibuatnya. Matanya menyoroti langkah Raziff yang semakin jauh.


"Hai, terpikat ke?" usik Raihanah, rakan lamanya yang turut menjadi wakil pelajar bagi kelas tingkatan 6 Rendah Ekonomi Perniagaan nya.
"Ha? Tak adalah! Mana ada!" Farah menafikan. Mana mungkin dia bisa jatuh hati pada lelaki yang baru dijumpainya tidak sampai seminit yang lalu!


"Ya ke? Aku dari tadi dok perhati kau asyik usha je mamat tu. Beruntunglah kau ye dapat sekelas dengan dia. Hari-hari kau boleh usha dia," Raihanah mengusik lagi.
"Rai! Please! Aku tak ada hati pada dia la! Aku cuma suka tengok dia. That’s all,"
"That’s all?"


"Ya! Aku rasa dia lelaki yang.. lain dari yang lain. Senang cerita, dia punya aura yang tersendiri," komen Farah terhadap jejaka tampan yang baru ditemui tadi. Kertas yang mengisikan segala butir peribadi Raziff ditatapnya.
‘Raziff… sedap namanya…’ bicara nya di dalam hati.
"Aura? Aura yang macam mana? Aura macam Mawi tu ke?"


"Lebih kuranglah. Aku rasa dia mesti bakal top kat sekolah ni dan mengalahkan Mr. Arrogant tu!" ujar Farah sambil memandang sinis ke arah lelaki yang dimaksudkan itu. Lelaki itu sedang sibuk menyiapkan tugasnya sebagai wakil pelajar bagi kelasnya, iaitu tingkatan 6 Rendah Sains Fizik.


"Mat Arrogant? Emir, maksud kau?" tanya Raihanah. Aku mengetap bibir mendengar soalan bodoh dari Raihanah.
"Ya lah, siapa lagi? Dia tu ya Allah.. sombong yang amat! Aku tahulah dia tu kacak, pintar, aktif dalam sukan, popular…"
"So?" Raihanah pura-pura tidak mengerti.


"Kau tak ingat ke semasa kita di tingkatan 5 dahulu? Dia semua nak lebih! Aku jadi setiausaha kelab bahasa Inggeris, dia jadi pengerusi. Sekarang dia jadi ketua pengawas dan aku penolongnya! Aku jadi ketua futsal perempuan, dia pun nak jadi ketua futsal lelaki. Nasib baik dia tak masuk bola jaring…" Bebelan Farah menimbulkan perasaan geli hati Raihanah.


"Mestilah tak masuk, kak oi! Bola jaring tu untuk perempuan! Samalah dengan kau. Kau pun tak boleh masuk bola sepak jugak tau?"
Farah mengeluh. "Malang sungguh aku jadi jiran dia…"
"Hello orang di sana! Nak buat kerja tu buatlah cara macam nak kerja. Ini tak. Dok pok pek pok pek. Perempuanlah katakan…" seru Emir tiba-tiba.


"Hei orang di sana! Orang di sini tak kacau kerja orang di sana jadi orang di sana jangan cari pasal!" sahut Farah. Menyibuk!
"Weh, tadi aku nampak kau bukan main lagi bawa kereta Myvi. Bila nak bawa aku pergi jalan-jalan? Boleh jadi ‘supir’ aku," Farah menjeling geram pada Emir yang sudah menghamburkan tawanya. Farah tidak dapat membalas apabila Emir sudah mengangkat punggung dan meninggalkan dewan itu dengan tawa yang masih bersisa.


"Bersabarlah, Farah. Ada hikmahnya tu. Orang dulu-dulu kata, bila ada lelaki suka mengusik kita, itu tandanya dia suka dekat kita,"
"Jadi, kau cuba cakap pada aku yang Emir tu sukakan aku? Simpang malaikat 44! Aku tak mahu!"


"Kau tu jangan main cakap je. Kang itu juga jodoh kau. Alangkah bagusnya sekiranya ia menjadi kenyataan. Mudahlah kau nak buat majlis perkahwinan nanti. Bersebelahan je," tawa Raihanah semakin kuat. Farah tidak menjawab apabila hadir dua orang pelajar ke meja Raihanah untuk mendaftar.


Farah melepaskan nafas. Kata-kata Raihanah terkesan di hatinya. Bukan dia seorang sahaja yang berkata begitu, malah ramai lagi ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakannya yang turut mengusik perihal yang sama. Kata mereka, kami sangat sesuai dan mempunyai ikatan yang kuat memandangkan Emir lah teman sepermainannya sejak kecil.


Farah tersenyum sendiri mengenangkan saat-saat manis semasa mereka masih kecil. Farah sering menganggap dirinya sebagai teman wanita Emir dan apabila Emir bermain dengan budak perempuan lain yang seusia dengannya, dia akan merajuk dan memarahi Emir. Dia akan mengurung diri di dalam bilik. Namun rajuk dan marahnya sebentar cuma. Budak-budaklah katakan. Sebaik sahaja Emir memujuknya, terus dia baik semula dan kembali menjadi teman wanita Emir.


‘Aku dan dia? Tidak mungkin…’


******************************************************************


Farah tersenyum sendiri. Dia tidak pernah mempunyai perasaan istimewa terhadap Emir dan dia juga yakin Emir turut berasa begitu. Mereka hanya jiran dan kawan sepermainan. Walaupun Emir kerap menyakatnya, namun Farah tidak pula berasa tidak senang. Dia sendiri berasa sangat gembira kerana Emir tidak pernah melupakannya walaupun zaman kanak-kanak mereka telah tamat.


"Tumpang tanya?" tegur seorang pelajar perempuan. Farah kembali ke alam nyata.
"Ini tempat pendaftaran 6 Rendah Sains Biologi, bukan?" tanya perempuan itu lagi.
"Ya. Nama?" soal Farah.
"Siti Athirah Anum binti Fakruddin,"


"Siti Athirah Anum…" bisik Farah. Farah tersentak sebaik sahaja dia meneliti fail milik pelajar perempuan di hadapannya itu.
"Tira? Tira Fakruddin ke?" tanya Farah. Bulat mata Farah dibuatnya. Perempuan itu seakan dikenalinya… tetapi sudah terlalu lama…


"Ya, saya Tira. Dan awak…"
"…Farah? Farah Diana, right?"
"Tira! Lamanya tak jumpa!" Farah terus memeluk tubuh sahabat yang sudah lama tidak ditemuinya itu. Athirah turut membalas rangkulan Farah.


"Yup. Dah lama sangat. When was the last time?"
"Masa kita UPSR dulu?" teka Farah.
"Oh Tuhan! Dah hampir 7 tahun!" Athirah menekup mulutnya. Dia langsung tidak menyangka akan menemui sahabat lamanya semula.


"Jadi kita sekelas dengan ke? Bestnya!" Athirah menjerit riang. "Anyway, awak memang sekolah di sini ke sejak tingkatan satu?" Athirah semakin teruja. Farah kelihatan berbeza jika dibandingkan semasa mereka dalam darjah enam di sekolah rendah dahulu.


"Yup. Saya memang dah lama sekolah di sini dan sekarang saya merangkap penolong ketua pengawas," jelas Farah lagi. Bertemu dengan rakan lama pasti ada saja yang ingin diborakkannya. Hati Athirah kian terasa lapang. Kini, dia boleh bergantung harap kepada Farah demi menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah itu.


"Bagaimana pula dengan awak selepas tamat UPSR? Saya dengar awak bersekolah di sekolah berasrama penuh?" Farah menyoal lagi. Orang di sekelilingnya langsung tidak dihiraukan.


"Ya, saya. Saya sekolah di SBP Muar dari tingkatan 1 sampai tamat SPM…"
"Ohh! Jadi, awak mesti tidak biasa dengan suasana di sekolah harian bukan?"
Athirah tersenyum malu.
"Boleh dikatakan jugalah…" Tawa mereka bersatu.


"Saya gembira sangat dapat bertemu dengan awak di sekolah ini. Saya harap awak dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Percayalah, you’ll never regret. Trust me!"
"Saya harap begitu juga…"
"Hmm.. saya sudah couple, Farah?" Soalan Athirah menimbulkan rasa hairan di benak Farah.


"Kenapa awak bertanya?" soalan Athirah dibalas pula dengan soalan Farah.
"Tadi semasa saya masuk di sekolah, saya lihat ramai sangat pelajar lelaki dan perempuan yang berkepit dua, seolah-olah mereka itu pasangan yang bercinta…"
"…Farah, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah…"


"Di sekolah harian ia memang sesuatu yang biasa ke? Pelajar lelaki dan perempuan berkepit seperti itu? Tidakkah ianya menjejaskan pelajaran mereka nanti?" Farah menyimpul senyum. Pengalaman belajar di sekolah berasrama penuh pasti membuatkan Athirah begitu kekok dan tidak selesa.


"Ia memang sesuatu yang biasa tetapi ia akan menjadi luar biasa apabila ada pasangan couple yang saling memberi inspirasi untuk lebih berjaya dalam pelajaran. Awak jangan hairan, kadangkala pasangan yang bercouple di sekolah juga boleh menjadi pelajar cemerlang," Athirah segera teringatkan kata-kata yang telah diucapkan kepada ibunya di kereta tadi…


‘Tira janji Tira tidak akan mengabaikan pelajaran walaupun ada kekasih, malah kekasih Tira akan menjadi inspirasi buat Tira untuk lebih berjaya dalam pelajaran. Kami akan belajar bersama dan insyaALLAH kami akan memperoleh keputusan yang baik bersama…’


Apakah ianya akan menjadi nyata atau hanya sekadar kebetulan? Athirah bingung. Dia merasai kelainannya. ‘Apakah benar aku akan jatuh cinta buat kali pertama? Dengan siapa?’ Athirah menyoal dirinya sendiri.
Bunyi loceng menandakan waktu untuk pelajar masuk ke kelas masing-masing sudahpun berbunyi. Farah segera mengemaskan barang-barang yang terdapat di atas mejanya.


"Kita nak ke mana, Farah?"
"Kita nak ke kelaslah sayang. Ke mana lagi? Hari ini kita akan mengadakan sesi suaikenal bersama guru tingkatan dan pelajar. Saya pasti awak akan bertemu dengan ramai kawan baru, dan mungkin juga kekasih baru…" usik Farah. Athirah membuat muka.


"Memandailah awak! Jahat…" Farah ketawa. Bahu Athirah diraihnya. Akhirnya mereka berdua beriringan menuju ke kelas mereka, tingkatan 6 Rendah Sains Biologi.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


EMIR yang berada di kelas tingkatan 6 Rendah Sains Fiziknya sempat menyoroti Farah bersama seorang pelajar yang tidak pernah dijumpainya. Cepatnya Farah itu mencari kenalan baru! Namun, seraut wajah pelajar baru itu seakan dikenalinya. Segera dia teringatkan seorang pelajar perempuan yang pernah diminatinya dalam diam semasa berada di sekolah rendah.


‘Gadis yang samakah?’ jantungnya berdegup kencang. Dalam hati, dia ingin mengenali siapa gadis itu yang sebenarnya!


*************************************************************



"ASSALAMUALAIKUM semua..."
"Waalaikumussalam..." jawab pelajar kelas tingkatan 6 Rendah Biologi seramai 30 orang itu.



"Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Farah Diana binti Suhaimi dan saya merupakan wakil pelajar bagi kelas ini bagi mengacarakan sesi suaikenal pada hari ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru kelas kita, iaitu Puan Ruby kerana sudi hadir pada hari ini bagi menyempurnakan lagi sesi suaikenal kita. Menurut dokumen yang saya pegang, kelas kita mempunyai 10 pelajar baru dari sekolah yang berlainan manakala 20 orang pelajar lagi adalah bekas pelajar sekolah ini sendiri yang pernah bersekolah di sini sejak di tingkatan 1. Sebagai wakil pelajar lama di kelas ini, saya ingin mengucapkan selamat belajar di sini dan semoga bergembira. Saya harap kita dapat bekerjasama sebagai satu pasukan kerana kita sekelas demi menempuh satu lagi peperiksaan yang besar, iaitu STPM pada tahun hadapan. Tanpa membuang masa lagi, saya menyerahkan segalanya kepada Puan Ruby. Dipersilakan, Puan Ruby..."


Puan Ruby hadir di hadapan kelas disertai tepukan dari pelajar kelas itu. Farah berlalu di sisi papan kenyataan.


"Terima kasih, Farah. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang anda semua tahu, nama saya Puan Ruby. Saya guru tingkatan kamu pada tahun ini. Sebagai guru tingkatan, saya amat berbesar hati kerana dapat menghadirkan diri dalam sesi suaikenal ini sekaligus mengenali anda semua, terutama kepada pelajar yang masih baru di sekolah ini..."


"...Apa kata kita berkenalan dengan 10 pelajar baru yang dimasukkan ke dalam kelas ini. Farah, sila sebutkan nama pelajar baru itu satu per satu," arah Puan Ruby. Farah menganggukkan kepalanya. Akur. Helaian kertas yang menyenaraikan 10 pelajar baru itu disemaknya.


"Muhammad Raziff bin Ruslan," sebut Farah. Lelaki itu bangun dari duduknya. Farah mengerut dahi apabila mendapati Raziff duduk di belakang sekali bersebelahan dengan dinding di sebelah kiri. Tempat duduknya itu begitu asing dari pelajar-pelajar lelaki yang lain. Sebaik sahaja nama lelaki itu disebut, mata-mata pelajar semua memandang ke arah Raziff, begitu juga Athirah.


‘Siapa lelaki ini?’ bisik hati Athirah. Entah mengapa itu perkataan pertama yang terlintas di benak fikirannya sebaik sahaja memandang Raziff buat pertama kali.
"Sila tampil ke hadapan dan ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang kamu," Puan Ruby berkata. Kedengaran bisikan halus dari pelajar perempuan sebaik sahaja Raziff mengatur langkah ke hadapan kelas.



‘Tampannya dia...’ Athirah dapat mendengar perbualan pelajar perempuan di belakangnya walaupun agak perlahan. Athirah mencebik. Bukan ketampanan yang difikirkannya tentang lelaki bernama Raziff itu. Dia dapat merasakan Raziff itu seorang lelaki yang berkepimpinan tinggi.



"Assalamualaikum semua. Nama saya Muhammad Raziff bin Ruslan. Panggil Raziff. Dahulu, saya tinggal dan bersekolah di Johor..." Raziff berhenti di situ sebaik sahaja keadaan menjadi sedikit riuh.
‘Johor? Jauhnya...’ ucap seorang pelajar perempuan lagi. Hati Athirah berkocak kencang. Johor, tempat kediaman lamanya.
"Teruskan, Raziff. Tidak mengapa..." Puan Ruby berkata lagi.



"Saya berpindah di sini kerana mengikut abang sulung saya di samping membantu mengendalikan cyber cafe miliknya..." terang Raziff lagi. Tenang.
"Cyber Cafe? Kat mana tu? Boleh kami pergi ke sana," usul Jasmine dengan lenggok manjanya. Farah membeliakkan matanya. Berani sungguh perempuan itu cuba bermain mata dengan lelaki itu!



Raziff tersenyum. "Cyber Fantasi di Selayang Utama. Sebenarnya CC itu baru 3 bulan dibuka. Jadi, masih baru. Datanglah ke sana sekiranya ingin melayari internet," pelawa Raziff lagi. Ramah. Beberapa pelajar lelaki yang berada di kelas itu ada yang mencebikkan wajah mereka. Barangkali tergugat dengan kehadiran Raziff yang bakal menyinari kelas itu.



"Baiklah, pelajar seterusnya..."
"Siti Athirah Anum binti Fakruddin," sambung Farah.



Athirah menelan air liur. Gugup. Mata-mata yang berada di dalam kelas itu menyoroti dirinya pula. Dipaksa juga dirinya untuk bangun. Kebetulan, Raziff melalui lorong yang sama untuk ke tempat duduknya. Raziff ke kiri, dia pula nak ke kiri. Athirah ke kanan, Raziff pula melangkah di situ. Mereka tersepit di situ buat beberapa ketika.



"Sorry..." ucap Athirah, perlahan namun kedengaran cukup jelas di halwa telinga Raziff. Raziff tidak sempat membalas apabila Athirah sudah melajukan langkahnya menuju ke hadapan kelas. Farah menutup mulutnya. Lucu pula melihat adegan sebabak itu. Sebaik sahaja Athirah tiba di hadapan kelas, lain pula jadinya. Pelajar lelaki yang setengahnya ada yang mencebik,kini kembali ceria dan riuh.



"Silakan..."
Athirah menarik nafas panjang.


"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti diketahui sama, nama saya Siti Athirah Anum binti Fakruddin. Kamu semua boleh panggil saya Tira. Ini pertama kali saya belajar di sekolah harian biasa kerana masa saya lebih dihabiskan di sekolah berasrama penuh di Muar, Johor..."



"Jadi, kamu juga tinggal di Johor? Samalah dengan Raziff tadi," Puan Ruby berkata lagi.
"Ya, cikgu," balas Athirah, pendek. Matanya sempat mengerling Raziff yang juga sedang memandangnya.
"Tira sudah berpunya ke belum? Jika belum, abang Zak sudi menemani Athirah di sisi..." seloroh Zakuan, di antara pelajar paling nakal di dalam kelas itu. Tawa mereka pecah memenuhi segenap ruang kelas itu.



"Hei, Zak! Apa kau cakap pada kawan lama aku macam itu? Tak baik, tau tak?!" marah Farah, membela Athirah tanpa menyedari Puan Ruby yang berada di hadapan kelas. Dia cukup tidak suka kawannya dijadikan bahan ketawa. Athirah pula hanya mendiamkan dirinya. Dalam hati, dia bersyukur kerana punya teman seperti Farah yang membelanya. Jika tidak.. tak tahulah..



"Kawan lama? Kamu sudah lama kenal Tira, Farah?" potong Puan Ruby.
"Ya, cikgu. Dia sahabat lama saya sejak di sekolah rendah. Kebetulan dia telah berpindah semula ke sini dan kami jadi satu sekolah pula.." jelas Farah bagi pihak Athirah.



Puan Ruby menyimpul senyum. "Baguslah. Sebuah kebetulan yang tidak dijangka. Jangan lupa beri tunjuk ajar pada Athirah ini ya, Farah. Dia masih baru. Tambahan pula, dia sudah biasa belajar di sekolah jenis berasrama penuh. Mesti banyak yang perlu dipelajarinya..." bahu Athirah diusapnya mesra.
"I will, cikgu!" janji Farah. Athirah terus berlalu ke tempatnya. Malunya dia tuhan saja yang tahu. Raziff hanya tersenyum melihat gelagat Athirah itu.



Sesi suaikenal berjalan dengan lancar dan teratur. Setiap pelajar sudah mengenali nama rakan sekelas masing-masing. Farah duduk bersebelahan dengan Athirah di baris kedua berhadapan papan putih. Athirah juga turut berasa senang apabila dikenalkan oleh Farah kepada rakan-rakan baru seperti Fatin, Huda, Erika dan Naina. Raziff pula juga begitu apabila rakan satu kelas seperti Dasuki, Rayyan, Adiff dan Patrick turut menghulur tangan tanda persahabatan yang baru hendak terjalin.


"Perhatian semua!" pelajar-pelajar menghadap ke hadapan dan diam sebaik sahaja Puan Ruby bersuara.


"Setelah difikirkan sedalamnya, cikgu telah membuat keputusan untuk melantik ketua dan penolong ketua tingkatan baru bagi menggantikan Wilson dan Tania yang sudah berpindah sekolah. Jadi, cikgu harap kepada yang sudah dilantik ini agar lakukan tanggungjawab anda yang seadilnya dan ketua tingkatan kita yang baru ialah..."


"Muhammad Raziff dan penolong ketua tingkatan pula ialah..."
"Siti Athirah Anum. Beri tepukan kepada mereka berdua,"



Pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah Sains Biologi memberikan tepukan gemuruh kepada Athirah dan Raziff. Ada yang bersorak riang dan bersiul mesra, seakan bersetuju dengan keputusan Puan Ruby.
"Awak dapat jadi penolong ketua tingkatan! Cayalah!" Farah menepuk lembut bahu sahabatnya.



Athirah cuba mengukir senyum walaupun dirasanya begitu payah. Keputusan Puan Ruby begitu mendadak dan dia seakan tidak bersedia pula. Athirah berpaling ke belakang, melihat apakah agaknya reaksi Raziff.



Raziff tersenyum kepadanya. Athirah membalas senyum dan segera memalingkan wajahnya kepada hadapan semula. Sungguh dia tidak mampu menentang sepasang anak mata milik jejaka kacak itu. Kenapa?
Entahlah...
posted by Penulisan2u @ 3:47 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 5/10/09 9:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Hehe...best2..
    cpat wat smbungannye ye..
    ble dgr cter ni rndu plk kt sek..wawawa

     

  • At 6/10/09 10:44 PG, Blogger farah said…

    cpt smbg...(http://princess-ara.blogspot.com)

     

  • At 13/10/09 3:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ntahhhhhh~bez kot~

     

  • At 15/2/10 8:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sgt2 sronok..sy suke..
    ini kli pertama sya bkk blog awk..
    syt dpt niy pown dr mmbe sye..
    sy jge ske bce novel..
    thts y sy snggh sbentar di blog awk..
    hehe

     

  • At 18/3/11 1:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    k

     

  • At 7/8/11 2:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ppoan dlm citer nie mcm gedik2 jea.terutama tira...pas2 tira tue jap pnggil mak dye mama la ibu la..mne 1 nie??

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group