BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 05, 2009
Novel : Takdir Cinta Luka 1
Nama Pena : ILYA ABDULLAH

BATRISYAH mengetap bibir. Geram kerana Savvy kesayangannya dihalang oleh Toyota Vios berwarna silver itu. Dia mula bercekak pinggang bila melihat dua jejaka tampan memerangkap pemilik kereta berkenaan tersengih-sengih memandangnya. Suhu badannya terus ke tahap kemuncak. Berkerut-kerut dahinya menahan marah. Nyata lelaki itu memang sengaja menghadang keretanya. Kali ini dua pemuda itu sudah melampau!
"Maaflah makcik yang ayu…saya bukan sengaja nak menghalang laluan kereta awak. Tempat parking penuh." Yang berkumis nipis itu menjelaskan keadaan. Melebar saja senyumannya.
"Penuh kepala hotak kau!" Batrisyah melenting. Sering-kali Toyota Vios itu diparkirkan belakang keretanya. Mula-mula dia tidak hairan sangat. Mungkin benarlah alasan dua lelaki itu parking penuh. Tapi lama-lama lain benar rasanya. Hari-hari dua lelaki itu buat darahnya menyirap. Mahu cari gaduh ke?
"Garangnya…." Lelaki itu menyakat. Suka benar melihat gadis ayu itu naik darah. Comel dengan tahi lalat di bibir merah merekah itu.
"Kamu tak reti-reti nak kalihkan kereta mahal kamukah? Aku nak balik cepat ke rumah!" jegil Batrisyah. Sebelah kakinya sudah menghentak-hentak ke tanah. Dua mangkuk ayun itu masih boleh buat muka sambil lewa.
"Amboi! Makcik seorang ini makin garang dia. Berkerut-kerut muka dia. Jangan buat muka berkerut macam itu. Nanti cepat berkedut!" giat si kumis nipis itu. Temannya sudah ketawa mengekeh. Sempat dia mengerling sekilas pada wajah ayu Batrisyah yang sedang terbakar itu. Memang ayu gadis itu. Patutlah kawannya itu sudah tertawan hati.
"Kalau muka aku berkedut pun kau nak sibuk apa! Itu muka aku! Aku punya pasal! Cepat alihkah kereta kamu!" marah Batrisyah.
"Risyah…awak ni memang tak pandai berguraulah. Kalau iya pun nak minta kitaorang alihkan kereta cubalah cakap baik-baik sikit. Awak tu orang perempuan tahu. Kena sopan-santun dan lembut sikit dengan kami yang lelaki ni."
"Kepala hotak kau! Hari-hari blocking kereta aku apa kejadahnya! Kau memang saja cari pasal dengan aku kan Syed Ibtisyam!"

"Eh! Kau tahu nama aku ya Risyah. Terkejutrnya aku. Lain kali sebut nama aku tu biar penuh. Syed Ibtisyam Bin Dato’ Syed Mukhlis. Macam aku sebut nama penuh kau Nur Sufi Batrisyah Binti Sufian."
Makin loyar buruk mamat seorang ini. Yang seorang itu asyik tersengih-sengih macam kerang busuk. Ada jugak yang makan kasut aku nanti! Merengus Batrisyah dalam hati.
"Apa yang bising-bising ni Ib?" Wajah Baby Liyana muncul tiba-tiba. Kecoh dia dengar di tempat parkir kereta itu dengan suara Batrisyah dan Syed Ibtisyam.
"Eh! Yana…tak perasan pulak I. You pun baru balik kerja ke?" Syed Ibtisyam bertanya. Baby Liyana mencebik. Akukan satu pejabat dengan kau! desis hati kecilnya.
"Tak? Baru lepas cuci jamban. Dah tahu di tanya pula lagi." gerutu Baby Liyana. Syed Ibtisyam ketawa kecil. Baby Liyana buka bonet keretanya. Fail yang bertimbun-timbun itu dimasukkan. Dikerling pada raut ayu Batrisyah yang masih berkerut-kerut. Faham benarlah dengan masalah teman baiknya itu. Syed Ibtisyam cari pasal lagilah tu. Baby Liyana gelengkan kepala. Sehari kalau tidak bertekak memang tak boleh. Batrisyah dan Syed Ibtisyam macam anjing dengan kucing.
"You mencari nahas sajalah Ib."
"Aku memang suka cari nahas. Terutama dengan gadis yang berkulit putih gebu ni. Kalau marah menyala merahnya. Kat situ yang aku cukup berkenan tu. Sehari tak tengok tak tidur malam aku. Esok dah akad nikah, hari-hari berkurung dalam bilik." Makin galak Syed Ibtisyam menyakat. Tidak dinafikan dia suka melihat raut lembut pada wajah Batrisyah yang putih melepak itu. Tidak perlu mengenakan make-up lebih-lebih. Pertama kali bertemu dua mata dia sudah berkenan dengan gadis yang tampak lembut tapi garangnya macam singa.
"Tak hingin aku bernikah dengan buaya tembaga macam kau! Aku lagi sanggup angkat nikah dengan mamak roti canai tu dari menikah dengan kau!" Terburai ketawa Syed Ibtisyam. Dalam marah-marah Batrisyah masih juga boleh buat lawak dengan dia.
"Tak baik kau kata aku buaya Risyah. Kalau aku buaya dah lama aku ngap kau tahu tak?"
"Kalau berani ngaplah!" Batrisyah jegilkan biji mata.
Batrisyah! Batrisyah…kau memang straight the point! Ada saja jawapan dari bibir kau. Tidak mahu mengaku kalah. Kau umpama mawar yang cantik tapi berduri. Bagaimana baru aku dapat menebusi dinding besimu Batrisyah.
"You tidak ada kerja lainkah selain menyakat orang Ib." Baby Liyana mencelah. Faham benar dengan sikap nakal Syed Ibtisyam. Jika dia sudah suka pada seorang gadis itu, dia tidak akan berputus asa untuk memikatnya.
"Kerja aku sentiasa melambak-lamabk di ofis tu tapi semua kerja tu tidak setanding dengan kerja yang ini. Kerja yang ini aku paling suka, Yana." Makin besar tawanya.
"Baiklah. Aku akan buat kau faham Syed Ibtisyam!" Batrisyah merengus. Dia aturkan langkah masuk ke dalam kereta. Enjin keretanya dihidupkan. Syed Ibtisyam yang tidak henti-henti ketawa itu tiba-tiba terdiam. Wajahnya berubah. Dia pandang teman baiknya. Temannya itu jungkit bahu.
"Kalau you tak mahu kereta you hancur dikerjakan dia baik you alih kereta you cepat Ib!" teriak Baby Liyana yang sudah berada dalam keretanya. Nyata dia sudah tahu maksud yang tersirat dalam otak Batrisyah tadi.
"Hmmmmm…tak boleh disakat sikit." getus Syed Ibtisyam. Syed Ibtisyam terus berlalu mengalihkan keretanya.
"Awak bernasib baik kerana kereta mahal awak tidak diapa-apakan hari ini! Esok saya tidak menjamin keselamatan kereta awak!" pesan Batrisyah yang lalu di sebelah kereta Syed Ibtisyam. Batrisyah lesap dari pandangan mata Syed Ibtisyam.
"Kita tunggu dan lihat saja nanti." bisik hati kecil Syed Ibtisyam. Garis senyuman
terukir di bibir Syed Ibtisyam.

CEMBUL pintu rumahnya dipulas perlahan. Batrisyah menanggalkan kasutnya. Dia campakkan beg galasnya atas sofa dan terduduk lesu. Letih seharian dengan kerja-kerja yang melambak di pejabat. Batrisyah mencapai remote televisyen. Lebih baik dia melayan tengok televisyen dari mengingatkan pertelingkahan di tempat parkir kereta tadi. Syed Ibtisyam….Lelaki itu sering saja mencari masalah dengan dia. Berlagak! Mentang-mentanglah dia anak Dato’. Menyampah benar Batrisyah dengan lelaki berkumis nipis itu. Hari-hari mahu cari pasal dengan dia.
Telefon bimbitnya bergegar di atas meja. Lagu Hero nyanyian Enrique Iglesias bergendang di telinga Batrisyah. Nama Qais tertera pada skrin telefon.
"Assalamualaikum…" ceria suara Qais di talian. Batrisyah mengukir senyuman.
"Waalaikumsalam…happy semacam aje adik akak ni. Dapat tackle makwe cun dekat Uitm ke?"
"Hisy kak Risyah ni. Ke situ pulak dia. Adik ada berita gembira nak sampaikan pada kakaklah."
"Berita apa? Kau menang loteri ke Is?"
"Kak Risyah….."
"Okay…okay…okay…I’ll be serious."
"Kak Fa dah selamat melahirkan baby girl."
"Alhamdulillah…" ucap Batrisyah sayu. Tentu bayi perempuan itu comel seperti ibunya. Lengkap sudah sebuah keluarga buat Farisya dan Ashraf. Air mata Batrisyah bergenang bila mengingati nama Ashraf. Lelaki itu pintakan kebahagiaan darinya. Dia sudah berikan dengan hati yang ikhlas. Biarlah hatinya terluka asalkan orang-orang yang tersayang bahagia. Melepaskan orang yang dikasihi demi kebahagiaannya.
Bertahun-tahun cinta bersemi namun jika Tuhan sudah takdirkan tiada jodoh antara mereka, dia pasrah menerimanya. Cinta itu tidak boleh dipaksa. Dia tidak peduli apa yang orang sekeliling mengata tentang dirinya. Apa yang dia buat bersebab. Tidak perlu mereka tahu akan sebab itu kecuali dirinya sendiri.
"Kakak…" panggil Qais dalam talian. Batrisyah tersentak. Segera dia menyeka air mata yang mengalir.
"Kakak masih rindukan Abang Raf ke?" soal Qais.
"Eh! takdelah. Dia sudah jadi suami kepada adik kakak sendiri. Untuk apa akak rindukan dia. Mengarutlah Is ni." dalih Batrisyah.
"Kakak berikan kebahagiaan pada Abang Raf…tapi kebahagiaan kakak sendiri tercalar. Adilkah itu kakak?" Batrisyah terdiam. Dia tidak menyangkal kata-kata Qais itu.
Hingga hari ini Ashraf masih bertakhta di hatinya. Cuba diusir nama itu namun sukar untuk melupakan segala kenangan indah antara mereka. Mungkin dia masih tidak kuat untuk memadam memori cinta mereka. Hatinya dicarit-carit bila Ashraf mengaku dia mencintai adiknya Farisya secara terang-terangan. Cinta yang dibina selama enam tahun sekelip mata hancur dilanda badai. Batrisyah tiada pilihan lain selain mengorbankan cinta itu biarpun dia tahu dia akan terluka.
"Kakak sedia menerima akibatnya bila kakak berkeputusan menyerahkan Abang Raf menjadi milik Farisya. Kakak tidak menyesal Is."
"Iyalah tu. Sampai semua adik-beradik membenci dan membuang kakak. Kak Fa tu anggap kakak sebagai musuh ketat dia. Pantang nampak muka kakak mula datang penyakit gilanya." bebel Qais. Batrisyah tersenyum kecil. Qais…adik bongsunya itu amat memahami dirinya. Sering-kali Qais memberikan nasihat dan bebelan kepada Batrisyah. Qais nampak matang dari usianya yang baru mencecah 19 tahun itu.
"Maybe muka kakak cantik sangat kot." Batrisyah berseloroh.
"Orang serius…kakak main-main ye. So kakak datang tak nanti lawat Kak Fa dekat hospital? If kakak pergi, Is nak tumpang sekali."
"Insya-ALLAH. Kakak akan call Is bila nak pergi nanti."
"Kakak…jangan pendamkan kedukaan dalam hati. Is masih ada di sisi kakak. Is masih kuat menyokong kakak. Is tahu kakak rindukan kampung tapi kakak tahan diri kakak demi Kak Fa dan yang lain. Pejamkan mata saja kak. Mereka bukan tahu apa-apa. Mereka cuma nampak yang buruk depan mata."
"Is memang selalu dapat membaca gerak hati kakak. Tapi kakak tak boleh Is. Abah dah buang kakak. Abah bencikan kakak." Siapa tidak rindukan kampung halaman sendiri. Tempat dia dilahir dan dibesarkan. Rindu pada abah….rindu pada suasana yang damai di kampung.
"Itu dulu…abah dah tak marahkan kakak lagilah. Dia dah lupakan semuanya. Lagipun tiada sesiapa yang nak menjenguk abah di kampung tu jika bukan Is seorang. Yang lain sibuk memanjang je. Baliklah kakak…jenguk-jenguklah abah nanti." Qais memujuk. Bila dia pulang ke kampung sering-kali dia melihat abahnya termenung sendirian. Wajah orang tua itu tampak sedih dan kesal. Qais tahu abah masih sayangkan Batrisyah. Itu satu-satunya anak gadis dia yang rajin menjenguk dia di kampung walaupun kakaknya itu amat degil dan keras kepala.. Apa yang abah perlukan bukan wang ringgit tapi perhatian dari anak-anaknya.
Batrisyah membisu. Dalam hatinya dia amsih ada rasa ragu. Benarkah abah sudah memaafkan dia seperti yang dikatakan oleh Qais.
"Tengoklah nanti kakak fikirkan."
"Okaylah kakak…Is ada discussion dekat library kejap lagi. Gerak dululah. Jangan lupa hantar stok bekalan biskut dekat Is. Dah nak kering dah. Maklumlah duduk sini duit kena berjimat macam yang kakak ajar. Duit PTPN jangan digunakan sesukav hati." Ada tawa keci di hujung talian.
"Iyerlah. Nanti kakak kirimkan bekalan makan untuk Is."
"Semoga kakakku yang cantik ini bertemu dengan jodohnya…amin… Assalamualaikum"
"Is…Is…Walaikumusalam." Talian diputuskan. Itu saja doa yang dia dengar dari mulut Qais. Supaya dia bertemu jodoh dan melupakan Ashraf. Seperti kata Qais, "Masih ada lelaki yang lebih baik dari Ashraf. Siapa tahu akan bertemu denga lelaki yang betul-betul mecintai kakak selama-lamanya walaupun jasad sudah dimamah tanah cinta tetap kekal abadi." Itu kata Qais, adik bongsunya. Namun Batrisyah tidak pasti sama ada cinta itu masih ada untuknya atau cinta itu sekadar hadir sekejap cuma.
Batrisyah menyandarkan tubuhnya. Kaca mata putihnya ditanggalkan. Hampir dua tahun dia tidak bertemu mata dengan Farisya. Seboleh-bolehnya dia akan mengelak dari berselisihan dengan Farisya mahupun adik-beradik yang lain. Dia juga tidak kuat untuk mengadap muka Ashraf. Dia tidak suka bertekak. Malah lebih suka mendiamkan diri dari membalas. Menjeruk perasaan dalam hati. Sukar untuk dia meluahkan kepada orang lain. Itu kelemahan Batrisyah.
Aku pasrah! Aku redha dengan segala-gala yang telah berlaku itu. Tidak kuimpikan kebahagiaan itu jika ia bukan milikku. Biarlah ku mamah segala penderitaan ini…Biarlah ku telan kesengsaraan ini! Cinta yang hadir itu memang mengasyikkan tapi aku lupa ia juga bersalut dengan kedukaan! Aku pasrah walau begitu pedih dan pilu menusuk hati. Biar pahit akan ku telan jua. Aku harus sedar! Jangan ku biarkan diriku menjadi hamba cinta. Ini adalah dugaan-NYA. Aku percaya suatu hari nanti aku bertemu dengan sinar kebahagiaan ku jika bukan di sini mungkin di sana kelak! Siapa tahu?

******************************

BATRISYAH tidak mempedulikan mata-mata yang memandangnya sinis. Dia terus melangkah masuk merapati ayahnya. Tangan yang sudah berkedut itu dicium. Kemudian dia beralih pada Farisya yang sedang terbaring atas katil bersama anak kecilnya. Batrisyah tidak mempedulikan renungan tajam Farisya. Dia tahu Farisya tidak senang dengan kehadiran dia situ. Dia terus mengangkat tubuh si kecil dan menciumnya lembut. Wajah anak kecil itu banyak mengikut dari sebelah ibunya. Batrisyah tersenyum lalu diletakkan semula sekecil itu di sisi Farisya.
"Comelnya anak buah makcik. Bila besar pasti cantik macam ibu dia juga." Farisya juihkan bibir mendengar pujian Batrisyah pada anaknya. Batrisyah memang tidak tahu malu. Dia tidak jemput kakaknya itu datang untuk melawat dia di sini.
"Ini hadiah untuk anak buah makcik." Batrisyah hulurkan satu set hamper pakaian bayi kepada Farisya. Farisya menyambutnya kemudian dilontarkan ke permukaan lantai. Batrisyah terkilan. Dia menahan sebak di hati. Sedaya-upaya dia cuba mengukir senyuman di bibirnya. Anggapan Farisya masih tidak berubah terhadap dirinya. Batrisyah memungut hadiah yang terdampar atas lantai itu.
"Kami tidak perlukan hadiah dari kau. Kami juga tidak jemput kau menjenguk kami." keras nada suara Farisya. Ashraf di sebelah tidak berani untuk bersuara. Ingin memandang Batrisyah sudah tidak sanggup demi menjaga hati isteri tercinta. Puas dia memujuk Farisya bahawa cintanya hanya untuk isterinya itu. Farisya tetap meragui cintanya. Pada Farisya nama Batrisyah masih bertakhta di hati Ashraf. Api cemburu Farisya tidak dapat dibendung bila mengetahui Ashraf masih menghubungi Batrisyah. Hingga saat ini sikap Farisya masih dingin terhadapnya biarpun mereka sudah punya seorang anak.
"Siapa nama si comel ini Fa? Fa dan Raf sudah letakkan nama ke?" tanya Batrisyah tanpa mengendah kata-kata Farisya. Dia sudah lali dengan sumpah seranah Farisya. Segalanya dipendamkan dalam hati.
"Putri Atheerah…." Ashraf menjawab bagi pihak Farisya. Farisya menjeling suaminya. Ashraf buat tidak nampak. Kesian pula pada Batrisyah yang langsung tidak diendah oleh sesiapa. Bukannya Batrisyah ingin mencari gaduh.
"Kau memang tidak tahu malulah Risyah. Kau masih berani tunjuk muka setelah kau beri malu pada keluarga. Kau ingat kami akan lupakan apa yang kau buat itu dengan mudah!" suara Syakila sinis. Kehadiran Batrisyah mencacatkan kegembiraan mereka sekeluarga. Batrisyah membisu. Kegembiraan mereka sekeluarga? Dia juga ahli keluarga ini. Darah yang mengalih sama dengan Akasyah, Syakila, Farisya dan Qais. Mudahnya diri ini di buang.
"Kak Sya…Kak Fa…Is yang jemput Kak Risyah datang. Kalau Kak Sya dan Kak Fa nak marah jangan marahkan Kak Risya. Kak Sya dan Kak Fa boleh marah Is." Qais menyampuk membela Batrisyah.
"Siapa suruh kau jemput perempuan ini datang!" Farisya menengking. Tahu benar dia Qais terlalu rapat dengan Batrisyah. Sayang benar Qais pada Batrisyah. Tahulah Batrisyah yang mengendong dan menjaganya dari kecil setelah ibu mereka meninggal dunia. Qais selalu saja menyebelahi Batrisyah.
"Buka sikitlah mata kau Is…siapa kakak kesayangan kau itu!" desis Farisya.
"Is kenal siapa Kak Risyah. Tak perlu Kak Fa nak mengajar Is mana yang betul
dan mana yang salah. Is bukan buta untuk menentukan betul dan salah. Kau orang semua tu yang buta! Buta menilai hati budi dan pengorbanan Kak Risyah."
"Amboi! Kau dah pandai berkurang ajar Is. Kami hantar kau belajar bukan suruh jadi budak kurang ajar!" Terbuntang luas mata Akasyah dengan kata-kata adik bongsunya itu. Qais bukan jenis yang suka melawan kata.
"Kami…tolonglah sedar diri sikit Abang Syah. Bukan Abang Syah, Kak Sya atau Kak Fa yang keluarkan perbelanjaan Is menyambung belajar tapi Kak Risyah tahu! Kak Risyah yang tanggung Is dan keperluan abah di kampung itu! Apa yang Abang Syah bagi? Kak Sya dan Kak Fa bagi? Bagi hutang adalah. Abang Syah itu gadai tanah kebun abah itu belum dikira lagi. Konon nak selesaikan hutang piutang syarikat insurans milik isteri kesayangan abang tu. Bila mahu tuntut balik! Abang tahu tak tanah kebun tu yang bagi kita semua makan selama ini." Qais membuka pekung abang dan dua orang kakaknya itu. Akasyah terdiam. Mulut Syakila juga terkunci rapat. Batrisyah terkejut bukan kepalang. Kebun pisang ayahnya sudah tergadai. Bila? Mengapa dia langsung tidak tahu hal tersebut. Benar kata Qais. Kebun itu yang memberikan rezeki kepada mereka sekeluarga.
"Ala…benda kecil begitu kau nak besarkan Is. Lainlah Kak Risyah itu bagi malu besar keluar family kita. Satu kampung kecoh pasal dia. Lari masa majlis perkahwinan." Farisya masih tidak mahu mengalah.
"Kak Fa nak tahu sangat ke punca Kak Risyah lari masa perkahwinana dia dengan Abang Ashraf. Biar Is bagitahu Kak Fa…." Batrisyah segera mencengkam pergelangan tangan Qais. Batrisyah gelengkan kepalanya. Dia tidak mahu Qais membongkar perkara tersebut. Qais menundukkan kepalanya. Bibirnya mengeluh hampa. Sampai bila Batrisyah mahu menyembunyikan perkara itu dari mereka yang hanya tahu meletakkan kesalahan pada dia.
"Hah! Apa dia yang kau nak bagitahu aku itu Is! Cakaplah!" Makin lantang suara Farisya.
"Sudah! Sudah! Jangan nak bergaduh di sini. Kau itu baru lepas bersalin Fa. Cubalah bawa-bawa bersabar sikit." Haji Sufian yang berdiam diri sejak tadi mencelah. Farisya mencebik bibir. Benci dia melihat wajah Batrisyah. Berlakon baik konon! Ashraf pastinya tidak mahu lepas pandang menatap wajah bekas kekasihnya itu. Bertambah-tambah kebencian di hati Farisya terhadap Batrisyah. Batrisyah tidak mahu mengusutkan keadaan. Diaturkan langkah kakinya keluar dari wad berkenaan. Qais dan Haji Sufian menuruti langkahnya.
"Risyah…abah rasa lebih baik Risyah balik."
"Risyah tahu kehadiran di sini tidak di senangi. Risyah bukan sebahagian dari keluarga ini lagi. Abah pun sudah buang Risyah." sayu suara Batrisyah.
"Apa Risyah merepek ini. Baik buruk Risyah…Risyah tetap anak abah. Abah tidak membezakan anak-anak abah."
"Erm…Risyah tidak kisah jika abah membenci Risyah juga. Risyah tahu apa yang Risyah buat." Senyuman tidak pernah lekang dari bibir Batrisyah. Dalam duka dia masih boleh tertawa dan tersenyum. Jarang air matanya dilihat menitis di hadapan orang-orang sekelilinginya kecuali ketika arwah emak meninggal dunia. Batrisyah…gadis yang sukar untuk difahami isi hatinya. Dia lebih suka memendam perasaan seorang diri dari meluahkan.
"Risyah…" Haji Sufian tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Pada mulanya dia amat marahkan tindakan Batrisyah lari dalam majlis perkahwinannya. Marah itu lama-lama hilang begitu saja. Haji Sufian tidak kisah dengan umpatan mulut-mulut orang kampung lagi. Batrisyah berbuat demikian pasti bersebab. Batrisyah seakan menyembunyikan sesuatu. Haji Sufian boleh lihat dari perlakuan Batrisyah yang sering tampak bersahaja dan tenang itu. Batrisyah bukan jenis yang cepat melatah.
"Risyah balik dululah abah. Inform Risyah bila Fa buat kenduri cukur rambut Putri nanti. Insya-ALLAH Risyah akan balik." Batrisyah menyalami tangan Haji Sufian. Haji Sufian anggukkan kepalanya.
"Pandu kereta itu baik-baik Risyah. Kalau ada cuti itu baliklah ke kampung. Lama benar kau tak menjenguk abah di kampung. Cerita dua tahun yang tidak perlu diungkit lagi Risyah. Apakah tidak cukup rajuk Risyah pada abah." Haji Sufian pandang wajah anak gadis itu. Bibir tua itu melirik senyuman nipis. Bergenang air mata Batrisyah mendengar kata-kata ayahnya itu. Laju dia anggukkan kepalanya. Qais langsung tidak menyampuk perbualan abah dan kakaknya. Dia hanya mendiamkan diri. Rasa marah pada abang dan dua orang kakaknya itu masih membara. Tidak sedar diri betul!
"Is nak ikut kakak balik samakah?" Batrisyah mengalih pandang pada Qais.
"Erm…Is nak pergi toilet dulu. Kakak tunggu Is kat kereta sajalah."
"Baiklah."

BETULKAH matanya tidak salah pandang. Beberapa kali Syed Ibtisyam menggosok mata. Teman baik disebelahnya mengerut dahi. Dia tepuk bahu Syed Ibtisyam lembut.
"You tengok apa Ib? Tak berkedip-kedip mata you." Temannya turut memanjang leher untuk melihat objek yang menjadi tumpuan Syed Ibtisyam.
"I tengok bidadari dari kayanganlah. You jangan kacau daunlah Iq." Syed Ibtisyam menolak muka temannya. Faliq ketawa kecil.
"Kalau you tengok bidadari I pun mahu tengok jugak. Secantik mana bidadari you itu." Syed Ibtisyam mencebik. Faliq mengusik dia. Jari telunjuk Syed Ibtisyam diajukan pada gadis bertudung yang sedang bersandar pada kereta berwarna hijau metallic itu. Gadis itu kelihatan asyik merenung jam di tangan kanannya.
"Sejak bila you minat gadis bertudung ni Ib? Setahu I you tak pandang perempuan-perempuan yang berbaju kurung dan bertudung liput. You lebih suka perempuan yang moden dari pelbagai segi." desis Faliq.
"I sendiri tidak tahu macam mana I boleh tersangkut pada dia. Dia nampak biasa tapi….entahlah sukar untuk I terangkan pada you." keluh Syed Ibtisyam.
Faliq mengusap dagunya yang licin. Dia cuba menggamit wajah gadis itu. Pada masa yang sama gadis itu mengangkat wajahnya. Faliq terpana melihat keayuan gadis bidadari Syed Ibtisyam. Hatinya bergentar. Pantas dia mengalih pandang. Tidak mahu Syed Ibtisyam perasan akan gelagatnya sebentar tadi. Fikirnya gadis itu biasa-biasa saja raut wajahnya. Patutlah Syed Ibtisyam terpikat pada pandangan pertama. Gadis itu cukup cantik. Putih berseri orangnya.
"Ib…I rasa kita patut gerak sekarang. Masa lawatan tinggal setengah jam saja."
"Erm…you masuk dululah. I mahu bertegus sapa dengan buah hati I kejap." Syed Ibtisyam menolak tubuh Faliq. Faliq mengetap bibir. Dia paut lengan Syed Ibtisyam. Diheret temannya itu mengikut dia masuk bersama. Terjerit-jerit Syed Ibtisyam. Faliq buat pekakkan telinga. Malas mahu melayan karenah Syed Ibtisyam sedangkan jantungnya berdengup kencang apabila teringatkan wajah ayu gadis itu.
Mencuka muka Syed Ibtisyam semasa berada dalam wad persendirian ayahnya. Dato’ Syed Mukhlis kerut dahi dengan sikap anak sulungnya itu. Apa tidak kena dengan Syed Ibtisyam. Dia alih pada Faliq yang tersenyum sambil bersandar di dinding menyilangkan kaki. Dato’ Syed Mukhlis mengeluh kecil.
"Kalau membuang masa melawat papa tidak perlu datang Ib." sinis butir bicaranya.
"Dia tengah bengang dengan Faliqlah uncle. Itu sebab muncung dia sedepa." Faliq bersuara. Cemberut muka Syed Ibtisyam. Dia hampiri katil papanya.
"Apa kata doktor? Bila papa boleh keluar hospital? Rasanya papa sudah nampak sihat sekarang." Syed Ibtisyam mengubah topik perbualan.
"Keadaan papa sudah stabil. Papa perlukan rest yang cukup dan tidak dibenarkan bekerja kuat lagi. Esok papa sudah boleh keluar Ib. Tak perlulah kau jemput papa. Mama kau dan adik-adik kau akan uruskan hal papa di sini. Kau selesaikan dulu masalah syarikat kita. Papa tidak mahu kerja kau terganggu kerana papa. Papa dah banyak bebankan kau."
"Erm…papa janganlah risau. Urusan syarikat Ib dah uruskan semuanya." Dato’ Syed Mukhlis tersenyum. Harapan diletakkan pada bahu Syed Ibtisyam. Itu saja satu-satunya anak yang boleh bergantung harap. Doanya moga anaknya itu tidak tersalah langkah. Dunia perniagaan macam politik. Suka main kotor untuk menjatuhkan orang lain. Siapa kuat dia yang berkuasa!
"Faliq…ada masa nanti datang ke rumah uncle. Sejak kau ambil alih syarikat arwah papa kau, sibuk memanjang di pejabat. Lama uncle tidak berborak dengan kau." Mata Dato’ Syed Mukhlis berkalih pada wajah Faliq. Anak muda itu sudah mengikut acuan arwah papanya. Tinggi, tegap dan kacak. Sejak kecil Faliq dan Syed Ibtisyam sudah berkawan rapat. Ke mana saja pasti berdua. Mereka bagaikan tidak boleh dipisahkan. Nama panggilan mereka pun memang dekat. Ib dan Iq.
"Insya-ALLAH uncle. Bukan saya tidak mahu menjenguk uncle sekeluarga. Saya perlu banyak belajar tentang syarikat arwah papa. Bukan senang menguruskan syarikat yang besar uncle. Pening kepala saya di buatnya." Faliq memberikan alasan yang munasabah. Apa tidaknya ibu lepas tangan begitu saja. Banyak projek tertangguh dan perlukan approval. Terpaksa dia melekat di pejabat hingga larut malam.
"Satu pesan uncle pada kau…jangan jadi hamba kerja. Kalau tidak kau jadi seperti unlce ini, Faliq. Orang-orang kaya ini mudah sangat kena sakit jantung." Tertawa
Faliq dan Syed Ibtisyam. Kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Orang kaya-kaya memang mudah mendapat serangan jantung.
"Orang kaya bekerja tidak mengeluarkan peluh. Ada pun hanya memeras otak sampai kepala jadi botak separuh. Macam sayalah uncle. Bakal dapat rambut separuh botak. Kalau bersukan pun setakat bermain golf di padang." komen Faliq. Syed Ibtisyam anggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata sahabatnya itu. Dato’ Syed Mukhlis tersenyum. Dia gelengkan kepala berkali-kali. Anak muda zaman sekarang. Namun Dato’ Syed Mukhlis menyenangi sikap Faliq. Faliq bukan seperti pemuda-pemuda yang suka berpeleseran. Faliq pemuda yang diasuh dengan tatatertib dan tatasusila. Faliq amat hormatkan pendapat orang lain. Tidak seperti Syed Ibtisyam yang mudah naik angin dan tidak suka dikongkong. Puan Sri Qistiana amat beruntung punya anak lelaki seperti Faliq. Jika dia punya anak perempuan pasti saja dia akan menjodohkan anaknya itu dengan Faliq.
"Ibu kamu sihat? Lama benar uncle tak berjumpa dengan ibu kamu."
"Alhamdulillah. Ibu sihat saja uncle. Dia ligat dengan aktiviti persatuannya. Lebih
sibuk dari saya, uncle. Nak jumpa ibu pun susah kebelakangn ini. Ibu kerap juga melancong ke luar negeri."
"Tak mengapalah Iq. Mungkin dia bosan seorang diri di rumah tu. Kamu pun sesekali pergilah bercuti. Uncle tengok kamu makin kurus dari dulu." Faliq tertawa. Tidak sedar rupanya tubuh dia makin mengecut. Dia semakin jarang mengikuti kelas gym seperti selalu. Makannya juga sesekali tidak terurus. Syed Ibtisyam ada juga menegurnya.
"Betul tu kata papa I tu Iq. You lebih teruk dari lelaki yang angau bercinta."
"Iyerlah tu."
"Itu belum jumpa lagi dengan buah hati pengarang jantung dia. If dah jumpa nanti tak tahulah. Agaknya lagi teruk dari sekarang ini."
"Apa-apa sajalah Ib. Jangan you yang esok teruk dari I nanti sudah. Sekarang ni pun I tengok you dah angau."
"Ib angau? Ib angau kan siapa Iq." Tepat Dato’ Syed Mukhlis memandang muka Faliq. Faliq tersenyum.
"Ib angaukan…" Sepantas kilat Syed Ibtsiyam menekup mulut Faliq. Dia takut tembelangnya pecah depan papa. Dia tidak mahu papanya tahu sebelum dia dapat memikat hati gadis igauannya itu. Papa pasti berkenan. Batrisyah ada cirri-ciri menantu pilihan papa.
"Tiada sesiapalah papa. Iq ni saja je buat cerita."
Faliq mendengus kecil. Syed Ibtisyam sudah ketawa.
posted by Penulisan2u @ 3:13 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group