Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah tiga hari ditinggalkan. Maria menghitung sepi waktu yang berlalu. Seperti yang dijangka, Hisyam tidak langsung menghubungi. Sibuk sungguh suaminya! Nasib baik, ibu dan adiknya, Muaz, datang. Lupa sebentar pada masalah sendiri kerana sibuk melayan mereka.
"Esok, mak nak jenguk mami kamu, Lia. Dah tiga hari kat sini, rindu pulak pada mak mertua kamu tu." Aisyah berbicara sewaktu makan malam.
"Ha..ah, tadi mami pun cakap suruh kita datang awal sikit. Mami nak belajar masak rendang tok dengan mak. Kata dia, dah banyak kali cuba pun, tak pernah rasanya sama macam yang mak buat!"
"Ada-ada aje mami kamu tu...." gelak Aisyah.
"Kenapa tengok along macam tu?" Maria bertanya kepada Muaz yang sedang merenung wajahnya dalam-dalam.
"Adik suka tengok cara along layan mami. Mesra sangat! Along buat dia macam emak sendiri. Dan adik dapat rasakan yang mami pun sangat-sangat sayang pada along. Betul, kan?" Balas Muaz.
"Mami tak ada anak lain, dik. Abang Syam kamu sorang aje anak dia. Habis tu, kalau dia tak sayangkan along, macam mana pulak? Along sahajalah menantu yang dia ada. Anak perempuan dia." Maria tersenyum memberitahu. Memerhati telatah adik yang menyambung makan dan kini sedang menghirup kuah sayur asam pedas keladi dengan rakus. Kepala tergeleng-geleng. Hendak ditegur, inilah kali pertama adiknya makan gelojoh begitu. Tidak sampai hati rasanya! Apatah lagi, bila Muaz tidak putus-putus memuji keenakan masakannya.
Muaz kini berumur 22 tahun, sedang menuntut dalam tahun ketiga di UKM, mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Nampaknya cita-cita untuk menjadi seorang jurutera bakal tercapai tidak lama lagi. Pada hari jadinya tahun lepas, Hisyam menghadiahi sebuah kereta Proton Wira. Dengan kereta itulah Muaz berulang-alik ke UKM dari kolej kediaman KERIS MAS, tempat penginapannya. Bukan Maria tidak mempelawa Muaz tinggal dengannya tetapi Muaz enggan. Jauh, katanya.
"Sedapnya along masak. Patutlah abang Syam pun adik nampak dah gemuk sikit!"
Maria tersengih. "Kalau abang Syam dengar adik kata dia gemuk, dia mesti tarik muka masam. Mahu ditambah masa dia kat gim. Kalau sekarang dia pergi dua kali seminggu, mungkin nanti dia akan tidur baring kat situ. Entah-entah dah tak mahu keluar dari gim tu pulak!" Balasnya. Hisyam cukup tidak suka kalau dikata gemuk walaupun sememangnya badannya kini berisi sedikit daripada dahulu.
Sengihan Muaz melebar. Dia memang tahu abang iparnya amat mementingkan kesihatan diri. Kalau mereka suami isteri balik ke Teluk Intan lama sedikit, Hisyam pasti akan mengikutnya pergi bermain bola di padang. Kalau tidak pun mereka akan berjoging di Padang Speedy. Hai, kalau tidak macam manalah hendak dijaga tubuh badan yang tegap dan sasa tu, fikirnya.
Tiba-tiba Aisyah yang selama ini hanya membisu dan begitu asyik memerhati telatah Maria dan Muaz memberitahu. "Lan telefon mak hari itu, Lia. Minggu depan dia ada periksa. Lagi nak habis, lagi banyak pulak peperiksaan yang dia kena ambil. Susah jugak nak jadi doktor ni. Kan, Lia? Macam-macam jenis periksanya tu! Hai, rindu betul mak pada dia. Macam manalah rupa dia sekarang agaknya?"
Wajah Mazlan terbentang di depan mata. Angah, itulah panggilan untuk adiknya. Sedang berada di Ireland, sudah lima tahun di sana. Bakal seorang doktor. Mengenangi adiknya yang seorang itu, Maria tersenyum. Kenangan cinta dia dan Hisyam ada kena mengena dengan Mazlan.
Suara ibu mengganggu lamunan yang ingin bertandang. Suara yang perlahan, begitu lembut mengusik pendengarannya. "Kalau boleh, mak teringin nak jumpa semua anak mak sebelum mak menutup mata. Nak tengok korang semua bahagia."
Maria yang baru sudah membasuh tangan memeluk ibunya erat-erat. "Mak, kenapa sedih pulak ni? Mak nak cakap dengan Lan, ke? Biar Lia telefon dia, ya?" ucapnya.
Aisyah memaut tubuh anak perempuan kemanjaannya sehingga terlentok kepala Maria di bahunya. "Tak apalah. Mak tak ada apa nak cakap pada dia cuma nanti Lia sampaikan pesan mak suruh dia jaga diri. Kalau dia kahwin, jadilah suami yang memimpin isteri ke syurga."
"Mak..."
"Syyy..... dengar cakap mak ni." ibunya diam seketika sebelum menyambung, "Hisyam tu baik, Lia. Mak tengok, tak pernah kurang sayang dia pada kamu."
Terusik hati mendengar kata-kata ibunya itu. Kalaulah mak tahu, desahnya! ‘Mak, abang Hisyam dah tak macam dulu! Dia dah pandai berahsia. Dia dah pandai menipu.’
"Lia, tak pernah luak rasa hormat Hisyam pada emak selama ini. Mak sayang sangat-sangat pada dia. Sama macam mana mak sayang pada kamu." Nafas dihela lagi. Maria asyik memandang. Ibunya tidak pernah begini. Mak tidak suka mengeluh tapi malam ini……
"Lia, ingat pesan mak ni baik-baik. Kamu pun kena sayangkan dia macam dulu. Jangan kurang kasih sayang tu walau sedikit pun! Jadilah isteri yang baik. Hargai Hisyam. Hargai kasih sayang yang dia beri, faham?"
Maria hanya dapat mengangguk.
"Kalau mak tak ada nanti, jaga diri baik-baik. Jaga Hisyam baik-baik. Kalau ada masalah, bincang sama-sama. Jangan buat tindakan terburu-buru."
Nasihat ibunya penuh erti. Maria hiba mendengarnya. Namun, dalam pangkuan ibunya, dia cuba bergurau. "Mak ni……, mak nak pergi mana pulak?" Soalnya manja.
Maria ketawa mendengar soalannya sendiri. Dakapan semakin dikejapkan. Kemas! Dicium pipi ibunya bertalu-talu. Ibunya membalas pelukannya. Dirinya juga diciumi oleh ibunya. Ada air mata yang bergenang di kelopak mata tua itu. Ada pandangan sayu melihat anak perempuan kesayangannya.
"Lainnya mak malam ni. Mak buat Lia rasa macam Lia saja anak perempuan paling bertuah kat dunia ni. Sebab kasih sayang yang mak beri pada Lia terlalu banyak. Budi mak pada Lia tak terbalas rasanya! Dosa Lia marahkan mak dulu tu rasanya besar sangat……."
Maria tidak dapat menghabiskan ayatnya bila emak mencium pipinya lagi. Lama baru dia dapat bersuara semula, penuh keharuan.
"Mak, mak betul-betul dah ampunkan Lia kan?" Maria bertanya walaupun dia sudah tahu jawapan yang akan diberikan oleh ibunya itu.
"Lia, Lia kan anak mak? Dengar ya, sayang! Anak mak cuma ada tiga orang. Dua lelaki dan satu perempuan. Lia saja yang perempuan itu dan mak tak pernah dendam dengan anak mak. Dari Lia sebesar dua jari sampai sekarang, apa saja kesalahan yang dah Lia buat pada mak, dah mak ampunkan. Jangan fikirkan lagi!"
Maria mendakap ibunya dengan lebih erat.
"Lia sayang mak." Bisiknya.
Dari ekor mata, dia dapat melihat Muaz mengelap matanya. Dia terpegun. Wajah adik direnung. Muaz membalas renungannya dengan mesra.
"Kenapa, dik? Selalu bila along peluk mak, adik bukan main cemburu lagi. Malam ni, adik tak nak cakap apa-apa?" Usiknya.
Muaz tersenyum kemudian bersuara perlahan, "Malam ini, mak hak along. Lusa, bila balik kampung, selamanya mak akan dengan adik."
Best citer ni.cepat-cepat lah sambung yer tak sabar nak tau citer seterusnya.Tapi sy geram sungguh dgn salina tu yg pandai bermuka-muka apb di dpn hisyam.Hisyam tu pun eee.... kenapalah bodoh sangat percaya dgn si salina tu.Saya geram sungguh dgn hisyam kenapalah sanggup tampar isteri dia semata-mata mempertahan persahabatan dia dgn si salina gedik tu.
cter ni mmg best... byk konflik.. prgolakan kuarge.. cinta.. sahabat.. kepercayaan.. kejujuran... kasih syg.. watak suami penyayang btl2 romantik mnyentuh perasaan pembaca. apepn, harap ending cter ni nti akn memberi kepuasa pd sume pembaca. klimaks yg best wlupn watak salina tllu menyakitkn, harap ending cter ni nti dpt mberi balasan n keinsafan pd watak salina yg cube meruntuhkn masjid org lain secara halus. Cume, nape tllu lame nk continue story ni? ramai pembaca2 x sabar tggu episod sterusnye...
novel ni ade sambungan ke or dah keluar d pasaran?best giller citer ni
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
....kenapa pendek sangat?cepat lah sambung,tak sabar ni!!!apa2 pun terus berkarya.good job.