BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 23, 2009
Novel : Secarik Kasih Di Hujung Nyawa 4
Nama Pena : bidadaricinta

Diari merah itu ditutup rapat setelah nafasnya ditarik dalam-dalam memasuki rongga jantung dan hati. Jantung yang sepatutnya berdegup normal berdenyut dengan kencang. Betapa terkejutnya Safira setelah mengetahui hal yang sebenarnya terjadi di sebalik semua yang berlaku sebelum ini. Ketika ini, pelbagai jenis rasa yang bercampur aduk di hati dan fikiran Safira.

"Ya Allah..!!!"

Hanya itu sahaja ungkapan yang termampu lahir di bibir mungil Safira. Selebihnya fikiran Safira tidak dapat mencerna kata-kata lain. Seolah-olah bibirnya terkunci. Setitis demi setitis air matanya membanjiri kelopak mata. Safira membiarkan manik-manik jernih itu jatuh ke pipi. Tidak mampu lagi dia nak menghalang.

Apatah lagi nasibnya yang kini mula terumbang-ambing. Semua yang mengenalinya mula menjauhkan diri. Termasuk lah teman rapat apatah lagi keluarga sendiri. Safira sudah dibuang keluarga. Apa lagi yang mampu dilakukan Safira untuk menegakkan keadilan? Insan yang sepatutnya bersama-sama berjuang mencari kebenaran telah tiada di alam fana ini. Di mana lagi kekuatan Safira?? Apakah dengan adanya diari itu mampu menutup segala keaiban yang memalitkan kotoran di wajah Safira?? Mampukah nota kecil lakaran tangan arwah Fahmi itu mampu membersihkan namanya semula..? Safira tahu hanya Dato' Razali saja yang memahaminya. Hanya lelaki itu seorang..!!

Tidak mudah keaiban yang tercemar mampu ditutup dengan barang yang sekecil cuma. Tiada siapa yang akan percaya nukilan arwah Fahmi itu yang menyatakan mereka berdua mangsa yang teraniaya. Orang akan mendabik dada mengatakan sesiapun mampu menghasilkan diari sebegitu. Siapa yang akan mempercayai Safira? Berat dugaan yang Safira tanggung namun sedetik hatinya cuma mampu berdoa agar suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar semula. Entah kenapa, tangan Safira tergerak semula untuk membuka kembali lembaran diari itu. Perkataan yang terconteng dengan dakwat biru itu dibacanya sekali lagi..

24 Januari 2008..

Hari ini aku menerima panggilan dari teman serumah Safira, Ika. Katanya, rumah mereka dimasuki pencuri. Sebaik panggilan ditamatkan, aku segera ke rumah Safira. Aku tak mahu apa-apa terjadi pada Safira. Kes kecurian sekarang sudah membabitkan nyawa. Aku tak mahu nyawa orang yang aku sayang hilang begitu sahaja. Sebaik tiba di depan pintu rumah, aku mengetuk pintu. Tingkap rumah pun terkunci. Adakah pencuri berada di dalam? Macam mana lah rumah pangsapuri begini pun boleh dimasuki pencuri. Kadang-kadang aku hairan juga. Kalau ade bunyi bising yang aneh, sudah tentu jiran sebelah boleh dengar.

Aku memasang telinga. Macam sunyi aje kat dalam rumah ni. Tiba-tiba pintu terbuka dan tanganku ditarik masuk ke dalam. Mataku sempat menangkap kelibat seseorang. Ika!! Ada seorang lagi tetapi aku tidak dapat nak cam kerana belakang leherku tiba-tiba dipukul benda yang keras.. Lepas tu aku tidak tahu apa yang terjadi. Yang aku tahu, sebaik sedar, aku lihat ada lebih kurang lima orang lelaki berkopiah putih mengelilingiku. Aku lihat tubuhku sekadar berseluar pendek. Apa sebenarnya terjadi??

Aku diminta keluar. Bila keluar dari bilik, terus aku tergamam.

'Ya Allah! Dugaan apa yang Kau berikan pada kami ini?'

Aku dan Safira kena tangkap khalwat?? Tak mungkin.. Aku tahu ini angkara Ika dan yang seorang lagi tu.. tapi siapa seorang lagi tu? Aku sendiri tak sempat nak beritahu Safira keadaan yang sebenar. Safira pun macam tak percaya sahaja kat aku. Setiap kali aku cuba nak bagitahu, Safira memarahiku. Aku tahu, dengan keadaan kami, sesiapa pun akan melenting. Apatah lagi ditangkap khalwat. Kejadian ni betul-betul memalukan aku…Juga memalukan kekasih hatiku, Safira.

20 Mac 2008..

Hari ni aku akan diijabkabulkan dengan Safira. Betapa hatiku gembira kerana ini merupakan saat yang kunantikan sekian lama. Percintaan yang tersemi selama dua tahun akhirnya membuahkan ikatan rasmi antara kami. Akad nikah yang bakal menghalalkan hubungan antara dua hati. Yang bakal menyemarakkan lagi mahligai kasih kami berdua.

Tapi… entah mengapa sejak peristiwa penangkapan khalwat kami itu, Safira tidak seceria dulu. Seolah-olah kami orang asing dalam dunia kami sendiri. Safira seringkali membuat hal sendiri hinggakan dalam seminggu, aku sekadar mampu mendengar suaranya sekali sahaja. Kalaupun Safira menjawab panggilanku, dia seolah-olah memperlakukan aku seperti tidak wujud di hatinya.

'Safira, apa salah abang?? Bukannya abang mahu kisah kita jadi begini. Abang tak pinta ia berlaku. Abang sendiri mengharapkan kita dapat mengakhiri hubungan ini dengan kerelaan dan kesediaan hati kita. Tapi tegarnya Safira memperlakukan abang yang tidak bersalah ini.. Bukan salah abang bila ini yang berlaku. Bukannya abang yang pinta keaiban ini... '

Aku tahu Safira bersedih kerana ikatan yang bakal terjalin ini berlaku tidak pada waktu ketikanya. Aku tahu Safira masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Petang ni, aku akan ambil baju pengantinku. Harapnya baju tu dah siap.. Baju pengantin yang telah direka mengikut impian Safira dulu. Walaupun aku tahu Safira tidak suka akan apa yang berlaku ini, sebolehnya aku mahu mencapai impiannya. Sebab sesedih manapun Safira, aku tetap ingin jadi pengantin lelaki kacak yang mampu menggembirakannya di hari bahagia... Aku mahu nampak tampan di mata Safira.. Aku ingin Safira melihatku dalam pakaian pengantin itu.

'Safira..Abang tetap sayang Safira walaupun ada kebencian yang bertandang di hatimu.. Abang redha andai suatu ketika kita tidak mampu bersatu sebagai suami isteri namun abang berharap Safira lah yang akan menjadi bidadari abang di syurga nanti. Kelak abang akan nantikan Safira di pintu syurga-Nya...'

Rupa-rupanya Fahmi seakan mengetahui ajal maut yang akan menjemputnya. Fahmi sedar dia tidak mampu menjadi pengantin lelaki buat Safira. Safira mula rasa bersalah memperlakukan Fahmi sedemikian rupa.

'Andai perkara itu tidak terjadi… Kiranya mampu masa berundur… Akan kusemi cintamu di hati nan satu ini, Fahmi..!'

Safira mula merasakan matanya semakin berat. Anak mata sudah mengecil. Tanpa disedari, Safira sudah pun terlelap. Membiarkan isi kandungan diari merah itu terbuka dan dibaca angin yang lalu.. Lena lah tidur Safira ditemani air mata.

******************

Jam sudah menunjukkan angka 7.30 pagi. Pintu pagar sekolah akan ditutup sebentar lagi. Beberapa orang pengawas sekolah yang berpakaian biru muda mengawal di tepi pintu pagar itu. Embun pagi sudah lama menghilang. Sinaran matarhari mula menampakkan bayangnya.

Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki datang agak lewat. Pakaian selekeh hingga meneyebabkan mereka ditegur pengawas bertugas. Pengawas sekolah mencatit nama mereka biarpun dihambur dengan kata-kata yang sedikit kesat.. Begitulah gelagatnya pelajar-pelajar sekolah di zaman kini. Entah apa yang mempengaruhi mereka. Adakah kepesatan teknologi yang mengubah mereka? Ataupun ketidakprihatinan ibubapa yang seringkali mengabaikan mereka?

Cikgu Syafik memusing stereng kereta untuk memasuki kawasan Sekolah Menengah Seri Andalas. Decitan tayarnya yang mengeluarkan sedikit api mengejutkan beberapa orang guru lelaki yang masih berbual kosong di tempat letak kereta. Terbeliak mata mereka melihat warna oren garang kereta Proton Gen-2 milik Cikgu Syafik itu.

"Tukar warna lagi la tu..!!"

Setiap kali pun, itulah yang sering meniti di bibir kebanyakan guru lelaki sekolah itu. Sikap Cikgu Syafik yang seringkali menukar aksesori keretanya menimbulkan buah mulut orang. Mampukah gaji setakat lulusan ijazah itu menukar semua aksesori itu?
Aksesori yang kadangkala mencecah ribuan ringgit itu hanya mampu dibeli golongan kaya sahaja.

"Korang semua nak hairan apanya? Cikgu Syafik tu bukannya ada kekasih pun. Mestilah belanjanya banyak habis kat kereta kesayangan dia tu… Lain lah kalau ada perempuan yang sangkut kat dia, dah tentu belanjanya habis untuk perempuan tu.."

Guru-guru itu menanti masa untuk perhimpunan hari Isnin. Seperti biasa, itulah perkara yang sering berlaku setiap kali adanya perhimpunan. Bukannya hendak mengemas apa yang patut di bilik guru sebaliknya menghabiskan masa berbual bersama rakan sekerja. Cikgu Syafik juga tidak ketinggalan ikut sama.

"Hai…cikgu! Kenapa lambat ni? Mimpi apa malam tadi?" tegur Cikgu Zakaria yang tinggi lampai itu setelah melihat Cikgu Syafik yang baru keluar dari keretanya. Sambil mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya, Cikgu Zakaria terus menghembus asap setelah api dicucuh pada rokok itu.

Inilah senario yang sering terjadi di Sekolah Menengah Seri Andalas. Tidak sehebat nama sekolahnya lantaran telatah guru-guru muda di situ yang langsung tidak mengambil peduli peraturan sekolah. Bukankah sekolah adalah salah satu tempat larangan merokok? Kalaulah begini gelagatnya bagaimana pelajar di situ dapat mencontohi perbuatan baik?

"Mimpi yang menarik juga lah, Cikgu Zakaria! Seorang puteri yang indah rupawan menerima lamaranku.. Bahagianya hidup kalau ia benar-benar terjadi kan, cikgu?" balas Cikgu Syafik sambil menguntum senyuman di bibirnya.

"Tak usah nak berangan lah, Cikgu Syafik! Mustahil ada puteri yang inginkan cikgu! Sedangkan ramai guru perempuan di sekolah ini tak kira lah muda ataupun andartu yang sudah cikgu pikat, tak satu pun yang melekat di dahan cinta cikgu tu.. Barangkali cikgu kena mandi bunga ni…!" ucap Cikgu Naim sedikit mengejek lantas ketawa sinis.

"Hmm…!!" Cikgu Syafik mendengus geram. Menyumpah-nyumpah dirinya sendiri. Benar kata Cikgu Naim. Entah kenapa tiada perempuan yang sudi menyambut kasihnya Apakah cintanya tidak sehebat cinta Laila dan Majnum? Di sekolah itu, sudah beberapa guru perempuan cuba ditagih cinta mereka namun mereka tidak melayannya. Apakah yang kurang pada dirinya?

Cikgu Syafik meraba-raba wajahnya. Dia bukan tidak kacak. Wajahnya sedap mata memandang. Dengan alis kening yang sedikit lebat, lesung pipit yang sentiasa terbit di pipi bila senyum terukir, anak mata yang berwarna coklat, dan mukanya jarang sekali menjadi tempat jerawat bertamu. Persis Fahrin Ahmad!

Namun tiada seorang pun yang seakan menyedari kelibat cintanya. Mungkin benar kata-kata Cikgu Naim, perlu mandi bunga supaya tuah itu memunculkan diri di hadapannya.

Akibat cinta yang sering ditolak sang gadis, Cikgu Syafik seakan takut untuk menjelmakan dirinya dalam dunia cinta lagi. Bimbang penolakan itu berlaku sekali lagi. Malunya tiada kepalang. Cikgu Syafik seringkali menjadi bahan gurauan senda guru-guru lelaki di sekolah itu. Malah statusnya sebagai bujang terlajak menyebabkan ibu bapa di kampung selalu bising.

Dalam ramai-ramai guru lelaki, bolehlah dikatakan hanya Cikgu Syafik yang belum berkahwin. Sedangkan dia antara guru yang paling lama bermastautin di sekolah itu. Kalau ada guru lelaki muda yang masuk sekalipun, tak sampai setahun, pasti guru itu menjadi kepunyaan si dara. Hanya Cikgu Syafik yang ternanti-nantikan jodohnya sahaja.

"Aku dengar ada guru muda yang masuk ke sekolah kita hari ini..!" bicara Cikgu Faizal menyentuh gegendang telinga Cikgu Syafik.

"Lelaki??" tanya Cikgu Zakaria lalu puntung rokok yang sudah kecil ditunjal-tunjal dengan hujung kasutnya.

"Kalau lelaki, buat apa aku beria-ia cerita pada kamu semua? Sudah tentu guru perempuan! Dengarnya masih muda belia, lingkungan umur 26 rasanya.. Dia bertukar dari sekolah bandar di Gombak dulu.. Hari ini hari pertama dia untuk melaporkan diri.."

"Nampaknya aku ada peluang lah..!" ujar Cikgu Naim sambil mengenyitkan mata kanannya. Cikgu Naim memang terkenal dengan perangainya yang gatal dan buaya darat itu. Sentiasa dahagakan perhatian wanita muda sedangkan umurnya saja sudah mencecah empat puluh. Sudah beristeri dua dan mempunyai enam orang anak dari kedua-duanya.

"Kamu ni, Cikgu Naim! Sudah-sudah lah tu! Isteri dua orang kat rumah tu siapa nak jaga nanti? Bagilah peluang kepada orang muda di sebelah tu…" balas Cikgu Faizal sambil memuncungkan mulutnya ke arah Cikgu Syafik. Cikgu Syafik tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi. Sedangkan rasa takut mula bersarang di dalam hatinya. Apakah ini peluang diharapkan selalu muncul itu? Macam mana kalau gagal lagi?

"Pasti guru perempuan tu cantik kan? Maklum lah guru muda.." puji Ckgu Naim sedangkan hakikatnya dia sendiri belum pasti.

Cikgu Zakaria, Ckgu Faizal dan Cikgu Syafik sekadar senyum memerhatikan telatah Cikgu Naim itu. Kalau dah namanya lelaki, ditambah pula dengan perangai miangnya itu, memang bukan lelaki lah namanya.. Bagaimanalah nasib guru baru itu nanti??

*****************

Baiklah, para pelajar! Hari ini kita akan menyambut kedatangan guru baru ke sekolah ini. Diperkenalkan, Cikgu Safira!" lantas suara pengetua bergema di sekitar tapak perhimpunan yang menghimpunkan lebih kurang seribu pelajar. Pelajar bertepuk tangan meraikan kedatangan guru baru itu. Ada bunyi siulan yang mengusik Safira..

Safira yang duduk di barisan paling hujung di antara guru perempuan itu bangun lalu menundukkan kepala tanda hormat. Seraya senyuman terukir di bibirnya yang bersalut lisptik merah jambu yang tidak berapa terang warnanya.

"Wah.. cantiknya cikgu baru tu.. Boleh lah kita usha kann..?" terdengar suara nakal berbisik. Kawan di belakang terus mengetuk kepalanya. Pelajar lelaki nakal itu berpaling ke belakang dan mendengus geram lalu digosok perlahan-lahan kepala yang sakit.

Tak jadi hendak marah kerana yang mengetuk kepalanya tadi adalah pengawas perempuan memakai tag nama ' DARIN ' yang ditugaskan mengawasi barisan pelajar lelaki.

"Syhh… Senyap! Tak nampak pengetua tengah berucap ke?" kata Darin geram. Kalau diikutkan hati, malas rasanya menjaga barisan pelajar lelaki ini. Mereka ni suka buat bising. Tak tahu etika ketika berada di perhimpunan. Namun hendak buat macam mana, pengawas perempuan perlu menjaga barisan lelaki, begitu juga sebaliknya.

Pelajar nakal itu menjelir lidahnya. Kemudian beberapa orang pelajar yang berada berdekatan pelajar nakal itu bersiul pula mengenakan Darin. Merah padam muka Darin dibuatnya.

"Fakhri, Naufal dan Wafir! Ke depan sekarang!" laung pengetua dengan mikrofonnya. Serentak semua pelajar berpaling melihat pelajar yang dimaksudkan.

"Berdiri di situ!" sambung pengetua lagi. Hukuman biasa yang selalu mereka dapat.

"Mereka ni lagi! Kenapalah suka sangat buat hal? Memang 'muka tembok' betul lah..!" terdengar suara pelajar lain berbisik. Memang tak sah kalau setiap perhimpunan tiada muka pelajar bertiga untuk berdiri di depan. Hukuman kerana membuat bising. Pengetua sendiri sudah arif dengan kenakalan pelajar yang bertiga itu.

Safira kembali duduk di kerusinya. Guru perempuan yang berada di sebelahnya memberinya senyuman. Sambil menghulurkan tangan,

"Saya, Cikgu Durriyah! Guru Matematik di sekolah ini!"

Safira menyambut salam itu.Permulaan bagi satu kehidupan. Kehidupan lama yang Safira telah tinggalkan. Dan Safira membalas senyuman Cikgu Durriyah. Serentak keduanya berpaling ke hadapan. Menatap ratusan wajah anak-anak kecil yang kian meningkat dewasa. Di sinilah, mereka sebagai guru menabur jasa dan bakti melalui ilmu yang dicurahkan.

Hampir lima belas minit pengetua yang bernama Cikgu Ibrahim itu berucap. Pagi yang tadinya sejuk dibasahi embun kampung kian hangat disimbahi teriknya sang mentari yang telah lama menampakkan diri.

Setelah berhimpun dekat satu jam, akhirnya pelajar dan guru-guru bersurai. Masing-masing mula bergerak ke destinasi. Pelajar ke kelas mereka dan guru ke dalam bilik guru yang terletak di bangunan B. Guru-guru yang akan mula mengajar menyiapkan bahan pengajaran mereka. Beberapa guru yang belum sampai masa mengajarnya sibuk menjaja mulut bercerita itu dan ini. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Anita, Cikgu Swee Lin dan Cikgu Noreen!

"Kau tahu, semalam aku pergi ke Kuala Lumpur! Suami aku ajak berjalan-jalan di sana. Wah.. banyaknya tempat untuk membeli belah. Semuanya dijual dengan harga yang murah! Rabun mata aku tengok barang-barang di sana.." bersungguh-sungguh Cikgu Noreen mencanang cerita. Tambahan pula Cikgu Noreen baru sahaja pulang dari cuti bulan madunya. Suaminya, guru sekolah itu juga, Cikgu Faizal. Dengan gaya gedik yang dibuat-buat, cukup menggambarkan Cikgu Noreen berasal dari kawasan bandar

Dengan pakaian yang sentiasa bertukar fesyen serta aksesori yang menghiasi tubuhnya, membuatkan pelajar dan guru mengenali Cikgu Noreen yang sebagai ratu fesyen. Biarpun pemakaian Cikgu Noreen sentiasa ditegur pengetua, ia bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Pengetua tidak mahu pelajar-pelajar mempelajari sesuatu yang bakal menghabiskan kewangan ibubapa mereka. Memanglah Cikgu Noreen tidak berpakaian seksi tetapi aksesorinya mahal-mahal belaka. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya berharga lebih dari gaji seorang guru berkelulusan ijazah.

Setelah ditunjukkan tempat baru untuk Safira, Cikgu Durriyah meminta diri untuk memulakan sesi pengajarannya. Safira menganggukkan kepala tanda mengizinkan. Lalu Safira merebahkan badan di belakang kerusi yang bersalut kapas lembut itu. Selesanya…
Safira memerhatikan mejanya yang masih kosong lalu mengalihkan pandangan ke meja Cikgu Durriyah yang letaknya bersebelahan sahaja. Meja itu penuh dengan barang-barang..

'Suatu hari nanti meja aku pun akan penuh macam tu juga'

Safira berkata kepada dirinya sendiri. Lalu bibir mengukir senyum lagi. Teringat Safira akan kenangan lampau yang sebolehnya tidak mahu dikenang lagi. Setelah tiga bulan selepas kejadian yang memalukan itu, Safira mohon untuk berhenti kerja di syarikat tempatnya bekerja masa itu. Tidak sanggup lagi menghadapi kutukan dan hinaan yang semakin lama bernanah di dalam hati.

Bila mengetahui ada peluang untuk pelajar lepasan ijazah mengambil kursus perguruan di dada akhbar, segera Safira memohonya. Safira berharap dia akan dapat memulakan hidup yang baru setelah tamat kursus itu nanti. Sekurang-kurangnya Safira terlepas dari cacian masyarakat sekeliling. Sejak itu, Safira mula bertekad untuk berbakti kepada anak bangsa. Selagi terdaya, Safira sebaik mungkin akan cuba menyembunyikan rahsia silan yang memeritkan itu.

Safira seolah-olah bayi yang baru yang baru dilahirkan sejak kakinya melangkah kali pertama pagi tadi di Sekolah Menengah Seri Andalas itu. Seperti bayi kecil yang belum ternoda dari dosa dan ibarat kain putih yang belum tentu hasil coraknya. Sebegitu lah yang dirasa Safira. Semoga hari ini menjadi hari baru dalam hidup Safira.
posted by Penulisan2u @ 5:29 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 23/10/09 10:02 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kasihannya pada safira..
    ditimpa malang.. :(

     

  • At 26/10/09 5:17 PTG, Blogger idah said…

    simpati untuk safira...sambung lagi......

     

  • At 30/11/09 4:52 PTG, Blogger ~Siti Fatimah~ said…

    Hye..jOin myblOg.. :)

     

  • At 10/3/10 7:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Simpati utk Safira...tapi tabik kerna semangat utk terus kan kehidupan seharian. Sambung lagi ahhh mcam tak puas nak tao cerita selanjutnya....sambung ehhh please...Puteri Tudung Saji

     

  • At 18/3/10 2:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagus jalan cerita niy..first saya baca jew air mata saya dah meleleh baca cerita safira yang difitnah,dibuang keluarga,dibenci rakan-rakan serta jiran,orang yang dicintai terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia dan tak diterima bakal serta bekas keluarga mentua yang kejam tetapi diterima oleh bapa kekadihnya..saya harap cerita niy dapat sambing lagi..dan selamat berjaya dalam dunia novelis..

     

  • At 5/1/12 8:20 PTG, Anonymous izah said…

    best citer ni..xde smbungan ke?

     

  • At 6/7/12 4:22 PTG, Blogger Nur Shuhadah said…

    saya menunggu sambungannya

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group