Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Abang, usir perempuan tu dari sini! Perempuan tu bawa sial dalam keluarga kita! Perempuan tu dah malukan kita dan sekarang dia dah ragut nyawa satu-satunya anak lelaki kita! Usir dia, bang!! Saya benci diaaa….!" Datin Sofea memekik. Meraung dia di sisi jasad anaknya. Fahmi sambil cuba ditenangkan oleh suaminya. Tetamu yang hadir memandang cuma.
Tak disangka Fahmi akan meninggalkan mereka semua. Fahmi mengalami kemalangan teruk sewaktu mengambil pakaian pengantinnya. Keretanya berlanggar dengan lori minyak yang memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba. Kereta Fahmi terus mencium belakang lori itu menyebabkan separuh badan kereta masuk di bawah lori.
Semuanya persiapan yang dilakukan agak tergesa-gesa terpaksa dibatalkan.. Majlis akad nikah bertukar menjadi majlis tahlil arwah. Hati ibu mana yang tidak pilu mengenangkan satu-satunya anak yang lahir dari rahimnya meninggalkan dunia ini dengan keadaan begitu. Fahmi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kehilangan darah yang banyak. Sedih hatinya mengenangkan Fahmi. Bacaan Yassin bergema ke seluruh rumah.
"Kau keluar!! Aku benci tengok kau!! Kau ingat kedatangan kau kat sini boleh rawat hati yang sakit ni, hah?? Pergi…!"
Datin Sofea bersuara keras untuk menghalau Safira dari rumah agamnya.. Nafasnya turun naik menahan marah. Betapa degilnya perempuan yang dicintai sepenuh hati oleh Fahmi ini. Biar diherdik berapa kali pun, Safira tetap tidak berganjak dari rumah itu. Air mata Safira semakin laju menuruni pipi halusnya. Dato’ Razali memandang ke arah Safira. Timbul perasaan belas kasihan terhadap perempuan muda itu. Kerana tidak mahu Safira berterusan menjadi mangsa herdikan isterinya, dibawanya Safira ke bilik bacaan.
"Maafkan papa, Safira! Papa rasa kehadiran Safira tak diperlukan di sini. Papa harap Safira boleh pergi dari sini…" pnta Dato Razali dengan lembut.
Mana mungkin dia berkata kasar dengan gadis yang sedang dirobek hatinya itu. Dato’ Razali tahu, hanya dengan kelembutan yang bisa mencairkan hati gadis itu sekarang. Hanya kelembutan yang boleh menghentikan tangisan Safira. Panggilan papa sudah lama digunakan sejak Safira bercinta dengan Fahmi lagi. Dato’ Razali mengusap lembut rambut Safira. Safira tidak ubah seperti anaknya jua…
‘Kasihan gadis ini… Hidupnya tiada berteman kini. Orang sekeliling mula mencemuh.. Safira anakku, sabarlah.. Papa tahu kamu tidak bersalah. Papa tahu..!!’ desis Dato’ Razali.
Dato Razali jadi kasihan melihat Safira. Walaupun Safira yang dituduh membuat onar bersama anaknya, Dato Razali tidak menyalahkan Safira. Wajah polos Safira seakan menceritakan bahawa Safira dan Fahmi tidak bersalah. Barangkali takdir yang mengkehendaki begitu.. Dan takdir juga yang membawa anaknya pergi untuk selamanya. Dato Razali redha dengan semua itu.
Beribu simpati terbit di hatinya. Dato Razali kasihankan Safira. Dato Razali tahu betapa anaknya, Fahmi begitu menyintai Safira. Dato Razali tahu Safira keseorangan sekarang. Tiada sesiapa di sisi gadis itu. Bagaimanakah kehidupannya nanti? Lebih-lebih lagi setelah kehilangan Fahmi?
"Safira, anakku! Andai papa punya seorang lagi anak lelaki, akan papa kahwinkannya dengan Safira. Papa kasihankan Safira. Bersabarlah menghadapi dugaan hidup ni.. Papa tahu perit untuk Safira tanggung semuanya tapi percayalah andai Safira tabah, kebahagiaan pasti muncul di kemudian hari. Papa akan sentiasa doakan Safira. Moga Safira bertemu jodoh yang lain.." nasihat Dato Razali lalu dikesatnya air mata gadis itu.
Safira membisu seribu bahasa sejak memasuki bilik bacaan itu.. Cuma kedengaran tangisan kecil yang tidak kuat sahaja. Cuba dikumpulkan kekuatan di dalam diri. Sudahlah kehadirannya tidak diundang, pandangan serong dari puluhan mata yang memandang seakan mencucuk hatinya. Sakit rasanya. Safira merenung jarinya yang berinai. Inai yang tidak sekuat mana pun warnanya. Warna inai yang merah itu seakan pudar, sepudar hatinya kini. Inai yang dibuat sendiri lantaran tiada siapa yang ingin membantunya.
"Tidak mengapa, papa! Safira… Safira sedar siapa diri ini. Hajat di hati nak menumpang kasih dengan keluarga ini tapi sayangnya ia tak kesampaian. Mungkin bukan di sini kebahagiaan yang Safira cari. Takpelah, papa. Bukan jodoh Safira bersama Fahmi. Jika itu yang ditakdirkan, Safira redha… Terima kasih, papa sebab kasihan pada diri ini. Tiada siapa yang beri kekuatan pada Safira melainkan papa seorang.."
Kolam mata Safira dilimpahi lagi dengan air mata. Mudahnya air jernih itu mengalir. Barangkali ia turut bersimpati dengan nasib Safira. Dato’ Razali memeluk Safira. Dia berharap pelukan itu mampu menenangkan kemarau yang melanda hidup gadis itu.
Dato Razali bangun menghampiri rak buku-buku bacaannya. Di situ terselit satu buku kecil berwarna merah. Diraih buku itu dalam pegangannya. Dato Razali memandang Safira.
"Sehari sebelum Fahmi accident, Fahmi minta diari ini diberikan pada Safira. Fahmi jelaskan pada papa yang kes hari tu memang bukan salahnya. Tidak terlintas pun di hatinya nak dapatkan Safira dengan cara kotor tu. Safira, papa minta maaf! Papa ada terbaca diari ni. Bukan papa berniat buruk, papa cuma mahu tahu bagaimana hati anak papa tu pada Safira. Kalau Safira baca diari ni, papa pinta janganlah Safira terkejut besar dengan tulisan Fahmi. Rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. Papa sendiri tak menyangka! Andai Safira bertemunya kelak, jangan ada dendam terbuku di hati."
"Jika Safira perlukan semangat dan nasihat dari papa, janganlah segan-segan menghubungi papa. Safira tahu nombor papa kan? Papa sentiasa ada untuk memberi semangat buat Safira. Papa dah anggap Safira macam anak papa sendiri," sambung Dato’ Razali.
"Terima kasih, papa!" ucap Safira perlahan lantas diambil diari itu. Mungkin di sini akan terungkai apa yang sebenarnya terjadi dulu. Dato Razali menepuk-nepuk bahu Safira.
‘Hai, anakku… bersabarlah. Papa doakan dirimu sentiasa diulit kebahagiaan. Biarpun lambat, pasti ia akan mencari kamu kelak!’
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepat sambung..
sy suke sangat ngan cter ni..
gud job to writer..