Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"You do it again?" Bulat mata Wafiy Munirah memandang adiknya. "Sorry..." Selamba sahaja Dhia Wafiah menuturkannya. Mulutnya masih lagi mengukir senyuman walau dia sudahpun tahu tahap kemarahan kakaknya yang seorang itu. "Kau ni kan memang…memang menyakitkan hati betul. Weh mana aku nak letak muka aku ni." Wafiy Munirah dapat merasakan marahnya pada Dhia Wafiah bukan sedikit. Kalau diikutkan rasa hatinya yang sedang menggelegak itu mahu sahaja Dhia Wafiah itu diikatnya di kipas syiling. Kemudiannya kipas syiling itu dipusingkan laju-laju, pakai speed 5. "Alah...dah tak sesuwai, nak buat lagu mana...putus sajalah." Matanya dikelipkan beberapa kali sambil memandang kakaknya. Sedikitpun tidak menunjukkan rasa kesal mahupun bersalah. Baginya keputusan yang diambil itu adalah keputusan yang terbaik bagi semua pihak. Win win situation kata orang putih. "Bakhtiar tu officemate aku tau tak?" Mencerlung mata Wafiy Munirah memandang adiknya. Kalaulah dia punya kuasa pasti Dhia Wafiah tidak akan wujud lagi sebagai Dhia Wafiah. "Tau jer…so?" Masih seperti tadi, tenang dan selamba. "So? So tengkorak hang. Mana aku nak letak muka ni. Segan lah dowh aku nak jumpa dia." Wafiy Munirah sudah mula hilang sabar apabila dilihatnya Dhia Wafiah tidak terkesan apa-apa. Suaranya juga sudah naik beberapa okta. "Lah…buat bodoh sudahlah." "Buat bodoh? Kau bolehlah buat bodoh sebab tak buat pun kau memang bodoh!" Bahasa Wafiy Munirah juga sudah semakin kasar. Namun Dhia Wafiah tetap seperti itu. Sejuk membeku. Tiada satupun kata-kata Wafiy Munirah yang terkesan di hatinya. "Bukan jodoh aku. Kau sumpah aku sekalipun bukannya boleh aku kahwin dengan budak Bakhtiar tu." Dhia Wafiah sudah malas mahu bercakap soal Bakhtiar. Padanya kalau sudah tiada jodoh, apa lagi yang boleh dia lakukan. "Apa yang tak kena Bakhtiar tu? Pakej lengkap apa...semua ada. Tak kan lelaki macam itupun tak boleh masuk list kau." Wafiy Munirah masih tidak puas hati. Selagi dia tidak mendapat sebab mengapa hubungan adiknya dan Bakhtiar putus dia akan terus membuat soal siasat. "Semua kena. Baik...handsome...caring...charming...pedek kata dia seorang lelaki yang menghampiri kesempurnaan. Masalahnya aku ni. Serba kekurangan. Kalau berdiri sebelah dia macam ada tembok besar Cina kat tengah-tengah kitorang. Dah lah besar, tinggi, panjang langsung tak nampak dia, macam mana nak couple? Lagipun lelaki yang baik kan untuk perempuan yang baik. Kesian mamat Bakhtiar tu kalau dapat bini macam aku ni." Dhia Wafiah memandang kakanya meminta simpati. Sengaja mukanya dimonyokkan agar nampak benar-benar sedih. "Kau ni kalau beralasan, memang best. Aku yang nak bengang ni pun tangkap leleh." Wafiy Munirah sudah duduk di sebelah adiknya. Tangannya direhatkan di atas bahu Dhia Wafiah. "Tapi..." "Dah dah. Case closed!" Tidak mahu memanjangkan bicara berkaitan Bakhtiar, Dhia Wafiah memotong cakap kakanya. "Aku ingat kau ni kena mandi bunga bawah jambatanlah Fi. Kasi buang semua sial yang melekat kat badan kau tu." Wafiy Munirah mengangkat keningnya beberapa kali sambil memandang adiknya. "Wei, mulut kasi jaga aaa...Kang ada yang makan kasut saiz 6 kang." Dhia Wafiah menjeling kakanya. Suasana sunyi seketika. Masing-masing leka menonton televisyen. Seronok melihat spangebob menangkap obor-obor bersama sahabat baiknya patrik si merah jambu. Pagi Sabtu begitu biasanya mereka jarang keluar ke mana-mana. Lebih-lebih lagi Dhia Wafiah. Wafiy Munirah pula hanya akan keluar jika tunangnya tidak sibuk. "Assalamualaikum..." Kedengaran suara memberi salam. Kedua beradik itu saling berpandangan. Masing-masing sudah faham maksud pandangan satu sama lain itu. "Hai tak reti-reti lagi ker?" Wafiy Munirah sudah mula menolak tubuh adiknya. Dhia Wafiah menjeling. "Pergilah buka pintu." Suara berbentuk arahan itu semakin keras. Jelingan Dhia Wafiah pula semakin tajam. Namun badannya tetap dikeraskan di atas sofa merah terang itu. Sedikitpun tidak berkutik. "Pergilah..." Wafiy Munirah menolak tubuh Dhia Wafiah lebih kuat. "Kaulah yang pergi buka pintu. Kau kan dah nak kahwin." Dhia Wafiah tidak mahu mengalah. "Weh, tak da maknyanya kahwin dengan buka pintu. Kau adik, kau pergi buka." Tetap seperti tadi. Tidak seorang pun dari mereka yang mahu bangun membuka pintu. "Assalamualaikum...Ira...Dhia..." Salam diberi kali kedua diikuti dengan panggilan nama. Cepat sahaja Dhia Wafiah tersenyum. Pantas kepalanya dipusingkan memandang si kakak. Wafiy Munirah mengerutkan dahinya. Apa pula muslihat dan alasan adiknya. "See...see...mama called your name first. Dengan segala hormatnya pergi buka pintu." Matanya dikecilkan memandang Wafiy Munirah sambil bibirnya mengukir senyuman menyakitkan hati si kakak. "Kau ni memang macam haram." Wafiy Munirah akhirnya mengalah dalam radang. Bangun juga membukakan pintu untuk mamanya yang sudah lama berdiri di luar. Namun hatinya sebal dengan sikap degil adiknya. Dhia Wafiah tahu kakaknya marah. Namun dia tidak peduli. Baginya sebagai seorang kakak Wafiy Munirah harus sentiasa mengalah dengannya. Lagi pula diakan anak bongsu. Jadi sebagai anak bongsu keutamaan adalah miliknya. Anak bongsukan anak yang manja. Dhia Wafiah senyum sendiri. Namun senyumannya mati tiba-tiba diiringi dengan jeritan kesakitan. "Wek.." Wafiy Munirah menjelirkan lidah memandang adiknya. Dia baru sahaja melepasi belakang sofa tempat Dhia Wafiah duduk. Dan ketika melalui belakang Dhia Wafiah itulah dia menarik rambut adiknya menyebabkan Dhia Wafiah menjerit kesakitan. "Jaga kau nanti!" Dhia Wafiah menjerit sekuat yang dia mampu. Bergegar rumah banglo dua tingkat itu dengan jeritannya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haha...besh! bhasa penang pure nmpk..nnt smbung lagi eh..keep this up!...