Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suara sayup-sayup pemandu teksi yang mengatakan mereka sudah sampai mengejutkan Hariz daripada lena.Segera dia membuka mata.Dilihatnya teksi yang dinaiki sudah pun berhenti di perkarangan Villa Kayangan.Setelah membayar tambang teksi,Hariz melangkah pantas ke arah pintu utama Villa Kayangan.Tidak banyak perubahan yang berlaku di perkarangan Villa Kayangan,melainkan bunga-bunga ros yang semakin banyak di bahagian sudut kanan villa.Pasti Datin Zefrina yang menanam bunga-bunga ros tersebut.Kenal sangat dia akan kegemaraan mamanya terhadap bunga yang satu itu. Tidak mahu membuang masa,Hariz segera melangkah masuk ke dalam villa apabila dilihatnya pintu utama tidak berkunci.Hairan dia melihat suasana sunyi yang menyelubungi ruang villa tersebut.Biasanya hujung minggu begini papa dan mamanya akan berehat di rumah. ‘Takkanlah hari Ahad macam ni pun papa kerja kot?’bisik hati kecilnya.
Mendengarkan ada bunyi orang memasak,Hariz bergegas ke arah dapur.Beg pakaian yang dipegang sedari tadi dibiarkan sahaja terdampar dia atas sofa di ruang tamu.Tersenyum dia memerhatikan Datin Zefrina sedang menolong Mak Mah,orang gaji Villa Kayangan memasak di dapur.Dilihatnya Mak Mah sudah pun menyedari kehadirannya di pintu dapur.Hampir melopong mulut wanita tua itu melihatnya.Datin Zefrina pula masih tidak menyedari kehadiran Hariz memandangkan wanita itu asyik mengacau sesuatu di dalam kuali.Hariz pantas memberikan isyarat kepada Mak Mah agar tidak memberitahu Datin Zefrina akan kehadirannya di situ.Mak Mah tersenyum tanda mengerti.
Perlahan-lahan Hariz menghampiri Datin Zefrina. "Mama,Riz dah balik ni,"Hariz segera memeluk erat tubuh mamanya dari arah belakang.Terkejut Datin Zefrina apabila tubuhnya dipeluk secara tiba-tiba.Sudip yang dipegangnya terlepas dari tangan.
Hariz segera melepaskan pelukan.Dia ketawa terkekek-kekek apabila melihat mamanya memandangnya bagaikan ternampak hantu. "Mama terkejut ke?"
Datin Zefrina bagaikan baru tersedar.Memang benarlah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu adalah Hariz.Sangkanya tadi dia hanya bermimpi di sianag hari.Pantas dia memeluk Hariz.Diciumnya bertalu-talu pipi anaknya itu,melepaskan kerinduan yang mencengkam dirinya selama ini.
"Riz,kenapa balik tak bagitau mama?Kalau tak, boleh mama pergi jemput Riz tadi,"ujar Datin Zefrina.Direnung penuh kasih sayang wajah Hariz.Hampir empat tahun tidak berjumpa,anak tunggalnya itu bertambah kacak pula.
"Saje je Riz nak bagi suprise kat mama dan papa?Oh ya,papa pergi mana mama?"
"Papa kamu pergi main golf dengan Datuk Johan.Tengahari nanti baliklah papa kamu tu.Untung Riz balik hari ni,mama dan Mak Mah ada masakkan ketam masak lemak,lauk kegemaran Riz tu.Kami macam tau-tau aje yang Riz nak balik."
Hariz tersengih mendengar kata-kata mamanya itu.Kecur air liurnya mengingatkan lauk kegemarannya itu. "Ok lah mama,Riz naik dulu ya?nak mandi dulu.Nanti kalau mama dah siap masak,mama panggil Riz tau,"Hariz berkata manja.
Datin Zefrina tersenyum senang.Hariz sememangnya anak yang manja,malah sifat itu bagaikan masih ada pada anaknya itu.Dia memerhatikan sahaja langkah Hariz yang laju mendaki anak tangga. Sampai sahaja di biliknya,Hariz terus merebahkan tubuhnya ke atas katil.Terasa lega apabila dapat merehatkan diri.Diperhatikan suasana biliknya.Masih lagi sama seperti empat tahun yang lalu.Bingkai gambar dia bersama papa dan mama masih tergantung elok di sudut kiri biliknya.Bingkai gambar yang terletak di atas meja belajar menarik perhatiannya.Dia bingkas dari pembaringan.Dicapai bingkai gambar tersebut.Gambar seorang gadis sedang tersenyum ceria menyapa matanya.Gambar tersebut diambil secara curi-curi oleh kawan baiknya,Shahril semasa pesta buku di sekolah menengah dahulu.
Dia tidak menyangka yang Shahril akan memberikan bingkai gambar gadis pujaannya itu sebagai hadiah hari jadinya yang ke-17.Hariz mengusap perlahan wajah gadis di dalam bingkai gambar tersebut.Masih diingatnya yang gadis itu cuba menghubunginya setelah tamat SPM.Tapi entah di mana silapnya,salam perkenalan daripada gadis itu hanya dipandang sepi.Dia berlagak sombong apabila gadis pujaannya itu cuba menarik perhatiannya.Akhirnya,tiada lagi panggilan telefon dan sms daripada gadis itu sejak dia malas menunjukkan minat untuk melayan gadis tersebut.
Akhirnya sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke luar negara,hubungan dia dan gadis itu menjadi hambar.Sangkanya cintanya semasa zaman sekolah itu hanyalah cinta monyet sahaja,jadi pasti dia akan dapat melupakan gadis tersebut dalam masa yang singkat sahaja.Namun,ternyata andaiannya itu silap.Setiap saat dia berada di luar negara,tidak sekalipun dia dapat melupakan gadis itu.Malah mimpinya sentiasa ditemani oleh gadis tersebut.Sungguh,rindunya terhadap gadis tersebut semakin kuat dari hari ke hari.Untuk tidak terlalu memikirkan gadis itu,dia cuba menyibukkan diri dengan menelaah pelajaran dan menyertai aktiviti persatuan di universiti.Malah dia sudah pun bercouple dengan ramai perempuan,namun tidak ada satu pun hubungan yang mampu bertahan lama.Paling lama pun hubungan yang dibina hanyalah sebulan sahaja.
Hariz mengeluh perlahan.Diletakkan kembali bingkai gambar yang dipegangnya itu ke tempat asalnya semula.Spontan dia teringat kembali pertemuannya dengan gadis tersebut di balai berlepas KLIA.Sungguh dia tidak menyangka yang dia akan bertemu gadis itu di KLIA.Dilihatnya gadis itu tidak banyak berubah,masih sama seperti dahulu.Sebab itulah dia dapat mengecam gadis itu dengan cepat.Ingin sahaja dia menegur gadis itu,tetapi mengingatkan layanannya yang dingin dahulu membuatkan Hariz menahan niatnya itu.Apatah lagi dilihatnya gadis itu langsung tidak menyedari kehadirannya yang hanya beberapa kaki sahaja dari situ.Buatnya gadis itu tidak mengenalinya lagi,dia juga yang malu nanti.Akhirnya dia hanya memerhatikan sahaja pemergian gadis itu dari jauh.
cite best tp mcm ade skit canggung la.. bkn ke tambang teksi dari KLIA adalah secara kupon yg mane tambang dibayar terus di kaunter teksi yg ade kt sane.. mntk buat research lebih k..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best.
nk blog.