Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hoi kau tak kerja ke hari ni. dah pukul berapa tak bangun - bangun lagi. Subuh gajah ke kau pagi tadi." suara kak Ayu memecah kesuyian pagi yang tadinya damai bertukar menjadi sedikit bingit. Macam mana dia dapat masuk bilik aku yang selalu berkunci ni. Aku masih lagi berkeadaan mamai. Aku hanya membuka kecil kelopak mata yang semamangnya mengantuk sakan. Bayang-bayang kak Ayu yang tadinya besar kini semakin kecil dan terus hilang dipandangan. Sah aku teridur walaupun dalam keadaan gempa sebentar tadi. "Hoi bangunlah. Kau dah diberhentikan kerja ke?" kak Ayu menarik selimut yang membaluti seluruh tubuhku. Dia belum berpuas hati selagi belum mendapatkan jawapan yang pasti keluar dari mulut comel ku. "Apa ni kak aku ngantuk lah. Kalau kau nak pergi kerja pergi ajalah, takkan kau nak suruh aku hantar pulak." bantahku geram dengan tindakan kak Ayu sebentar tadi. Selimut yang berada ditangannya aku tarik dengan pantas. Malas aku mahu melayan kehendak kak Ayu yang suka menganggu ketenteramanku. "Oii..bangun..bangun..bangun lah kan mak dah pesan jangan suka bangun lambat nanti rezeki lari. Bangun lah oii.." ini yang aku malas dengan kak Ayu, kalau nak kejutkan aku pasti dia akan sertakan sekali pesanan mak. Dah berapa kali dia ulang perkataan bangun tapi aku tak juga bangun. Suasana kembali senyap..dalam mamai aku sempat lagi berfikir pasti ada perkara yang akan kak Ayu lakukan pada aku. Dengan cepat aku membesarkan mataku. Aku lihat kak Ayu tersengih memandangku yang berada dihujung katil, ditanganya tergengam semangkuk air yang pastinya dia akan jadikan peluru tabur dan rasanya bersiramlah aku dia atas tahta yang empuk ni. Aku bingkas bangun sambil tersengih-sengih. Melipat selimut yang berterabur dek kerana cepatnya tindakan yang aku lakukan apabila ternampak air ditangan kak Ayu. "Hoit.nanti..nanti...aku bangulah ni kak. Kau ni pun satulah pantang tengok aku cuti sikit dengki lah tu. Aku malas pergi kerja hari ini. Lagipun aku dah sms kak Munah suruh dia isikan form cuti." "form cuti?" masih adakah lagi cuti aku untuk tahun ni, dah berapa banyak aku ambil cuti aku sendiri pun tak pernah kira. "Kenapa pulak kau cuti? Kau nak ke mana? Masih dengan aktiviti tak berfaedah kawan-kawan kau tu ke?" dah..pulak kak Ayu mula dah cari point untuk mengorek aktiviti kumpulan aku pada kali ini. "Mana ada lah. Aku cuti nak pergi ambil motor yang tersadai entah berapa lama kat bengkel tu, kalau tak ambik karang jadi besi buruk pulak kat sana. Tak kan hari-hari aku nak tumpang kau kak. Lagipun aku dan jenuh la naik kereta asyik jem aja" "Kau tu memang kalau tak dapat merempit tak senang duduk kau." aku hanya tersengih. "Tahu takpe. Eh kak dah pukul 10.15 ni kau masuk kerja petang ke." Aku sengaja menprovok kak Ayu yang sememangnya mementingkan masa. Jam dibilik sudah lama tak berganti bateri. Kak Ayu kelihatan gelabah. Dia menghulurkan bekas yang berisi air itu kepadaku. Cepat-cepat dia keluar. Kerja pasaraya pun ada puch card. Dia kerja shif pagi hari ni sebab tu kelam kabut sikit. "Ha padan muka kau kak, bebel sangat. Kan dah lambat tu." aku memerlinya. "Ini kau punya pasallah dik. Siap kau nanti." Dia memberi amaran. Aku gelak sakan dengan amaran yang sedikit pun tak menakutkan aku. "Hai salahkan aku pulak...masih awal lagi ni baik aku sambung tidur sekejap." Aku mula membuka lipatan selimut lalu menyambung mimpi yang tertanguh sebentar tadi....
Cuaca agak cerah hari ini. mood aku pun okey jerk. Lepas sarapan.... eh sarapan apa pukul satu tengha hari baru aku bangkit dari tidur. Kiranya lepas makan tengah hari la tu. Luch aku hanya dengan roti bakar hasil tinggalan kak Ayu pagi tadi. Itupun dah memadai untuk mengalas perut sementara aku makan kat luar nanti. Nak masak sendiri sorry lah tangan aku mana pernah potong bawang, potong sayur yang aku tahu makan aja lah. Sayur pun aku tak kenal langsung namanya, kak Ayu atau mak masak aku sumbat aja dalam mulut. Entah bila la aku hendak berubah. Kalau belaki rasanya laki aku dah kahwin lain agaknya. Siapalah yang dapat aku nanti mahu kebulur. Hahaha..aku gelak dalam hati mengenangkan orang yang akan berkongsi hidup dengan aku nanti. Bengkel motor Rodaria tidak ramai pelanggan, dari ajuh aku sudah nampak tokey cina pemilik bengkel yang memang terkenal di bandar Kuantan memegang spana. Tanpa berlengah aku berjalan semakin pantas ke arahnya. "Tokey saya punya motor apa macam? Sudah siap ka?" "Motor?..apa motor.. soalnya seolah-olah tidak mengingati yang aku pernah menghantar motorsikal ke bengkelnya empat hari lepas. Itu motor yang accident sama itu lelaki ma. Aku cuba mengembalikan ingatan tokey cina yang berusia separuh umur ini. "Ooo...Haiiya... amoi lu punya motor ini petang baru siap ma." "La kenapa lama sangat. Saya sudah windu sama dia.."tokey kedai tersengih-sengih mendengar jawapanku. "Saya kasi motor amoi banyak bagus ma..itu lambat siap." "Haiiya... tokey kasi motor saya punya bagus atau tokey punya masa banyak luang ma." Aku mula bersoal jawab. Beberapa pelanggan yang ada memandang dengan sengihan bersahaja. Aku turut menjawab mengikut bahasa melayu pelatnya. "Ini masuk 4 hari lo saya tarak tengok itu muka dia. Hati saya manyak susah. Ini hali saya latang mau angkat ma.."hampir tergeliat lidahku apabila mengikut cara tokey cina tu bercakap. "Miss..miss..sabar lo, saya siapkan hari ini juga." Tokey kedai kembali menawan hati aku yang sedikit kepanasan. "Macam ini lah tokey, saya kasi tokey dua hali ma. Tapi dengan syarat saya mahu tokey tukar dia punya lampu, tukar dia punya tayar.. dan lagi satu saya mahu tokey cat baru. Amacam?" Aku memberi syarat kepadanya. Majalah yang baru sebentar tadi aku capai aku suakan kepadnaya. Apa yang terlintas difikiran aku ketika meliahat accessories yang ada dalam majalah itu ialah aku mahu dia tukar kesemuanya. Syarat aku bukan lagi memudahkannya tapi menambahan lagi kerjanya. "Kalau tokey rasa tarak boleh siap, saya mahu angkat ini motor kasi bengkel lain buat." acahku membuatkan tokey itu terdiam sejenak "Haiyya miss..jangan macam itu ma." "Haiiya... tokey jangan itu macam..habis tokey mahu macam mana..nak suruh saya jalan kaki pergi kerja balik kerja. Ini sudah lama ma, saya tarak tahan lo..." "Okey..okey la..."jawab tokey itu dengan separuh hati. "2 hari aja tokey..nanti saya datang angkat." Tokey bengkel Rodaria itu hanya mengangguk kan kepala tanda bersetuju dengan syarat yang aku berikan. Aku bukan sengaja tapi dah aku geram sangat dengan janjinya. Masa aku hantar motor dibengkelnya takde pula dia kata sampai 4 hari nak siapkan sekarang dah lebih. "Payment macam mana?" Soal tokey yang tersengih mempamerkan giginya yang sedikit kekuningan. "Paymentnya tokey jangan risau ditanggung beres." Jawabku. Pandai-pandai aja kau bagi jawapan. Tapi yang pastinya aku nak kenakan si Awang tu cukup-cukup biar jadi pengajaran kepadanya supaya lain kali dia lebih hati-hati ketika memandu. Berapa bayarannya bukan menjadi masalah kepadaku. Tak patut betul aku ni kan.. "Ah keong..setle ini motor dalam masa satu hari..lusa amoi ni mau angkat. Kasi cepat siap." Arah tokey kedai kepada anak buahnya yang sedang leka membuat kerja. Aku meninggalkannya sejurus tokey kedai itu bercakap dalam bahasa cina dengan pekerjanya." Boleh pulak suruh siapkan cepat. Tokey ni sengaja aja ni."
Dua hari selepas itu aku kembali ke bengkel motorsikal yang terletak dipenjuru rumah kedai paling tua di bandar Kuantan ini. Malahan kedai motorsikal itu berhampiran dengan jalan raya. "Kak turunkan aku kat sini.." Kak Ayu memberhentikan keretanya secara mengejut. Terperanjat agaknya dia dengan saranan mendadakku. Mujurlah tiada kereta dibelakang keretanya kalau tidak sudah lama keretanya tersondol. "Kau ni dik nak kasi aku mati ke?" Jerkah kak Ayu menyinga dengan arahanku tadi. Tak sangka pula dia sedang mengelamun. "Ala sorry lah aku bukan sengaja..yang kau tu duk mengelamun tak tentu hala. Nak salahkan orang pulak." Aku membuka pintu kereta sebelum kak Ayu membalas kata-kataku. Aku tersegih memadangnya yang tidak sempat menghemburkan kemarahnnya. Aku tahu kenapa kak Ayu moody aja hari ni. Sah dia nak datang bulan tu. Hahaha Tokey kedai bergigi kuning itu tersengih memandang dari jauh apabila melihat kelibat aku datang untuk mengambil kapcai kesayangan. "Haiya amoi affternoon." Ucapnya sambil terangguk-angguk “Ermm..Amacam buah hati saya dah siap?" aku terus sahaja kepada pokok kedatanganku malas nak berpucuk-pucuk dengan tokey kedai ni dia nampak peramah petang ni mungkin hari ni dia dah boleh pau aku punya duit lah tu silap orang lerk. "Sudah..sudah..mau angkat ka.." "Mana boleh angkat tokey." Balasku membuatnya kehairanan "Haiiya kalu amoi latang bukan mau angkat...mau apa lagi." Gabra aja muka tokey tu. Agaknya aku lah pelanggan yang banyak songeh di bengkelnya sejak dia buka bengkel kat sini setengah dekat dulu. Ah gasaklah. "Saya datang bukan mau angkat.. saya datang mahu bawa pulang saya punya kekasih." "Haiiya amaoi lu banyak kasi main sama saya." "Ala tokey sesekali saya mahu tengok tokey senyum ma..tokey punya senyuman sejibik macam Jakie Chan ma." "Ayyoo pandai lu pujuk ma.." "Mesti.."kataku membuatkan tokey Cina itu berlari ke belakang mengambil motorsikalku. "Fuyyyooo!!..apa sudah jadi ni..ini motorsikal saya ka tokey "Iya lah ini lah U punya kekasih. Kenapa tak percaya..." "Cantik giler.."tanpa sedar aku dah pun mencium lampu depan yang kelihatan menawan dan hatiku telah tertawan dengan pengubahsuiannya. Cantik siot. Nampat sporty. I like it. "Apamacam suka..."tanya tokey yang ralit melihat riaksi ku tadi. "Suka..suka.." "Okey ini bilnya." Dia menghulurkan sehelai kertas berwarna kuning yang bertulisan seperti cakar ayam.. "Mak aii.."harga yang tertulis di atas kertas kuning itu membuatkan mataku terbuntang. Hampir mencecah dua ribu. Masak aku. Hampir separuh harga motor aku. “Haiiya tokey manyak mahal lah. Kasi kurang sikit.." pintaku apabila aku menyuakan kembali ketas kuning yang dan hampir sama kuningnya dengan gigi tokey bengkel tu. Aku mula berdeplomasi dengan tokey bergigi kuing itu. "Ini harga saya kasi special moi..." "Ala tokey U kasi kurang lah sikit ini mahal sangatlah...aku mengaru kepala yanh tetuiba aja gatal. "Harga rim baru berapa tokey..lampu tu pun harganya tak sampai tiga ratus. Apa yang mahal sangat ni.." "Okeylah saya kasi kulang ma.." suaranya diperlahankan nampak macam tak nak kasi murah aja tapi aku tak peduli dah banyak sangat dia cekau duit pelanggan. "Saya kasi kurang 300 ma." "Kurang 500.. balasku pantas dan muktamad. Tokey Cina itu keberatan namun aku paksa juga. Walapun bukan aku yang bayar tapi tak semestinya tokey Cina ini mengaut terlalu banyak keuntungan. "Okey..okey lah.." lemah sahaja tokey begkel tu bersuara. Aku pula tersenyum lebar. "Ha itu macam lah tokey..Bil ni kasi sama my boss okey.. dia setlekan." Jawapan itu membuatkan tokey Cina itu terdiam. “Ini nombor phonenya tokey call aje nanti dia datang bayarkan. Dia sudah janji sama tokey kan. Aku menekankan suara ku sedikit. " Bak sini telefon tu saya call kan." Tokey itu menurut. Aku mendail no telefon Awang. "Hello..suara garau Awang kedengaran. "Hello..Awang, motor aku dah siap..So jangan lupa bayar pada tokey bengkel ni. Dia dah tunggu. Kalau kau tak bayar dia hantar konco-konco datang gertak kau." Aku sengaja menakut-nakutkan Awang baru padan mukanya yang langsung tak reti melawan denganya nampak macam lembut aja. Jangan...jangan dia tu...auuwww.. tak kuasa kau nak bayangkan lebih-lebih. "Okey..saya datang sekarang." Tanpa salam aku meletakkan gangang telefon. Tokey cina masih setia tercegat disisiku takut benar aku tak bayar penat lelahnya membaiki motorsikalku. Setengah jam menunggu aku perasan akan kereta putih milik Awang. Dengan semangat tidak mahu bertembung dengannya aku segera beredar “Okey tokey boss saya sudah dating ma. Saya nak kena pergi sekarang." Tanpa sempat mendengar kata-kata tokey bengkel itu memecut meningalkan tokey Cina yang masih tercegat. Awang masuk ke bengkel tanpa sempat betemu denganku. "Boss punya amoi baru saja pergi.." "Aik..dah pergi dah.." "Baru saja boss..nampak muka boss aja dia terus pecut." blas tokey cina itu membuatkan Iskandar tercengan-cengang. "Ini bilnya.." "Mak aii mahalnya tokey tak boleh kurang lagi sikit ke..." "Haiiya bos itu amoi saya sudah kasi kulang ma.. U tengok saya sudah cat itu motor tukar dia punya lampu yang canggih tukar rim sport lagi. Saya punya price sudah ok ma.." Itu amoi saya rasa sengaja mau kenakan U lah bos.." kata tokey Cina itu tanpa selidung "Kenapa tokey cakap macam tu.." Inskandar memandang tepat ke arah tokey bengkel yang sedang merenungnya. "Sebab dia takut nak jumpa bos ma..." Iskandar diam tanpa kata. Akhirnya dia membayar juga bil yang telah dipersetujui oleh pemilik motor dan juga tokey bengkel itu.
salam..sy dah post lama dah tp x kluar di list sebelh kiri.. bgi sesiapa yg masih menantikan n3-n3 nya kunjungilah blog sy..http://diarihati-diarihati.blogspot.com..tq
mn sambungan nyer..best tol citer ni..x sabo nk tggu ...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best2 tp bila nk buat sambungan die?
x sabo2 nk nunggu nih..
caiyok to writer..