Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kakinya yang memijak tanah rasa bagaikan di awang-awangan, jantungnya berdebar-debar sudah melepasi tahap normal, fuh cool down Leya, apasal gabra sangat ni, tarik nafas hembus nafas.
"Apasal ni, hai takkan ajak keluar pergi dinner dah sejuk, Cik Aleya saya bukan ajak awak pergi jumpa tok kadi ok,"tersentak Aleya dibuatnya, hai kenapalah mamat ni suka muncul tiba-tiba, lama-lama gol aku kalau selalu macam ni.
Fikri hanya tersenyum melihat Aleya yang sudah memasamkan mukanya tanda tidak puas hati dengan apa yang dikatakannya. Tubuh gadis itu dipandang dari atas ke bawah, cantik, dress berwarna merah itu sangat kontra dengan dengan kulit cerah Aleya dan membuatkannya nampak lebih menawan.
"Ehem,"
Deheman Suhana membuatkan Fikri pantas kembali dari lamunannya, Suhana dilihatnya sudah tersenyum megejek, matanya menangkap kelibat ibunya dan Mak Kiah di ruang tamu itu.
"Hai sudah-sudahlah tu Fik, kamu tengok Aleya macam nak makan, seram Kak su dibuatnya,"
"Haah betul tu yang kamu tenung anak dara orang sampai macam tu sekali kenapa, tak senonoh betul,"sokong Puan Maznah, Fikri hanya tersenyum kecil, dikenyitkan mata terhadap Suhana sebelum dia dan Aleya melangkah meminta diri.
"Fik jangan balik lambat sangat, ingat Aleya tu anak dara jangan melencong ke tempat lain pulak,"laung Suhana.
Suasana di dalam kereta itu sunyi dan sepi, sekali pandang seperti berada di tanah perkuburan, sesekali jelingan mata Fikri singgah di wajah Aleya di sebelahnya, namun Aleya lebih rela memandang jarinya sendiri seolah-olah sudah tumbuh jari baru.
"Okay, kita dah sampai, ingat dekat dalam nanti awak kena pura-pura jadi tunang saya, play your part nicely, got it,"kata-kata yang diucapkan Fikri bak angin berlalu, satu pun tidak dapat ditangkap fikiran Leya yang sedang berserabut,
‘hai macam mana la aku boleh terjebak ikut plan ni, rasanya tadi dah cakap tak nak, tak pasa-pasal aku ada dekat sini, daddy tolong kakak’
"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?"tangan Aleya ditepuk perlahan, mengejutkan gadis itu yang sedang menerawang fikirannya.
"Hah, apa, dah sampai ke?"Fikri tertawa halus mendengar pertanyaan itu, ‘sah dia tak dengar apa yang aku cakap tadi’
"Cik Aleya, awak dah sampai mana? ISS ke join sekali Dr SMS? Ke dah advance sampai Marikh?"Fikri mengelengkan kepalanya berkali-kali.
Mata Aleya membuntang mendengar apa yang dicakapkan Fikri, ‘ISS? Amboi mentang-mentangla sekarang musim demam Dr SMS boleh pulak dia mengata aku’ muncungnya ditarik sedikit, geram dia dimainkan Fikri.
"Dah la tu, jom kita keluar, dah lambat ni,"
Perlahan kedua-duanya melangkah masuk ke dalam ballroom yang terhias cantik dengan pelbagai perhiasan berasaskan tema merah hitam, ramai yang sudah sampai masing-masing kelihatan bergaya dengan baju yang digayakan, pelbagai fesyen ditemui di dalam ballroom itu.
Mata Aleya meliar memandang persekitaran di dalam ballroom, namun tersentak apabila Fikri menarik tangannya ke dalam genggaman lantas dipandang muka Fikri, kelihatan mata lelaki itu memandangnya penuh makna, terasa merah mukanya, malu, gementar semuanya bercampur gaul.
"Hei apasal merah muka ni, dah macam sama warna dengan baju la pulak,"usik Fikri apabila pipi Aleya kemerah-merahan.
"Eh Encik Fikri, sampai jugak saya ingatkan tak datang tadi,"ujar seseorang membuatkan mereka berpaling. Susuk tubuh Wani Hazirah yang ayu berbaju kurung berwarna merah terpacak dibelakang mereka.
"Eh, mestilah saya datang, makan free siapa tak nak betul tak sayang,"dikenyitkan mata kepada Aleya.
Panggilan sayang dan kenyitan mata Fikri membuatkan mata Aleya membulat seketika sebelum mukanya bertambah merah lebih merah berbanding tadi. Dikalih pandang terhadap wanita dihadapannya yang kelihatan bingung melihatnya.
"Oh ya, Wani kenalkan Zulaikha Aleya, Leya ni Wani Hazirah setiausaha Fik,"
"Wani,"
"Aleya,"tangan berjabat tanda silaturrahim terbentuk diantara kedua-duanya, namun mata Wani Hazirah masih memandang Fikri memikirkan apa hubungan diantara kedua-duanya, Fikri yang memahami maksud pandangan ingin tahu Wani hanya tersenyum nipis sebelum menyambung.
"Aleya ni tunang saya,"
"Wah, Encik Fikri senyap-senyap je bertunang, tak bagitau pun,"
"Baru lagi, lagipun bertunang je, buat apa kecoh-kecoh nanti bila saya buat kenduri saya jemput awak,"
"Nasib baik bertunang je, kalau kahwin tak jemput, kami ingat nak buat mogok besar-besaran,"sampuk satu suara, Fikri hanya tertawa halus mendengarnya, Suraya Nasuha kerani akaun di jabatannya itu memang agak lucu orangnya.
"Tapi kan Kak Aya, hari ni mesti ada orang yang jealous,mana tidaknya, dia yang pasang pancing orang lain yang dapat ikan,"sekali lagi ketawa mereka kedengaran, Aleya hanya tersenyum nipis menengarnya.
"Apa yang lawak sangat ni,"ujar satu suara membuatkan mereka terdiam, amat dikenali suara itu.
"Eh Fik, bila you sampai, tak bagi tahu pun," pantas Izz mendapatkan Fikri namun langkahnya terhenti apabila melihat ada gadis disampingnya.
"Kenalkan Aleya tunang I," muka Izz berubah serta-merta, matanya memandang Aleya di sebelah Fikri, tanda tidak percaya.
"Leya, ni Izz my colleage,"
"Hai,"balas Izz sambil lewa. Aleya hanya tersenyum,
"Assalamualaikum, selamat berkenalan,"balas Aleya, muka Izz menjadi merah tidak pasti sama ada marah ataupun malu. Wani dan Suraya hanya tersengih mendengarnya, namun hanya sekejap sahaja apabila pandangan tajam Izz jatuh terhadap mereka.
"Waalaikumussalam, Fik ayah cari you, dia ada dekat meja depan,"
"Oh, okay, jom Leya kita pergi sana,"Aleya hanya menganggukkan kepalanya.
"Kak Aya, Wani minta diri dulu ya,"ucap Aleya terhadap Wani Hazirah dan Suraya Nasuha.
Langkah diatur mengikut gerak kaki Fikri sehingga berhampiran dengan pentas, terdapat meja hidangan, mungkin untuk VIP kerana hidangan buffet disediakan bagi tetamu yang lain.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam, sampai juga kamu Fikri, ingatkan tak datang tadi,"
Fikri hanya tersenyum mendengar bicara pemilik syarikat tempat dia bekerja, Dato’ Hashim.
"Dan ini, siapa?"tanyanya apabila meihat kelibatZulaikha Aleya.
"Tunang dia papa, takkan tak tahu, Encik Arif Fikri kita ni bertunang senyap-senyap tak panggil orang,"ujar Izz Zayani sambil memeluk lengan papanya sambil matanya memandang tajam ke arah pasangan itu, bertambah sebal hatinya apabila Fikri menarik tubuh Aleya semakin merapatinya.
"Izz, where your manner? Kan papa selalu pesan jangan menyampuk tiba-tiba bila orang lain bercakap,"bertambah sebal hati Izz apabila ditegur papanya dihadapan tetamu yang ada.
"Dato’ who is he?"pertanyaan itu membuatkan Dato’Hasyim melupakan pertelingkahan kecil diantara dia dan Izz,lalu tersenyum memandang tetamu jemputan khas yang berdiri dihadapanya
"Well let me introduce this is Arif Fikri the most talented young man and Fikri meet Mr Auchlair wakil EIG from France and his doughter,"
Gadis kecil disamping Mr Auchlair kelihatan tersipu-sipu memandang mereka, nampak sangat yang dia kekok berada di persekitaran orang dewasa.
"She doesn’t understand English well, sorry I have to bought her here, I was worried to let she stay in the room alone,"
"Never mind, it is family event here many people also bought their kids too,"Mr Auchlair hanya menganggukkan kepalanya, mata anak gadisnya sejak diketemukan kepada Aleya hanya memandang muka Aleya tanpa jemu, perlahan genggaman tangan Fikri dilepaskan lalu menghampiri gadis kecil itu.
"Salut, quel est votre nom?( hi, what is your name?)"
"Christine Auchlair, Mes amis m'appellent Chris(my friends call me Chris),"
"Bien Chris, nice to meet you,"
Tangannya dihulurkan kepada Chris dan disambut bila dia mengangkat kepalanya barulah Aleya perasan bahawa gelagatnya diperhatikan banyak mata, lantas dia berdiri menghampiri Fikri.
"Vous savez comment parler en France?( You know how to speak in France?)," soal Mr Auchlair tidak percaya.
sumpahhhhh....sgt sukaaaaaaaaaaaaaaa.....mana smbungan ne??????????? besh mmg la besh tp klu lama sgt nk smbg, org pun xigt sgt la.......tulun la.....bgla blog ke....
bestnyerrr.cepat2 la wat sambungan .please tlg wat sambungan cepat2.boringla cam nie.semua cite asyik tegantung je.buat la full lak.satu gi.awak ader blog x?kalau ada senang cket.kan.dahla x yah membebel,wat sambungan cepat tau.like as fast as ligthening.ha..ha..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
besttttttttttt
nk tau pe jd bila aleya jpa ngan ayah dia